Pages

Mahalkah air mata itu

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Masa nak tidur semalam, tiba-tiba air mata mengalir dengan lajunya. Syahdu.
Ni kes penangan tengok cerita yang mengusik kalbu sebelum tu. Ceritanya cerita happy ending tapi di awalnya penuh dugaan dan cabaran kehidupan. 

Bangun dan bersila atas katil. Tengok roommate dah lena dibuai mimpi. Haihhh, malam-malam rasa syahdu macam ni.

Jauh merenung kembali...

Hati itu cukup lembut sebenarnya. Mudah tersentuh dengan cerita yang mengusik jiwa. Mudah menangis melihat kesengsaraan orang lain. Mudah sebak bila terbaca kisah-kisah sedih. Mudah.

Alangkah bagusnya kalau hati yang lembut begitu dibajai dengan sebaiknya.
Menangis bila membaca surat cinta dari Allah.
Menangis bila sujud memohon keampunan dariNya.
Menangis bila menadah tangan merayu keampunan dariNya.
Menangis mengenangkan kesilapan masa lalu. 
Menangis bila terbaca kisah saudara seagama seakidah di bumi lain disiksa.

Tapi... Air mata itu terlalu mahalkan untuk benda seumpama ini? Allah...

Tanya diri sendiri, 
bila agaknya kali terakhir kita menangis kerana takutkan azab siksaanNya?
Bila agaknya kita menangis kerana terlalu rindukanNya?
Bila agaknya kita menangis memohon keampunan dariNya?
Bila agaknya kita rasa secebis sebak rindukan baginda Rasulullah SAW?

...

Ummuammar | Tumblr


Hati itu sebenarnya cukup lembut.
Bajailah ia dengan benih cinta dan sayang.
Siramilah ia dengan air yang sentiasa menyejukkan.
Moga nanti ia akan subur dan mekar dalam keindahan.
:')

Ada hadis berbunyi,
"Andai baik seketul daging itu, maka baiklah seluruh jasad. Andai buruk seketul daging itu, maka buruklah seluruhnya. Dan ia adalah hati."

Jaga hati baik-baik, kerana hati yang baik mampu mendekatkan diri kita pada Tuhan yang Maha Esa. Biiznillah.


nota : Oh Dong Yi. 

nota 1 : Selasa ini exam lagi. Mohon doa dari semua. :)

btemplates

2 comments:

Faaeinz said...

As-salam Izzati..

Sekarang masih exam lagi ke?
Ada di mana sekarang? Tanah air or Mesir? Sejak deactiavte FB, akak dah tak tau sangat perkembangan di Mesir. Harap, Mesir kembali tenang.

p/s: lama dah tak singgah blog macam dulu2.. =)

Izzati Hashim said...

Wslm wbt.

Kakak! Sorry lama sangat baru nak reply. Baru beberapa hari tiba di Mesir. Dan dah beberapa bulan tak update blog. Ish3.

:)