Tamparan Itu
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Lama tak jenguk blog sendiri. Rindu. Walaupun mungkin tiada yang datang menjenguk, tidak mengapa. Di blog inilah rasa rindu nak menulis dilunaskan. :')
Alhamdulillah dengan nikmat iman dan Islam, nikmat dapat bertemu dengan keluarga setelah berbulan terpisah dengan keluarga demi sebuah perjuangan. Alhamdulillah. :')
Ujian, menguatkan.
Esok, 4/9 ada sahabat-sahabat satu batch yang akan mengambil ujian dur thani. Moga Allah mudahkan urusan sahabat semua, moga Allah lapangkan dan mudahkan untuk menjawab exam.
Pernah suatu ketika Allah uji perkara yang sama, situasi yang sama, pernah duduk di tempat mereka membuatkan hati cepat berkata, `Tuhan kuatkan semangat mereka!'
Bukan mudah nak mengatakan aku terima ujian ini dengan redha di saat mereka yang lain gembira menerima keputusan. Bahkan bukan mudah terpaksa memendekkan cuti yang lama untuk kembali berjuang di atas kertas.
Namun apabila Allah kata tidak ada ujian yang lebih dari kemampuan diri sendiri, mengapa tidak kita cuba berlapang dada menerima ketentuan Ilahi?
Heh. Cakap senanglah. -.-
Ya. Tapi tugas kita sebagai hamba untuk belajar untuk menerima. Kan? :)
Terima kasih untuk `tamparan' itu
"I think you take this exam lightly." Ayat penyata seseorang yang menyenakkan jiwa bertahun lalu.
"Haa? Sedap hati dia saja keluarkan ayat macam tu, bukannya dia yang ambil exam ni." Getus suara hati yang menidakkan.
Pada mulanya terasa dengan kenyataan yang dilemparkan. Hoi suka hati dia saja. Namun rupanya apa yang dikatakan menjadi satu semangat; aku tak pernah main-main. Titik.
Dan alhamdulillah result tahun empat dan kemudiannya tahun lima mampu membuatkan hati tersenyum keriangan. Maju setapak. Usaha tangga kejayaan plus rezeki dari Allah semuanya. Bukan penghargaan dari manusia yang diharapkan tapi redha Allah mengatasi segalanya. :)
"Kakak, saya bangga dengan kakak."
Malam dapat result saya dapat mesej tersebut. Terharu.
Min haza fadhli rabbi. :')
Pujuklah hati itu
Berbicara tentang sebuah kegagalan, tiada siapa yang mahu merasainya. Berbicara tentang ujian, tiada siapa mahu merasai yang pahit-pahit.
Tanpa kegagalan, mana tahu manisnya kejayaan.
Tanpa ujian, mana tahu manisnya sebuah kehidupan.
Maka, yakinlah tiap apa yang Allah beri itu yang terbaik. Ada hikmat yang boleh dikorek, ada bekalan yang baik untuk kita bawa pada masa hadapan. :)
Nota : Alhamdulillah dah bergelar tahun akhir secara rasmi. Pecut untuk setahun setengah! Biiznillah. :)
Nota 1 : Nak raya Aidiladha kat Malaysia aci dop? ;)
Nota 1 : Nak raya Aidiladha kat Malaysia aci dop? ;)
2 comments:
zati, lamanya awak dah tak post apa2 kat fb. lamanya awak dah update blog. lamanya dah tak sembang deep2 dgn awak. moga dimudahkan semuanyaaa, dilapangkan dada selalu insyaAllah.
fi hifzillah
tiyaaaaa! Sangat. Dah berbulan agaknya kita tak borak tanya khabar bagai. Maaf. :'(
Fi hifzillah.
P.s : nanti saya pm number whatsapp. ;)
Post a Comment