Pages

Buka lembaran baru

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan Islam yang dikurniakan.
Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang diberikan.
Allah. Terlalu banyak yang wajib disyukuri.

Alhamdulillah hari ni merupakan Jumaat pertama dalam tahun 1434 H.
Saya dan sahabat di bumi Mesir, kami menyambut awal Muharram dengan tenang.
Tapi saudara seakidah seagama kita di bumi Palestin, mereka menyambut tahun baru dengan serangan dari Israel. Allah.

Doakan mereka.
Doa itu senjata orang mukmin.
Teruskan berdoa.
Moga akan ada sinar buat saudara kita di sana. Amiin!

sumber : Tumblr

Lembaran baru.

Baru semalam terbaca impian seorang teman untuk melihat ibunya yang sakit kembali sembuh. Tapi hari ni mendapat berita, ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
Teman, moga Allah kuatkan kamu. 

Dia dan harapannya. Dan Allah berikan yang terbaik, yakinlah sahabat!

Kita?

Di malam tahun baru, apa yang kita panjatkan pada Allah?
Apa azam kita di tahun 1434 H ini?

Sekadar mengulang azam yang lepas-lepas yang setiap tahun berulang-ulang?


"Wahai anak-anakku,
telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah
dengan meninggalkan keseronokan dan kealpaan kehidupan
dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian." 
{Syeikh Ahmad Yassin.}

Itu.
Itu yang perlu kita lakukan!

Andai sebelum ini, mampu khatam cerita korea berpuluh-puluh episod tanpa jemu, kurangkanlah.
Andai sebelum ini, mampu mengadap FB-tengok-status-orang berjam-jam, kurangkanlah.
Andai sebelum ini, menjadikan lagu-lagu lagha sebagai halwa telinga, tukarkan kepada lagu yang bermanfaat buat hati.
Andai sebelum ini, tak kira tempat, dengan siapa suka bercakap plus mengumpat, kurangkanlah percakapan.

Nah. Apa yang patut dikurangkan atau dibuang terus, berusahalah sebaiknya.
Cubalah sekarang, mulakan dari sekarang!
Kita nak tunggu apa lagi?

Cerita di awal Muharram.

"Kenapa dalam artikel ni dia tulis tanggal 12 Rabiul Awal Nabi berhijrah?
Hari ni kan tarikh Muharram?"

Muka dah berkerut-kerut.
Tangan dah laju buka web di internet.

Eh?

"Nah, cuba buka kitab Rahiqul Makhtum. Belek-belek dalam tu."

Oh...

*terasa dilempang laju-laju di muka*

Nama saja belajar sirah Rasulullah. Pergi kelas sana, pergi daurah situ sini.
Tapi bila ditanya tentang sirah baginda yang sering didengari pun masih tak mampu nak jawab dengan yakinnya.

Heh. Kata cinta?
T___T

Reflek diri.

Hijrah. Bukan semudah menulis perkataannya.
Nak berhijrah dari jahil kepada tahu, ambil masa dan waktu.
Nak berhijrah dari jahat kepada baik, juga ambil masa.
Nak berhijrah dari malas kepada rajin, perlu kuat.
Memang hijrah bukan suatu yang mudah.

Tengok saja Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar r.a yang berhijrah, 
pelbagai halangan dilalui. 
Bergadai nyawa, berkorban harta, masa dan segalanya.
Itu tika zaman Rasulullah untuk sebarkan Islam, untuk bawa agama Allah yang mulia.
Kita?

Hijrah dari nafsu yang jahat.
Lebih pada hijrah diri sendiri.
Itupun kadangkala tewas sebelum berjuang lagi. Allah.

Teman,
andai ini detiknya untuk kita berhijrah, hijrahlah.
Allah sudah bukakan hati kita untuk melalui jalanNya. Gunakan peluang sebaiknya.

Kalau sebelum ini, solat dilengah-lengahkan, biasakan di awal waktu.
kalau sebelum ini, cukup liat untuk membaca Quran, biasakan sehari satu muka dulu.
Kalau sebelum ini, asyik tak fokus dalam study, cubalah untuk lebih fokus.
Kalau sebelum ini, jarang-jarang untuk buat ibadat sunat, tambahlah.
Kalau sebelum ni, jarang ambil tahu tentang isu saudara kita, caknalah.

Jadikan permulaan tahun baru ini satu loncatan untuk kita terus menjadi insan yang lebih baik. Ayuh!

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)...."
(Al-Hadid, 57:16)






nota : Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan dilupa dan doakan saudara-saudara kita!

nota 1 : Selamat menyambut tahun baru, 1434 H. (=

btemplates

2 comments:

Unknown said...

Selamat tahun baharu, Izzati. Maaf jika ada kesilapan yang pastinya memang ada... di tahun-tahun yang lalu. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Izzati Hashim said...

Selamat tahun baru 1434 H.
Moga bertambahnya amalan seiring dengan pertambahan usia.

(=