Pages

Opthalmology

Bismillahirrahmanirahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


"Cantiknya mata pak cik ni!"
Terpaku usai melihat mata seorang pak cik mengguna pen torch.

"Akak!"

Eh?

"Oh. Akak cakap cantik sebab nampak dengan jelas pterygeum yang kat mata pak cik ni."

"Ni lah medical student."
-.-

Asif pak cik, teruja sebab nampak jelas penyakit yang ada sebenarnya. Hati bersuara sambil tersenyum pada pak cik. Nasib baik pak cik tak faham bahasa melayu.
:)

Opthalmology



Sekarang tengah round Opthalmology. Seronok sebab dapat jumpa patient. Semua orang bersemangat nak tengok mata patient. Tapi yang kesiannya patient tu kena celik mata untuk kami semua tengok dan diagnose. -.-

Apa yang seronok belajar?
Bila semuanya mengingatkan diri pada pencipta yang agung, Allah SWT. Allahu Allah.

Tanpa mata, kita takkan mahu melihat.
Tanpa mata, kita takkan melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Ilahi.
Tanpa mata, kelamnya hidup.
Umpama mereka yang memakai cermin mata dan buang ia seketika, meraba juga bila berjalan kan?
:)

Setiap lapisan mata manusia kami pelajari. Setiap satunya punyai fungsi dan peranannya yang tersendiri. Subhanallah.

Rosak sikit saja, kabur pandangan mata.
Paling-paling teruk buta. Itupun setelah pelbagai komplikasi yang ada.
Panjang sangat nak hurai. Boleh google je. =P

...



Sepanjang kita hidup dan mampu melihat dengan baiknya, adakah kita bersyukur dengan nikmat penglihatan yang Allah berikan?

Adakah kita jaga mata kita dengan baik dan eloknya?

Adakah kita menjaga pandangan yang Allah berikan dengan melihat perkara yang baik-baik sahaja?

Adakah kita bersyukur di saat ada mereka yang langsung tidak miliki apa yang kita ada?

Kadang, kita leka dengan nikmat yang Allah berikan. Sehinggakan kita lupa untuk mengucapkan alhamdulillah walau seketika cuma.

Apa yang Allah kurniakan hanyalah pinjaman. Bila-bila masa yang Allah nak tarik nikmat, Allah mampu lakukannya. Kita sebagai hamba, kita yang wajib bersyukur. Kita yang wajib menjaga pemberiannya sebaik yang mungkin. 





Jaga mata dalam erti kata lain jaga pandangan. Kerana di akhirat kelak, Allah akan tanya kita, tanya mata kita. Apa yang kita lihat di dunia sana?



Reflek diri.


"Aku dalam solatku, aku tidak berharap untuk dapat melihat semula."

Kenapa?

"Aku berharap di hari pembalasan kelak, Allah akan ringankan azab kepada aku.
Bila aku berhadapan dengan Allah kelak dalam keadaan takut dan menggeletar, bila Allah bertanyakan kepada aku,"Apa yang kamu buat dengan Al-Quran", Allah akan mudahkan urusan aku..."

...

"Ramai muslim pada hari ini yang punyai penglihatan tapi malas untuk membaca dan menghafal Al-Quran." - Sheikh Fahad.

...

Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia. Allah beri kita mata untuk melihat, Allah kurniakan kita pandangan, maka jagalah ia sebaiknya.

Dari mata turun ke hati. Ya, andai yang baik kita lihat, insyaAllah yang baik juga akan meresap ke hati nurani. 
:)



nota : Saya rabun sikit. Sikit, sehingga malu nak mengaku rabun. Tapi saya ada cermin mata buat hiasan dalam meja. Khas buat cik RK. =P

btemplates

0 comments: