Mukmin bagaikan lebah.
Posted by
Izzati Hashim
at
6:10 PM
Bismillahirrahmanirrahim.
Mukmin bagaikan lebah? Kenapa dengan lebah? Apa kaitan? Bukankah sengatan lebah itu mampu membahayakan nyawa manusia?
Kenapa saya katakan orang mukmin bagaikan lebah? Sebab lebah ni duduk di mana- mana sahaja nampak cantik. Duduk dalam sarang nampak cantik, duduk dekat bunga pun nampak cantik. Dan yang paling penting dia takkan mengganggu kalau tidak diganggu.
Jadi, janganlah cuba nak usik sarang lebah tu. Kang tak pasal-pasal kena sengat dengan lebah :D
Begitu lah juga dengan orang2 mukmin. Cantik walau di mana pun berada. Kerana apa, kerana Islam yang ada. Nilai Islam yang dibawa (= Bagaimana kisah Yvonne Ridley, wartawan Sunday Express yang memeluk agama Islam, kisah Cat Stevens atau Yusuf Islam dan banyak lagi. Kalau bukan kerana indahnya Islam itu bagaimana mereka boleh tertarik.
Dan lebah memakan benda yang bersih yakni madu dan hasil buangannya pun bersih. Lebah banyak memberi manfaat pada bunga dengan membantu bunga melakukan pendebungaan. Dan madu tu pula banyak beri khasiat pada manusia.
Sama la juga sifat orang mukmin iaitu memberi manfaat pada manusia lain.
Terdiam sejenak.
"Apakah aku pemberi manfaat pada orang lain atau aku hanyalah lebihan manusia di atas muka bumi yang tidak memberi keuntungan apa-apa."
Sebab itu saya katakan mukmin bagaikan sang lebah. Sama dari segi manfaatnya.
Berusahalah kita untuk menjadi mukmin yang hebat! (= Menjadi mukmin yang memberi manfaat pada orang lain.
Danbo & Bee by Jennifer
nota : kena sengat dek lebah sgt sakit. Ngee. Pernah kena masa tahun 6 dulu T.T
nota 1 : tsunami melanda Jepun! Alhamdulillah sahabat2 yang dikenali di sana semuanya selamat.
Hari ni hari Jumaat. 11/3/11. Takut.
Andai kata saat penghabisannya adalah ini, adakah sudah bersedia? Tidak. Belum. :'(
"Ya Allah, Kau peliharalah orang-orang yang kusayang walau dimana mereka berada kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penjaga."
Labels:
peringatan
Alhamdulillah (=
Posted by
Izzati Hashim
at
6:13 PM
Bismillahirrahmanirrahim.
seeing
people's back when they leave, sometimes can be so sad. you just don't
know when they'll turn around and walk towards you again - Liyana.
Alhamdulillah dah selamat sampai di bumi Mesir tengah hari kelmarin (= Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya. Sejuta penghargaan buat JPA, MAS dan semua yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan pulang kami semua. Jzkk.
Walau ramai sangat pelajar JPA, namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Budak JPA kan budak baik dan taat? hohoho. Semua kerja boleh dilakukan dengan cepat andai kata kita semua bagi kerjasama. Apa yang penting? KERJASAMA :D
Egypt?
So far, alhamdulillah. Sebaik sahaja keluar dari Cairo airport, terasa nak terbang sebab angin kuat hohoho. Ngee. Mesir masih sejuk! Bajet Mesir dah x sejuk. Lupa. Sekarang masih dlm musim sejuk. Patutlah 15 degree.
Tercari-cari ada ke perubahan? Mungkin ada. Sedikit. Tak mungkin dalam masa sebulan segalanya berubah kan? Hohoho. Tapi egyptians agak meraikan kedatangan kami. Mcm pelik je kan? Mungkin sebab dah sebulan Mesir sunyi ngan budak melayu hehehe.
Tercari-cari ada ke perubahan? Mungkin ada. Sedikit. Tak mungkin dalam masa sebulan segalanya berubah kan? Hohoho. Tapi egyptians agak meraikan kedatangan kami. Mcm pelik je kan? Mungkin sebab dah sebulan Mesir sunyi ngan budak melayu hehehe.
Dan bila tiba di rumah, alhamdulillah rumah dalam 'keadaan' yang ditinggalkan sebulan yang lepas. Alhamdulillah lega. Cuma, debu2 pasir je lah yang ada. Haish. Peti sejuk pun ok. Selamat makanan yang ada :D cuma makanan yg kat luar je lah yg dah berkulat. Balik2 air plak xde. Adehh~ nak kena menanti pak cik Ibrahim T.T
Alhamdulillah semuanya ok (=
Buat semua keluarga, mohon maaf along hulurkan sebab tak sempat nak jumpa semua sebelum balik ke sini. Dapat berita kena balik sini pun dalam keadaan mengejut T.T. Dan buat sahabat2 yang dah merancang nak keluar sama2 dan nak jumpa, saya mohon maaf juga, insyaAllah ada rezeki kita jumpa nanti yer (=
khas untuk mama, abah dan adik2 yg tercinta, alhamdulillah semuanya ok. Jangan risau ok. InsyaAllah semuanya selamat dan along akan ingat segala pesanan. Sayang semua, kalian semangat along.
So...
JOM KEMBALI MEMULAKAN PERJUANGAN.
Perjuangan masih panjang untuk ditempuhi. Allah dah bagi masa sebulan untuk berehat, untuk bersama keluarga tercinta. Dan sekarang tiba masanya utk kembali meneruskannya.
nota : hati tertinggal di Kelantan, Malaysia T.T
- phone rosak, so semua number dah xde T.T
nota : hati tertinggal di Kelantan, Malaysia T.T
- phone rosak, so semua number dah xde T.T
Labels:
egpyt
Satu peringatan.
Posted by
Izzati Hashim
at
9:43 AM
Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi semua! Moga hari ini berlalu dengan penuh bermakna (=
Alhamdulillah, masih berada di rumah di Malaysia. Entah bila akan dihantar balik ke bumi Mesir. Tak balik pun takpe. :D Moga-moga segala 'kepeningan' selama seminggu dua ni akan berakhir tak lama lagi. Semua pening. Pening dengan isu tiket dan masalah nak balik ke Mesir.
Bak kata seoarng YB ni, "tu la, sape suruh balik Malaysia! Kan dah tak jadi sejarah. Yang menjadi sejarah hanya mereka yang masih berada di bumi Mesir tatkala rusuhan berlaku. Lepas tu sekarang susah dah nak balik sana". Ngee. Bukan ke Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik? Mana la saya tahu. :D
Apa yang terjadi, satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Mungkin suatu ketika nanti, boleh bercerita dekat anak cucu pula kan? Wah. Satu pengalaman yang Allah beri untuk sama-sama kita ambil iktibar. Bukan setakat kami sebagai pelajar di Mesir tapi semua orang.
Pengalaman mematangkan fikiran dan dengan pengalaman membuatkan kita berfikir dan merenung jauh hikmat di sebalik apa yang berlaku. Seringkali kita diperingatkan, Islam pasti akan menang, Islam pasti akan tertegaknya di muka bumi ini. Saat kebenaran itu pasti akan tiba. Pasti. Itu janji Allah.
Cuma, persoalannya. Adakah kita, atau saya sendiri adalah penyumbang kepada kemenangan Islam atau hanya sang pemerhati di sebalik jendela rumah?
Sepertimana yang berlaku di Mesir. Saya hanya salah seorang pemerhati tatkala rakyat Mesir lantang bersuara. Malu! Dengan lantangnya mereka mahukan kebebasan, mahukan keadilan. Mereka berjuang untuk pertahankan hak mereka, untuk bebaskan diri dari pemimpin yang zalim.
Saat rusuhan kedua berlaku, 28/1/11, selepas solat Jumaat. Rusuhan yang menyebabkan beberapa orang terbunuh yang menyebabkan ada yang mengarahkan mereka untuk berhenti dari membuat rusuhan. Dan di antara mereka lantang bersuara, "adakah kerana ada yang mati, kami kena berhenti? Tidak! Kami akan menuntut bela atas kematian rakyat kami!". Allah. Betapa kuatnya jihad mereka.
Suasana bagaikan di Palestin. Itu baru secebis. Boleh dianggap kecil. Mungkin di Libya lagi teruk keadaannya sekarang.
Siapa yang salah tetap salah, yang zalim tetap kena jatuhkan!
Akhirnya, sang pemimpin rebah tersungkur. Jatuh dengan penuh kehinaan di mata rakyat dan dunia! Lihat bagaimana pabila semua kebenaran terbuka. Allahuakbar.
Begitulah jua nanti. Saat Islam akan kembali gemilang. Bila? Pasti akan tiba. Janji Allah itu pasti!
nota : Best baca buku Revolusi mesir 2011, Masa Depan Untuk Islam.
Pandangan Sisi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, oleh Ahmad Fadhli bin Shaari. Sila lah baca, kupasan yg sgt2 menarik tentang Revolusi Mesir :D
yeah. Kami bukan sejarah tapi hanya pemerhati di sebalik jendela yang terbuka (=
nota 1 : terasa nak guna nama Albi Izzati lak. Ngee :D
nota 2 : Esok kena p BTN di Besut. Yeay! Moga-moga esok JPA akan umum, "Kami akan taja kalian semua balik Mesir!" AMIN. :D
Labels:
life,
peringatan
Subscribe to:
Posts (Atom)





