Pages

0 comments

Mungkin sekejap lagi?

Fuh! Lega~ Kelmarin baru je habis written exam histology... Lega la sgt hu3... Lagi 2 paper yg menanti huk3... tu baru written, x masuk ag oral nanti. Adoi~ 


Hampir 3 bulan exam~ sangattttt lama.. Memg ke'tension'an itu ada. Memg xkan dapat lari, tp wat tau je lah kam huhuhu... 

Kalau di hitung, tinggal sebulan lebih je lagi nak balik malaysia. Waa~ xsabarnya nak balik! Tapi sekarang masih menanti dengan penuh kesabaran... ho3. 

Pabila family kat malaysia gtau yg atukku yg ku panggil 'cek' sakit, lagi la rasa nak balik hu3... Sakit tua~ hurm... umur cek dah masuk 80 lebih kot.  Tapi alhamdulillah dia x pernah da penyakit yg teruk mcm darah tinggi ke, kencing manis ke... semuanya ok. Cuma sekarang je... hu3.. Harapanku bersama secebis doa pd Yang Esa, moga cek terus sihat. Nak balik~

Semalam jugak, semasa telefon family kat umah mama gtau, 'along, pak in dah xdop, dah selamat pergi'... aku terkedu... air mata bergenang di mata... tunggu masa nak keluar je huk3... Tapi kutahan daripada mengalir, kutahan sebak yg bermukim... Sabar2~

Letak je telefon n kebetulan ku terdengar lagu Kau sahabat Kau Teman nyanyian kumpulan nasyid hijjaz, air mata xdpt ditahan lagi. Berderaian di pipi... Waa.. wanna back home!
Dayu si roommate aku tanya, "ko nangis ke? hu3... Yer, aku sedih, atuk sedara aku meninggal, hari selasa lepas time kita tgh exam phisiology ai tuh hu3... tapi mama xgtau awal2 sebab exam kot..."

Terimbau kenangan bersama dia, usikan dia... Walaupun hanya atuk saudaraku merangkap bapa saudara abahku, aku memg rapat dgn dia... Selalu dtg umah dan kalau xkena usik xsah. I'll always miss u... Moga dikau berada di kalangan org2 yg soleh di sana, ameen...

Kematian... satu takdir yg xkan dpt dielakkan. Yg xkan kita ketahui bilakah, di manakah akan berlaku, dan yg xmungkin kita dapat tahan dari berlaku... Setiap org akan melalui saat itu cuma bila & di mana, kita xkan pernah tau~ Mungkin esok? atau sekejap lagi?


0 comments

Terima kasih mama~

Mama,
terima kasih utk segala-galanya...

terima kasih kerna telah bertarung nyawa melahirkan along...
terima kasih kerna telah menjaga along,
membesarkan along,
mendidik along hingga sekarang ...

Mama,
'perpisahan' sementara ini,
mengajar along erti sebuah kerinduan yg sebenar...
erti hidup berdikari,
erti ketabahan,
dan erti sebuah kehidupan...

Mama,
xcukup hanya dengan ucapan terima kasih,
terlalu besar pengorbanan dan jasa yg telah mama curahkan...
terima kasih ma~
hanya secebis doa yg mampu along kirimkan... insyaAllah

Along sayang mama sgt2,
mama kekuatan along,
mama pemangkin semangat along
terima kasih mama...

Moga Allah membalas semua jasa2 mama,
moga syurga nan abadi menjadi tempat istirehat mama nanti~
aminn...

*Selamat Hari Ibu buat mama tersayang, Adibah binti Mat said~
i love u so much!

0 comments

Puisi untuk ibu~

Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…

Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan

Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih

Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu

Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara

Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!

Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!

*sumber asal dari... http://ati-rahma.blogspot.com

.:aku bukan seorang penyajak yg pandai melontarkan kata2 hati :):.

0 comments

Girl’s Day Out~

Rebonding.Refreshing.Reminding. (Tema GDO)

Tema program Girl’s Day Out hari ni, anjuran PERUBATAN utk para akhawat, pelajar medic dari taun 1-6 dari Cairo U, Ainshams U & Azhar U… Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancarnya walaupun terpaksa berpanas di tgh taman hohoho

Rebonding tu bkn hair rebonding tau hak3… Sekadar satu term yg membawa mksd merapatkan ukhwah balik

Picnic di tgh summer~ but not bad… Meriah tetap meriah, gempak tetap gempak. Sekalung tahniah utk para AJK yg bertungkus-lumus buat persiapan

Entah nape hari dapat cuti, dengarnya sempena kristian day~ hari perubahan musim, hari pembebasan sihir… Hari pembebasan sihir? X mampu utk ku huraikan lagi kerna masih kurg info yg dapat… Biarlah dulu hohoho

Program start dalam kul 9 lbh gtu, kalau ikt tentatif program kul 8 dah sepatutnya start… tapi biasalah janji melayu hohoho… nasib baik janji melayu bukan janji arab lagi

Antara aktivitinya, tazkirah dari kak Pipah ( taun 4 ainshams) mengenai Srikandi Islam dan nasihat serba sedikit dari kak Batah ( already a doctor now). Then men games jap, cabutan bertuah, ‘tadabul hadaya’ dan yg plg dinant ialah… makan~ hahaha ingat makan je


enjoy ourself.
So far, program hari memg bagus. Bak kata kak Rem, motif utk eratkan ukhwah tuh terlaksana, alhamdulillahselain dari dpt ‘release’ kan tension dari stud jap. Walaupun ada gaks rasa frust sebab hari cutiku diganggu~ uwaa3… hak3

Tgh2 duk syok dgr amanat dari Kak Batah, tetiba da la dua tiga perempuan arab dtg. Ingat sekadar nak tgk, tapi siap minta makanan lagi~ Tgk gaya bukan dari org yg x berkemampuan~ xkan nak bagi, nant x pasal2 kena serbu… hak3



arab yg jakun tgk~ ish3
Budaya org arab kalau time cuti diaorg akan ke taman2~ berehat bersama-sama keluarga… Satu budaya yg agak bagus sebab time ni lah dapat berkumpul bersama dgn family.

cian baby tu~

mencari tempat yg teduh~
Makin tengah hari makin ramai yg dtg ( org arab). Aik? Diaorg x panas ke? Hek3… Tahan panas la kot.. Kalau kat Malaysia, jarang org nak keluar berkelah time tgh hari ni… ish3 pelik btl diaorg…

Habis je mkn, terus bergegas ke RKB ( rumah Kelantan baru). X sanggup lagi berpanas di tgh panas hehehe… Puteri lilin la kononya~

Kebetulannya RKB memg dekat je ngan hadiqah dauliyah~ sebelah je kot… So jalan kaki je lah~ walaupun da yg nak naik teksi hak3. Dekat je lah… X biasa ag la kot~

Kat RKB da program, Majlis Kesyukuran dan solat hajat perdana sempena imarah baru dan exam yg bakal tiba. So mcm biasa, penuh la RKB. Ingatkan Tok Guru Nik Abd. Aziz dtg memandangkan kain rentg kat luar da gmbr tok guru tapi sangkaanku salah~ hak3…

Nanti perasmian imarah baru tu barulah tok guru dtg, insyaAllah~


Akhawat= perempuan
Tadabul hadaya= pertukaran hadiah
Hadiqah = taman
Imarah= bangunan ( apartment)









2 comments

Kem Beringin Beach Resort.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



“Kak long, Ya dapat PLKN gak…” 


Ujar sepupu saya ketika menelefon dia untuk bertanyakan perihal result SPM. PLKN merujuk pada Program Latihan Khidmat Negara. Dah hampir sebulan dia kat kem kat perak sekarang. Mengikut jejak langkahku rupanya =p


Saya pun dapat tawaran ke PLKN selepas SPM 2007. Itu bukan tawaran, itu arahan! Tak lama duk umah, 28/12/07 saya mula mendaftarkan diri kat Kem Beringin Beach Resort, Langkawi. Lepasan SPM yang lain berseronok di rumah, tapi saya. Mula-mula terasa macam menolak untuk ke sana, yer lah pelbagai tohmahan yang didengari. 


Antaranya, sosial sangat, dilatih macam tentera, disuruh buat tu buat ni. Tapi ada jugak yg kata best, sehinggakan ada yang taknak balik. Aik? Best sangat ke? 


Tapi nak buat macam mana, i'm nobody. So, nak tak nak, kena pergi juga. Bertindak mengikut arahan :D


Kalau difikir balik, apa motif yang kerajaan buat PLKN ni? Dahla 3 bulan kena berkampung kat kem tuh. Bukan ke membazir je? Ops! Malas nak ulas panjang isu ini =p


Macam-macam yang saya fikirkan sebelum melangkahkan kaki ke kem. But then, bila dapat tahu dapat kem di Langkawi, feel more better. Macam best je? Kuatkan semangat nak berjauhan selama 3 bulan dengan family. Kali pertama berjauhan T.T


Kisah bermula...


Hari pertama , kedua, ketiga dan dalam seminggu dua berada di kem terasa nak balik rumah yang teramat sgt. TAK BEST! 


Saya terpilih untuk berada di dalam kompeni Alpha, dorm Alpha dan kelas Intelek.


wirawati kompeni ALPHA


kelas INTELEK


Pagi-pagi selepas solat subuh, terus kena berkawad. Kemudian, dlm pukul 8 pg, start kelas CB ( character building). Kelas ni, mulanya terasa mcm kelas budak tadika. Bayangkan... =p


Macam mana tak nya. Kami disuruh untuk belajar menyanyi, mewarna, berlakon, perbentangan dan macam-macam benda yang terasa membosankan. Mula-mula memang rasa fed up. Nak balik!


Kemudian dalam tengah hari, acara dewan takpun acara kat padang kawad. Banyak yang kami pelajari, antaranya, pertolongan cemas dan lain2. Dah tak ingat aktivitinya apa, sebab banyak sangat dan hinggakan tak terhafal. Hohoho.


Petang lak, aktiviti bebas. Aktiviti riadah je. Main bola jaring, bola tampar. Tapi kebanyakan berborak, buang masa kan? Entah.  Kem Beringin menghadap pantai, so petang-petang macam tu memang seronok berada di tepi pantai, menikmati alam ciptaan Allah. Mendamaikan. (=


Waktu malam, selalunya ada ‘open sharing’. Open sharing ni, satu bentuk pengisian yang ala-ala macam perbentangan. Lebih kurang macam muhasabah. Muhasabah balik apa yang dilakukan sehari suntuk. Dan aktiviti ni terbuka kepada sesiapa yang sukarela nak bercakap kat depan. Saya? Dah selalu jadi mangsa kena suruh ke depan. 


Dan begitulah, hari-hari di kem selama 3 bulan. Bagi sesiapa yang tak pernah ke PLKN, mungkin merasakan semuanya membosankan. Dan bagi saya yang pernah berada di sana, so far, alhamdulillah. Ada benda yang boleh dikutip. (=


That's why saya agak marah bila ada yang suka bercakap lebih-lebih tapi tak pernah melaluinya atau merasainya. Izinkan saya untuk berkata, "You just can give sympathy not an empathy!", "selagi anda tak rasa, jangan angkuh berbicara.". Tembakan buat diri, khususnya.


Banyak ilmu yang diperoleh sebenarnya. Contohnya dalam kelas CB (character building). Kalau direnung balik, kelas CB diwujudkan utk meningkatkan kita punya atitude. Untuk melatih diri supaya berani bila berhadapan dengan keadaan sekeliling, berlatih utk bercakap kat hadapan orang.


Tak semua orang mampu berdiri dan melangkah ke hadapan dan memegang microfone dan bercakap. Seriously. Pengalaman saya membenarkan. Dan latihan seumpama ini mengajar diri untuk lebih berani. Berani untuk ke hadapan.


Sama jugak dengan open sharing. Saya rasa ini lagi mendebarkan sebab kena bercakap di hadapan beratus-ratus orang pelatih PLKN dan berpuluh-puluh jurulatih. Bayangkan? Macam buat speech. Tapi bila dah bangun, insyaAllah keyakinan tu akan datang dengan sendiri dan bila anda habis bercakap dan mereka memberi tepukan, percayalah, anda rasa bahagia. :D
Alhamdulillah, saya lepas untuk ujian ini. (=


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan kat kem; berkayak, flying fox, pertolongan cemas, kembara hutan, berenang, jadi pengawal malam. Dan yg paling BEST dan yg kemuncak adalah aktiviti MENEMBAK! Memegang senjata M-16 adalah pengalaman yg paling best!


Senapang tu nampak je ringan, tapi memang berat senjata M-16 tu. Waktu tu kitaorang dibekalkan dengan 30 das peluru. Wow, best! Berdebar tak payah cakap sebelum menembak tu, tapi bila dah menembak memang menyeronokkan, Bukan semua orang terpilih dapat memegang dan menggunakan senjata M-16, budak PLKN je boleh. berlagak. =p Hampir sebulan juga kitaorang dilatih dekat kem cara penggunaan, keselamatan senjata M-16. Susah kan? Ingat senang-senang ke nak main senjata api? Susah.


Dan kembara waja( kembara hutan) juga, salah satu acara kemuncak kat kem. Berkhemah di hutan dengan semua kekurangan alatan huhuhu. Hutanlah sangat hehehe. Nama tempat tu ialah taman lagenda, tak jauh dari jeti Kuah. Almost 15 minutes maybe? Orang Langkawi tahu la kot. :D


Pengalaman yang lucunya, khemah saya dengan kawan-kawan bocor! Tak sangka hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi kami tidur dalam keadaan basah malam tuh,sadis betul. Masak pun dalam keadaan hujan. Tapi apa nak dikata, memang best hehehe. 


3 bulan kat kem, kitaorg dapat elaun. Bukan saja-saja ok. RM150 sebulan dan kiranya RM450 untuk 3 bulan. Apa lagi, sebelum balik Kelantan saya shopping kat Pekan Kuah hehehe. Buat balik buah tangan dari Langkawi. Apa je, coklat-coklat yang murah-murah, minyak gamat… dan bla3.


PLKN ni ada kebaikan dan keburukannya. Tak dinafikan masalah sosial, dilatih ala-ala tentera memang ada. Tapi bergantung pada kem sendiri. Alahamdulillah, kem yang saya dapat ni, komander kem ni seorg yang menitip beratkan agama. Jadi kuranglah sedikit masalah yang timbul.


Perpaduan bangsa yg berbilang kaum kat kem pun nampak jelas, amat harmoni. Kat kem Beringin ada kaum Melayu, India, Cina dan Bajau. Agama pula, agama Islam, Budhha, kristian dan hindu. Walaupun byk kaum dan agama, segala aktivti berjaya dilakukan sebab kitaorg diterapkan utk bersatu padu. Alhamdulillah. Mungkin itu salah satu objektif PLKN. Perpaduan antara kaum. Mungkin.


11/03/08, hari tamat latihan. 


Banyak rasanya input yang kami dapat, timba. Segala pengalaman dan kenangan insyaAllah takkan dilupakan. Bagi saya, bila kita mencari sesuatu yang bermakna di sebalik sesuatu kejadian, insyaAllah pasti kita tidak akan rasa rugi.


(=