Pages

2 comments

Lantak kaulah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Err...
Bunyi macam kasar je kan tajuk post ni? -.-
Sila abaikan, yang penting (biiznillah) intipatinya sampai bagi yang baca.
:)



"Dah bertahun aku cuba 'dakwah' dia, tapi ibarat curah air ke daun keladi."

"Bosanlah tiap kali buat usrah, adik-adik bukannya nak datang pun. Datang pun muka sama saja."

"Lantak dialah, apa nak jadi, jadi. Aku dah tak tahu nak tegur macam mana lagi. Dia nak sangat hidup dalam jahiliah macam tu kan, biar je lah dia."

...

Lantaklah dia.
Biar je lah dia.

Amboi, kasarnya bunyi?
:)

Bertahanlah tika lelah menghampirimu.


Sahabat, 
memang benar ada ketikanya bila kita terasa penat dalam membawa dakwah Islam, kadang terlepas jua di bibir ucapan sebegitu rupa. Penat melayan mereka yang tidak memahami.

Memang benar, adakalanya kita lelah sendirian bila lamanya kita cuba menegur teman kita untuk berubah ke arah yang lagi baik tapi tidak berkesan. Memang meletihkan.

Memang benar, saat kita bawa usrah, tapi tak semua mad'u kita mahu meraikannya bersama. Dipilihnya minggu untuk datang atau tidak. Dibuat tak tahu tentang apa yang kita berikan. Sungguh, ia menyakitkan.

Pelbagai cara kita lakukan.
Face to face.
Update status.
Share.
Tumblr.
Macam-macam. Tapi masih lagi sama. Tiada perubahan. Penat kan?
Allahu Allah. ('=

Sahabat, izinkan aku kisahkan sebuah cerita. 
:)

Pernah kau dengar kisah Nabi Nuh berdakwah? Lamakan Nabi Nuh berdakwah. Tidak silap aku sampai 950 tahun lamanya. Tapi kau tahu berapa ramai yang menerima dakwah Nabi Nuh? Sedikit sahabat, sedikit. Bahkan keluarga Nabi Nuh sendiri tidak menerima dakwahnya! Allah.

Ada lagi sahabat. Ingatkah kau tentang kisah Nabi agung Nabi Muhammad SAW berdakwah ke Taif? 
Nabi dibaling batu, Nabi diejek. Sehinggakan malaikat Jibril mahu mengangkat gunung menghempap penduduk Taif. Siapa yang sanggup tengok kekasih Allah diperlakukan sedemikian rupa. Tapi Nabi adalah rahmat untuk sekalian alam. Tidak dibalasnya perbuatan mereka. Allahu Allah.

Sahabat, jalan yang dilalui tidak dibentangkan dengan karpet merah. Bukannya sekali kita berdakwah, terus orang akan terima. Tidak. Kita hanya mampu menyampaikan dan yang membuka pintu hati adalah Allah SWT.

Jangan kita kalah dengan perasaan letih itu.
Jangan kita berhenti dengan perasan lelah itu.
Jangan hanya kerana apa yang kita lakukan tidak menampakkan hasil, 
kita harus mengalah.
Jangan.

Salah kita. Mungkin.

Mungkin dakwah yang cuba kita bawa tidak diterima kerana hijab yang tertutup dek dosa kita yang bertimbun. Mungkin.

Boleh jadi juga kerana kita tidak pernah untuk ikhlas di awalnya. Kita berlagak kita alim, kita rasa kita lagi tahu. Maka segalanya hanya sia-sia.

Sahabat, mungkin jua kerana kita hanya pandai berkata-kata. Tapi sedangkan apa yang diperkatakan jauh dari amal kita sendiri. Cakap lebat, tapi buatnya tidak. Suruh orang buat itu dan ini, tapi kita sendiri tidak amalkannya.

"Eleh. Baru sikit dah terasa penat atau letih? Cuba pandang orang hebat-hebat yang berdakwah."

Haa, kadang-kadang kita kena 'tampar' diri sendiri biar bagi sedar.
Baru sikit terasa berat.
Baru kena cubit sikit dah terasa tak nak berjuang. 
*geleng kepala*

Koreksi diri.

Ingatlah bahawa di akhirnya tetap Allah yang menentukan. 
Kita hanya mampu berusaha menyampaikan tapi Allah yang memberikan hidayah.
Kita hanya perlu berusaha dan usaha, selebihnya biar Allah yang tentukan.
:)

Jalan yang kita lalui bukannya lurus, penuh mehnah dan penuh ranjau.
Tambah-tambah di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini.
Adakalanya penat hinggakan kita terasa tidak mahu lagi melangkah,
tapi ingatlah di akhirnya kita yang rugi. -.-

Bertahanlah tika lelah menghampirimu, moga tiap langkah yang digagahkan ada pahala yang terus mengalir. Biiznillah.
('=



nota : Aku manusia dan kamu jua. Tapi sayang kita berbeza jiwa. Mungkin kerana itu kau tidak pernah mengerti apa yang aku rasa. -.-

0 comments

Opthalmology

Bismillahirrahmanirahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


"Cantiknya mata pak cik ni!"
Terpaku usai melihat mata seorang pak cik mengguna pen torch.

"Akak!"

Eh?

"Oh. Akak cakap cantik sebab nampak dengan jelas pterygeum yang kat mata pak cik ni."

"Ni lah medical student."
-.-

Asif pak cik, teruja sebab nampak jelas penyakit yang ada sebenarnya. Hati bersuara sambil tersenyum pada pak cik. Nasib baik pak cik tak faham bahasa melayu.
:)

Opthalmology



Sekarang tengah round Opthalmology. Seronok sebab dapat jumpa patient. Semua orang bersemangat nak tengok mata patient. Tapi yang kesiannya patient tu kena celik mata untuk kami semua tengok dan diagnose. -.-

Apa yang seronok belajar?
Bila semuanya mengingatkan diri pada pencipta yang agung, Allah SWT. Allahu Allah.

Tanpa mata, kita takkan mahu melihat.
Tanpa mata, kita takkan melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Ilahi.
Tanpa mata, kelamnya hidup.
Umpama mereka yang memakai cermin mata dan buang ia seketika, meraba juga bila berjalan kan?
:)

Setiap lapisan mata manusia kami pelajari. Setiap satunya punyai fungsi dan peranannya yang tersendiri. Subhanallah.

Rosak sikit saja, kabur pandangan mata.
Paling-paling teruk buta. Itupun setelah pelbagai komplikasi yang ada.
Panjang sangat nak hurai. Boleh google je. =P

...



Sepanjang kita hidup dan mampu melihat dengan baiknya, adakah kita bersyukur dengan nikmat penglihatan yang Allah berikan?

Adakah kita jaga mata kita dengan baik dan eloknya?

Adakah kita menjaga pandangan yang Allah berikan dengan melihat perkara yang baik-baik sahaja?

Adakah kita bersyukur di saat ada mereka yang langsung tidak miliki apa yang kita ada?

Kadang, kita leka dengan nikmat yang Allah berikan. Sehinggakan kita lupa untuk mengucapkan alhamdulillah walau seketika cuma.

Apa yang Allah kurniakan hanyalah pinjaman. Bila-bila masa yang Allah nak tarik nikmat, Allah mampu lakukannya. Kita sebagai hamba, kita yang wajib bersyukur. Kita yang wajib menjaga pemberiannya sebaik yang mungkin. 





Jaga mata dalam erti kata lain jaga pandangan. Kerana di akhirat kelak, Allah akan tanya kita, tanya mata kita. Apa yang kita lihat di dunia sana?



Reflek diri.


"Aku dalam solatku, aku tidak berharap untuk dapat melihat semula."

Kenapa?

"Aku berharap di hari pembalasan kelak, Allah akan ringankan azab kepada aku.
Bila aku berhadapan dengan Allah kelak dalam keadaan takut dan menggeletar, bila Allah bertanyakan kepada aku,"Apa yang kamu buat dengan Al-Quran", Allah akan mudahkan urusan aku..."

...

"Ramai muslim pada hari ini yang punyai penglihatan tapi malas untuk membaca dan menghafal Al-Quran." - Sheikh Fahad.

...

Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia. Allah beri kita mata untuk melihat, Allah kurniakan kita pandangan, maka jagalah ia sebaiknya.

Dari mata turun ke hati. Ya, andai yang baik kita lihat, insyaAllah yang baik juga akan meresap ke hati nurani. 
:)



nota : Saya rabun sikit. Sikit, sehingga malu nak mengaku rabun. Tapi saya ada cermin mata buat hiasan dalam meja. Khas buat cik RK. =P

0 comments

Dah solat belum?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



"Ko dah solat belum ni?"

Belum. Jap lagi aku solat.

...

"Wey, jom solat!"

Eh. Ko solatlah dulu. Aku nak siapkan kerja nih dulu.

...

"Adik, bangun solatlah."

Ala... awal lagi ni. Jap lagi adik bangun. 

...

"Jom solat!"

Kejap lagi aku solat. Aku nak tengok FB ni jap. 

Kejap lagi aku solat. Aku nak habiskan sikit lagi cite nih. Dah nak habis nih.

Kejap lagi solat....

Kejap lagi.
Dan lagi.

Tuhan ampuni kami atas kelalaian kami.
Tuhan ampuni kami atas kelekaan kami pada dunia. 
('=

.....

"Solat itu tiang agama."

Dari kecil lagi pesanan ini terngiang-ngiang di fikiran.
Di rumah ada mak ayah yang ingatkan.
Di sekolah ada cikgu, ustaz, ustazah yang ingatkan.

Bila dah besar? Sendiri mau ingat la babe. Eh.

"Solat itu adalah amalan pertama yang akan dihisab kelak."

Kalau solat amalan pertama yang akan ditanya malaikat Mungkar Nakir, adakah mampu menjawab dengan yakinnya, bahawasanya saya, sekian sekian, amalan solat saya tip top!

Solat di awal waktu.
Solat berjemaah tak tinggal.
Solat dengan penuh khusyuk.
Solat dengan mengharapkan keredhaan Allah.
Selalu buat solat sunat.

Tapi... 
kalau amalan solat pun tidak berapa nak baik. Macam mana dengan amalan yang lain?
T________T

Saya tidak mengatakan ada yang 'kurang' dalam list kat atas, amalan dia yang lain tidak bagus. Jangan salah sangka.
Cuma, orang yang betul-betul menjaga solatnya, Allah akan jaga dia. Dan insyaAllah segala amalan dia yang lain juga akan terjaga.

Sedang saya jauh panggang dari api. Mungkin umpama kerak bumi dengan langit ketujuh.

Solat di Haramain


Perkarangan Masjidil Haram

Masih segar di ingatan saat di Haramain. Tak kiralah di Masjid Nabawi atau di Mekah sendiri. Semua orang berjalan laju-laju menuju ke masjid sebelum masuk waktu lagi.
Semua orang berebut nak dapatkan saf di depan.
Semua orang berebut nak dapatkan pahala yang banyak.
Subhanallah.

Saat itu hanya ingat akhirat.
Hanya ingat kematian.
Hanya ingat Tuhan pencipta sekalian alam.
Tiada gangguan.
Phone pandang sebelah mata. Internet langsung tak ingat. Tak ingat kerja.
Hanya ingat aku nak kena berusaha dapatkan pahala sebanyaknya.
Allahu Allah.

Itu di sana.

Rindu.

...
Di 'dunia sebenar' masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian.

Kembali bekerja, kembali belajar, kembali menguruskan rumah tangga.
Semua gangguan ada, phone, internet, buku berlambak-lambak nak kena baca, persatuan seumpamanya dan lain-lain.

Hingga terasa solat di penghujung waktu perkara biasa. Nauzubillah.
Hingga memberatkan kerja lain dari solat.
Hingga melambatkan solat. 

Mungkin bila ada dalam kelas, ada dalam OT, ada dalam apa-apa tugas, kita terlewat solat. Itu mungkin tidak mengapa. Mungkin.
Tapi kalau hanya semata main FB, kalau hanya sebab nak tengok cerita kita lalai. 
Adakah itu patut?

Muhasabah jiwa.

Kita solat bukan hanya bila kita mahu. Tidak.
Solat adalah satu kewajipan. Rukun Islam yang kita pegangi.

Rukun, umpama tiang-tiang sebuah bangunan.
Tiada tiang, robohlah ia.
Cacat tiang, buruklah ia.

Allah itu Maha Pengasih Maha Pengampun.
Dia Maha Tahu titik kelemahan setiap hambaNya.
Dia tahu bila kita berusaha menjaga solat.
Dia tahu bila kita sengaja melengahkan solat.
Dia tahu segala-galanya.
('=

Kita kata kita mahu bawa agama Allah, Islam.
Tapi kalau hubungan dengan Allah, yakni solat, baca Quran, dan semua yang lain tidak dijaga sebaiknya, bagaimana agaknya?

Kita kata kita pejuang agama Allah, Islam.
Adakah perjuangan itu mendekatkan diri kita pada Allah atau makin menjauhkan kita dariNya?

Tepuk dada tanya iman. Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Amiin!

:)



Wahai diri,
kenapa kamu boleh melewatkan panggilan dari Ilahi?
Sedang Dia mahu membersihkan kamu dari dosa noda yang kamu lakukan?
Kenapa kamu sengaja melambatkan solat?
Sedang itu yang menjaga diri kamu dari segalanya.

2 comments

Ammu Teksi

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. 

Alhamdulillah hari ni sempat menghantar ayah su, mak su dan Fawwaz ke Cairo Airport setelah 10 hari mai Mesir semata-mata nak sambut majlis graduasi Kak Atin. Mabruk Kak Atin! Eh. Doktor Fatin Hanira. :)


Abang-abang dan kakak-kakak GEN 6. 
Tahniah semua! :)

On the way ke airport dalam teksi, banyak yang ammu teksi ceritakan.

Ammu. Pak Cik. :)

Cerita 1
(Tulis cerita macam panjang je hikayatnya.)

"Kamu faham bahasa arab tak?" Toleh ammu menghadap Ayah Su kat sebelah.
Ayah Su dah pandang cermin sisi tengok kat belakang.

"Kami faham sikit-sikit." Jawab saya dan Kak Atin.

"Apa ni kamu dah duduk kat Mesir tak boleh faham arab?"

Balasan paling sopan, senyum. :)

"Mak ayah saya baru datang melawat saya kat sini. Tak faham mana arab." Kak Atin tolong jawabkan bagi pihak ayah su.

"Kamu baca Quran?" Ammu menyambung dengan bahasa arab Mesir yang laju. 

"Alhamdulillah kami baca. Dan pada Quran ada disertakan dengan terjemahan." 

"Macam mana kalau kamu baca, tapi kamu tidak faham?"

Gulp. Sengeh je lah.... 

Bak kata Ayah Su masa dalam airport, "Kita dilahirkan bertutur dalam bahasa melayu. Bukannya arab."

:)

Cerita 2

"Kamu orang mana? Cina?" Asal tengok muka asia saja, cina. Mereka memang tidak boleh bezakan antara cina atau melayu.
Tapi samalah saya yang sudah bertahun di sini. Lubnan, Palestin, Mesir pun tengok macam serupa. Adil. Heh.

"Tak kami Malaysia."

Oh...

"Mana lagi bagus, Mesir atau Malaysia?" Ammu tanya kami.

"Mestilah Malaysia. Malaysia negara kami."

Ammu tergelak dengar jawapan kami.

"Memanglah kamu akan kata negara kamu yang paling bagus berbanding Mesir."

:)

"Tapi kamu kena ingat, Nabi Musa ada di sini. Ada sahabat-sahabat Nabi yang sampai sini. Kamu tahu kan?" Ammu tersenyum membalas.

Sekali lagi rasa macam tersengeh sumbing. Haih.

"Aiwah ya 'Am." Saya dan Kak Atin hanya tersenyum dan ammu terus bercerita tentang keistimewaan Mesir.

:)

Cerita 3

Sampai saja kami di airport, baru saya dan Kak Atin perasan yang ammu tak guna meter pun. Padahal teksi tu teksi meter!

Apa lagi, tambang yang biasanya reasonable-la-juga, naik double terus! Ya Rabb! Astaghfirullah. Kami tahan 'panas' di dada di sebalik kepanasan mentari yang menyinar. 
Geram!

Meter tak gerak, macam mana nak deal harganya walau dah berkali pernah sampai airport. 
Ammu oh Ammu.




Permata di sebalik debu.

Tika mahu melintas jalan ke rumah, ternampak seorang mak cik yang berjalan.
Tiba-tiba dia terjatuh.
Laju pak cik buah tepi jalan meluru ke arahnya. Angkat dia.
Laju seorang lagi brother ke arah yang sama. Tarik kerusi yang ada kat stall buah untuk mak cik tu. Sambil-sambil dia mengibas habuk di kaki seluar mak cik.

 Ya 'Adzim! Subhanallah. Subhanallah. 

Saya hanya terpaku. Terlintas di benak kepala,

"Tadi di airport Allah hadirkan aku seorang pak cik teksi yang dah kelentong aku. Tapi petang ni juga, Allah hadirkan aku beberapa orang arab yang subhanallah hatinya cukup baik. Allah mahu ajar aku sesuatu."

T_____T

Inilah Mesir.
Di sebalik kekurangan, tersimpan keistimewaan yang punyai hikayat tersendiri. 

Inilah bumi barakah yang adanya Nabi Musa.
Inilah bumi ardu kinanah yang Allah hantar Saidina Amru bin 'Asr, Sallehuddin Al-Ayubi.

Inilah bumi yang dipenuhi dengan para Azhari, para syeikh, ulama besar.
Subhanallah.

Di sinilah jua, hidupnya Firaun.
Di sinilah jua, lahirnya pemerintah yang zalim.

.....

Antara kita mahu pilih yang mana.
Antara kita yang mahu berbaik sangka atau sebaliknya.
Antara kita yang mahu mencari permata di sebalik debu berterbangan atau tidak.
Kita yang pilih, sedang Allah sudah mengaturkan segala yang terbaik. 
:)



nota : Bercerita bersama kak Atin dan Kak Yana yang sudah menamatkan pengajian di bumi Mesir cukup menandakan pada diri sendiri; guna peluang yang ada di sini selagi punyai peluang. Biiznillah, insyaAllah. ('=

6 comments

Sujudlah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Nak solat kat mana ni?"
Tanya along tika kami tengah makan di sebuah restoran. Masa tu jam 4 petang. Maghrib pukul 5.30 petang. Ada lebih kurang sejam setengah lagi.

Ada di antara kami dah selesai makan, tapi kami masih lagi menanti beberapa orang yang dalam perjalanan. Tunggu balik, macam dah lambat sangat.

Saya pandang Anje, "Kita p solat kat masjid sebelah metro (komuter) lepas tu patah balik sini nak?"

"Tak jauh ke nak pergi dan patah balik? Nanti dah gelap."

"Cuba tanya waiter kat sini, kot-kot ada tempat solat." Along mengusulkan.

Bila ditanya, tiada ruang yang disediakan untuk solat. Nak tak nak kami kena keluar juga.

"Mehlah solat kat masjid tu. Tak tenang hati tak solat-solat lagi nih."

Keluar dari restoran, mata melilau mencari 'ruang'. Ni kan Mesir, solat mana-mana tak pelik pun. Hati berdesis. Saat tu lah juga, ternampak seorang brother tengah solat di taman. 
Alhamdulillah Allah mudahkan.

"Solat situ nak? Kita tunggu dia habis solat."



{Bumi ini tempat sujud padaNya - Hadiqah Azhar 2011}

"Salam alaik. Nak tumpang solat sini boleh?"

"Tafaddal." (Silakan)

Hati terasa lain. Err. Mungkin sebab tempat tu bukannya masjid. Boleh dilihat orang walaupun tempatnya agak tersorok.

Nah. Bumi ni tempat sujud kita. Sujudlah mengadap Yang Maha Esa, walau di mana kamu berada.

Sujudlah!

:)

Kenangan di King's Cross, London.


{London - 2010}

Puas kami mencari tempat solat untuk fardu subuh di stesen kereta api London. Ruang stesen yang ada dipenuhi dengan manusia. Bertali arus. Bumi London memang bumi yang sibuk. Laju dan pantas bergerak. Seolah-olah masa sudah sampai ke penghujungnya.

Produktif, mungkin itu perkataan yang terbaik buat mereka. :)

"Solat kat atas ni nak?" Tangan terhala ke penjuru dinding bahagian atas tandas. Turun beberapa anak tangga, tandas.

"Ish. Mana boleh. Sebelah tandas kot!" Walau tandasnya memang terlalu cantik dan super duper bersih. Tak boleh. Titik.

Sambil berjalan, sambil mengintai ruang. Biarlah sekangkang kera cuma, asalkan boleh berdiri, rukuk dan sujud. Bass!


"Haa, kat sana ada ruang!" Ruang bawah eskalator, tepi mesin ATM, di sudut dinding tergantung board yang tertampal peta stesen King's Cross. 

Tanpa melengahkan masa yang terus berdetik, kami hamparkan sejadah.
"Allahuakbar."

Usai salam, pandang belakang, berderet orang beratur di mesin ATM. 'Khusyuk' mereka memandang kami, pelik mungkin. Kami hanya tersenyum, "Morning!"

:)

Mesir dan seisinya.

Alhamdulillah berada di Mesir, banyak yang boleh dipelajari.

Solat jangan dilengahkan. Masuk waktu solat, semua berpusu-pusu untuk solat. Rugilah kita kalau tak cuba belajar dari mereka.

Quran dibaca walau di mana-mana. Menunggu pelanggan masuk kedai, menunggu sampai ke destinasi, atas bas, di mana-mana. Subhanallah.
Mereka boleh, kenapa kita tidak. Tak nak bawa Quran, iPad, iPod, smartphone ada kan? :)

Zikrullah makanan harian. Salam tak kira pada sesiapa. Kadang malu sendiri bila yang berusia lagi laju memberikan salam. Malu sendiri bila lidah mereka sering menuturkan kalam membesarkan Tuhan yang Maha Agung. Allahu Allah.

Sungguh apa yang diperkatakan Al-Fadhil Ustaz Razi,
"Carilah mutiara-mutiara yang berharga di sebalik debu yang ada."


nota : Subhanallah indahnya punyai sahabat yang bila terbabas sikit waktu solat, dia ada mengajak untuk sentiasa solat di awal waktu. ('=

nota 1 : Saya ada 10 'adik-beradik' di sini, sejak zaman INTEC beberapa tahun yang lepas. Moga ukhuwwah hingga ke syurga. Amiin!