Bila terasa bosan
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
InsyaAllah esok exam tahun 3 bakal berakhir. InsyaAllah.
Walau sudah terasa merdeka sejak pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
Kelmarin dah habis written exam untuk semua subjek. Alhamdulillah.
Moga natijahnya nanti yang terbaik Allah berikan. InsyaAllah. (=
Jom pergi sini! Ajak siapa entah. -.-
Sindrom habis exam
Bosannya mengadap laptop!
Bosannya buka facebook!
Bosannya tengok gambar dekat tumbrl!
Bosannya.
Padahal sebelum exam bukan main nak habis exam.
Oh, semua orang rasa begitu? Atau hanya saya yang perasan bosan? -.-
Nikmat VS Ujian.
Sungguhlah, bila namanya pelajar, hidup dan study itu memang tak boleh dipisahkan. Kan?
Buktinya, bila habis saja exam. Bila tutup saja buku.
Tiba-tiba terasa bosan entah apa-apa.
Mesti bosan kan baca entri ni? Penuh dengan perkataan bosan!
Hehehe. (=
Bila rasa bosan.
Cuba check balik diri. Muhasabah.
Waktu sekarang, waktu yang lapang kan?
Waktu yang tak sibuk.
Waktu untuk bersenang lenang.
Waktu untuk tidak peningkan kepala dengan study.
Waktu untuk bercuti.
Antara nikmat yang Allah berikan adalah nikmat masa lapang.
Saat terasa diri berkejaran dengan masa dan waktu, terasa diuji.
Rasa tak cukup masa. Nak study lagi, nak buat kerja lagi dan lain-lain.
Ni baru hidup seorang diri. Nanti dah berdua, bertiga? Eh.
Dan sekarang.
Allah uji pula dengan nikmat masa lapang yang sungguh lapang.
Ia satu nikmat.
Tapi ia juga satu ujian.
Sedarkan kita? (=
Bila lapang, apa yang kita lakukan? Muhasabah.
Bila terasa bosan, apa yang suka kita buat?
Benda apa yang akan kita buat untuk penuhi nafsu kita?
"Apa plan awak start habis exam esok?
Nak habiskan baca buku-buku di rak. Nanti bila balik Malaysia, tak terpegang. Nanti masuk tahun baru, lagi tak terpegang. Dengan tanggungjawab yang lain lagi.
Awak?
Eym, siapkan diri mental fizikan untuk musafir nanti. InsyaAllah."
InsyaAllah.
Merancang.
Ya, perkataan itu. Orang yang gagal merancang, orang yang merancang untuk gagal.
Ini satu kata-kata yang selalu dibaca dan diguna pakai.
Hidup, kena tahu merancang.
Bukan ke kita hidup dalam perancangan Allah?
Bukan ke kita buat perancangan dalam perancangan Allah?
Dan sungguh, perancangan Allah itu maha hebat. Sangat.
Saya yakin ramai di antara kita,
lepas saja habis exam mega, masing-masing ada plan tersendiri.
Mestilah kan? ^^
Keluar makan.
Jalan-jalan.
Habiskan baca buku.
Habiskan masa dengan teman-teman.
Kembali ke Malaysia.
Pergi melancong.
Kita semua akan plan sebaiknya untuk habiskan masa dengan baik. Alhamdulillah.
Kerna suatu ketika nanti, kita semua akan ditanya.
Kita semua akan disoal.
Apa yang sudah kita lakukan ketika masa lapang?
Apa yang kita buat selama kita hidup?
Muhasabah diri.
Bila terasa bosan.
Ambil masa seketika, renungilah diri kembali.
Saat terasa bosan, jiwa kita di mana sebenarnya.
Dan kemana kita pandu jiwa kita itu.
Tidakkah terasa waktu lapang begini,
waktu yang sesuai nak terus mengenal dan mendekati Dia yang Maha Satu?
Waktu yang sesuai nak belek dan baca kitab suci itu?
Waktu yang sesuai nak habiskan kerja-kerja yang bertangguh sebab exam.
Nah.
Bercuti dalam keberkatan, bukan itu yang dicari?
Buat segalanya dengan mengharapkan redha Ilahi.
Jadi, kalau buat apa saja. Niatkan hanya padaNya.
Rancanglah sebaiknya.
Moga perancangan kita dalam redhaNya.
Moga rasa bosan yang melekat di jiwa, satu petanda buat hati kecil itu. Moga.
(=
gambar : google
p.s : Mula terasa jealous pabila tengok seorang demi seorang buat status dah nak balik Malaysia. Tsk.
Tuhan, berikanku kekuatan. ('=
Malaysia, moga kita jumpa di awal Ogos. InsyaAllah. (=
7 comments:
hey kak, memang kena sgt dgn situasi sy skrg hihik
inshaAllah,masa lapang d isi dgn sebaiknya. doakan ya kak ^^
bila terasa bosan, ku sebut nama Mu ya Allah..Allah...Allah :')
Bila Nur Izzati terasa bosan, terhasillah satu post ini. hehehe.
Hari ni saja dah berapa kali sebut bosan. So, nak kena ingatkan diri sendiri. )=
InsyaAllah, sama2 isi masa lapang dgn baik.
Jiha tgh cuti ke?
isilah masa lapang dengan hobi yang dah lama xbuat.ehehe
lama ke nanti dk malaysia tu
Salah satu aktiviti best sebagai pelengkap masa dari terbuang - melukis! :)
P/s: wish the best for Dr Zati n bakal2 Dr di sana! Allahu musta'an.
@Cik Titisan Hujan :
InsyaAllah. (=
InsyaAllah dalam sebulah lebih jugak la. =D
Ya kak, tgh cuti :)
Assalamualaikum WBT..
jzkk atas komen yg ditinggalkan di post Haramain sy..
sy rasa, kita satu batch..
spm '07 kan? ;)
sy ada add kt fesbuk, approve lah ye? ;)
1) nama kita sama.. =p
2) kita dua2 suka smiley.. (sy agak je, sbb byk sgt smiley kt blog ni)
3) selamat berangkat ke Haramain esok!nnt share la kt sini, bole sy baca..
=)
Post a Comment