Pages

kena buli!



xenophobia by kajalbabe of deviant art

xenophobia :  Fear of strangers or foreigners

adakah kehadiran pelajar malaysia tidak disenangi warga mesir, 
sebab tu kami sering dibuli? ho3



Isu dibuli, dikacau, diganggu oleh warga arab memg tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sehingga sekarang, kami masih lagi dikacau, Adehh~ diaorg ni sgt suka pada pelajar melayu. Haish. Mentang2 pelajar perempuan ni kecil, lembut, comel2 =p

Tak kira la warga mesir tu tua atau pun muda. Kalau tua, ada caranya kalau muda ada caranya. Haish, Tak selamat! Keluar rumah, memg kena pakai perisai, atau kena bawa perisai sekali hohoho. Apakah perisai itu? Baca ayat Kursi byk2 dan gunalah khidmat musyrif (=

Kalau di pelembahan nil ni, istilah musyrif ni tak asing lagi. Kalau nak keluar malam kena guna musyrif. Musyrif  pada istilahnya bermaksud menyelia, mengawal, mengurus. Dan kalau di sini, bahasa mudahnya musyrif merujuk kepada pelajar lelaki yg menemani pelajar perempuan utk ke sesuatu tempat dan khususnya pada waktu malam. Tujuan guna musyrif ni utk keselamatan la kan (=

Kalau tak faham sila tanya :D 

ok. back to the main topic :D asyik melencong tempat lain je =P

Dikacau oleh budak2 arab tu biasa la kot. Dah biasa kena buli jadi wat tatau je lah. Nak buat mcm mana. Nak balas pun kadang2 diaorg ramai, dan apalah sgt kudrat perempuan kan? Kena tarik tudung, kena tarik baju, dah biasa kena.Terpaksa belajar menerima :( 

Kadang2 nak balas, tgk mcm kesian. Sebab yg buat tu budak2. Nak pukul diaorg? tak pernah buat lagi sebab tahap kesabaran tu masih ada. Penakut sebenarnya hahaha. Lagipun tu anak orang. Apa pula tanggapan mak ayah diaorg kat pelalar malaysia ni nanti huhuhu.

Tapi pernah ada pak cik arab yg gtau, pukul je budak2 tu kalau kena kacau lagi. Tak sanggup nak buat huhuhu...

Yang terbaru, isu kena baling batu. Ok. saya salah seorang mangsa. T.T
saksi yg berada di tempat kejadian. dan telah dipaksa rela oleh cik atiqah utk menulis berita =P

Sampaikan musyrif pun kena sekali, memg sadis la. Kesian abg musyrif. Terima kasih menemani kami mlm tu & maaf sebab tak pasal2 kena juga. Itu diluar kemampuan kami huhuhu.
Tapi, itu dah jadi tanggungjawab musyrif kan kena pertahankan kami? hee...
jasamu dikenang :D 

Kesabaran tu ada tahapnya tambah2 bila ada yg tercedera. Itu melampau! Budak tak budak, itu dah lebih batasnya. Tapi nak buat mcm mana? 

MeSiR = Musibah. Sabar. Redha!


Benda ni bukan baru, malah sejak tahun pertama lagi. Buntu. Tak tahu mengapa diaorg sgt tegar nak membuli kami, dimana puncanya kami tak tahu. Yang saya tahu, kami tak pernah nak menimbulkan masalah dgn diaorg. Mereka sgt melampau! 

Itu bab yg kena buli. Apa yg dikesalkan, sikap jiran tetangga. Hanya tengok :(
maafkan saya, bukan semua yg bersikap demikian. Saya tak maksudkan semua warga arab jahat. Hanya segelintir dan tak dinafikan, ada yang sgt baik, yg sentiasa menolong. Moga Allah merahmati kalian (=

Melayu pun mcm tu juga, ada yg baik ada yg jahat. Manusia ni kan byk ragam (=

Apakah jalan penyelesaiannya yang terbaik? Buntu. 

  • Pelajar perempuan kena belajar ilmu pertahankan diri! sape nak jd pengajarnya pula kan? hohoho..


  • Gunalah khidmat musyrif! susah2 je exco kebajikan, si Fizi tu buat jadual kalau semua org xnak guna kan (=



  • Jom hantar kanak2 tersebut ke Palestin! hahaha. Diaorg sgt mantap dlm bab2 baling batu ni, tepat mengenai sasaran. Blh la kita latih diaorg membaling batu kat Israel terus. Kejam x idea? hahaha







bumi dah tak selamat nak didiami! jom pindah ke marikh plak =P


nota : buat ahli keluarga yg membaca post ni, harap x risau. Alhamdulillah xde pape pun. Adatla kan, semua tempat x selamat (=

nota 1 : alhamdulillah dia yg jd mangsa kena batu tu dah makin ok :D moga makin cepat sembuh! 

nota 2 : nampak budak si pengacau tu td depan imarah. senyum2. rasa nak p cubit2 je pp tuh. biar lebam2. haish.

nota 3 : ni pun tak hbs ag kena buli ngan miss @ mr. anonimossss! kena buli mental. ho3




















btemplates

0 comments: