Pages

0 comments

sahabat dot sejati.

Kubiar kalam berbicara
menghurai maksudnya dijiwa
agar mudah ku mengerti
segala yang terjadi 
sudah suratan Ilahi.

Kubiarkan pena menulis
meluahkan hasrat dihati
moga terubat segala
keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini.

Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih yang lama terjalin 
berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku.

Oh Tuhan,
tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman, maafkan jika
kumelukaimu
moga ikatan ukhwah yg dibina 
keakhirnya

Aku tidak kan berdaya
menahan hibanya rasa
kau meninggalkan diriku
redhalah apa terjadi
usahlah dikau kesali
mungkin ada rahmat yg tersembunyi.

Sahabat Sejati, UNIC @ UNIQUE

by xtweedlexdum of deviantART

You think i can forget you? 
Yes. I will. With time.
time will heal. 




nota : tertanya sendirian, kenapa setiap benda yg berlaku pasti ada lagu yg sesuai. Mcm tahu2 je. 
Lupa. Lagu yg dicipta pun memg berdasarkan realiti kehidupan kan. :D






"Remember, everyone who's in your life
is meant to be in your journey
but not all of them are meant to stay."

9 comments

Ehem. Ehem. Ehem.

To my future Mr. Right  ;


You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline or Mini Cooper to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how i define gorgeous.
You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al-Quranul kareem. That's how i would melt.
You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too.
Nobody's perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me :)


Love, 
future yours.  


for whom? 


*blinking eyes*
wondering.


who's that guy?
hohoho.


don't ask me!
i don't know too,
don't know yet. 


waiting. waiting. keep on waiting :D


and let the fate fares the best ^^
may Allah grant my wishes of having the best man for me. amin. InsyaAllah :D


Love by LimpidD of deviantART


love,
Izzati Hashim (=




note is taken from Kak Ami's blog :D


note 1 : exam mode maybe. =P

note 2 :  saat lafaz sakinah ^^




let's go with the flow but don't ever get drown (=

4 comments

Awas! Kita diperhatikan.

Bismillahirrahmanirrahim.


Sedarkah kita?


Kita diperhatikan 24 jam, di awasi 24 jam. Sedarkah kita tentang semua hakikat itu? Rasanya kalau ditanya, memg semua mengakui. Ya. Ada yg tgh perhatikan kita. Ada yg mengawasi kita.


Siapakah?


CIA? Kawan? Ibu bapa? 


Semua ni bukan mampu tgk 24 jam pun kan :D


Tentulah Dia, sang pencipa kita, Allah s.w.t..


Allah by saesm of deviantART


Betapa agungnya Allah, memerhatikan semua makhluknya. Betapa hebatnya kuasa Allah.


Tapi, mengapa kita masih nak buat maksiat? Masih nak lakukan perkara-perkara yg x patut kita buat. Kita tahu tapi kita masih buat. 


Adakah ini yg dipanggil, ada ilmu tapi x beramal? :D


Ya. Kita sedar, kita tahu Allah memerhatikan kita 24 jam tetapi mungkin sebab Allah 'tiada' di sisi kita, tak nampak pada mata kasar kita. 
Sebagaimana ada manusia di sekeliling kita. Ada ibu bapa yg blh menegur andai kita buat kesalahan. Ada teman2 yg menasihati tatkala kealpaan.


Semuanya wujud secara zahir tapi tidak bagi Allah.


Jadi, tak hairan la apabila manusia tegar melakukan maksiat sembunyi2, buat di tempat tersorok. Kononnya nak rahsiakan dari pandangan manusia. Tapi lupa, Allah Maha Melihat hatta hanya sebesar Heterophyes :D


Tapi kan, sekurang-kurangnya masih ada malu. Walaupun hanya malu pada manusia. :D


Kalau kita mampu nampak Allah, rasanya kita xkan berani nak buat jahat apatah lagi nak lakukan maksiat pada Dia. Dan hikmatnya kita tak mampu nak tgk Allah, Allah nak uji kita. Sejauh mana tahap keimanan kita (=


Kalau kita nak buat benda sembunyi2, xnak bagi org tahu. Cuba tgk balik, betul ke tidak apa yg kita lakukan tu. 


"eh, xkan rahsia kita pun nak kena reveal kat org lain"


Bukan2. Saya maksudkan tentang maksiat, benda yg bukan. ^^



Lepas2 ni cuba praktis. Andai kata ada nak buat pelik2. Cakap kat diri, latih utk ckp diri,  "Allah tgh tgk tu". Rasanya mesti teragak-agak terus nak buat kan? ^^







 hey! i'm watching you! :D






heterophyes : sejenis kuman yg ada dlm ikan yg kurang masak. Parasitology punya kerja XD








nota : Ada tulis kat board depan meja study, "Kita sentiasa diperhatikan". Sebagai langkah supaya x buat bukan2 :D


nota 1 : kenapa mata sering dikaitkan dengan iluminati eh? ^^
suka baca kisah iluminati ni. Tapi utk percaya 100 % ni tidaklah. Yg mana baik kita ambil, yg mana buruk kita tinggalkan. 


Usah terlalu taksub. KIta dikurniakan akal utk berfikir, utk mengkaji (=


sampaikan Upin Ipin pun kena! Cian diorg :D


jom sama2 nantikan kisah Upin Ipin di Angkasa ^^


nota 2 : best juga dgr lagu Maha Melihat, Opick feat Amanda (=












Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang, 
hidup tetap kan berjalan meskipun penuh dengan tangisan.

4 comments

Takdir

Apa itu yg dimaksudkan dengan takdir? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, takdir membawa maksud apa-apa yg sudah terlebih dahulu ditentukan oleh Allah. Rajin plak sy mencari maksud dia kan. Dah siap bookmark pun laman rasmi dewan bahasa dan pustaka.


Apa yg kita sendiri faham dengan istilah takdir. Apa makna takdir bg kita. Anybody? :D


"Kenapalah sejuk sgt skrg ni, duk kat malaysia ag best"

"kenapalah aku pilih medic ni, dah la susah, nak kena hafal byk. Kan best kalau jd cikgu je. Bila budak sekolah cuti, aku pun cuti. Kerja doktor 24 jam"

Seringkali kita merungut bila apa yg kita lakukan tidak kena pada pandangan mata. Rasa menyesal tu mudah je dtg tambah2 saat kita dlm kesukaran.

"Kenapalah aku x buat mcm tu."

"Sepatutnya aku kena buat mcm ni baru btl"

Tapi pernah tak kita terfikir bahawa bukan kita yg menentukan segalanya. Ya. Pilihan berada di tangan kita tapi adakah kita tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan? Tentu sekali tidak kan?

Nah. Itu lah takdir (=

Malah jika kita berada di persimpangan dan kita tidak tahu jalan mana yg terbaik yg perlu kita lalui. Namun kita kena pilih dan berdoa moga jalan itu yg terbaik.

hakikatnya hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya. Dan segalanya sudah tertulis di luh mahfuz.

"setiap bencana yg menimpa di bumi dan yg menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya lagi. Sungguh yg demikian itu mudah bagi Allah"

surah Al-Hadid, 57 (22:57)

Memg benar segalanya sudah tertulis. Tapi adakah kita tahu apa yg menanti di hadapan? Adakah kita tahu apa yg akan terjadi kepada kita? Tidak.

Jadi usahalah. Berusaha utk melakukan yg terbaik.

Seorang teman pernah beritahu saya,

"hakikatnya nak mengubah takdir adalah satu takdir. Bukan kita tahu pun mcm mana jalan cerita hidup kita"

Mungkin Allah dah tetapkan kita gagal dalam exam tapi sebab kita usaha punya usaha kita berjaya. (=

"Katakanlah, ” Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?” Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Al-ahzab 33: 17)

Jadi tugas kita,

Teruskan langkah. Usaha yg terbaik utk setiap perkara. Give the best! Sekurang-kurangnya andai kita gagal, kita dah bagi yg terbaik. 

Terima dengan redha segala ketentuan yg Allah bagi. Itu yg terbaik ketika itu. 

"Kenapalah sejuk sgt skrg ni, duk kat malaysia ag best." - kalau duk malaysia, xdelah nak merasa musim sejuk mcm ni (=

"kenapalah aku pilih medic ni, dah la susah, nak kena hafal byk. Kan best kalau jd cikgu je. Bila budak sekolah cuti, aku pun cuti. Kerja doktor 24 jam." - mungkin ini cara Allah nak latih jd dai'e melalui profesion doktor. Doktor kan ag dekat dengan manusia ni. Jadi senanglah kalau nak bagi dakwah pada pesakit nanti (=

"panasnya musim panas kat mesir ni" - Allah nak beritahu yg kat akhirat kelak lagi panas (=

Nah. Kan sgt best, kalau setiap perkara yg kita lalui, kita terima dengan hati terbuka dan berfikiran positif ^^!

bersangka baiklah dengan Allah. Apatah lagi dengan manusia.


a lesson in life by gilad of deviant art

suka mencari ketenangan di pantai tatkala rasa dilandai badai
tapi kat mesir ni jauh kot nak pergi T.T








nota : Allah hilangkan sesuatu yg pernah bernilai dalam hidup skrg ni mungkin Dia nak bagi yg lagi hebat :(


nota 1 : bukan mudah nak lupakan sesuatu. Kalau ada wand yg selalu Dumbledore guna utk buang ingatan dia tu dan simpan dalam bekas lain, dah buat lama dah. Yang ni xyah simpan, buang jauh2 terus.


pengaruh Harry Potter =P


nota 2 : usah bersedih kalau tak dihargai oleh insan bernama manusia. Usah. Buang sedih tu. Delete. Allah ada, Dia tak pernah buang kamu. Selesai.


nota 3 : oh. sgt suka letak gmbr kat setiap post. Xdelah nampak tulisan je kan? :D


nota 4 : tetiba dua tiga hari ni rasa jd mcm mummy, sebab selalu kena hentikan 'pergaduhan' budak dua org tu :D sy bukan jd anak dah =p






Aku adalah hamba yang memang layak untuk diuji.

5 comments

Life is a play

Dunia ini hanya sekadar tempat persinggahan sebelum sampai ke penamatnya dan hakikatnya akhirat yang abadi.

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu..."

surah Al-Hadid, 20 (57:20)

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik  bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?"

surah Al-An'am, 32 (6:32)

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu..."

surah Muhammad, 36 (47:36)

Banyak kali Allah berfirman dalam Quran menegaskan kehidupan di dunia ini adalah satu permainan. Apa lagi yg nak kita dustakan?


to Life by DealXa of deviantart


dan sesungguhnya perjalanan ini masih jauh. Mungkin. Tahun makin berlalu, dan usia makin meningkat dan hakikatnya jarak dengan kematian itu semakin hampir. Bersediakah kita? Cukupkah amalan kita? Tepuk dada, tanya iman masing2 (=


 Life is wonderful by iNeedChemicalX of deviantart




nota : Selamat Tahun Baru 2011! :D sila KLIK!!!

comel je tarikh hari ni, 01012011 :D

nota 1: demam masih tak kebah2 lagi tambah2 bila kena angin luar. Kena bertapa di rumah :(

nota 2 : sy tak pandai sgt menulis dlm BI ni, hancur! hu3. tajuk je lah gempak sikit dlm BI :D



Hope for the best. Expect the worst. Life is a play.