Pages

7 comments

Nak VS Tak Dapat

Bismilillahirrahmanirrahim, 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dengan izin Allah masih lagi sempat untuk menulis di WWK ini. Dengan masa yang mencemburui diri, sibuk dengan tugas seharian sukar nak update post baru. Dan kadangkala teringin untuk menulis namun tiada 'ilham' yang muncul. 

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Saya suka ayat ni (=. Setiap kali terasa benda yang saya nak tidak dapat atau apa yang saya dapat tidak sesuai dengan jiwa, saya baca ayat ni. Buat penyejuk jiwa. Kalau kita perasan, ada 4 situasi semuanya yang sering berlaku, berputar-putar dalam kehidupan ni.

Kita NAK kita DAPAT
Kita NAK kita TAK DAPAT
Kita TAK NAK kita DAPAT
Kita TAK NAK kita TAK DAPAT

Rasanya kalau dalam situasi pertama, apa yang kita nak kita dapat tentu senyum melebar berhari-hari kan? Tapi cuba kita nak tapi tak dapat2, monyok juga rasanya. Apatah lagi benda  yang kita tak nak tiba-tiba kita dapat, lagi la tertekan. Dan situasi yang last tu, memamg bersyukur la tak dapat :D

Begitulah kehidupan seharian ni, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat tapi kadangkala apa yang kita nak kita dapat dan sebaliknya.

Kehidupan itu bagaikan sebuah roda yang sering berputar setiap masa. Adakala di atas dan sudah tentu akan ada masanya di bawah. Dan sememangnya kehidupan ini bukan hanya berkisar soal manis sahaja.


Bersederhana.


"Kalau kita sayang sesuatu atau seseorang, sayanglah seadanya kerana mungkin kita akan membencinya. Dan seandainya kita benci sesuatu atau seseorang, berpada-padalah kerana mungkin itu yang kita akan sayang sampai bila-bila."


Ayat ni common la kan? Sering kita dengar, selalu kita tulis. Itu hakikat, sebab memang semuanya lumrah kehidupan. Jadi, bersederhanalah dalam segalanya. Jangan lebih-lebih untuk menyayangi apatah untuk membenci.


Dan andai kita dapat apa yang bukan kita hajati, cubalah terima dengan hati yang terbuka. Allah tahu apa yang terbaik, cuma dalam masa kita menerima tu kita masih tak nampak apa hikmat di sebalik semua itu.


dan saya sendiri tak dapat lari dari hakikat ini. Benda yang minta jauh itu yang kadangkala menyapa. Perit. Tapi siapa saya hendak menolak takdir Ilahi?


Allah Maha Mengetahui

Percayalah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Mungkin sekarang Allah uji kita, duga kesabaran kita dengan pelbagai dugaan. Puas kita mengeluh, kenapa nasib kita begini dan begitu, tak macam orang lain tapi tak mustahil suatu hari nanti bila kita dihadapkan dengan ujian yang sama kita dah boleh hadapi dengan tenang. (=

Usah buruk sangka dengan Allah. Sebab tu lah, kita jangan putus asa dengan Dia. Berdoalah selalu, minta segalanya dari Dia dan gantungkanlah pengharapan setingginya hanya kepada Dia. Allah kan suka dengan rintihan hamba-hambaNya (= 


Saya nak bunga tu! Tapi tak dapat nak capai :(




nota : dapat phone baru dari abah menggantikan yang rosak itu. Tapi terasa 'tak sesuai' dengan jiwa. Xpe2, Allah dah bagi yang terbaik, free plak tu dapat dari abah :D

mungkin kalau beli yang nak tu, makin melalaikan diri? 


nota 1 : terharu dapat pesanan dari seorang 'silent reader' yang pesan jangan berhenti utk menulis. InsyaAllah, andai terus diberi keizinan dari Allah saya akan terus menulis. Cuba untuk memberi walau sedikit (=


nota 2 : Hikmah by Tashiru.









"terlalu tinggi untuk kugapai bulan di langit, namun aku tahu cahayanya sudah cukup menerangi malam yang kelam dan itu sudah cukup."


6 comments

KSD!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kiamat sudah dekat!

kesan dari letusan gunung berapi MERAPI 2010

gempa bumi di Christchurch, New Zealand 2011

tsunami di Jepun 2011

terima kasih pak cik google utk gambar-gambar ni :D

Kelmarin hubungi family di Malaysia, berborak panjang dengan mama dan semua. Mama tanya tentang keadaan sahabat baik saya di Jepun, Asmahani. Alhamdulillah dia selamat, tempat dia jauh dari kawasan tsunami tu. Dan mama cakap, 


"inilah peringatan yang Dia bagi, tanda kiamat makin dekat. Zaman yang penuh noda ini akan berakhir tak lama lagi."

ngee. Takut. 

Kalau kita tengok satu demi satu bencana alam yang terjadi yang kadangkala meragut berpuluh ribu nyawa. Allah. Dan apakah perasaan kita saat semua itu terjadi?


Simpati? Takut? Prihatin? Atau tiada apa-apa?


Sahabat-sahabat semua, tidak Allah jadikan sesuatu tanpa sebab. Allah ciptakan segalanya bersebab, penuh dengan hikmat. Hikmat yang perlu kita fikir dan renungkan sendiri.


Dan Allah jadikan semua musibah seumpama ini tak lain tak bukan untuk memberi peringatan buat kita semua. Supaya kita ingat, Dia yang Maha Berkuasa dan peringatan yang cukup jelas, kiamat pasti akan berlaku! Allah. Apa lagi yang hendak kita nafikan?


Zon Selesa VS Istidraj.


Mungkinkah kerana negara kita Malaysia terletak di luar lingkaran pasifik, tiada gunung berapi, kita menyangka yang bencana-bencana seumpama itu tidak akan berlaku? 


Paling teruk yang kita kena, itu pun sekadar tempias tsunami dari Acheh tahun 2004. 


Nah. Allah mampu jadikan apa sahaja. Allah itu Maha Agung. Kita kena ingat kadang-kadang andai kita tidak diuji sebegitu rupa, mungkin Allah tengah menguji kita dengan cara lain. Allah nak tengok sejauh mana yang kita katakan,


"aku beriman kepada Allah dan Rasul."


Dan kadang-kadang Allah uji kita dengan cara yang lain. Sebagai contoh, A jarang solat, sangat liat nak tunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa, senang kata bab-bab islam ni A culas tapi kalau dalam study, dialah juaranya. Dialah nombor satunya. 


Mungkin dalam hati A terdetik, 'aku tak solat, aku tak puasa pun, dapat je top student.' Naa, inilah dia dipanggil istidraj. Allah uji dia dengan melekakan dia. Jangan sombong, jangan bongkak. Allah itu Maha Adil (=


Begitulah dengan kehidupan kita ni. Mungkin sekarang Allah tengah uji kita yang aman di Malaysia, yer lah kan negara kita takkan jadi macam negara tu negara ni. Eh, mana kita tahu?
Sekali Allah sebut, 'kun fayakun',


"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.
surah Yaasin, ayat 82 (38:82)

Tapi Allah tunjukkan di tempat-tempat lain. Allah suruh kita berfikir dan ambil iktibar. Jadikan pengajaran.


Namun sayangnya, masih ada yang kurang sensitiviti mampu untuk mempermainkan semua ini. Allah. Jangan duk main2 dengan kuasa Allah ni. Tambah-tambah yang buatnya pula ialah orang Islam. Malu. Malu dengan negara lain, malu dengan agama lain. Beringatlah. Ada yang Maha Melihat di atas sana (=


Muhasabah.


Kiamat pasti tiba. Saat kehancuran alam pasti akan datang. Bersediakah kita? Itu soalan utama. BERSEDIAKAH KITA? Untuk menghadapi saat cemas, saat huru hara itu. Saat itu, sang ibu tidak hiraukan lagi anak-anaknya, saat itu hanya aku aku, kau kau, saat itu semuanya lari menyelamatkan diri. Tapi masih adakah tempat yang dituju?


Apakah cukup amalan untuk dibawa menghadap pencipta yang agung? Apakah layak untuk diri ini menjejakkan kaki di syurga yang hebat itu? 










nota : ada org buat status kat FB yang jarak pantai ke tempat yang kena tsunami di Jepun 400 km. Jaraknya bagai KB ke KL. Andai kata tsunami melanda Malaysia, nauzubillah, satu Malaysia la hancur yer? Kecilnya Malaysia. :D


nota 1 : terasa nak bercuti ke Tasik Banding bulan 7 nanti. Kena plan awal2 ni, buat proposal minta kebenaran mama abah :D



4 comments

Pencarian.

semangat.

picture by MsCrys of deviantArt


mencari semangat yang hilang.
perlukah dicari,
atau
lebih baik membina yang baru?






nota : Langkah tercipta, Unic (=

nota 1 : jiwa tertinggal di Kelantan, Malaysia. :'(





0 comments

Tun M.


A DOCTOR IN THE HOUSE


nak beli buku ni juga :D



2 buku baru yang belum dihabiskan lagi. Adehh~
buku 'medic' pe cerita? Ngee.
dan saya rindukan buku don't be sad yang dah sebulan tak nampak di mata :(

0 comments

Mukmin bagaikan lebah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Mukmin bagaikan lebah? Kenapa dengan lebah? Apa kaitan? Bukankah sengatan lebah itu mampu membahayakan nyawa manusia? 


Kenapa saya katakan orang mukmin bagaikan lebah? Sebab lebah ni duduk di mana- mana sahaja nampak cantik. Duduk dalam sarang nampak cantik, duduk dekat bunga pun nampak cantik. Dan yang paling penting dia takkan mengganggu kalau tidak diganggu.

Jadi, janganlah cuba nak usik sarang lebah tu. Kang tak pasal-pasal kena sengat dengan lebah :D
Sakit ok, sakit. Mcm dah pernah kena je kan? =P

Begitu lah juga dengan orang2 mukmin. Cantik walau di mana pun berada. Kerana apa, kerana Islam yang ada. Nilai Islam yang dibawa (=  Bagaimana kisah Yvonne Ridley, wartawan Sunday Express yang memeluk agama Islam, kisah Cat Stevens atau Yusuf Islam dan banyak lagi. Kalau bukan kerana indahnya Islam itu bagaimana mereka boleh tertarik.

Dan lebah memakan benda yang bersih yakni madu dan hasil buangannya pun bersih. Lebah banyak memberi manfaat pada bunga dengan membantu bunga melakukan pendebungaan. Dan madu tu pula banyak beri khasiat pada manusia. 

Sama la juga sifat orang mukmin iaitu memberi manfaat pada manusia lain.

Terdiam sejenak.

"Apakah aku pemberi manfaat pada orang lain atau aku hanyalah lebihan manusia di atas muka bumi yang tidak memberi keuntungan apa-apa."

Sebab itu saya katakan mukmin bagaikan sang lebah. Sama dari segi manfaatnya. 
Berusahalah kita untuk menjadi mukmin yang hebat! (= Menjadi mukmin yang memberi manfaat pada orang lain.


Danbo & Bee by Jennifer




nota : kena sengat dek lebah sgt sakit. Ngee. Pernah kena masa tahun 6 dulu T.T

nota 1 : tsunami melanda Jepun! Alhamdulillah sahabat2 yang dikenali di sana semuanya selamat.

Hari ni hari Jumaat. 11/3/11. Takut.

Andai kata saat penghabisannya adalah ini, adakah sudah bersedia? Tidak. Belum. :'(




"Ya Allah, Kau peliharalah orang-orang yang kusayang walau dimana mereka berada kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penjaga."