Pages

di mana nilai Islam?


"Bila berada di negara eropah, aku banyak melihat nilai-nilai Islam yang ada, sedangkan majoriti penduduknya bukan Islam tetapi bila berada di negara arab yang majoritinya adalah Islam terlalu sedikit nilai Islam yang ada".

Mengapa itu terjadi?

Kenangan berada di bumi eropah yg walaupun sekejap sahaja, meninggalkan seribu satu kenangan yg indah (=

Walau sekejap saja kat sana, tapi pengalaman mengenali mat saleh dan berada di bumi mat saleh ni lain rasanya berbanding ngan duk negara arab, mesir ni =P

Dulu memg ada impian utk study kat UK, memg letak cita2 kalau dapat tawaran JPA atau pape nak pilih buat medic kat negara bersalji. Kenapa yer? mcm best je bila tgk gmbr2 senior yg kat negara bersalji ho3.

Tapi perancangan Allah maha teliti. Ketika nak mengisi borang JPA ada dua pilihan, perubatan atau perubatan timur tengah. Perubatan tu merujuk kepada negara bukan arab, iaitu UK, rusia dan lain2.

Dan mcm mana entah, saya memilih perubatan timur tgh. Ironi kan? Ikut gerak hati time tu, dan kini saya tercampak di tanah gersang bumi anbia, mesir :D 

Apa yg suka utk berada di eropah sebab suka tengok pemandangan yg cantik dan paling penting bersih. Sgt bersih! org kata, tip top :D 

suka kehijauan di sini, tenang berlabuh (=

tapi xtaula kan, mungkin tempat2 yg saya pergi tu semuanya terjaga. So, nampaklah bersihnya 
dan bagi sesiapa yg berada di mesir, tau la kan hakikatnya kalau nak dibandingkan dengan eropah? hohoho. 

teringat tarbiah yg di ajar di SMKA Naim Lilbanat dulu, jumpa sampah di kaki, sila kutip. Dan alhamdulillah kesan dari semua tu, terbawa-bawa sampai sekarang. Cuma nak diamalkan di mesir ni, org kat sini ckp, x ma'ul ( tak logik) hohoho.

kenapa?
tanya siapa2 yg duk kat mesir ni :D

itu bab alam sekitar. kalau dari segi penduduknya?

Warga inggeris ni sgt polite! oh, sgt teruja dilayan baik mcm tu :D apa yg saya nampak, yg dirasai, memg nilai islam tu ada dgn mereka. Bagaimana mereka melayan pelancong2 mcm kami ni, memg sgt baik. Adatlah kan, bila dilayan sebegitu rupa terasa dihargai. Sebab tu rasa nak pergi lagi ni =P

Bukan apa, Rasulullah mengajar cara kita melayan tetamu mcm mana. Apatah lagi dlm Islam, semuanya sudah ada, tersusuh cantik. Tapi yg menjadi masalahnya bila org Islam sendiri tak membumikannya. 

takkanlah indah Islam hanya sekadar pada nama?

dan tidak dinafikan, org2 arab ni pun baik. Bila bertemu ngan yg baik, sgt2 la baik dan sekiranya x, sgt2 la x. Patutlah bila ada yg mengatakan dtg ke mesir ni ada dua jalan, jalan Nabi Musa ataupun jalan firaun. 

Cuma di sini, budaya mereka (arab) bukanlah mengajak kawan2 ke rumah. Kalau kita, org melayu ni, kalau dah kenal apa semua, mesti ckp, 'jemputlah ke rumah', kan? :D

Dari segi customer services, kat eropah sgt berkualiti. Mereka memg menjaga hak2 pelanggan. Tak kira la di kedai yg eksklusif atau pun biasa2 je, layanan mereka terhadap pelanggan sgt bgs :D pelanggan nombor satu. 

dan sgt la berbeza dgn arab mesir ni kan. adehh~

kat sini tiada istilah customer right. Hanya mereka yg betul. Kita pula yg kena bersabar dan x blh 'hal' dgn diaorg, kalau x, anda tidak akan dilayan sama sekali! hahaha. so jgn demand yer =P

paling tak suka bila masuk ke kedai2 pakaian, dan tgh2 duk pilih baju diaorg duk mengumpat kat blkg. Haish. Ingat tak paham arab ke? hahaha. Mengumpat satu hal, ni siap buat muka. Oh. sgt la pantang. Mcm mana nak tarik pelanggan kalau mcm tu?

Org arab ni jenis yg kasar. Mereka bercakap pun kuat. Kadang2 tu rasa mcm kena marah je, tapi pada hakikatnya mereka memg berbicara begitu. Kalau x, xde timbul kes ni kan =P

tapi kalau kita renungkan balik, kisah2 peperangan Islam. Org barat ni takut bertempur dgn org arab tanpa senjata, sebab org arab ni kuat. Comfirm kalah. Sebab tu lah, org barat menggunakan perang saraf dan kesannya umat Islam makin lemah :(

Hakikatnya org eropah kebanyakannya kafir. Takkan kita yg kena mencontohi mereka? Sepatutnya mereka yg kena contohi kita. Di mana nilai Islam kita letakkan?

blh tak sy katakan mesir cantik hanya pada waktu mlm? 
siang? tatau2 =P

Saya bercakap mengenai dua negara yg berlainan, dua adat budaya yg berbeza dan kita adalah melayu, dan hakikatnya masing2 tahu tentang negara dan budaya kita sendiri kan? Jadi, fikirkanlah sendiri di mana nilai2 Islam dalam adat resam melayu kita (=

walau apa pun, ini sekadar pandangan dari sudut pemerhatian saya sahaja. Lain org lain pengalamannya kan? :D

mesti lagi best kalau time ni musim bunga. mesti hijau je kan :D


nota : Oh ya! Saya hanya berada di UK utk masa yg sgt singkat jadi pengalaman yg sy ceritakan adalah apa yg saya nampak & rasai sepanjang berada di sana. Kalau nak kenal lagi org barat ni mcm mana, rasanya eloklah bertanya pada yg memg tinggal lama di sana (=

yang pasti, saya dah mula belajar menerima org arab mesir tu mcm mana :D

nota 1 : kenangan kena marah & tak dilayan ketika buat visa tahun satu dulu xkan pernah dilupakan! huu... sebab nak duk lama kat sini, kalau x, xde dah nak p mugamma lagi.

nota 2 : Bangga kita adalah melayu, tetapi dengan melayukah kita blh menyatukan islam atau dengan islam kita menyatukan melayu? :D

nota 3 : tahniah dan takziah pada yg telah menang dlm pilihanraya PERUBATAN! KLIK SINI dan SINI :D


btemplates

2 comments:

Azam Husni said...

Ya, dari sudut yg lain, nila-nilai Islam juga lebih banyak di Mesir dari di mana-mana.. Di mana-mana restoran ada bacaan Al-Quran, di mana-mana juga org mesir suka baca Al-Quran dibas-bas juga banyak pelekat2 zikir dan hadis, hmpir setiap kereta ada satu Al-Quran.. Rakyat mesir juga tidak jemu memberi salam ketika berjumpa dan solawat ketika mendengar nama Nabi..dan byk lagi kalau perhati..

Tentang kekasaran Mesir pula, dari sudut positif, ianya bukan kekurangan mereka...tetapi kita kena faham, mereka membesar bagaimana.. negara yang melarat, byk pdg pasir, miskin, hidup susah, pemimpin zalim.. egypt 'tough and rough'.. dari kecil lagi ada yg dah terpaksa cari duit sendiri, lainlah di eropah, mewah, selesa, penuh kemudahan..

So, bukan salah mereka apabila mereka bersikap kurang sopan.. mungkin dari segi luar kasar, tapi hatinya lembut..

kenapa sy kata begitu? sebab saya pernah juga pergi jordan,saudi, org arab kt sana baik2 n lembut2 je..tak mcm kt mesir..sebab di jordan, hidup senang, mewah..

Lain suasana membesar, lainlah karakteristiknya kan..

Ya, semuanya kita perlu faham..hatta urusan visa pun memang kena byk sabar.. mrk tak guna komputer, semua dgn tangan.. igt senang ke? pening tu kalau kita fikir2 balik, brp ribu pelajar nak urus visa..

tp kak...mmglah, ana pun stuju jgak, diorg lengah2 kadang2, mmg kene sabar..byk pahale ape ble sabar kan..

kita juga kena tahu, memang org awam kurang sopan, tapi org yg berpendidikan agama..memang sgt baik...kt mana2 ja cmtu, bahkan ulama plg byk tersohor dunia berkelulusan dr mesir..

Beruntunglah kak belajar Mesir ni, bumi berkat..berapa banyak Nabi, wali, para sahabat, ulama dah jejak
kt bumi ni...malah, mesir ni pusatnya Islam tersebar di seluruh dunia..syukurlah..

kalau kt eropah, Islam lemah..ramai dah org m'sia kt sne tak jaga agama.. apa gunanya ilmu lain tanpa agama?

Semua ujian ada hikmah, bahkan makin banyak ujian dan dugaan kita tempuh, makin berkualiti kita..

Peace =^)

Izzati Hashim said...

wah~ sgt setuju!

terima kasih kerna melontarkan pandangan (=

itu sy akui, sy x menafikan. ini hanya sekadar pandangan saya sepanjang berada di sana.


lain padang lain belalang, lain org lain ragamnya kan :D

by the way, bukan niat sy nak merendahkan negara mesir. tidak. sebab saya belajar di sini dan sy kena terima keadaan kat sini.

Allah dah campakkan sy di bumi mesir, sy kena terima dgn hati terbuka.

nilai positifnya memg byk, kita kena cari permata di sebalik debu2 yg berterbangan (=

oh ya! sy dah pernah post sebelum ni mengenai mesir, dan ini sekadar renungan bersama sahaja.

pape pun thanks atas lontaran idea,
azam husni memberi saya idea nak buat post lagi ho3

senyum sokmo (=