Pages

8 comments

Rindu.

Bismillahirrahmanirrahim,

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Rindu.
Rindu pada yang jauh di mata, tapi sentiasa ada di kotak ingatan. Allahu Allah.

Moga kalian semua sentiasa ada dalam jagaan Allah, kerana sesungguhnya Dialah sebaik-baik penjaga.
('=



Melihat bloglist di sudut kanan blog, melihat blog siapa yang update
ingin mencari sesuatu buat pengisian jiwa.
Dan nampak satu blog, yang dah lama tak di update. 3 bulan. 

Tiba-tiba rasa sebak bermukim, rindu mungkin?

Blog Kak Feeda.

Kami mula 'berkenalan' di alam maya. Di sini. Blog.
Perkenalan yang mungkin biasa di kalangan bloggers.
Tapi tetap meninggalkan kesan.
Andai ia kerana Allah.

Tautan ukhuwwah itu indah bila disandarkan pada Allah. Sungguh.

Tak pernah berdepan, tak pernah bertentang mata, tapi terasa dekat di hati.

Dia, kakak yang sentiasa mendoakan saya di perantauan.
Yang sering bertanyakan keadaan di sini.
Yang turut sama resah mendengar perkhabaran saya tatkala revolusi tempoh hari.
Yang tak putus-putus mendoakan.

Allahu Rabbi. Terima kasih kakak. ('=

Kalau dikira, siapalah saya untuk dirisaukan.
Tidak pernah kenal bukan?
Tapi, hakikat ukhuwwah itu, hakikat yang kita bersaudara.


('=


Hati resah berbicara,
"sihatkah kakak?"
"kenapa lama tidak update blog?"
"kakak busy ke?"
"kakak sekeluarga sihatkah?"


Nak bertanyakan khabar pada orang lain, tidak mengenali sesiapa. Khilaf sendiri.
Belum habis taaruf lagi rupanya. =='



Kakak, 
moga Allah sentiasa pelihara kakak sekeluarga.
Zati rindu kakak. ('=
3 bulan tidak mendengar khabar berita, itu memeritkan hati.
Moga kakak baik-baik sahaja walau di mana berada.
Moga nanti kita akan tetap bersua walau hanya di alam maya.
Biiznillah.















nota : kalau saya lama tak update blog, ada orang rindu tak?

Izzati Hashim perasan! =D


nota 1 : rindu pada semua ukhti yang disayangi. (=

14 comments

Bicara kata.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Kadang-kadang tak perlukan sebab, hati akan menangis.
Tak sempat untuk disentuh, dari awal sudah tersentuh.
Kadangkala, tanpa sebarang perkara, terasa ingin menangis. Sayu. Sebak bermukim.
Itu kerana sifat semulajadi orang perempuan ke? Penuh dengan emosi.

Entah, mungkin. Sebahagian? Tak semua kot? (=

Bicara kata.



Terkesan membaca post Ummu Husna, Yang Pertama dan Kedua. Bagi saya bukan satu peringatan yang biasa, sebab mungkin jarang yang 'menegur' sebegitu rupa. Dan mungkin pesanan dari seorang ibu buat anak-anaknya, terusik juga hati yang membaca. Lebih pada makan cili mungkin, pedas. (=


Ini saya kira peringatan kedua buat diri sendiri dalam masa yang terdekat ni. Sebelum ini ada komen membina dari cikgu sekolah rendah dulu di status FB saya. Tak sangka ramai yang meng 'like' status teguran itu.
kekadang kenyataan yang kita keluarkan akan menyinggung org lain.mungkin tak semua insan seperti yang dinyatakan itu.diharapkan org yg makan lada diakan terasa pedasnya.Gunakan laman ini tuk kebaikan brsama.tingkatkan ukhwah sesama mukmin.wallahua'lam. - terima kasih cikgu untuk kalam ini. (=

Benar, teguran itu bersifat umum. Saya tujukan buat diri khususnya dan diharap ada yang terkesan sama. Saya cuba untuk menggunakan istilah dan bahasa yang paling mudah untuk difahami, dicerna dan dalam masa yang sama, tidak menyentuh sensitiviti orang lain.

Namun, kadang-kadang persepsi dan penerimaan sesetengah orang berbeza. Mungkin baik di mata kita, tidak di mata orang lain. Mungkin lembut dipandangan kita tapi hakikatnya kasar pada orang lain.

Pernah terfikir tentang 'bahasa' yang kita gunakan dan adakah kita menjaga adab-adabnya dalam kita berbual dengan kawan-kawan sendiri, dengan orang-orang sekeliling tambah-tambah dengan yang rapat? Kadangkala ikut main lepas dari mulut. Laser. Berbisa. Sarkastik.

Mungkin pada tanggapan kita, itu biasa. Maklumlah sudah rapat. Buat apa nak terasa kan? 
Kalau ada yang berfikiran begitu, tanggapan anda jauh tersasar. Langsung tak mengena. 
Yang berkata itu manusia, yang mendengar itu juga manusia bukan?
Dan manusia dikurniakan perasaan, hati dan emosi.

"Ala, biasalah tu."

"sesekali kenalah laser sikit, biar terkesan."
"cakap lembut pun bukan boleh faham, baik sinis terus."



Yakin dia yang biasa dengan anda, tidak terasa?
Sebab kadangkala yang lain yang turut mendengar yang terasa. Allahu allah.

Bayangkan,

"Banyak gila ko makan, tak takut gemuk ke? Ko, kalau dah melantak, tak ingat dunia."

Mungkin niat si sahabat hendak menegur dengan baik, tapi mungkin dengan bahasa yang dia gunakan, membuatkan wajah si sahabat yang ditegur tiba-tiba keruh. Bayangkan, jika kita yang mendengar dan melihat ketika itu. Tentu malu insan tersebut. ('=

Saya sendiri pernah ditegur yang membuatkan hati terasa bagaikan ditusuk dengan sebilah pisau tajam. Sakit.

"Ko nak masuk program tu? Ko layak ke?"
Terkedu, terdiam, terpana.

Mungkin saya tak layak, tapi tidak salah bukan kalau mengatakan benda begitu bukan di tempat terbuka ketika saya tengah 'teruja' nak menyertainya. Hilang semangat bagaikan diterbangkan angin. Pedih ke hulu hati. =='


Boleh anda nilaikan bagaimana kadangkala percakapan kita, teguran kita bisa membuatkan orang 'jatuh terduduk'? Boleh anda bayangkan bagaimana dengan kata-kata kita boleh buat orang putus asa dan hilang semangat? Boleh anda renungkan bagaimana dengan kata kita mampu membakar hati seseorang? Tanpa kita sedari.

Sahabat,

bahasa yang indah itu ibarat cerminan akhlak kita. Kadangkala kita lupa itu.
Enaknya kita berbicara, tapi kita terlupa adab-adabnya. Mungkin yang rapat dengan kita itulah yang paling senang terguris dengan bicara kita.
Tapi kerana sudah rapat, dibiarkan sahaja, ditelan kepahitan itu.


Realiti VS Maya.


Melihat coretan lama di FB, rapuan yang terasa entah apa-apa di FB mengundang sebak di kalbu. Sungguh. Segan terasa. Segan melihat. Apa tanggapan yang membacanya?
Itu di alam maya. Bukannya realiti. Tapi sekarang ni, saya kira di FB la juga mampu nak lihat karakter sebenar seseorang. Tak semua tapi ada yang terserlah karakternya.

"Buat apa nak hipokrit kan?" - ujar seorang teman. 

Ya, tak salah pun. Tapi, tak segan ke bila ada yang 'memerhati' tanpa kita sedari. Memerhati dan kemudiaannya mentafsir sendirian tanpa mengenali diri kita. 


Sebab, mungkin di alam maya bukan diri kita sebenarnya. Alam maya, boleh saya katakan dusta itu lebih dari benarnya? Sama-sama nilaikan. (=

Ada yang jadikan FB sebagai salah satu wasilah atau medium untuk berdakwah, teruskan.
Ada yang menjadikan FB tempat untuk merapatkan ukhuwwah sesama makhluk, teruskan.


Ada yang hanya tahu guna, tahu main semua application dalam FB, itu kena renungkan kembali.
Ada yang jadikan FB sebagai tempat mencari cinta? Mungkin. Erk?
Apa yang nak saya katakan, terlalu banyak tujuannya.

Cuma, berpadalah. Dan dalam kita berFB sekalipun, jagalah adab kita sebagai muslim yang beragama Islam. Segalanya yang kita lakukan adalah cerminan pada agama kita sendiri. Apa kata non-muslim kalau dilihat perkara-perkara yang tak elok. Segan.

Jaga adab. Jaga adab dengan kawan-kawan, jaga tutur kata. Jaga batasan komen mengomen yang berlainan jantina. Di luar kadangkala nampak penyegan, tapi di FB sebaliknya. Jangan sampai ada yang berkata demikian pada kita. Segan.

Introspeksi diri.


Mungkin kadangkala tanpa saya sedar, diluar pengetahuan saya sendiri, saya mengungkapkan kata yang buatkan ada hati yang terusik. Maaf. Maaf. Maaf.
Saya insan yang penuh khilaf yang kadangkala lebih dikuasai emosi dari akal sendiri. Saya insan yang lemah, yang bisa melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. 


Buat peringatan untuk diri, jagalah tutur kata kita. Jangan terlalu 'sedap' berbicara dalam keadaan menyindir orang, jangan terlalu sinis. Kerana di situ mungkin ada pahitnya.

Allah SWT itu indah, dan Allah sukakan keindahan. Allah SWT itu maha lembut, tentu Dia tak suka andai hambaNya bersifat kasar kan? Walau kasar hanya dalam berbicara.
(=



... Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia... surah Al-Baqarah, ayat 83.



 nota : kecek kelate bunyi kasar dop? hehehe. 

9 comments

checklist.

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini masih terus diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah. Dengan musim panas yang menduga tatkala imtihan ini. Ujian, dugaan. Itulah kehidupan.

Hari ini sudah masuk 23 Rejab dan Syaaban bakal menjengah tak lama lagi dan kemudiaannya Ramadhan kareem. Allahu Allah. Terasa sekejap waktu berlalu, masa pantas meninggalkan kita. 



Dalam seharian kita hidup, pernah tak terfikir untuk buat 'checklist' tentang amal ibadat seharian kita?

Ckecklist?

Ya, checklist. Senarai.
Hari ini solat berjemaah berapa kali? Minggu ni puasa tak hari Isnin dan Khamis? Buat ke tak solat-solat sunat? Kalau nak disebut satu persatu ibadat yang tersenarai memang panjang.

Untuk apa checklist ini?





Mutabaah Amal.
Masa mula-mula kenal dengan smart circle (SC) atau usrah, saya terpinga-pinga dengar perkataan ni. Mutabaah amal? Lepas tu, kakak usrah siap beri satu helai kertas lagi yang bertajuk mutabaah amal. Menarik.

Tapi... seribu kali sayang saya tak guna sangat benda tu di awal-awal dulu. Tulis bila rajin, tulis bila ingat. Bukan kerana ingin, tapi mungkin kerana selepas itu ada perbentangan. Dalam erti kata lain, terpaksa. Segan bila dikenang balik. 


Tak susah pun sebenarnya nak menanda semua benda yang tersenarai. Satu muhasabah buat diri. Satu semangat atau motivasi pada diri untuk menambahkan ibadat. Kalau kertas tu kosong, segan sendiri. Kalau penuh, alhamdulillah. (=


Cuba untuk letak satu target dengan adanya checklist itu. Mungkin, tiap-tiap hari lakukan solat sunat dhuha. Buat solat-solat sunat rawatib. Mulakanlah dengan yang sedikit tapi berterusan. Dan  kalau berjaya lakukan, tak salah kalau nak bagi 'hadiah' pada diri sendiri kan? Salah satu motivasi buat diri untuk buat yang lagi baik. InsyaAllah.


Nak bermula kadangkala susah. Nak start untuk istiqamah pun, memang susah. Tapi, bila hari-hari dilakukan. Sedikit demi sedikit. InsyaAllah, lama-lama nanti bila ditinggalkan terasa lain.
Terasa rindu nak lakukan. Itu kesan istiqamah.

Bukan ke Allah sukakan benda yang sedikit tapi istiqamah?



Muhasabah diri. 


Kita kata kita cinta Allah. Tapi terlalu sedikit waktu yang kita korbankan untuk beribadat padaNya. Kadangkala bila lepas solat, terus bangun. Tak salah pun kan ambil masa 5- 10 minit untuk berzikir dan bermunajat pada Allah?

Kita kata kita nak Allah sayang kita, nak selalu Allah pelihara kita. Tapi apa yang kita lakukan untuk dapat semua itu? Setakat doa, setakat ucapan manis di bibir tanpa sebarang perbuatan yang seiring, itu mungkin hanya angan-angan.

Sudahlah, jangan terlalu banyak bermain dengan kata-kata manis. Buktikan! 

Lakukan amal, tambahkan amalan. Tak susah, tak mustahil. Hanya buat atau tidak. Pilihan ada di tangan. Apakah mahu syurga atau neraka? 


(=


nota : contoh mutabaah amal, boleh KLIK SINI dan SINI.



4 comments

Al-hubb huna.

Al-Hubb Huna. Love is always around. 
(=

20 comments

Baca buku.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Pengasih.

Beberapa hari lepas terjumpa Goodreads dan baru cuba berjinak-jinak dengannya. Cool. Ulat-ulat buku semuanya berkumpul di situ. Membuatkan saya teruja untuk ada profile sendiri.

Semangat saya cari buku-buku yang saya ada, yang pernah dibaca dan senaraikan di situ. Memang semangat. Terasa nak senaraikan semua buku-buku yang ada di rak buku termasuk medical books. 

Lepas saya buat, dan saya tengok balik buku-buku yang saya ada dan pernah baca. Saya rasa lain. 



"Oh, buku bentuk macam ini rupanya aku baca selama ini." 
"Oh, aku banyak baca buku macam ini rupanya."
"oh, sikit sangat pasal sejarah Islam yang aku baca."
"oh, orang lain lagi banyak dan pelbagai bahan bacaannya."
"oh, aku perasan aku banyak baca buku rupanya."

oh....
Geleng kepala, senyum seorang-seorang. Perasan ulat buku ke Nur Izzati Mohd Hashim? =='


Membaca.


Zaman kanak-kanak dulu, kalau ditanya, apa hobi? Jawapan paling cepat dan berkesan, membaca! Zaman sekarang pun, kalau nak letak dalam profile mana-mana, membaca mungkin benda yang akan diletak. Rasanya di profile Izzati hashim ni pun ada.


Membaca dan membaca. Membaca bukan hanya satu hobi. Tapi ia adalah satu kewajipan untuk umat Islam. Ingat wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W?


"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia."
(surah Al-'Alaq, ayat 1-3)

Ibrah yang boleh kita ambil dari turunnya wahyu ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Ia bukan hanya sekadar hobi, bila ada masa baru nak membaca, tidak. Tapi ia satu kewajipan yang perlu kita jadikan sebagai rutin dalam kehidupan.


Dengan zaman sekarang ni, tak perlu tunggu beli buku baru nak baca. Duduk depan laptop, depan komputer, dah boleh baca. Bagi yang ada Ipad, Ipod, dan seumpama dengannya, kemana sahaja anda pergi, anda boleh membaca kan?

Best apa membaca dan tenggelam dalam dunia buku? Dan saya pernah disindir(?) oleh adik dan kawan-kawan, jangan bercakap dengan Izzati Hashim kalau ada buku di tangan dia. Erk. Hehehe. (=

Jadi ulat buku?

Saya suka pemandangan di Jepun. Walau tak pernah ke sana tapi satu dunia tahu yang rakyat Jepun suka membaca. Betul ke Asmahani? Dan ketika di UK hari tu pun, suka tengok mereka yang selalu dengan buku. Super cool.
Tapi saya lagi suka Mesir, pegang dan baca Al-Quran walau di mana sahaja. Awesome. (=
Malaysia?

Pernah seorang sahabat tanya saya,


"cane nak didik diri suka baca buku?"
Erk, terkelu sekejap.

Jujurnya, semuanya bermula dari mama abah. Abah suka membeli bahan bacaan untuk seisi keluarga sejak saya kecil lagi dan dari situ mungkin mulanya minat saya sendiri. Membeli, mengumpul dan membaca. Thanks for them

Tarbiah bermula dari rumah, tarbiah bermula dari ibu dan ayah.
Apa yang ibu ayah lakukan akan menjadi contoh dan ikutan buat anak-anak. Jadi, ia sangat penting.

Dan rasanya kenalah belajar slow slow
pegang buku walau kemana kita pergi. Seperti saya sendiri, kalau nak keluar rumah saya akan cuba untuk bawa sebiji buku dalam beg. Tak kisah buku apa pun, yang senang dibawa dan dibuka. Guna masa yang ada, mungkin ketika menanti bus, menanti kawan atau menanti majlis bermula. Lagi baik dari tak buat apa-apa kan?


Hari-hari study, itu baca bukulah tu. Tadabbur al-Quran, baca juga. Baca blog, baca link, hakikatnya kita semua sudah membaca. Cuma mungkin kena lebihkan lagi membaca dalam semua genre. Untuk mengembangkan lagi pemikiran kita, untuk menambahkan ilmu di dalam dada. (=


Refleksi diri.


Saya pernah terbaca satu kalam di blog seseorang, cuba mencarinya balik tapi dah tak jumpa. =='


"Jangan lihat pada banyaknya buku yang ada, tapi lihat pada apa yang dibaca."
Tersentak.

Buat diri saya khususnya, selama ini apa yang saya suka baca? Apa yang saya ambil dari bahan bacaan saya itu. Apakah saya mengamalkannya atau setakat di buku sahaja?

Kadangkala apa yang kita baca itu yang akan membentuk pemikiran kita. Mungkin. 

Jika kita suka membaca novel-novel kisah cinta, mungkin jiwa lebih ke arah yang jiwang. 
Kalau suka baca yang berkaitan dengan jiwa dan ketuhanan, mungkin makin mendekatkan diri pada yang Maha Satu.

Apa yang kita baca, besar pengaruhnya dan semoga ada manfaatnya. Bukan hanya sekadar membaca tapi tiada apa yang boleh diamalkan. Sama seperti membaca Al-Quran, setakat membacanya tanpa mengamalkannya tentu kita menjadi hamba yang rugi.

Dan yang paling penting, bacalah. Dan biarlah apa yang kita baca makin mendekatkan diri kita pada Allah. Yang membuatkan kita makin berfikir tentang kekuasaan mahupun rahmat kasih sayangNya. Itu lagi bermaknakan? (=


credit to Amezeghia

Aim saya dengan adanya Goodreads ni, moga ia mampu untuk bantu saya dalam manage buku-buku yang patut saya baca. Yang mana kurang, perlu di top up. Biiznillah. (=




nota : kalau tiada idea nak buat blog tu, saya tahu saya kurang membaca =='
nota 1 : tengah perbanyakkan membaca buku untuk pengisian jiwa dan rohani sekarang ni, insyaAllah (=
nota 2 : nanti bila dah ada rumah sendiri, nak set up 1 bilik khas untuk buku-buku. 
Syurga buku. So, future housemate-roommate kena tahu & terima yang NIMH suka beli buku. =D

9 comments

Gerhana yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Subhanallah, subhanallah, subhanallah!
Terlalu agung kekuasaanMu, terlalu hebat ciptaanMu.
Terasa bergetar jiwa tatkala melafazkan puji-pujian buat yang Maha Esa ketika menatap saat gerhana bulan tadi. Allahuakbar! 
Gerhana bulan yang cukup indah di pandangan mata. Subhanallah ('=


" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal."
(Al-Imran, 190)

Berada di depan pintu rumah, dan menyaksikan fasa-fasa gerhana bulan itu, terasa kerdilnya diri. Rasanya inilah yang pertama kali dapat menyaksikan fenomena ini dengan jelas. Subhanallah, terlalu agung ciptaanMu.


gambar : kredit kepada senior, Hamada Hamdi. 
(copy paste dari FB beliau). =D


Gambar ni sewaktu pukul 9.14 mlm Mesir. Subhanallah ('=

Sesungguhnya, kehebatan ciptaan Allah ini terlalu banyak. Sayang seribu kali sayang andai mulut berat melafazkan pujian, andai diri malas untuk beribadat padaNya. Tidak cukupkah dengan segala bukti kekuasaanNya?

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya matahari & bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.”



gambar : credit to Ustaz Amin
Cantik kan?


Biarkanku bagaikan sang pungguk yang merungkaikan rindu pada sang bulan.
Biarkanku tenggelam dengan keasyikan keagungan kebesaran Ilahi. 
Indahnya ciptaan Allah, terlalu indah.

Hadiah dari Ilahi untuk mendengar bingkisan kalam syukur, 

memuji keagunganNya dari hamba-hambaNya. Subhanallah ('=












nota : Mencari kamera. Lupa, saya dah tiada kamera =='
Time beginilah nak ada DSLR kat tangan. 



nota lagi : nak panjat naik sutuh, tapi takut. LD, kenapa tak datang sini malam ni? =='

9 comments

Saya. Anda. Kita.

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kadangkala terlintas di benak fikiran, apa yang sudah aku lakukan untuk agama?
Hampir 21 tahun, apa yang sudah aku lakukan untuk hidup ini?
Apa yang sudah terisi, apa yang sudah mengisi kotak kehidupan ini?


Kadang-kadang hati terdetik,
apa yang aku ada? 
Apa yang kelebihan yang aku ada?
kelebihan yang mungkin boleh digunakan untuk menolong orang, mungkin?
untuk membantu agama khususnya?

Tapi dalam diam berfikir, kadang-kadang tak pernah tahu apa istimewanya diri.

Sehinggakan terasa,
"aku tiada apa-apa kelebihan pun!"
"aku tak macam orang lain, tak hebat berdebat, tak bijak menyentuh hati dan perasaan orang lain."


Dan aku? 
"Entah."


Kadang-kadang bila ada yang hebat ambil gambar dan menggunakan medium itu sebagai dakwah, terasa cemburu. 
Kagum di sudut hati. Nak juga macam tu.
Bila ada yang hebat menulis, baca sahaja kata-katanya, terasa cair.

Wah, nak jadi macam dia!
Pabila tengok sahabat-sahabat yang hebat bersuara, berdebat, petah berbicara,
terasa diri mengecil di sudut dunia.
Aku ni, macam tiada apa-apa.



Diam, 
termenung.
Merenung kembali tentang hakikat penciptaan manusia itu sendiri.


Bukankah Allah menciptakan seseorang itu berbeza?
Dalam setiap perbezaan itu pasti ada keunikannya tersendiri kan?
Pasti ada keistimewaannya. Pasti.



Dalam kita risau kita tiada apa-apa kelebihan,
lebih baik kita yang menjadikan sesuatu sebagai kelebihan.
Kerana, kadangkala kelebihan itu kita tak nampak.

Mana kita tahu,
mungkin kitalah yang akan merubah titik kehidupan seseorang.
Kerna, setiap makhluk itu punyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
(=




Cuba kita tengok tebuan @ lebah @ bee.
Kecil-kecil cili api.
Mungkin ia hanya binatang,
tapi kerana ia bunga mampu mekar berkembang,
dan kerana ia juga manusia boleh menikmati madu.
Subhanallah.
Kadang-kadang yang kecil itu lagi besar manfaatnya.

Kehidupan ini boleh diumpama bagaikan sebuah kelas. 

Dan gurunya adalah Allah SWT. 
Hakikatnya dalam kelas kita akan belajar pelbagai benda, 
pelbagai keadaan dengan bantuan dari guru. 
Seandainya kita betul-betul belajar, khusyuk menerima,
tentu kita akan pandang segalanya yang berlaku dengan mata keimanan. 
Subhanallah, kehidupan yang Allah berikan terlalu indah.












nota : You're amazing just the way you are. (=

9 comments

Jauh.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jauh,
yang kadangkala itu lagi baik.
Jauh yang melahirkan rasa rindu.
Benih rindu yang tersemai,
membuahkan rasa kasih dan sayang,
membibitkan rasa cinta.
Lantas doa dipohonkan pada Sang Pencipta.


Jauh,
mengajar erti berdikari.
Mengajar hidup ini erti menghargai.
Menghargai pada mereka yang jauh di mata.
Menghargai apa yang sudah berlalu.


Jauh,
buat diri merasa hakikat kehidupan,
manusia bisa jauh tapi tidak Allah,
manusia berlalu pergi, tapi tidak DIA.



14 comments

Yakinlah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sejak kebelakangan ni ada sahabat-sahabat di FB yang meng 'add' saya di mana-mana group. Tiada masalah di situ. Mungkin akan ada peluang untuk berkongsi ilmu, ada peluang untuk sama-sama melakukan amar maaruf dan nahi mungkar, mungkin. Saya lebih suka memerhati dari mencelah, kekurangan ilmu yang pasti. (=

Dan dari itu, ramai pula yang add FB. =='
Oh ada hikmatnya di situ, insyaAllah ukhuwwah terjalin. 

Kesimpulannya saya dapat mengenali ramai orang dengan pelbagai 'fikrah', pelbagai bahasa, dan banyak pelbagai lagi la. Dan buat mereka yang meng 'add' saya melalui blog ni, salam taaruf dan salam ukhuwwah, moga ukhuwwah yang terjalin ada nilainya di sisi Allah. InsyaAllah (=

Exam pun satu ujian (=

Ada yang melontarkan persoalan, yang membuatkan saya berfikir dan kembali merenung diri sendiri.

"Adakah setiap satu perkara atau masalah itu ujian dari Allah?
Kadang rasa tak mampu, berat kepala memikirkannya,
tapi katanya Allah takkan uji dengan perkara yang tidak kita mampu."

Kenyataan last itu yang membuatkan saya terpanggil untuk mencelah sepatah dua kata. (=

Izinkan saya untuk berbicara sepatah dua kata. Selalunya lebih. Tapi saya bukan siapa-siapa,  cuma saya ingin berbicara atas pengalaman yang pernah saya lalui. Pengalaman yang sedikit cuma, tapi yang telah mendidik jiwa saya untuk terus melangkah.

Sesungguhnya jalan mujahadah itu takkan pernah sunyi dari onak duri, dugaan dan cabaran. Pasti akan teruji, pasti akan diuji.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
surah Al-Ankabut, 2 (29:2)

Ujian memberi kekuatan.

Saya masih lagi bukan orang yang bila ditimpa sedikit ujian terus redha menerima, tidak. Saya masih bertatih untuk belajar ke arah itu. Masih berusaha untuk menjadi hamba yang paling redha dengan ketentuannya. Tengah berusaha untuk menjadi hamba yang bila teruji, mampu untuk terus bersangka baik pada Allah. Masih. Biiznillah.

Pernah diri teruji dengan ujian kegagalan yang hampir mengundang putus asa. Hampir. Saat menerima perkhabaran tu, saya berada di rumah keluarga angkat kerana mengikuti satu program. Saya menangis, sehinggakan tuan rumah iaitu keluarga angkat risau kerana ingatkan saya tidak selesa berada di situ. Kalau diingat balik, macam kelakar je. Ish3. Izzati Hashim memang tak pandai nak sembunyikan perasaan. 

Menangis kerana saya memikirkan masa hadapan yang pada ketika itu jelas lagi saya tak tahu apa akan berlaku. Menangis kerana memikirkan mereka akan terus melangkah dan saya diam di situ. Menangis kenapa saya diuji, menangis berfikir di mana kurangnya lagi. Oh, berlawan dengan emosi memang mengundang putus asa.

Jelas perkhabaran itu buat saya 'terduduk', sakit yang rasanya Allah saja yang tahu. Betapa peritnya untuk terima kenyataan. Dirasakan langkah tersadung, jatuh... dan bagaikan tak mampu nak berdiri lagi. Bila nak berdiri terasa goyah. Dan kalau berdiri, bagaikan tidak tahu kemana harus saya melangkah.

Ketika itu, hati berperang dengan perasaan. Pelbagai persoalan menerjah ruang fikiran. 
"kenapa mesti aku?",
"kenapa aku tak macam orang lain?",
"mana silap aku?",
"kenapa aku diduga sebegini rupa?"
.
Kenapa itu dan kenapa ini. Persoalan demi persoalan.

Saya jadi manusia yang lain ketika itu. Saya bukan along dipandangan adik-adik, saya bukan Izzati di pandangan kawan-kawan. Saya memilih untuk sendiri. Saya memilih untuk melayan perasaan sendirian. Jasad saya ada di situ, tapi roh saya entah kemana. Saya tersenyum, tapi entah pada siapa. Saya ketawa, tapi entah untuk apa. Ya Rabb, macam teruk je kan saya ketika itu? (=

Satu soalan yang yang diajukan oleh mama yang membuatkan saya berhenti mengalirkan air mata. Kekuatan yang saya rasa disalurkan dari soalan-soalan itu,

"Ujian ini takkan buat along patah semangat kan? Ujian ini takkan buat along buat keputusan untuk berhenti dari melangkah kan? Along tak pernah terfikir untuk berhenti kan?"

Saya terdiam, saya terkesima. Saya lupa yang ramai yang ada di sisi. Saya lupa yang Allah tak pernah tinggalkan saya. Bukankah orang yang beriman tidak mempunyai sifat putus asa dalam diri? Ya Allah... 

Lama saya muhasabah diri, dan akhirnya saya pilih untuk bangkit dengan satu semangat baru, semangat yang dihulurkan oleh keluarga saya sendiri. Semangat yang dikirimkan dengan doa oleh sahabat-sahabat saya. Semangat yang diberikan oleh DIA. (=

Saya taknak jadi manusia yang mudah mengalah, saya taknak jadi hambaNya yang mudah berputus asa. Tidak. Saya harus bangkit!

Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu!

Yakinlah dengan Allah.

Ujian mengajar erti kehidupan. Ujian bukan hanya menguji tapi mengajar tentang kematangan dalam hidup. Ujian mengajar kita untuk lebih muhasabah pada diri. Kalau selama ini saya rasa itulah ujian yang maha berat, tapi kalau saya pandang mereka yang lagi berat ujiannya, saya rasa ujian untuk saya hanya picisan. Sama ada saya menang atau kalah dalam ujian itu. Itu sahaja.

Allah menguji takkan melebihi batas kemampuan hambaNya. Yakinlah! Pengalaman saya hanya sedikit, tapi dengan pengalaman dan dugaan itu yang membentuk saya sekarang.

Bila saya menoleh ke belakang, melihat episod duka yang pernah saya lalui. Kadangkala saya tersenyum sendirian, bermonolog seorang diri, "kenapalah terlalu emosi aku ketika itu, padahal 'bukan' besar sangat pun masalah itu." 

Kadangkala menangis seorang diri mengenang kisah lalu kerana mungkin pada awalnya saya telah gagal. Ya, gagal. Gagal menjadi hamba yang redha dengan ujian yang telah Allah berikan pada saya. Saya segan pada DIA yang Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat diri tapi diri mudah sangat kalah pada perasaan. Oh, segannya.

Tapi, yakinlah! Memang benar, Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Yakinlah. Mungkin pada awalnya itu yang saya rasa. Terasa berat, maha berat ujian itu. Tapi cuba kalau kita 'buka mata', lihat pada mereka yang lagi berat ujiannya, kita akan rasa ringan. Bukankah, 

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

surah Al-Insyirah, ayat 5-6 (94 :5-6)


Buat diri khususnya dan para sahabat, bila ditimpa ujian, didiklah hati untuk bersangka baik pada Allah. Didiklah hati untuk belajar menjadi hamba yang tabah menerima. Kita kena yakin dengan janji Allah,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
surah Al-Baqarah, ayat 286 (2:286)

Bila Allah uji kita, uji kamu, itu bermakna Allah tahu kita mampu untuk mengatasinya. Kita mampu untuk berhadapan dengannya. (=


Muhasabah diri. 

Tak senang untuk saya melepasi tahap itu. BUKAN SENANG. Kadang-kadang, bila disoal tentang itu, kadangkala hati saya masih merintih. Sebab mungkin masih ada sisa kesedihan itu. Tapi saya cuba untuk terus melangkah. Melangkah dan melangkah. Allah sentiasa ada, saya kena yakin dengan itu.

Bukan bermakna saya telah 'berjaya' dalam ujian ini, tidak. Saya masih belajar. Belajar erti kehidupan.

Bagaimana kita lalui ujian itu, bagaimana pembentukan diri kita selepas 'teruji', itulah kita. Berjaya atau gagal, semuanya dalam pandangan Allah.

Koreksi diri, apa yang kita boleh ambil dari ujian itu. Apa yang kita belajar dari semua itu. Apa? Apakah hanya kesakitan? Apakah hanya tangisan air mata? Setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya, pasti. (=


HambaMu, lagu tema Imam Muda.
Lagu yang memberikan semangat! (=



nota : Oh, saya dan sahabat di Uni di seluruh Mesir tengah dalam fatrah imtihan, doakan kami. Moga kami berjaya dan diberi kekuatan olehNya. (=

nota 1 : Ramai yang kata, "Izzati cool je kan." Sebelum nak boleh sampai tahap 'cool' tu bergelen dah air mata yang tumpah. Hehehe. =P

kekuatan itu dari Allah yang pasti, alhamdulillah (=