exam fever ^_~ yosh!

Coretan sebuah sketsa kehidupan di pentas dunia yang fana.

Siapa cakap hari ibu kena sambut setahun sekali je?
“عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ.”
Maksudnya: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu.”
Geram, sebak, sedih... semua bersatu bila baca surat khabar hari ni. Hari ni, satu lagi kisah pembuangan bayi kat malaysia. KLIK DI SINI!
Dalam byk2 minggu selepas cuti winter break hari tu,
hari ni hari yg paling best~
sebabnya...
just duduk di rumah tanpa kemana-mana,
xde kelas Quran,
xde sc ( smart circle)
leganya ^_^
hak3...
ada la jugak masa lebih nak menatap buku huhuhu...
esok kembali ke alam "busy" huhuhu
selalunya,
nama je hujung minggu
tp penuh dgn aktiviti~
adehh...
tp, bak kata seseorang teman,
lebih baik kita sibuk dgn aktiviti yg berfaedah
dari ada masa tp terbuang dgn benda2 yg melalaikan...
contohnya, tgk cite korea ke,
main games ke...
kalau study xpelah jugak,
tp kalau buat benda2 yg macam tu
memg buang masa xtentu pasal huhuhu...
sebenarnya...
nikmat masa lapang tu lah salah satu nikmat yg sering kita lupa,
yg sering kita xsedar kita dah salah gunakannya~
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah )
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser . Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. P ernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ? Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?