Pages

3 comments

Saya... Jealous!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah untuk nikmat umur yang Allah beri.
Alhamdulillah untuk nikmat iman dan Islam yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah. (=

Hari ni berlegar-legar di sekolah dari jam 9 pagi sampai 5 petang.
Masuk 'lab' sana, masuk 'lab' sini.
Tengok microscope sana, tengok microscope sini.
Hafal dan hafal, sampai terasa otak dah naik tepu. -.-
Ni nasib baik tak masuk muzium tengok jars lagi. Allah Allah.

Minggu depan exam. Praktikal. Doakan!
Rabbuna Yusahhil insyaAllah. (=

Exam Fever Campaign by PERUBATAN.
Exam booster! Superb! (=

Jealous a.k.a Cemburu.


Bila tengok orang berjaya, terasa ingin berjaya sama. Mana ada orang yang mahukan kegagalan kan?
Bila tengok orang naik pentas terima hadiah, hati terdetik sesuatu.
"Saya nak juga!" 
Bila ada orang yang lagi hebat, terasa ingin jadi macam dia juga.
Adakah itu tandanya cemburu?

Tepuk dada tanya hati. (=

Cemburu biarlah bertempat.
Cemburu yang membuahkan satu semangat.
Jadikan cemburu yang ada satu pemangkin untuk kita berjaya macam dia.

Apa guna ada perasaan cemburu di hati, tapi tiada usaha yang dilakukan.
Cemburu yang sia-sia. Malah ia hanya buat hati itu 'sakit'.



Kadang-kadang kita lupa sesuatu.
Allah beri apa yang terbaik buat kita.
Mungkin bila kita berada di tempat orang yang kita segani, kita takkan mampu untuk jaga hati dengan baik.
Mungkin bila kita terlalu berada di puncak tinggi, kita tak mampu lagi nak menjenguk ke bawah.
Mungkin bila kita ada sesuatu yang lebih, kita terleka dengan kelebihan yang ada.

Mungkin.

Allah tahu hati kita, Allah tahu apa yang kita tidak tahu.
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. (=

Muhasabah.


Didiklah hati untuk sentiasa low profile.
Didik hati untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Didik hati untuk
 pandang mereka yang kita lihat dengan pandangan kasar jauh lagi baik dari kita.


Apa yang ada untuk kita, itu yang terbaik.
Usah ragu dengan takdir, kerna Allah sentiasa kurniakan yang terbaik buat hambaNya. Pasti. (=







nota : Doakan saya! Moga saya terus tsabat dalam langkah perjuangan ini. Biiznillah.
nota 1 : Tiba-tiba terfikir, adakah menulis itu 'jiwa' saya? -.-

5 comments

2.5.12

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

2.5.12, selamat hari lahir Mama.
Moga Allah sentiasa rahmati Mama,
moga Allah panjangkan umur Mama dalam keberkatan,
moga Allah kuatkan semangat Mama untuk terus mendidik kami,
moga Allah kurniakan segalanya yang terbaik buat Mama.

Kalau nak tulis semua doa, berpuluh post pun takkan cukup, kan Ma? Hehehe.
Yang lain-lain tu, biar along doakan dalam sujud padaNya.
InsyaAllah doa tu akan sampai direct pada yang di atas sana.
Tuhan tu maha penyayang kan Ma?

Alhamdulillah Allah tambah lagi umur Mama pada tahun 2012, Mama sudah 46 tahun. Dah tua yer Ma? Muda lagi kan jiwa Mama? Masih kuat lagi untuk terus berjuang pada jalan Allah, insyaAllah. (=


Sedar tak sedar dah 4 tahun along kat bumi Mesir ni. Sekejap je kan Ma?
Lagi 3 tahun setengah insyaAllah along akan habis, doakan yer Ma? Doa seorang ibu tu sangat-sangat power. Dan along tahu Mama sentiasa doakan untuk anak-anak. Terima kasih Mama. ('=





Along teringat satu peristiwa yang sampai sekarang terpahat dalam ingatan. Satu peristiwa yang buat along terus bersemangat nak jadi yang terbaik  dan solehah untuk Mama Abah.
Mama ingat tak masa kita ke hospital, 4 atau 5 tahun yang lepas?

Time tu Mama kita tengah tunggu abah datang, tapi pada yang sama, kita masih lagi menanti number giliran. Lama kan kita tunggu. Sampailah abah bangun pergi tanya kat seorang doktor perempuan kat situ.

"Bila giliran isteri saya ni?

Pak cik boleh tak tunggu dulu, pak cik tak nampak ke ramai lagi yang tengah tunggu kat luar tu." {Sila baca dengan nada yang tinggi(?)}

Abah terkejut kena "perli" macam tu. Kita pun terkejut kan Ma?
Tapi ada kata-kata Mama yang buat along terkesan sampai sekarang.

"Mama tahu anak Mama bukan macam tu dan takkan jadi macam tu, anak Mama tahu nak hormat orang tua. Anak Mama xkan cakap macam tu dekat siapa-siapa pun. Anak Mama tahu nak sabar, tahu cane nak atasi marah tu. Nanti bila dah jadi doktor, anak Mama akan jadi doktor yang baik."

Ayat Mama ni biasa saja, tapi cukup bagi kesan pada along. Kenapa?

Sebab apa yang Mama cakap tu satu doa, satu semangat untuk along terus jadi yang baik dan solehah. InsyaAllah, terus doa untuk along ya Ma? ('=



Kenangan demi kenangan.

Ada satu lagi kenangan yang cukup terkesan dengan Mama. Kenangan zaman hampir separuh 'futur' dua tahun lepas.

Kekuatan dan semangat yang Allah salurkan melalui Mama.
Kekuatan di sebalik hanya satu persoalan.
Kekuatan di sebalik pelukan seorang ibu.

"Along tak pernah terfikir untuk berhenti dalam melangkah kan?"

Zapppp! Terkena dan tertusuk ke dalam hati yang paling dalam. Allah Allah. 

Alhamdulillah dari soalan itu, along masih di sini. Along masih terus dalam perjuangan ini. Along akan terus berusaha yang terbaik. InsyaAllah. Doakan along Ma! 

...
..
.

Kalau nak cerita semua kenangan dengan Mama, memang takkan cukup satu post, nak tulis satu hari satu post tentang jasa Mama pun along rasa tak cukup. =D
Banyak sangat....

Kalau dulu zaman kecil-kecil, memang terasa Mama sangat garang. Kalah abah. =P
Siapa yang tak pujuk suruh balik asrama, Mama. Tak pujuk tanda 'jangan duk manja sangat'. Hahaha.
Siapa yang selalu membebel pasal duit, Mama.
Siapa itu siapa ini, Mama.

Zaman kecil, memang Mama menakutkan. Baru perasan itu. =P

Tapi bila dah meningkat remaja, Mama dah macam kawan.
Bila dah besar panjang sekarang, lagi rapat macam best friend. Kan Ma?
Soal hati tak soal hati semua Mama tahu.
Tiada rahsia-rahsia dah. Cerita kat Mama, kompen selamat.

Balik nanti kita cerita banyak-banyak pula. =D

Mama, seorang ibu dan sahabat yang terbaik.Sayang Mama sokmo! 
♥ 

...
..
.

Ma, kalau baca post ni jangan nangis tau! =P
Sebab masa along tulis ni pun cuba tak nangis, tapi macam mengalir juga air mata ni. -.-
Rindu kot. Symptom exam sudah bermula! Hehehe.

Oh ya, ustaz along pernah pesan dulu kala. Kalau kita rindu pada orang yang kita sayang, terus baca Al-Fatihah. Moga rasa rindu yang ada tu takkan lebih dari rasa rindu kita pada Allah dan Rasulullah.


Sama-sama amalkan! Boleh selalu top up amalan. (=





Akhirnya, untuk Mama yang tercinta dunia akhirat,
along doakan yang terbaik untuk Mama.
Allah tu Maha Pengasih, insyaAllah memang Allah akan berikan yang terbaik untuk Mama.
Along nak jadi anak solehah untuk jadi saham yang terbaik untuk Mama Abah, insyaAllah.
Doakan along Ma!
Sayang Mama, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 46. 
♥♥♥  


Salam rindu dan kasih,
along! (=







nota : Terasa kedinginan di malam 1.5.12. Oh malam, mengertikah dikau tentang erti rindu? 

nota 1 : Selamat hari lahir buat kamu. Moga Allah berikan yang terbaik dunia dan akhirat. Doa dari jauh, moga sampai ke atas sana. InsyaAllah.

6 comments

SPM dan kisah dia.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


"Sis, SPM is not everything right?"

Satu soalan yang diajukan di dinding FB selepas keluarnya result SPM dua tiga hari lepas.
Dan saya hanya tersenyum. (=
Tambah-tambah mengenangkan kisah perkenalan dengan junior-junior SMKA Naim Lilbanat hanya dengan satu post INI.




 

Kisah dia.

Jika diimbau kembali kenangan sejak kecil. Bermula zaman UPSR, kemudiannya PMR dan akhirnya SPM. Dia mesti dapat result kurang satu dari markah penuh.

Jika diingat kembali, zaman persekolahannya bukanlah seperti yang kakak dia rasa.
Masih ingat lagi kata-katanya,

"Nak cepat-cepat habiskan zaman sekolah. Tak best."
Eh dia seorang ini.

Tahu tak, bila sudah habis zaman sekolah baru tahu betapa rindunya nak kembali ke zaman sekolah. Zaman yang tak perlu fikir banyak, zaman yang selesa, zaman yang seronok!
Tapi bagi dia tak. Sampai sekarang pun tak pernah dengar dia cakap rindu zaman sekolah. Belum lagi kot?

Dia bukanlah seorang yang pemalas, dia sangat rajin. Sangat.
Dia bukan seorang yang tak pandai, dia pandai.
Dia bukan seorang yang main-main, tidak.
Tapi mungkin nasib dia di zaman sekolah bukanlah yang terbaik untuk dikenang. Mungkin.

Masa PMR, dia dapat 7A dari 8 subjek. Hebat lah tu kan?
Tapi sayangnya, sekolah menetapkan tidak boleh masuk ke kelas sains. Hanya layak berada di kelas akaun. Jadi akauntan kaya apa? -.-

Eh? Macam tu ey?
Tapi tiada pula terfikir untuk tukarkan dia ke sekolah lain.
Katanya, mungkin rezeki dia di situ.

Dan di situlah bermulanya kisah duka pahit masam manis dia di sekolah.
Apa yang boleh dikata, sepanjang dua tahun untuk habiskan zaman sekolah, banyak benda yang dia alami.
Bermula dengan kelas yang 'cikgu tidak berapa nak mesra', dengan hanya cikgu akaun seorang yang ambil berat.

Setiap kali telefon, itulah yang dia cakap.
"nak habis sekolah cepat-cepat."
-.-


Banyak ujian yang Allah berikan. Banyak benda yang Allah nak didik dia. Allahu Rabbi.

Dan dipenghujungnya, SPM yang diletakkan harapan tinggi, hanya tinggal kenangan. Allah beri yang terbaik kan?
('=

Bila dapat result, dia cool saja. Macam biasa. Allah beri yang terbaik kan, kenapa perlu sedih-sedih? Result dia tak teruk pun, separuh. Tapi mungkin sebab impian nak dapat tinggi, itu yang sedihnya.

Segala permohonan dia mohon, mencuba nasib. Ada rezeki mana-mana dapatlah.
Matrik, tak dapat.
UPU, pending.

Dalam lama menanti, akhirnya dapat tawaran di UiTM. Bidang akauntan. Bidang yang cuba untuk 'dibuang'.
Memang jodoh dia dengan akaun agaknya kan?



Hendak dikatakan dia 'gagal', masih ramai lagi yang kurang bernasib baik darinya.
Dia kecewa katanya, kerana tak dapat bagi yang lagi tinggi untuk mama abah.
Tak sehebat result kakak dia katanya.

Pernah dia tersebut satu ayat dulu,
"kenapa dia tak pernah dapat apa yang dia impikan?"

Saya hanya diam. Hanya pujukan mampu diberikan. Sabar yer?


Itulah permulaannya.


Bila masuk universiti, dia masih sama. Dia tetap dengan cool dia.
Cuma satu yang perasan. Dia makin rajin. Super rajin.

Dia kata, "cukuplah perasaan yang ada di zaman sekolah. Tak nak rasa benda yang sama lagi."

Detik berlalu masa pantas bergerak, sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung sem. Dia di rumah menantikan result final. Risau katanya. Exam macam susah.

Suatu hari dia mesej, "Along, tolong check result. Xde internet kat rumah."
Jauhnya suruh along yang di Mesir. -.-

Alhamdulillah. ('=

Telefon rumah di Malaysia, dia tak nak bercakap. Cuak. Bak kata mama, hari ni tak makan lagi bila pagi-pagi kawan telefon kata result dah dapat.
Haih dia seorang ni. -.-

"Macam mana nak gtau result ni?
Cuba baca satu persatu subjek tu."


Tiba-tiba dengar dia menangis. Eh?

Mama yang sambung, suara mama pun dah serak-serak basah.
"Angah dapat anugerah dekan. Pointer dia tinggi. Subjek akaun yang kata susah tu pun dapat highest score."

Allah Allah.
Subhanallah, indahnya bila dengar suara ibu yang gembira dengan kejayaan anaknya. Dengar abah gelak di belakang. Allah.

Kejayaan yang angah kata tak pernah dapat tu, Allah simpan untuk beri pada hari lain kan? Lagi indah kan? Tahniah. ('=

Refleksi.

Saya bercerita kisah dia, adik kedua saya. Kagum dengan semangat dia yang cool.
Dalam diuji, dia senang ambil sikap tak kisah, taknak sedih-sedih.
Dalam susah, dia masih lagi ketawa.
Saya hanya nampak dia cool dari luar, di hatinya hanya Allah yang tahu. ('=

Apa yang nak saya kongsikan, SPM bukanlah segalanya. Ia hanya satu permulaan. Dan kisah seterusnya masih panjang lagi. Bagi yang kurang bernasib baik, ingatlah yang Allah sudah berikan yang terbaik. Kalian sudah usaha, natijahnya Allah yang tentukan.
Mungkin sekarang bukan rezeki kalian untuk dapat yang hebat-hebat, tapi suatu hari nanti?

Cukuplah kisah dia yang boleh dijadikan contoh.  

Apa yang kita dapat hari ini bukan jaminan untuk masa depan yang gemilang.
Tapi apa yang kita ada sekarang, mampu untuk mencerahkan masa depan yang masih panjang lagi. Terus berusaha! Yosh! (=




nota : Terbayang senyuman mama abah zaman-zaman ambil result di sekolah dulu. 
Allah Allah. ('=

5 comments

Tegur VS Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Bila saya menasihati kamu, 
bukanlah bermakna saya yang terbaik.
Bukan bermakna saya yang alim.
Bukan bermakna saya yang tidak pernah membuat kesalahan. Tidak.

Bila saya menegur kamu,
kerana saya tidak mahu kamu terus jauh dariNya.
Kerana saya ada hak dengan kamu sebagai saudara seagama.
Kerana saya sayangkan kamu.
('=

source : Tumbrl

Terkesima seketika bila melihat dia menangis.
Lagi terpaku pabila melihat dia makin teresak-esak.

"Eh, janganlah nangis. Awak dah buat saya nak nangis sama ni."  -.-

Puncanya hanya satu.
Dari hanya sebuah kata-kata.
Dari hanya satu teguran.
Berbisa mungkin. Mungkin.
Mungkin juga kerana ditegur dihadapan teman yang lain. Mungkin.



*sigh*

Saya pernah bercerita(?) sebelum ini dalam post Bicara Kata.
Jaga kata-kata, jaga tutur bicara kita!

Mungkin dalam tak sedar, kita mampu menyakitkan hati seseorang.
Mungkin dalam asyik berkata-kata, kita sudah membuatkan seseorang menangis.
Bukankah lidah itu ibarat sebilah pedang.
Tajam. Mampu untuk melukakan. Mampu untuk memotong.

Atau...

Mungkin kita sudah lupa, bahawa dalam bersahabat tetap ada adab-adabnya.
Tetap ada hak-hak yang perlu ditunaikan.
Tetap ada batas-batasnya.
Kan?

Walau rapat mana sekalipun, 
kita tetap kena hormati dia. 
Tetap kena jaga tingkah laku, tutur kata, perbuatan kita dengan dia.
Jangan sebab title 'bestfriend till jannah', kita ambil enteng saja adab kita dengan dia.
Kata nak masuk syurga sama-sama, tapi kalau kita selalu menyakitkan hati dia, macam mana tu? =='



Tegur VS Nasihat.

Kadangkala, dalam kita ingin menegur seseorang kita terlepas pandang satu perkara. 

Menegur di khalayak ramai.
Perkara yang mungkin nampak biasa, nampak tiada apa-apa.
Tapi mungkin itu yang menyebabkan hati orang yang ditegur tersinggung.
Mungkin saja benda-benda yang simple, tapi bila ditegur direct di depan orang ramai, bukankah kita sudah mengaibkan dia?

"Kenapa tak bangun solat subuh tadi?

Kenapa tak pergi kelas tadi, ponteng eh?

Ko nak masuk program tu, layak ke?"


Cuba bayangkan contoh soalan-soalan ni ditanya di depan kawan-kawan yang lain.
Agak-agaknya yang ditanya tu macam mana reaksinya?

Apa salahnya, kalau tanya belakang-belakang.
Apa salanya, kalau tanya dia bila dia berseorangan.
Tapi itulah kita, terlepas pandang.
Terlupa yang dia pun ada perasaan. Terlupa dia pun ada malu dalam diri. 


Muhasabah.

Untuk menegur seseorang ada adabnya.
Apatah lagi dengan insan yang baru dikenali dan sudah tentu dengan insan yang terlalu rapat dengan kita. Ada adab-adabnya.


Kadangkala, rapatnya kita dengan dia, kita tak berani nak menegur kesalahannya.
Kadangkala, sebab terlalu rapat, kita menegur dengan cara yang tidak berhikmat.

Kan bagus, sebelum berkata-kata kita letakkan kita di posisi orang itu.
Kita bayangkan andai kita yang berada dalam keadaan itu.
Kita yang ditegur di depan orang ramai, malukan?

Kita yang ditegur dengan bahasa yang kasar, sakitkan?
Kita yang dimarah, sakit hati kan?

Kita yang dimalukan, sedihkan?

Kita tak suka benda-benda macam tu, tapi kenapa kita buat pada orang lain?








nota : Update WWK sebulan sekali, aci tak? =D
Banyak benda nak dikongsikan tapi masa membataskan. Allahu Allah.  

5 comments

yang menilai.

28022012.

"Dia rasa tak semangat nak pergi usrah lagi.

Kenapa?

Sebab katanya tiap minggu pergi muka sama saja, yang memang selalu akan pergi. 

Asalnya ramai, lepas tu tinggal beberapa orang saja yang terus setia. Dan hanya yang itu akan pergi. Tak best katanya.

Ohhh.

Dan... 

tentu kakak usrahnya lagi terasa sedihkan?
Tentu kakak usrahnya lagi hilang semangat kan?
Tentu kakak usrahnya mengharapkan adik-adik usrahnya yang setia akan terus setia kan?
Sebab mungkin mereka yang terus setia menjadi semangat, semangat untuk terus memberi.

Tak salahkan kalau dia terus menjadi salah satu semangat untuk kakak usrahnya. Kan?"

Cuba kita letakkan, kita adalah dia yang merasai kesakitan itu.
Cuba kita bayangkan, kita adalah insan yang diuji dengan dugaan Ilahi itu.
Cuba kita bayangkan, walau sejenak. Tanpa kita menghukum.
Kenapa manusia, mudah sangat memberi penilaian?
Sedangkan yang berhak menilai itu hanya Allah!




Kadang-kadang, kita terlupa yang ada orang lagi hebat ujian dari kita.
Kadang-kadang kita lupa ada orang yang lagi susah dari kita. 

Kadang-kadang kita leka dengan nikmat dunia yang Allah beri.
Kadang-kadang kita mudah sangat rasa futur.
Kadang-kadang kita bersangka buruk dengan apa yang Allah beri.
Kotornya hati kecil itu kan? T.T


Ada orang yang Allah beri ujian satu demi satu, tapi kita...?
Baru ditimpa sedikit ujian, mula mengadu maha berat.
Bukankah Allah sudah kata yang Dia tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuan diri hamba itu?


29.02.2012.


Alhamdulillah, seorang lagi umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam lahir ke dunia. Bakal menyambut birthday 4 tahun sekali. =D
Moga menjadi anak dan mujahidah yang solehah yer? (=











nota 1: Alhamdulillah, akhirnya ter'update' juga WWK ni. Nikmat waktu lapang itu wajib disyukuri apatah lagi nikmat kesibukan. (=