Pages

Dah solat belum?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



"Ko dah solat belum ni?"

Belum. Jap lagi aku solat.

...

"Wey, jom solat!"

Eh. Ko solatlah dulu. Aku nak siapkan kerja nih dulu.

...

"Adik, bangun solatlah."

Ala... awal lagi ni. Jap lagi adik bangun. 

...

"Jom solat!"

Kejap lagi aku solat. Aku nak tengok FB ni jap. 

Kejap lagi aku solat. Aku nak habiskan sikit lagi cite nih. Dah nak habis nih.

Kejap lagi solat....

Kejap lagi.
Dan lagi.

Tuhan ampuni kami atas kelalaian kami.
Tuhan ampuni kami atas kelekaan kami pada dunia. 
('=

.....

"Solat itu tiang agama."

Dari kecil lagi pesanan ini terngiang-ngiang di fikiran.
Di rumah ada mak ayah yang ingatkan.
Di sekolah ada cikgu, ustaz, ustazah yang ingatkan.

Bila dah besar? Sendiri mau ingat la babe. Eh.

"Solat itu adalah amalan pertama yang akan dihisab kelak."

Kalau solat amalan pertama yang akan ditanya malaikat Mungkar Nakir, adakah mampu menjawab dengan yakinnya, bahawasanya saya, sekian sekian, amalan solat saya tip top!

Solat di awal waktu.
Solat berjemaah tak tinggal.
Solat dengan penuh khusyuk.
Solat dengan mengharapkan keredhaan Allah.
Selalu buat solat sunat.

Tapi... 
kalau amalan solat pun tidak berapa nak baik. Macam mana dengan amalan yang lain?
T________T

Saya tidak mengatakan ada yang 'kurang' dalam list kat atas, amalan dia yang lain tidak bagus. Jangan salah sangka.
Cuma, orang yang betul-betul menjaga solatnya, Allah akan jaga dia. Dan insyaAllah segala amalan dia yang lain juga akan terjaga.

Sedang saya jauh panggang dari api. Mungkin umpama kerak bumi dengan langit ketujuh.

Solat di Haramain


Perkarangan Masjidil Haram

Masih segar di ingatan saat di Haramain. Tak kiralah di Masjid Nabawi atau di Mekah sendiri. Semua orang berjalan laju-laju menuju ke masjid sebelum masuk waktu lagi.
Semua orang berebut nak dapatkan saf di depan.
Semua orang berebut nak dapatkan pahala yang banyak.
Subhanallah.

Saat itu hanya ingat akhirat.
Hanya ingat kematian.
Hanya ingat Tuhan pencipta sekalian alam.
Tiada gangguan.
Phone pandang sebelah mata. Internet langsung tak ingat. Tak ingat kerja.
Hanya ingat aku nak kena berusaha dapatkan pahala sebanyaknya.
Allahu Allah.

Itu di sana.

Rindu.

...
Di 'dunia sebenar' masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian.

Kembali bekerja, kembali belajar, kembali menguruskan rumah tangga.
Semua gangguan ada, phone, internet, buku berlambak-lambak nak kena baca, persatuan seumpamanya dan lain-lain.

Hingga terasa solat di penghujung waktu perkara biasa. Nauzubillah.
Hingga memberatkan kerja lain dari solat.
Hingga melambatkan solat. 

Mungkin bila ada dalam kelas, ada dalam OT, ada dalam apa-apa tugas, kita terlewat solat. Itu mungkin tidak mengapa. Mungkin.
Tapi kalau hanya semata main FB, kalau hanya sebab nak tengok cerita kita lalai. 
Adakah itu patut?

Muhasabah jiwa.

Kita solat bukan hanya bila kita mahu. Tidak.
Solat adalah satu kewajipan. Rukun Islam yang kita pegangi.

Rukun, umpama tiang-tiang sebuah bangunan.
Tiada tiang, robohlah ia.
Cacat tiang, buruklah ia.

Allah itu Maha Pengasih Maha Pengampun.
Dia Maha Tahu titik kelemahan setiap hambaNya.
Dia tahu bila kita berusaha menjaga solat.
Dia tahu bila kita sengaja melengahkan solat.
Dia tahu segala-galanya.
('=

Kita kata kita mahu bawa agama Allah, Islam.
Tapi kalau hubungan dengan Allah, yakni solat, baca Quran, dan semua yang lain tidak dijaga sebaiknya, bagaimana agaknya?

Kita kata kita pejuang agama Allah, Islam.
Adakah perjuangan itu mendekatkan diri kita pada Allah atau makin menjauhkan kita dariNya?

Tepuk dada tanya iman. Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Amiin!

:)



Wahai diri,
kenapa kamu boleh melewatkan panggilan dari Ilahi?
Sedang Dia mahu membersihkan kamu dari dosa noda yang kamu lakukan?
Kenapa kamu sengaja melambatkan solat?
Sedang itu yang menjaga diri kamu dari segalanya.

btemplates

0 comments: