Pages

0 comments

Exam oh Exam!!!

Alhamdulillah 3x~ syukur pada Allah. Akhirnya dua hari lepas (27/6/09) habis gak final exam. Alhamdulillah, lega sgt!!! Hampir 3 bulan exam. Fuh! Letihnya exam... Walaupun exam hanya sekali seminggu tapi penantian itu suatu penyeksaan~

Menanti utk menghabiskan satu2 subjek memg menyeksakan. Alhamdulillah~ semua telah berakhir utk tahun ni. InsyaAllah najah semuanya~

Bayangkan exam bermula dari bulan 4 lagi dan baru je berakhir~ kalau ada kawan2 yg tanya berapa lama exam, boleh dikatakan semua terkejut. "Lamanya... Sabar ek...", ayat popular~ ho3...

Exam ambil masa yg lama pun sebab ada 3 peringkat exam. Bulan 4, praktikal exam. Bulan 5, bertulis. Dan bulan 6 adalah oral~ 3 kali exam subjek yg sama dan hampir 3 kali la jugak kena baca buku yg sama. Anatomy la yg paling byk kena baca buku, 5 buah buku~ hu3

Pape pun, ada kebaikannya... 3 kali kena baca moga melekat dalam kepala dan moga makin faham~ Kalau hafal tanpa faham tiada guna jugak~

*moga najah dan mumtaz semuanya~ insyaAllah...

0 comments

Mesir dan Sungai Nil~





Mesir dan Sg. Nil bagai lagu dan irama, laut dan ombak yg xdapat dipisahkan. Pandai2 je bagi pepatah tuh ho3… Tapi memg mcm tu pun. Selain dari terkenal dengan piramid, mesir juga terkenal dengan Sg. Nil… Ada apa dengan sg. Nil?

Sg. Nil… Kalau disingkat kembali sejarah mesir dahulu kala dan sejarah Islam khususnya, sg. Nil terkenal dengan kisah Nabi Musa alaihissalam dengan firaun~ satu kisah kenabian yg sepatutnya kita ingat. Kalau sejarah dunia mampu kita hafal (exam punya pasal ho3) xkan kisah sirah nabi kita x mampu utk ingat.

Bagaimana kisah Nabi Musa dihanyutkan di sg. Nil dan kemudiannya ditemui oleh Asiah, isteri firaun. Firaun ingin membunuh baginda namun mampu dipujuk oleh Asiah agar tidak membunuhnya. Sebagaimana dalam firman Allah yg bermaksud…


“(iaitu), letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai( Nil), maka biarlah (arus) sungai itu membawanya ke tepi, dia akan diambil oleh (fir’aun) musuh-Ku dan musuhnya. Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku, dan agar engkau diasuh dibawah pengawasan-Ku~ surah Taha, ayat 39


Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khawatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan(pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan kepadamu, dan menjadikannya salah seorang rasul.” ~Surah Al-Qasas, ayat 7


Dan isteri Fir’aun berkata, “(Dia) adalah penyejuk mata hatiku bagiku dan bagimu. Janganlah engkau membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak,” sedang mereka tidak menyedari~ Surah Al-Qasas, ayat 9

Menurut kajian, panjang sg. Nil adalah 6695 km. Subhanallah panjangnya~ Dan berakhir di Dumyat di mana tempat pertemuan antara Sg. Nil dan laut mediterraneum. Subhanallah, Allah maha agung yang menciptakan alam ini. Pertemuan antara laut yang masin dengan sungai yang tawar, namun tidak bercampur~ Arus pertemuan itu kembali berpatah balik…






Tempat pertemuan tu dpt kita tgk kat Dumyat, salah satu tempat yang agak terkenal di Mesir ni. Tapi masa pergi hari tuh, x clear sgt tempat pertemuan tu jd tiada gambar yg dapat dipaparkan. Mungkin lain kali boleh pergi lagi, insyaAllah~


Malam2, tepi sg. Nil agak meriah. Dan boleh dikatakan sepanjang tepi sg. Nil byk restoran2 yg ada. Pelbagai bentuk restoran ada, yg berbentuk kapal terutamanya. Perkhidmatan naik bot menyusuri sg. Nil di malam hari memang disediakan. Romantisnya~ ahaks…






Kalau pagi2 pula, kita dapat tgk suasana nelayan yg sedang menangkap ikan. Sg. Nil adalah salah satu sumber pendapatan rakyat mesir yg bekerja sebagai nelayan~ hari2 nak pergi U memg wajib utk melintasi jambatan sg. Nil, time ni lah dpt tgk panorama indah di waktu pagi… Indah ke ek? Bolehla… ho3