Pages

0 comments

Cerita kita berbeza

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah musim sejuk sudah tiba!
:)

Pejam celik, pejam celik, alhamdulillah sudah sebulan rupanya kembali berada di bumi Mesir.
3 bulan di Malaysia terasa sebentar. Ikut perancangan asal, balik hanya sebulan. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, cuti dipanjangkan kerana keadaan Mesir yang tidak stabil ketika itu.

Dan alhamdulillah dah sebulan belajar, dah habis satu subjek rupanya. Allahu Allah.
Terasa waktu berlalu perlahan namun sebenarnya sudah banyak waktu yang berlalu pergi.
:)

[sumber : HERE]

01082013 - Kisah kita berbeza

Soalan pertama yang saya tanya tika tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan apabila bertemu keluarga,

"Mama, mana angah?"

Sebab saya tahu yang dia akan datang jemput saya juga. Sebelum bertolak balik ke Malaysia, kami ada berhubung dan dia pun dah start cuti raya sebenarnya. Pelik bila dia tiada bersama.
Adik-adik yang lain hanya senyum. Pelik.

Mama hanya tersenyum dan beritahu nanti kita jumpa angah. 

Kami tak terus pulang, tapi menuju ke hospital, Angah dimasukkan ke hospital. Accident.
Berbuku perasaan ketika itu. Antara terkejut dan penat yang tak hilang lagi semuanya bercampur baur. 

Sampai di hospital, angah dalam bilik bedah. Hampir dua jam menanti dia, akhirnya dapat bertentang mata tapi dalam situasi yang sungguh saya tak pernah bayangkan. Allahu Allah. 

...

Alhamdulillah dia makin okey walaupun belum sembuh sepenuhnya. Bak kata doktor, "Awak patah kaki bukan terkoyak kulit." Namun esok dia akan mula menyambung kembali study di UiTM setelah bercuti dan menangguh satu semester.

Angah budak bijak, setiap kali exam, dia antara yang termasuk dalam Dean List. Namun perancangan Allah itu maha hebat, dia teruji. Terpaksa menangguhkan pengajian kerana faktor kesihatan, bukannya faktor lain.

Situasinya berbeza dengan saya yang sebelum ini (extend setahun). Tapi apa yang Allah mahu bagi, saya yakin sama. :)

Sabar.
Redha.
Pasrah.
Tawakkal.

Untuk adikku sayang, Angah.

Be strong girl!
Allah uji untuk kuatkan kita, bukan melemahkan.
Mungkin pada dasarnya di mata manusia, kita 'ketinggalan'.

Tapi ada sesuatu yang Allah nak bagi 
dan Allah pilih kita untuk laluinya! :)

The Road Not Taken - Robert Frost



Terngiang-ngiang sajak The Road Not Taken tika hati dan jiwa teruji dengan pilihan yang bisa mengubah kehidupan. Allahu Allah.

Kesan dari keadaan Mesir yang tidak stabil sejak 3 Julai dan berlarutan hingga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat tawaran credit transfer untuk pelajar di Mesir buat pilihan sambung di Malaysia atau kembali ke Mesir semula. 

Ada yang tekad.
Ada yang dilema.
Ada yang pasrah saja.
Ada yang tak rasa apa-apa.
:)

Saat nak buat keputusan bukannya mudah. Apa-apa keputusan mahupun pilihan. Cuba tanya diri sendiri, tahap pergantungan kita pada Tuhan tinggi mana sebenarnya? :)

Nah. Isu itu sudah berlalu. Ada yang menerima tawaran untuk berada di Malaysia dan alhamdulillah masih ramai yang terus setia berada di Mesir. 'Ala kulli hal, Mesir aman damai. Kami semua baik-baik saja. Hari ni genap sebulan berada di Mesir, membuatkan saya tersenyum panjang, alhamdulillah.

Enjoy the moments! :)


2 comments

Mahalkah air mata itu

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Masa nak tidur semalam, tiba-tiba air mata mengalir dengan lajunya. Syahdu.
Ni kes penangan tengok cerita yang mengusik kalbu sebelum tu. Ceritanya cerita happy ending tapi di awalnya penuh dugaan dan cabaran kehidupan. 

Bangun dan bersila atas katil. Tengok roommate dah lena dibuai mimpi. Haihhh, malam-malam rasa syahdu macam ni.

Jauh merenung kembali...

Hati itu cukup lembut sebenarnya. Mudah tersentuh dengan cerita yang mengusik jiwa. Mudah menangis melihat kesengsaraan orang lain. Mudah sebak bila terbaca kisah-kisah sedih. Mudah.

Alangkah bagusnya kalau hati yang lembut begitu dibajai dengan sebaiknya.
Menangis bila membaca surat cinta dari Allah.
Menangis bila sujud memohon keampunan dariNya.
Menangis bila menadah tangan merayu keampunan dariNya.
Menangis mengenangkan kesilapan masa lalu. 
Menangis bila terbaca kisah saudara seagama seakidah di bumi lain disiksa.

Tapi... Air mata itu terlalu mahalkan untuk benda seumpama ini? Allah...

Tanya diri sendiri, 
bila agaknya kali terakhir kita menangis kerana takutkan azab siksaanNya?
Bila agaknya kita menangis kerana terlalu rindukanNya?
Bila agaknya kita menangis memohon keampunan dariNya?
Bila agaknya kita rasa secebis sebak rindukan baginda Rasulullah SAW?

...

Ummuammar | Tumblr


Hati itu sebenarnya cukup lembut.
Bajailah ia dengan benih cinta dan sayang.
Siramilah ia dengan air yang sentiasa menyejukkan.
Moga nanti ia akan subur dan mekar dalam keindahan.
:')

Ada hadis berbunyi,
"Andai baik seketul daging itu, maka baiklah seluruh jasad. Andai buruk seketul daging itu, maka buruklah seluruhnya. Dan ia adalah hati."

Jaga hati baik-baik, kerana hati yang baik mampu mendekatkan diri kita pada Tuhan yang Maha Esa. Biiznillah.


nota : Oh Dong Yi. 

nota 1 : Selasa ini exam lagi. Mohon doa dari semua. :)

3 comments

Susah dan menyusahkan

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah musim panas sudah tiba. Panas yang mencecah 45 darjah. 
Subhanallah. :)

Rindu nak merasai musim sejuk yang mendamaikan. Tapi kena lalui musim panas yang mendugakan dengan kesyukuran. 
Sekurangnya, kita ada tempat berteduh. Ada kipas untuk dibuka. Ada duit lebih nak beli cooler. Sedang ada manusia yang diluar sana tak punyai apa-apa, bahkan sebuah rumah tempat berteduh. Mari bersyukur. :')



Pagi-pagi dikejutkan dengan SMS dari cik Angah.

"Along, tiket balik Kelate 1 haribulan tu dah habis."

Haa?!
Kelmarin baru tengok, masih available dan hari ini sudah habis. Nangis.

Terus telefon mak saudara di Malaysia. Selalunya bila nak booking tiket balik Kelate minta tolong cik Ngoh. Sekali lagi menyusahkan. -.-

Bila duduk sini teringat balik nanti activate internet banking, tapi bila dah ada kat Malaysia lupa segala benda. T_____T

Cuba booking, booking dan booking lagi. Tapi sadisnya tak dapat nak booking.
Sebak sudah mula menular. Takkan nak suruh abah pergi beli kat airport kot?

Di akhirnya memang kena suruh abah belikan. Time ni rasa nak hantuk kepala kat dinding.
Tak suka susahkan orang walau keluarga sendiri. Kalau boleh nak buat sendiri.
Tapi bila dah terdesak begini? Terpaksa dengan hati nan walang.

Sorry abah. Nangis.

...

Ingat lagi zaman sekolah dulu. Hari-hari berulang alik dari rumah ke sekolah. Hari-harilah juga, abah yang hantar dan ambil. Rasa bersalah Tuhan saja tahu. Tapi abah tak pernah kisah. Terima kasih Abah. :')

Abah cakap,

"Abah tak kisah. Abah nak tengok anak-anak berjaya. Habis duit, habis masa, abah langsung tak kisah."

Allah...
Rasa nak terbang balik peluk abah kuat-kuat sekarang juga.

...

Mama dan abah selalu pesan,

"
Hargai orang yang buat baik pada kita. Ingat jasa dia tolong kita. Kalau kita tak mampu nak tolong atau balas jasa dia, sekurangnya ingat dan sebut nama dia dalam doa kita."

InsyaAllah, biiznillah.

Terlalu ramai orang baik yang Allah hadirkan di sekeliling kita, untuk kita juga jadi baik macam mereka. Nikmat manakah yang kita dustakan lagi? 
Allahu Allah.



Moga Allah mudahkan urusan orang-orang yang selalu mudahkan urusan orang lain.
Amiin! :')




p.s : Final exam mula 6/6 ni. Mohon doa. :)

6 comments

Nusrah Allah

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah kelmarin [22/5/2013] berjaya habiskan end-round exam untuk subjek ENT.
Habis exam tu bermakna tamatlah sudah pelajaran tahun 4 di Kasr El-Ainy Medical School.

Kejap!

Baru habis belajar, final exam tak bermula lagi. -.-
InsyaAllah 6/6/2013 ni bermula final exam tahun 4. Doakan!
:)

Allah Maha Dekat

Alhamdulillah. Dalam 7 hari study leave untuk end-round exam berjaya khatam buku. Dari kulit ke kulit. [Tahniah untuk diri sendiri]

Tapi...
Bila masuk exam, tiba-tiba rasa macam tak ingat semua benda. Allah.
Rasa kosong, rasa macam tak mampu nak jawab. Rasa macam tak baca buku pun.

Orang lain baca banyakkkk kali, saya baca sekali dua. Memanglah patut tak ingatkan?
Orang lain baca, faham hingga lumat, saya baca seimbas lalu. Nak cepat habis.
Memanglah tak lekat dalam fikiran kan?
*facepalm*


...

Kosong.

"Selawat banyak-banyak. Sebut nama Allah banyak-banyak kali." Hati mula bersuara bila hanya mampu memandang kertas soalan.
Terpegun melihat kawan yang di depan sudah laju menulis. Sedang diri masih terkial-kial mengingati. Allah...

"Ya Allah, ingatkan bila daku lupa. Ingatkan apa yang kuhafal dan baca."

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatnya, terlayar di minda di mana kedudukan di dalam buku.

Ya, di sebelah kanan buku. Sebelah bawah. Sebelah tu ada gambar. Ada 6 isi semuanya.

Tangan mula merangka. Alhamdulillah. :')

Pesanan mereka. Murrabi.

[Pesanan 1, Mama]

[pesanan Mama pencetus semangat]


Teringat pesanan Mama,

"Rasa tak tenang, tak leh nak hafal, tak ingat benda nak hafal, selawat banyak-banyak, ingat Allah selalu."



Allah. :')

[Pesanan 2, Kak Yana Yahya]

"Jangan baca sekali saja untuk exam. Maksudnya bila nak exam tu, bukan kali pertama kita baca. Dah baca dua tiga kali. Tie boleh. Jangan tengok orang lain. Ikut kemampuan tie sendiri."

Alhamdulillah Kak Yana dah berjaya bergelar doktor. Tahniah Kak Yana. Moga Allah mudahkan segala urusan akak. Doakan kami adik-adik di perantauan.
:')


[Pesanan 3, Sheikh Rahimuddin]

"Kalian semua kena baca buku kalau boleh sampai 7 kali. Biar bila exam, segalanya tergambar. Kita mudah ingat bila selalu tengok. Baca banyak-banyak kali, biar semua lekat kat kepala."


Pesanan ini juga pernah dititipkan oleh senior yang sentiasa mumtaz, abang Nazmi. Subhanallah, kalam hebat dari orang yang hebat.

[Pesanan 4, Abah]

"Abah, exam rasa susah."


"Jawab semua tak?"

"Mestilah jawab. Mana boleh tinggal kosong."

"Haa, dah tu. Kalau boleh jawab semua, maknanya boleh jawablah." Abah gelak.

Haila abah. Pencetus semangat luar biasa sungguh. :')



"Anak abah ni boleh. Jangan lemah. Usaha dah, tinggal tawakkal. InsyaAllah bolehlah. 


...

Dan ramai lagi yang menitipkan pesanan. Maaf tak mampu nak tulis semua. Apa yang ditulis biarlah mampu dijadikan pesanan jua buat kalian yang membacanya.

Buat mereka yang sentiasa memberikan pesanan, menghulurkan semangat, insyaAllah moga Allah berikan saya ingatan yang baik untuk sentiasa menyebut nama kalian dalam doa padaNya. :')

Nusrah Allah.


Benarlah, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha. Apa pun segalanya di tangan Allah. 
Maka, minta tolonglah pada Allah di saat hatimu buntu mencari arah.

Kita usaha kuat mana pun, kita study hebat mana pun, tanpa pertolongan Allah, 
kita tak berdaya nak buat apa pun. Allahurabbi.

Benar, sudah menjadi sunnatullah, Allah akan memberikan kejayaan buat mereka yang berusaha. Tapi adakah kita menyangka bahawa dengan usaha kita, kita akan terus berjaya?
:)

"Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." [3:159]


Nusrah Allah itu terlalu hampir, cuma kadangkala kita yang liat nak berdoa.
Nusrah Allah itu maha dekat, cuma kadangkala kita terlupa untuk meminta daripadaNya.

Nusrah Allah itu sentiasa ada, cuma kadangkala kita yang tidak mahu meminta.

"Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa mengingatiMu tika senang mahupun susah. Jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur."

Amiiin!

Mari berusaha! Ayuh!




nota : Kegagalan mengajar saya erti kehidupan. Alhamdulillah. 

4 comments

Allah kan ada :)

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dia menguak pintu jendela, mahu melihat keheningan subuh.

"Subhanallah. Indahnya ciptaanMu." Langit yang masih gelap, diterangi bintang sebiji dua.
Dia mendongak melihat ke bawah, ada jemaah yang baru keluar dari pintu masjid.
Syahdunya.

Langit yang hitam kelam dia tatap dan dia mula memanjatkan doa pada sang Pencipta.






Dia keresahan. Dia terasa penat dengan segala benda. Penat. Mungkin banyak memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa. Tuhan...

"Nak telefon mama lah!"

Hati dia mula tidak keruan. Dia mahu berbicara dengan bonda tercinta, mahu melepaskan rindu yang ada. Dia ingat dia mampu mengawal perasaannya tika berbicara dengan mama. Tapi dia silap. Bila saja talian dihubungkan, terdengar saja suara mama yang jauh nun di sana, dia mula menangis.

Syahdu. Tangisan yang keluar bukanlah sekadar air mata yang mengalir. Tidak.
Bahkan tangisan yang berselang seli dengan esakan.

"Nape ni? Syhhh... Sabar, sabar. Mengucap banyak-banyak."
Mama bertanya dalam nada kerisauan.

"Cuba cerita baik-baik. Kenapa ni?"
Mama bertanya dengan penuh berhati-hati. Takut tersilap bicara barangkali. Sedang dia, air mata kian mengalir laju. Tiada tanda mahu berhenti.

"Nangislah puas-puas. Biar lega sikit. Takpe mama tunggu. Anak mama ni kuat. Ingat Allah banyak-banyak. Selawat banyak-banyak biar tenang hati tu."

Dia cuba untuk bersuara dalam tangisan yang berlagu. Sayangnya hanya tangisan yang kedengaran. Hanya tangisan menjadi suara.

Dia tidak tahu kenapa hati dia serapuh itu. 
Dia tidak tahu kenapa hari ini mudah benar dia mengalah pada perasaan.
Dia tahu dia kalah dengan perasaan dia sendiri.

Tuhan...

Dia cuba mengumpul kekuatan dari kata-kata yang Mama ungkapkan.
Dia mula istighfar berkali-kali.
Dia cuba berselawat mengingati baginda Nabi.
Dia cuba meredakan ketegangan hati dia sendiri.
Dia kuat! Ya, dia kuat!

"Hati kan menjadi tenang dengan mengingati Allah."

[13 : 28]

Dan..

Esakan itu kian hilang. Air mata yang mengalir mula berhenti. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu dia lontarkan segala keresahan buat bonda tercinta.

Sungguh, keluarga adalah kekuatan yang dipinjamkan Allah.
Sungguh, Allah berikan kekuatan melalui kepayahan yang dia alami.
Allahu Allah.


Sudah lama sebenarnya dia tidak menangis sebegitu rupa. Kalau selama ini setiap masalah yang dia ada, dia cuba untuk tidak melayan perasaan.

Cuma mungkin kali ini, ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan dia 'sakit'. 
Dia terasa sendirian. Dia lupa Allah sentiasa ada. Maha Dekat. 
Dia lupa itu.

Kasih Ilahi

Ujian itu satu kekuatan bilamana kita sandarkan segala keresahan pada dia.
Ujian itu menguatkan bukan melemahkan.
Bukankan Tuhan sudah berfirman,

"Apakah manusia mengira mereka hanya dibiarkan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"

[29 : 2]

Bila Allah uji, itu maknanya Allah mahu memberi kita peluang. Peluang untuk kembali kepadaNya. Kembali kepada fitrah. Suci dari noda.



Muslimah, bangkitlah dari kekalahan.
Kau kuat.
Siapa lagi mahu mengatakan kau kuat, 

kalau bukan dirimu sendiri.

Hidup ini adalah ujian.
Jangan kalah pada ujian.
Ujian hadir untuk menguatkan,
bukan melemahkan.

Bangkit!
Jangan jadi lemah.
Kau kata kau mahu berjuang,
orang yang berjuang bukan seorang yang lemah.



nota : Selamat menghadapi PRU. Mari sama-sama doakan yang terbaik buat Malaysia.
KEKAL Kelantan. UBAH Putrajaya.
:)

Doa jangan lupa. Hubungan dengan Allah kena jaga. :)