Pages

5 comments

Buang separuh jiwa melayu @ mesir :D

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang.

hidup matiku, solatku, amalku hanya untukMu.



"kutip permata-permata di sebalik debu2 yg berterbangan"


"bila sampai kat cairo airport, bila jejakkan kaki nak turun dari plane buang separuh jiwa melayu yg ada dlm diri"


dua ayat yg masih terngiang-ngiang di telinga hingga ke hari. Pesanan dari ustaz Razi, ustaz yang mengajar bahasa arab ammi (bahasa arab mesir) di INTEC, shah alam 3 tahun lepas. Wah, dah 3 tahun berlalu rupanya! Masa sgt pantas berlalu :(


Sesungguhnya setiap perkongsian dari Ustaz Razi sgt bermakna & insyaAllah masih lekat di ingatan. Teringin lagi nak dengar Ustaz Razi berbicara, mencurahkan ilmu. Jazakallahukhairan kasira Ustaz (=


Kali terakhir jumpa ustaz ketika buat reunion kelas MEG 5 masa tahun satu kot. Lupa bila ho3.
Bila Ustaz nak dtg lagi? Bawa kak yana & anak2 sekali :D 
bajet ustaz baca blog ni =P


us. MEG 5, Zaqaziq (middle east program, MEP 8). 
budak laki 5 je kan? sesuai ngan nama kelas =P


"expect the worst"


Ni plak pesanan dari senior2 ketika diaorg dtg bagi briefing tentang mesir di INTEC dulu. huh. nasib baik dah selalu kena brainwash ngan ustaz so ok je bila dgr mcm tu kan.
Ustaz pun pernah belajar di mesir jugak dulu (=


Kenapa dan mengapa?


Mula2 dulu tak paham kenapa. Tertanya-tanya. Sampaikan pernah satu tahap, terasa nak berhenti je. xnak ke mesir. Terukkan? Kesan kena brainwash =P


Sampai di bumi mesir, 7/10/2008. Tarikh keramat yg xkan dilupakan. Hari perpisahan ngan keluarga dan hari pertama menjejakkan kaki ke daerah asing. Terlalu asing, hingga terasa nak balik malaysia! =p


Pengalaman pertama yg agak memeritkan rasanya, naik bus ke ARMA ( dewan malaysia). Fuh! sgt dasyat cara pemanduannya. Sgt! Pernah tgk KCB (ketika cinta bertasbih)? Part anna naik teksi. Mcm tu la gayanya pak cik2 mesir ni bawa kereta. Mcm tgh racing! hehehe. Skrg dah blh tahan kot, cuma bila naik tu bawa la mengucap terus hehehe. 


ok. back to main topic :D


Kenapa ustaz pesan "kutip permata-permata di sebalik debu2 yg berterbangan"? Sesungguhnya ada sebabnya. Dah nak masuk tahun ke 3 di sini, dah nampak pe yg ustaz pesan. 


Bumi mesir ni bumi anbia, dan rasanya semua org tahu kan kisah Nabi Musa dan firaun di sini? Cuba kita selusuri balik kisah itu. Ambil iktibar dan pengajaran di sebalik cerita itu. 


Mungkin bumi mesir ni tandus, penuh ngan debu2, kering kontang tanpa hujan. Tapi di sebalik semua ni, ada permatanya. Permata yg perlu dicari dan digilap. Apa tu? Ilmu. Ya, ilmu!
Para pewaris nabi, ulama, wali semuanya ada di sini. Mesir sendiri terkenal dengan Universiti Azhar yg kaya dengan khazanah ilmu. Para azharian yg sgt ramai, yg sgt mantap ilmunya. 



Apalah gunanya belajar di sini andai tak pernah nak cuba mengambil peluang mengejar ilmu2 yg byk. Terlalu byk. Terlalu ramai syeikh atau syeikhoh yg blh mengajar. Bumi mesir adalah gedung ilmu! 


Kelas2 agama, kelas Quran, kelas Tafsir, dan kelas2 di masjid. Ya Allah, sgt byk. Tunggu kita nak cari sahaja. Gunakan peluang yg ada. 


Bukan hanya ilmu perubatan yg nak pelajari, kena ambil juga ilmu2 lain. Buat bekalan utk ke sana. Lebih kepada pesanan utk diri sendiri (=


Alhamdulillah, PERUBATAN juga memang selalu mengerahkan tenaga nak buat kelas2 mcm ni utk semua pelajar perubatan di Mesir ni. Tiap2 minggu ada kelas & ustaz2 yg sudi turun mengajar. Moga Allah permudahkan segala urusan kita di sini (=


dan semuanya bukan hanya setakat ilmu. Byk lagi permata2 yg ada :D


mesir juga mengajar utk berSABAR! melayan karenah arab yg seribu satu mcm, memg meletihkan. Hidup dikalangan arab yg sememangnya kita tahu sgt kasar memg kita pun kena belajar jd 'kasar'.


Sebab tu ada pepatah yg kata, 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum'. Tengok tempat tgk keadaan, kena sesuaikan dengan keadaan kita.


Tu yg ustaz Razi pesan tu, buang separuh jiwa melayu. Sebab ni la. Org melayu memg jenis yg lemah lembut, penuh ngan sopan santunnya. Tapi bila di mesir ni, kena belajar jd kasar. Tak blh manja2, kalau x, asyik kena buli je kan =P


Bila dah balik m'sia, ambil la balik jiwa tu. Blh je ek main buang2 pastu kutip plak ni =p


Keadaan di mesir tak sama mcm di m'sia. Berjauhan dengan keluarga mengajar hidup utk berdikari, melatih diri menjadi manusia berguna. Jadi kena kuat, xlbh lembik2! huu. Abah selalu pesan, cuba jgn manja. Kena kuat! hee...


Tambah2 ngan keadaan skrg, golongan akhawat (perempuan) melayu, asyik je kena kacau. Haish. Apa lagi, jom belajar ilmu pertahanan diri. Fire sama dia! hahaha =P


Blh la dpt gambaran kan, agak teruk juga sebenarnya. "expect the worst". Ya, pesanan kalian memg btl. Sangat2 betul =P
so lepas ni memg blh pesan mcm tu juga kat adik2 junior. Sila fikir mcm tu! Dah buat kot. hehehe


Bila ada fikiran mcm tu, sekurang-kurangnya bila sampai di sini terkejut sgt. Tak pasal2 ada yg nak balik kan. Rasanya xde lagi smpi nak balik sebab tak tahan duk sini. Super senior pun dah hbs, ok je tgk :D


FIkir yg paling teruk, bila kena rasanya xdelah teruk sgt pun. See, mind set itu penting! hohoho.
Teruk2 pun, kena tipu ngan arab, kena kelentong ngan arab, kena marah ngan arab. Butakan mata tgk diaorg buang sampah merata-rata dan apa2 je lah :D tak teruk pun.


Letakkan dalam fikiran yg ada hikmatnya Allah campakkan aku di bumi tandus mesir ni. InsyaAllah kheir je :D apa lagi, cari lah permata-permata tu semua~ ada, memg ada. terselit mana2.


kalau hari tu sy mempersoalkan di mana nilai islam? Bukan utk merendahkan tempat saya belajar, tidak. Saya pernah dgr kalam, walau kita x suka tempat kita belajar kita kena terima sebab di situlah kita akan terima ilmu. Mencari berkatnya ilmu tu. Lupa ayat atau kalam siapa (=
dan sy suka mesir. oh. hipokrit? hahaha.


dan saya amat bersetuju dengan komen adik azam husni (=


nilai2 Islam tu byk di mesir sebenarnya, kena buka mata kena buka hati :D


salah satunya, al-Quran. Mereka sgt dekat ngan al-Quran. Keadaan yg sy kira sgt jarang nak tgk di tempat kita. Kemana-mana memegang al-Quran, di mana2 nampak org membaca Quran. Wah. Mari membudayakan membaca Quran (=


Dlm kedai smbl menunggu pelanggan, ketika menunggu bas. Bestnya. Dan selalunya, pak cik teksi akan buka channel yg org tgh baca Quran. Memg selalu begitu. Subhanallah. Jarang sgt nak perolehi semua ni. 


al-Quran yg diletakkan dlm kereta.
jarang kan nak tgk mcm ni?
blh dikatakan semua kereta ada :D

sesungguhnya kalau jumpa yg baik tu, sgt2 la baik dan kalau jumpa yg jahat tu, haish. Mulut laju je nak marah huk3. Kena SABAR!

dan yg paling suka, bila tgh jalan2 tiba2 ada org bagi salam. Ya Rabbi. Terasa manisnya ukhuwwah bersaudara hatta xkenal pun diaorg. Tapi tetap seagama (= dan terasa malunya, yg dewasa beri salam kat yg muda ni. Terasa bagai ada batu yg menghempuk kepala, hee.

kat sekolah dulu, ustazah selalu pesan. Jumpa cikgu, jumpa senior, beri salam. Xpun kita sebagai senior bg salam kat junior, xsalah kan? Tarbiah itu sgt indah. Terima kasih buat semua guru2 di SMKA Naim Lilbanat (=

Kat mesir ni ada dua jalan, jalan Nabi Musa atau jalan firaun. Rasanya tak perlu lah nak ikut jalan firaun, yg jahat2 tu. Cari kebaikan, cari hikmah yg ada. Allah dah bagi peluang, kenapa nak sia-sia kan lagi kan? Optimis! :D

dan bagi saya, kat mesir ni mengajar kita erti kesusahan hidup. Kenapa? Sebab di sini kadar org2 yg homeless sgt tinggi. Pagi2 nak ke kelas pasti akan terjumpa org2 yg tidur di kaki lima, hanya beralaskan sehelai selimut. Musim panas ok lagi, musim sejuk? huhuhu.

Kanak2 yg kecil yg selayaknya berada di sekolah bermain bersama kwn2, terpaksa bekerja utk cari sesuap nasi. Sayu tgk. Kanak2 yg seusia dengan adik saya sendiri. Terbayang bagaimana kalau berada di tempat diaorg :( 


reunion MEG 5 (MEP 8) bersama sir izwan & senior MEP 7


Bagi saya, rasanya nak cari kebaikan tu kita kena abaikan keburukan yg ada. Kalau asyik nampak yg buruk je walhal ada yg baik, tentu sukar nak cari hikmat tu. Sebab tu lah Allah ajar kita supaya bersangka baik walau dengan apa pun, apatah lagi dengan Dia (=






nota : terasa post ni sgt panjang! post terakhir utk 2010 kot! hehehe


nota 1 : kena tegur ngan seorg hamba Allah ni yg buat tersipu-sipu malu kat situ, dia kata "akhawat ni kalau nak berpisah, mesti ckp bye bye, selalu ckp hye hye bye bye, cuba bagi salam". serentak bagi salam ha3. gulrp~ malu2 hahaha.
terima kasih bg peringatan. Baik, lepas ni bg salam. hohoho. InsyaAllah :D


nota 2 : Masih kena mengutip permata-permata yg ada ni. Cuba utk mencari hikmah di sebalik ujian yg diberi.


nota 3 : jom semua masuk kelas pertahanan diri! hee... xkan nak p kelas pun asyik bawa kayu je kan? ho3


nota 4 : dayah, pipah, mila! kebab td sgt best :D bersyukur jumpa korg td. thanks yer adik2 :D


nota 5 : dibasahi hujan. officially masuk winter (=


nota : selamat melangkah ke tahun 2011. moga semuanya yg terbaik (=



Hope for the best. Expect the worst. Life is a play.


7 comments

warna-warni kehidupan

Terkelu. Terkedu. 
senyap tanpa bicara
hanya hembusan nafas yg kedengaran
pandangan mata menekur ke lantai
begitu asyik,
tanpa disedari ada
manik-manik air mata yg menitik.

Kenapa begitu?
tidak ingin aku semuanya begitu
apa salah aku
apa yg sudah aku lakukan
semuanya bisu
hanya hati yg bertingkah berbicara

aku bosan begini.
terasing begitu.
sakit. pedih. 
semuanya menjadi satu
namun tiada siapa yg mengerti.

lantas aku kongsikan pada malam
pada bintang yg bertaburan di dada langit
pada rembulan yg setia menerangi alam.

mungkin aku yang salah
biar saja takdir yang menentukan
biar waktu yang menikmati kisah ini

cukuplah. 
mengapa memilih jalan yg derita
seandainya ada jalan bahagia?
mengapa menyusuri denai kesedihan
andai ada yg penuh senyuman.



nota : hidup memang penuh dengan suka duka. Hidup bagaikan di atas kanvas lukisan yg berwarna warni. Itulah warna warni kehidupan (=










2 comments

azam baru

2010 bakal melabuhkan tirainya dan 2011 bakal menyusul. Dah tertunai ke semua azam yg dibuat awal tahun ni? ada ke ek, ke guna yg lepas2? hahaha.


kita dah masuk tahun baru pun, awal muharram hari tu. Tapi sebab kita menggunakan kalender yg org barat buat jadi kita xde lah meraikan sgt bulan2 Islam ni.


Setakat duk kat mesir ni, tak ambil tahu sgt bila sebut new year in masihi. Pertama sebabnya, sistem universiti bermula kelas pengajian selepas cuti musim panas. Cuti bulan panas berakhir dlm sekitar bulan 10, jadi tahun pengajian jadi 2010/2011 contohnya. Bukannya mcm kat malaysia, bermula pada januari.


Kan best kalau kita betul2 gunakan kalender Islam dlm kehidupan seharian. Ingat tarikh2 dlm bulan Islam. 


Cuba kita tgk, sesiapa yg berpuasa di awal muharram insyaAllah akan beroleh ganjaran pahala. Mana ada di sebut, siapa2 yang berpuasa di awal januari dpt pahala =P


letakkan Islam pada tempatnya memg indah :D


Sebut pasal azam. Ada apa dengan azam? tersedak org yg nama azam, asyik sebut nama dia je =P


Ada azam ni sebenarnya membantu kita utk melicinkan perjalanan hidup kita selama setahun. Sekurang-kurangnya bila dah da azam, kita tahu guideline kita. Dan sepatutnya, azam tu kita sematkan dalam hati, dalam minda yg kita akan lakukan. Bukan setakat dlm diari. Tulis sahaja tapi x buat pape. Tiada guna jugak kan?


Jom buat azam baru! 


Saya nak jadi anak yang solehah. 
Saya nak jadi pelajar yg rajin. 
Saya nak lulus exam.


eh. takkanlah azam kita masih di tahap biasa2 lagi kan. Cuba up sikit =P


saya nak jadi dai'e yg berjaya
saya bukan setakat nak mumtaz dlm exam sahaja, tapi nak mumtaz dlm semua
nak jadi anak, isteri & ibu yg solehah =P

Azam tu hak masing2. Terserah pada diri sendiri, bagaimana nak mencorak kehidupan kita dan yang penting mesti berpaksikan al-Quran & as-Sunnah (=




mengimpikan kereta ini T.T




nota : jangan lupa utk sentiasa muhasabah balik apa yg dah kita buat seharian :D


nota 1 : terasa segan nak menulis yg bukan2 dah. Sebab makin ramai yg jadi follower WWK ni T.T 
maaf kalian semua, saya bukanlah seorang yg hebat menulis. Apatah lagi yg jd follower lagi hebat dlm bidang penulisan. 


nota 2 : Oh. WWK ni hanya tempat lontaran idea saya sahaja. Bukan apa2 T.T


apa2 pun, terima kasih daun keladi (=


cuba utk memberi yg lebih baik dari masa ke masa (azam baru ni) dan kalau ada salah & silap sila tegur saya :D

0 comments

5 perkara

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


free by tomask of deviant art


Sihat, muda, kaya, lapang dan hidup bukanlah hanya setakat nikmat tetapi juga satu bentuk ujian yg Allah berikan pada kita. Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur tatkala diuji dengan nikmat yg Dia berikan (=







Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha pengampun, Maha Penyayang.


surah An-Nahl, 18 (16 : 18)

3 comments

CM

Akhirnya...


T.T

dulu ada la jugak impian xnak bercermin mata,
nak jadi budak medic yg x pakai cermin mata!
sebab kalau perasan, doktor kebanyakan pakai kan,
nape yer? tanyalah mereka.
saya bukan doktor lagi,
bakal doktor (=

tapi skrg xleh dah.
kena lupuskan impian tu. delete. buang dlm tong sampah. *devil*


by enfleurs of devian art

kena pakai cermin mata juga,
hancur impian T.T

tapi xpe, bukan 24 jam pun (=
hanya bila dlm dewan kuliah
sebab saya suka duk tgh2 atau belakang 
walau datang awal
jgn tiru saya!
kena buang tabiat ni, huu...
budak2 mumtaz memg duk depan2 :D


by roux_s of deviant art 

pakai hanya kat dewan kuliah, depan laptop

dan saya rasa mengada buat cermin mata ni! huu..

tapi kalau xbuat,
 bila dalam kelas mcm entah pape tgk slide show kat depan,
kena fokus lebih dan rasa sakit kepala bila mcm tu, 
jadi nak xnak kena buat T.T
melayang duit.

saya xnak pakai cermin mata ni
sebab;

saya bukan rabun teruk
nanti tudung tak jadi
muka saya x sesuai pakai cermin mata
dan, saya nampak 'nerd' bila memakainya =p

nota : sgt tension mencari cermin mata yg sesuai bila semuanya tak sesuai ngan bentuk muka. adehh~ 

nota 1 : mairah sgt kejam bila suruh saya cuba cermin mata itu! hee... mak cik kedai tu kata, tu cermin kanak2. ada ke patut? tak patut betul =p

nota 2 : nanti lain kali upload gmbr cik CM saya (=

nota 3 : kenapa pakai CM eh? sebab byk mengadap buku atau laptop? hohoho... tatau2 =p









5 comments

semangat.

SEMANGAT.
tiada semangat utk memulakanya.
susah. payah. perit.

berhenti mencari semangat yg hilang
kini cuba utk membina yang baru
namun,
tiada. kosong.

di mana harus aku bermula?


tear by lonelygirl18 of deviant art

4 comments

Ribut Pasir!



mengharung ribut pasir +sejuk

Sepanjang 2 tahun lebih di sini, dan nak masuk tahun ke 3 merasa musim sejuk kat mesir ni,
rasanya ni la yg paling teruk ribut pasir.

2-3 hari ribut pasir,
alam terasa suram
tanpa sang matahari yang memancarkan cahaya,
tiada lagi sebiru langit,
langit pun warna koko, 
dek debu2 yg berterbangan,
dan suhu makin sejuk! grrr. 


warga mesir sgt sukakan 'shitak' sebab menurut mereka, waktu malam sangat panjang. Subuh dalam kul 6 (paling lewat) dan malam bermula pukul 4 lbh ( paling awal). Dan menurut mereka, musim sejuk ni la waktu yang sesuai utk beribadat waktu malam, sebab malamnya sgt panjang (=

dan musim sejuk ni la waktu yg paling best nak berhibernasi, waktu paling best nak menaikkan berat badan bagi sesiapa yg tak cukup berat badan hohoho...









p/s : kat sini da 'sandstorm' je, xde 'snowstorm'. 

Dengar khabar, saint katerine, kat Sinai dah da salji! wah, bestnya siapa2 yg akan ke Sinai tahun ni! :D
xde rezeki lagi nak menjejakkan kaki ke Sinai T.T 
LA menanti. Janji tetap janji huhuhu


shitak = musim sejuk
seif =musim panas







~jom nikmati musim sejuk di bumi mesir,
gunakan masa yg sgt panjang utk study, beribadat kepadaNya~

0 comments

tiada motif (=

 nature by Ronnyyaxphoto of deviant art

kedamaian bermukim.


nature by lindey of deviant art

 kalau nak sampai ke atas,
kenalah belajar menaiki tangga,
bukan hanya merenung tangga-tangga tersebut.

nature by frayart of deviant art

 jadilah seperti bunga yang putih suci ini.


nature by goodwolf of deviant art

 ciptaan Allah itu sgt indah.
nature by hidden_target of deviant art

kumbang & bunga memang tak blh dipisahkan.


nature by jodesign of deviant art

duduk termenung.
 merenung masa depan yg kabur.

nature by ronnyyaxphoto of deviant art

dan...
perjalanan ini masih panjang lagi.
terus melangkah,
tanpa menoleh lagi.



nota : suka dengan gambar2 yg diambil ni (=

0 comments

hentikannya.

Hari ni 7 muharram 1432,
hari lahir saya mengikut kalendar Islam (=
bukan semua org tahu tarikh lahir masing2 dlm kalendar islam kan?

xde idea nak tulis pe,
tp ada org yg meminta sy utk menulis
agak2 dia peminat setia WWK la kot
sampaikan rindu nak membaca tulisan saya.

blog ni bukan blog yg istimewa,
hanya sekadar coretan kehidupan saya.
sy bukan sasterawati,
saya bukan penulis yg hebat
yang mampu nak memikat hati2 pembaca melalui tulisan.
saya adalah saya (=

cuma...
hari ni dan hari-hari sebelum ni
saya TERUJI dengan satu masalah.
mungkin 'anda' yg baca faham kan,
dan memg saya nak anda baca.

Saya tak mengenali anda
saya tak tahu siapa anda
apa motif anda
kenapa anda buat mcm tu.

Anda kata itu hanya GURAUAN,
tapi bila saya terasa TAKUT
adakah itu dipanggil gurauan lagi?
bergurau ada batasnya sahabat,
ada adatnya.

selama ni saya diam, 
saya buat tak tahu,
tapi anda betul2 menguji kesabaran saya,
sabar manusia ada tahapnya sahabat.

saya tak nak panjangkan cerita,
moga berakhir di sini
dan...

saya dengan rendah diri, 
saya ingin meminta maaf dari anda
mungkin ada salah saya
yang mungkin saya tak perasan saya dah buat silap,
walhal saya tak tahu pun siapa anda.

pesanan khas utk anda,
jgn bergurau begini lagi. 
Hormati org lain,
cuba bayangkan anda yg kena,
marah tak?
ke tersenyum je?

ikhlas,
nur izzati binti mohd hashim,
sayeda zainab, kaherah, 
mesir.

nak buku ni!
andai saya kata maaf itu diterima 
bila saya dapat buku ni, mcm mana?
kejam x? hahaha...


p/s : saya mengalah bukan tanda saya kalah! tapi, saya penat utk terus melayan. hanya buat saya geram, sakit hati, dan takut. tapi tahniah, anda hebat sebab anda berjaya buat saya takut. 

p/s again : blh kalau saya nak tahu siapa anda? blh juga tambah kenalan di US kan. hahaha

walau saya tak pandai sgt bab2 IT ni kan, dengan adanya masalah begini saya belajar. oh. Allah nak bagi saya sesuatu rupanya (=


0 comments

KAMU...



Hari ini teruji lagi,
dengan gelagat manusia yg pelbagai ragam.

Aku adalah manusia,
punyai perasaan SABAR
dan SABAR itu ada tahapnya.
Aku bukan Nabi
walau aku cuba utk menjadi seperti baginda.

usah ANGKUH berbicara soal duniawi,
usah bergembira atas PENDERITAAN org lain.

Allah itu ada,
Dia maha melihat, Dia maha mengetahui.
Dan aku, hanya mampu terus berdoa
moga KAMU akan mengerti.



nota : TAK SUKA post ni! Tapi kena post jugak! 


nota dua : mungkinkah tiada lagi WWK selepas ini? hmm...


nota tiga : saya pohon JUTAAN KEMAAFAN buat semua sahabat yg mengenali diri andai ada kesilapan yg saya lakukan. Mungkin dlm berbicara ada yg terhiris, mungkin dalam ketawa ada sendunya. MAAF.