Pages

1 comments

Kompilasi hidup

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

{Amaran! Post ini kemungkinan besar sangat panjang. Mungkin.}



Sekadar hiasan. {Sumber}

Sungguh, saya segan.

Ada satu hari saya buka FB dan membaca notifications yang ada. Tertulis satu noti,
"akak kenal akak ni." (Akak ni merujuk pada Izzati Hashim)

Laju saya membukanya.

Link blog ini dan...
"buat diri yang dahagakan kasih sayang Allah."

.......

Allah.
Tergamam seketika. Lebih pada segan sebenarnya.
Kerna saya tahu, blog picisan ini bukan ada apa-apa. -.-

Terketuk seketika kerana saya tidak istiqamah dalam menulis di sini.
Bila dirasakan ada waktu dan ada rasa hendak menulis, baru saya menaip.
*tembak diri banyak-banyak kali*

Travelog Kehidupan.


Saya suka membaca kisah hidup seseorang.
Kisah perjalanan hidupnya, 
bagaimana dia menghadapi kehidupan, 
bagaimana dia 'cope' dengan situasi, 
bagaimana dia teruskan kehidupan dan sebagainya.

Contoh terdekat yang mampu saya bagi,
buku-buku Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, blog Yasmen Mogahed dan lain-lain.

Baca bukan sekadar baca, tapi mengambil ibrah atau pengajaran yang ada.
Mereka menulis bukan hanya sekadar tulis, tapi menulis dengan makna sekali.Andai teruji, mereka selitkan sekali kisah antara hubungan hamba dan Tuhannya.
Mereka selitkan sekali semangat yang ada.
Mereka menulis mengajak kita untuk sama merasai apa yang dirasa.
Mereka menulis untuk hati-hati yang membaca.

Subhanallah. ('=

Kadangkala, Allah berikan pengajaran pada kita bukan secara direct. Indirect.
Allah bagi ujian pada orang yang hampir dengan kita, 
dan kita kena ambil iktibar atau hikmat dari kisahnya.

Tak guna kita baca kisah sedih penuh inspirasi, tapi tidak mengetuk pintu hati.
Tak guna kita berkongsi rasa si penulis, tapi kita tidak menjadikan pengajaran dalam hidup kita.

Kisah interview.

Alhamdulillah hari ni, 29/12/12 saya ada interview untuk PERUBATAN Medical Team (PMT). Alhamdulillah dalam debar untuk di interview, akhirnya ia berlalu dengan cool nya. :)

Last saya interview, tahun 2008 lepas. Penuh dengan debaran dan semangat yang tinggi nak dapatkan tajaan JPA. Saya tak ingat sangat apa perasaan ketika itu, tapi saya pasti saya memang betul-betul mengharapkan tajaan ada dalam genggaman. Dan, Alhamdulillah.

Apa yang cuba saya nak kongsikan, interview pada hari ini mungkin nampak biasa sahaja.

"Alah, nak masuk medical team je pun. Bukan interview apa-apa pun."

Tapi kalau Allah memang tentukan saya berjaya, itu satu taklifan dari Allah. Bukan hanya manusia semata.

Apa yang saya cakap masa dalam interview, saya kena praktikkan.
Apa yang cuba saya nak bagi komitmen, saya kena amanah.

Dan andai saya tidak diterima, saya tetap kena terus bergerak dalam posisi saya sendiri. Nah, bukan biasa-biasa saja kan? (=

Apa alasan kita?

Saya terbaca satu post di FB,

Ada seorang pemuda bertemu dengan almarhum Ustaz Fadhil Noor memberi alasan utk tidak komitmen pada gerak kerja dakwah. Ustaz Fadhil Noor menjawab,

"Terserahlah atas kamu. Ciptalah apa pun alasan dan jika kamu yakin alasan kamu Allah terima maka barulah kamu boleh untuk tidak berdakwah."

Rasa tertembak terus ke dasar hati. Allah.
Satu muhasabah untuk kita semua.

Apa alasan kita untuk tidak melakukan dakwah?
Apa alasan kita untuk tidak melakukan amar maaruf dan nahi mungkar?

Kerana kita diuji dengan kegagalan?
Kerana kita diuji dengan kehilangan sesuatu?
Kerana kita terlalu sibuk dengan kerjaya, study dan seumpamanya?
Kerana kita merasakan kita tidak punya apa-apa untuk disumbangkan?
Kerana kita insan yang serba serbi kekurangan?
Kerana kita tidak cukup ilmu pengetahuan dan ilmu agama?

Mungkin setengah orang, Allah uji mereka dengan study, kerjaya, keluarga, dan lain-lain.
Sehinggakan, kerja dakwah ini terasa berat, nauzubillah.

Ya, selagi kita tak rasa bagaimana ujian itu, kita takkan tahu bagaimana peritnya.
Kita tak tahu bagaimana untuk hadapinya. Kita takkan tahu.
Tapi itu bukan noktahnya.
Tapi itu bukan alasannya.

Ingat sirah Rasulullah?
Allah uji baginda dengan bermacam-macam dugaan. 


Bukan dugaan yang biasa-biasa, tapi dugaan yang hebat. 
Kematian ahli keluarga dalam jarak yang terdekat.
Dihina dan difitnah sebagai tukang sihir.
Dicaci, cubaan untuk dibunuh dan sebagainya.
Tapi baginda terus menyebarkan dakwah Islam bukan? Baginda tetap berusaha!

"Oh. Kita mana boleh bandingkan dengan Rasulullah." - Monolog sesetengah orang.
Memang tidak akan terbanding. Tidak akan.
Tapi adakah itu bermakna kita patut give up tanpa sedikit usaha?

Cuba kita lihat pula kisah Imam Hassan Al-Banna. Zaman yang tak berapa jauh dari kita.
Kisah yang sama, berakhir dengan pembunuhan Imam.
Dalam liku-liku kehidupan Imam, Imam tetap teguh berdakwah.

Jauh lagi?
Kita tengok sendiri apa yang ada hari ini. Cuba kita renungi dan buka mata hati, lihat pejuang agama yang nak bawa Islam. Susah kan?
Tapi kenapa mereka masih teguh?

Dan untuk saya sendiri.
Apa alasan saya, sedangkan ada orang yang seringkali diuji dengan 'gagal dalam study' tapi masih bertahan bergerak dalam kerja persatuan dan dakwah.

Apa alasan saya, orang lain mampu seimbangkan antara study/kerjaya dengan dakwah dengan baik.

Apa alasan saya, orang lain mampu korbankan tenaga, jiwa, perasaan, harta untuk sumbangkan pada agama, tapi saya tidak.

Apa alasannya? T____T



Tahun baru, jiwa baru.

Dua tiga hari lagi, insyaAllah kita semua akan melangkah pada tahun 2013. Subhanallah cepat masa berlalu.


Ikut tahun Islam, saya sudah berusia 23 tahun. Alhamdulillah.
Usia meningkat, dan cuba untuk meningkatkan amalan jua.
Peningkatan usia, biarlah seiring dengan bertambahnya amalan kita semua.

Bukankah sia-sia hari yang berlalu, andai tiada satu amalan di dalamnya mampu memberatkan timbangan kita nanti? T_T

Hari baru, patutnya punyai semangat yang baru. Semangat untuk teruskan kehidupan.Semangat untuk teruskan perjuangan.

Dan sinonim dengan tahun baru adalah azam baru.
Dah tertunai belum azam yang lepas-lepas?
Apa azam tahun baru?
.....

Sekadar satu peringatan buat diri dan semua.

Tak guna kita punya berbukit-bukit azam, tapi satu pun kita tak cuba usaha dengan sebaiknya untuk kita amalkan dan istiqamah dengannya. Kan? (=

Selamat melangkah ke tahun 2013!
Biiznilillah.





nota : Menanti 2016. Biiznillah. (=

nota 1 : Terasa nak tukar nama blog, patutkah? -.-

4 comments

Al-Ghuraba

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Pakai tudung macam kain langsir."

Err. Besar sangat sampai nampak buruk ke? Hati bermonolog.

"Hai ustazah, baru balik dari usrah ke?"

Err. 


"Nak join sekali ke? Marilah."
 Membalas dengan nada yang lembut tapi berbaur sarkastik sambil tersenyum tawar.
Padahal baru sampai dari rumah keluarga sana ke rumah keluarga sini sahaja. -.-

Sedih, sebak, berbaur perasaan bila ditegur sebegitu rupa.
Apatah lagi yang menegur dikalangan 'keluarga' sendiri.

Pakai tudung bidang 60 dikatakan kain langsir bergerak.
Pakai jubah, tudung labuh sikit, dikatakan keluar sebab nak pergi usrah.
Pakai pelik(?) sikit dari kebiasaan orang pakai, mula ada yang memandang kehairanan.

Allah. Allah.

Apa yang pelik, kalau yang memakai tudung itu mengikut syariat Allah?
Apa yang pelik, kalau dia cuba untuk mengikuti arahan Allah SWT?

Apa yang pelik, kalau dia memakai baju labuh, longgar, besar dan sewaktu dengannya.
Dia yang pelik atau kamu yang berfikiran pelik sebenarnya? 


=D

Adik dan Kakak.

Situasi 1 : 


"Kakak, kenapa dalam rumah atuk ni kakak pakai tudung? Ada je yang tak pakai tudung?"
Si adik yang innocent mula bertanya.


Err.

Sebab ada lelaki yang bukan mahram kita. Lelaki yang kita boleh nikahi dan wajib ke atas kita untuk menutup aurat.

Tapi kenapa ada yang tak tutup pun?

Dia tak tahu kot. -.-


Situasi 2 :

"Kakak, tak panas ke pakai semua ni?"
Tangan dihalakan kepada tangan yang bersarung tangan dan kaki yang bersarung kaki.

"Mana ada panas, dah biasa."

Tapi ada yang tak pakai sarung kaki pun?
Sebab dia panas eh?

Err. -.-

Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang 'role model' dalam kalangan yang bukan sama-sama memahaminya.
Dan bukan mudah untuk melaksanakan amar makruf di saat ada yang mengetahuinya tapi tidak melaksanakannya.
Allah. Allah.

Dalam berbicara, teringat kalam seorang teman yang pernah bercita-cita nak besarkan anak-anak di luar negara seperti Eropah. Katanya,
"Sekurangnya jika ada anak bertanya tentang aurat seumpamanya, dia mampu nak tunjukkan dengan yang hak dan batil terus."

Tapi, sampai bila harus begitu? Kerna pada akhirnya, kita akan kembali semula ke medan sebenar, negara tercinta sendiri. Kan? (=

Sampai bila nak berada zon selesa. Kalau bukan kita yang merubahnya, siapa lagi yang nak tunjukkan kebenarannya?


Al-Ghuraba'.





"Islam mula tersebar dalam keadaan asing 
dan ia akan kembali asing. 
Maka beruntunglah orang yang asing." 

(Hadis Riwayat Muslim)

Lihat saja bagaimana pemimpin Islam yang mahu bawa Islam di saat dunia akhir zaman ini, susah.
Bagai menggengam bara api.

Dihina, dicaci, difitnah. 
Padahal dia cuba membawa ajaran agama yang benar, Islam.

Lihat saja para dai'e yang cuba mengajak manusia kepada Islam,
dia dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. 


Lihat saja pada perempuan muslimah yang menutup aurat dengan sempurna,
dikatakan dia ketinggalan zaman. Tidak mengikut fesyen zaman sekarang.
Disindir, diperli itu perkara biasa.

Lihat saja penulis-penulis buku keagamaan,
dia menulis dan menulis, cuba menggerakkan jiwa-jiwa yang membaca,
tapi sayangnya buku-buku yang ditulis susah untuk didapati.
Jarang kelihatan di mana-mana kedai buku biasa.

Lihat, bukalah mata.
Celiklah mata hati.
Pandang sekeliling.
Islam mula kembali asing.

Dan adakah kita berada di kalangan orang yang asing yang Nabi ungkapkan betapa beruntungnya menjadi yang terasing?
('=





nota : Terjumpa satu post menarik tentang Al-Ghuraba, jemput usha. =D

2 comments

Buka lembaran baru

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan Islam yang dikurniakan.
Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang diberikan.
Allah. Terlalu banyak yang wajib disyukuri.

Alhamdulillah hari ni merupakan Jumaat pertama dalam tahun 1434 H.
Saya dan sahabat di bumi Mesir, kami menyambut awal Muharram dengan tenang.
Tapi saudara seakidah seagama kita di bumi Palestin, mereka menyambut tahun baru dengan serangan dari Israel. Allah.

Doakan mereka.
Doa itu senjata orang mukmin.
Teruskan berdoa.
Moga akan ada sinar buat saudara kita di sana. Amiin!

sumber : Tumblr

Lembaran baru.

Baru semalam terbaca impian seorang teman untuk melihat ibunya yang sakit kembali sembuh. Tapi hari ni mendapat berita, ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
Teman, moga Allah kuatkan kamu. 

Dia dan harapannya. Dan Allah berikan yang terbaik, yakinlah sahabat!

Kita?

Di malam tahun baru, apa yang kita panjatkan pada Allah?
Apa azam kita di tahun 1434 H ini?

Sekadar mengulang azam yang lepas-lepas yang setiap tahun berulang-ulang?


"Wahai anak-anakku,
telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah
dengan meninggalkan keseronokan dan kealpaan kehidupan
dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian." 
{Syeikh Ahmad Yassin.}

Itu.
Itu yang perlu kita lakukan!

Andai sebelum ini, mampu khatam cerita korea berpuluh-puluh episod tanpa jemu, kurangkanlah.
Andai sebelum ini, mampu mengadap FB-tengok-status-orang berjam-jam, kurangkanlah.
Andai sebelum ini, menjadikan lagu-lagu lagha sebagai halwa telinga, tukarkan kepada lagu yang bermanfaat buat hati.
Andai sebelum ini, tak kira tempat, dengan siapa suka bercakap plus mengumpat, kurangkanlah percakapan.

Nah. Apa yang patut dikurangkan atau dibuang terus, berusahalah sebaiknya.
Cubalah sekarang, mulakan dari sekarang!
Kita nak tunggu apa lagi?

Cerita di awal Muharram.

"Kenapa dalam artikel ni dia tulis tanggal 12 Rabiul Awal Nabi berhijrah?
Hari ni kan tarikh Muharram?"

Muka dah berkerut-kerut.
Tangan dah laju buka web di internet.

Eh?

"Nah, cuba buka kitab Rahiqul Makhtum. Belek-belek dalam tu."

Oh...

*terasa dilempang laju-laju di muka*

Nama saja belajar sirah Rasulullah. Pergi kelas sana, pergi daurah situ sini.
Tapi bila ditanya tentang sirah baginda yang sering didengari pun masih tak mampu nak jawab dengan yakinnya.

Heh. Kata cinta?
T___T

Reflek diri.

Hijrah. Bukan semudah menulis perkataannya.
Nak berhijrah dari jahil kepada tahu, ambil masa dan waktu.
Nak berhijrah dari jahat kepada baik, juga ambil masa.
Nak berhijrah dari malas kepada rajin, perlu kuat.
Memang hijrah bukan suatu yang mudah.

Tengok saja Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar r.a yang berhijrah, 
pelbagai halangan dilalui. 
Bergadai nyawa, berkorban harta, masa dan segalanya.
Itu tika zaman Rasulullah untuk sebarkan Islam, untuk bawa agama Allah yang mulia.
Kita?

Hijrah dari nafsu yang jahat.
Lebih pada hijrah diri sendiri.
Itupun kadangkala tewas sebelum berjuang lagi. Allah.

Teman,
andai ini detiknya untuk kita berhijrah, hijrahlah.
Allah sudah bukakan hati kita untuk melalui jalanNya. Gunakan peluang sebaiknya.

Kalau sebelum ini, solat dilengah-lengahkan, biasakan di awal waktu.
kalau sebelum ini, cukup liat untuk membaca Quran, biasakan sehari satu muka dulu.
Kalau sebelum ini, asyik tak fokus dalam study, cubalah untuk lebih fokus.
Kalau sebelum ini, jarang-jarang untuk buat ibadat sunat, tambahlah.
Kalau sebelum ni, jarang ambil tahu tentang isu saudara kita, caknalah.

Jadikan permulaan tahun baru ini satu loncatan untuk kita terus menjadi insan yang lebih baik. Ayuh!

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)...."
(Al-Hadid, 57:16)






nota : Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan dilupa dan doakan saudara-saudara kita!

nota 1 : Selamat menyambut tahun baru, 1434 H. (=

3 comments

Bersederhanalah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

{Post yang sepatutnya dipublish 2 minggu lepas}

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. ('=
Alhamdulillah setelah 2 minggu ke kelas dalam status 'tergantung' (dapat naik tahun ke tidak sebab kena reseat paper), akhirnya penantian berakhir.

Alhamdulillah.
Syukur.
Lega.

Senyum dalam tangisan menatap result. Allah.

Namun, dalam gembira melafazkan rasa syukur dengan result yang ada.
Terasa ada kekurangan.

Ya, saya berjaya.
Tapi ada yang tidak. Allah.

Ya Allah,
kuatkan hati mereka.
Kuatkan semangat mereka.





Berborak dengan bonda tercinta untuk khabarkan berita, terdengar suaranya gembira. 
Lega mungkin. Alhamdulillah. ('=
Anak yang ambil exam, ibu yang risau lebih-lebih lagi.

"Macam mana dengan kawan-kawan yang lain?

Erm. Ada yang tak lepas."

Dalam gembira tengok result, terasa ada kekurangan.
Allah berikan kejayaan pada saya dan sahabat yang lain.
Tapi Allah ada berikan jua sedikit khabar duka buat teman yang lain.

Mampukan saya untuk terlalu gembira dengan kejayaan yang ada?
Sedangkan ada yang berduka. Allah.


Bersederhanalah!

Kadangkala, dalam terlalu asyik kita gembira dengan nikmat yang Allah berikan, 
kita terlupa ada yang tidak bernasib baik seperti kita.
Kita leka dengan kurnia Ilahi.
Kita asyik dengan bahagia yang ada.

Laju meng'update' status di FB atau twitter.

"Itu tandanya syukur!"

"Tak salah nak berkongsi rasa suka dengan kawan-kawan kan?"

"Saya bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi tiada salah pun."

Nah.
 Mungkin saya yang terlalu prejudis. Maaf.

Apa salahnya rasa syukur yang ada, kita panjatkan dalam sujud syukur padaNya.
Apa salahnya kalau rasa gembira yang ada, kita panjangkan doa kepadaNya.

Apa salahnya rasa bahagia itu biar kita simpan saja dalam hati kecil itu.

Takkan semua benda nak kena update kat status kot?

Allah Maha Mengetahui.
Tak perlu nak tunggu kita buat status.
Kan?

Heh. Saya yang prejudis. Maaf.

Dalam kita bahagia, ada yang derita.
Dalam kita tertawa, ada yang menangis.
Dalam kita tersenyum, ada yang berduka.
Dalam kita kekenyangan, ada yang berlapar.
Dalam kita bersenang-lenang, ada yang kesempitan.

Jadi,

tatkala kita diuji dengan sesuatu yang membahagiakan, gembiralah seadanya.
Tatkala duka datang melanda, gantunglah harapan kepadaNya.
Usah terlalu melayan perasaan.
Bersederhanalah.

Hari ini alhamdulillah kita bahagia. Esok? Belum tentu lagi.
Hari ini alhamdulillah kita teruji dan itu tandanya Allah kasih. Esok? 

Mungkin pelangi hadir selepas hujan.

Muhasabah. 

Bahagia itu datangnya dari Allah.
Sedih jua.
Apatah lagi rasa gembira, kecewa, dan semua rasa yang ada.
Segalanya dari Allah.

Bila gembira ingat Allah.
Bila sedih ingat Allah.

Kerna segalanya dari Allah.

nota : 3 tahun tu, tak lama kan? 

6 comments

Rindu Haramain (i)

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Tiada kata yang dapat dituturkan betapa bersyukurnya kerna sudah selesai segala ibadah umrah.
Alhamdulillah. ('=

Nikmat dan peluang yang Allah hadiahkan tahun 2012 ni cukup bermakna.
Satu pengalaman dan satu perjalanan yang manis dan moga suatu saat nanti dapat merasainya lagi. InsyaAllah, dengan izinNya. ('=

Rindu Madinah, Rindu Mekah.

Apakah itu dinamakan cinta, bila belum berpisah sudah mula terasa rindu?
Apakah itu dikatakan kasih, bila sudah bertemu tidak mahu berpisah lagi?
Allah.

Benar kata orang,
bila sudah jejakkan kaki ke sana, terasa mahu kembali ke sana lagi.
Bila sudah sampai sana, terasa bagaikan tidak mahu kembali ke tanah air lagi.
Allahu Allah. ('=

Subhanallah, hebat penangan kota suci Madinah dan Mekah. Belum sampai ke bumi Mesir, hati sudah menarik-narik untuk kembali ke sana. Siapa yang pernah sampai ke sana, tentu ada perasaan begini, kan?
Moga Allah jemput kita semua ke sana lagi dan lagi. Biiznillah. 


Rindu nak ziarah sini lagi. -.-


Travelog Haramaian (Part i : Madinah)


Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarahi baginda Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu di kota suci Madinah sebelum berangkat ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah.


Pertama kali tiba di Masjid Nabawi, "subhanallah". Kalau selama ni, hanya menatap gambar dan mendengar cerita dari teman atau keluarga yang ke sana, tapi alhamdulillah akhirnya dapat tengok dan jejak sendiri. Alhamdulillah. 

Berada di bumi Madinah, tempat adanya makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW membuatkan jiwa terasa kerdilnya berada di situ. Tambah-tambah bila 'berjaya' masuk ke Raudhah (taman syurga) yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.

Bukan mudah untuk masuk ke Raudhah, kerna terpaksa menanti berjam-jam dengan ribuan muslimah dari seluruh dunia mahu masuk dan pabila masuk hanya seketika saja boleh ada dalam Raudhah sebelum bakal disuruh keluar. T.T
(Muslimah hanya dibenarkan masuk ke dalam Raudhah selepas 3 solat fardu sahaja).

Aktiviti harian yang dibuat hanyalah ibadah semata-mata. Seronok melihat suasana aman damai sebegitu. Azan belum berkumandang, semua orang sudah berduyun-duyun ke masjid, mahu dapatkan saf yang paling hadapan. Tidak kira solat mana sekalipun, hatta subuh! 
Allahu akbar. 

Berada dalam masjid, masing-masing dengan Al-Quran atau dengan berzikir. Allahurabbi. Masing-masing berlumba-lumba mahukan pahala yang banyak. Alhamdulillah. ('=

Antara detik yang indah, bila dapat berkenalan dengan semua orang dari pelbagai bangsa. Bak kata teman baik,

"Percakapan macam cakap ayam itik kat sini, org melayu, turki, pakistan, siam." =P

Tapi alhamdulillah dengan kelebihan belajar bahasa arab dan hidup di bumi Mesir banyak membantu nak berkomunikasi. Bahasa arab itu best! Kadang-kadang bila disapa,

"Kamu dari Mesir ke? Kamu bercakap Mesir."
=P


Dan dicium, dipeluk, diusap-usap kepala oleh mak cik-mak cik yang jumpa tu perkara biasa. Mereka sangat peramah! Subhanallah.
Dan mereka-mereka dari Malaysia, lagilah awesome! =D

Alhamdulillah berada di Madinah, berkesempatan untuk ziarah dan solat di Masjid Quba, Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat), Bukit Uhud dan Bukit Pemanah, Ladang Unta, Kilang Al-Quran, dan muzium Madinah.

(kena tunggu ada orang upload gambar ramai-ramai baru boleh buh sini) =D

Muhasabah.

Dalam gembira berada di sana, kami dikejutkan dengan berita bahawa sabahat-sahabat kami yang ada dalam pakej lain tidak dapat ke Haramain atas sebab tertentu. Allahu Rabbi. Terpana seketika.

Kami yang mendengar merasakan sedih apatah lagi mereka yang melaluinya. Tak tahu nak cakap apa melainkan hanya kembali mengingati takdir aturanNya.

Saya bukanlah yang terbaik untuk mengatakannya tapi insyaAllah saya yakin Allah pasti tengah aturkan yang terbaik buat kalian. InsyaAllah Allah akan jemput kalian ke sana lagi, insyaAllah. Doa!

Sungguh, Allah sebaik-baik perancang. Dalam kita merancang, perancangan Allah mengatasi segalaNya dan itu yang terbaik! Yakinlah!
('=

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah berikan.
Nikmat untuk menjejakkan kaki ke sana.
Nikmat diberi kesihatan yang baik walau suhu yang agak tinggi.
Nikmat semangat yang Allah beri untuk rajin melangkah ke masjid dengan meredah suhu panas dan tinggalkan bilik yang berhawa dingin.
Nikmat kesabaran menghadapi pelbagai ragam manusia yang punyai pelbagai latar belakang.
Dan sudah tentu nikmat kesabaran untuk melakukan ibadah yang berterusan.
Allah.



"Maka nikmatTuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (surah Ar-Rahman)










nota : Alfu shukran buat semua yang terlibat, yang sama-sama satu trip pakej 1. Terutama buat TvAzhar, ustaz-ustaz, sahabat-sahabat ikhwah, dan para sahabat akhawat. Moga segala amal yang dilakukan hatta sekecil-kecil zarah sekalipun memberatkan mizan kita semua. Amin. (=

nota 1 : Awal ramadhan di bumi Mekah, pertengahan ramadhan di Mesir dan insyaAllah akhir ramadhan di bumi Malaysia. Subhanallah wa alhamdulillah.
(=

Hadiah 22 tahun yang sungguh awesome! Alhamdulillah. (=

7 comments

Bila terasa bosan

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

InsyaAllah esok exam tahun 3 bakal berakhir. InsyaAllah.
Walau sudah terasa merdeka sejak pukul 12.30 tengah hari kelmarin. 

Kelmarin dah habis written exam untuk semua subjek. Alhamdulillah.

Moga natijahnya nanti yang terbaik Allah berikan. InsyaAllah. (=




Jom pergi sini! Ajak siapa entah. -.-

Sindrom habis exam

Bosannya mengadap laptop!
Bosannya buka facebook!

Bosannya tengok gambar dekat tumbrl!
Bosannya.



Padahal sebelum exam bukan main nak habis exam.
Oh, semua orang rasa begitu? Atau hanya saya yang perasan bosan? -.-

Nikmat VS Ujian.


Sungguhlah, bila namanya pelajar, hidup dan study itu memang tak boleh dipisahkan. Kan?

Buktinya, bila habis saja exam. Bila tutup saja buku.
Tiba-tiba terasa bosan entah apa-apa.

Mesti bosan kan baca entri ni? Penuh dengan perkataan bosan!

Hehehe. (=

Bila rasa bosan.
Cuba check balik diri. Muhasabah.

Waktu sekarang, waktu yang lapang kan?

Waktu yang tak sibuk. 
Waktu untuk bersenang lenang.
Waktu untuk tidak peningkan kepala dengan study.

Waktu untuk bercuti.

Antara nikmat yang Allah berikan adalah nikmat masa lapang.
Saat terasa diri berkejaran dengan masa dan waktu, terasa diuji.
Rasa tak cukup masa. Nak study lagi, nak buat kerja lagi dan lain-lain.

Ni baru hidup seorang diri. Nanti dah berdua, bertiga? Eh.

Dan sekarang.
Allah uji pula dengan nikmat masa lapang yang sungguh lapang.
Ia satu nikmat.
Tapi ia juga satu ujian.
Sedarkan kita? (=

Bila lapang, apa yang kita lakukan? Muhasabah.
Bila terasa bosan, apa yang suka kita buat?
Benda apa yang akan kita buat untuk penuhi nafsu kita?

"Apa plan awak start habis exam esok?



Nak habiskan baca buku-buku di rak. Nanti bila balik Malaysia, tak terpegang. Nanti masuk tahun baru, lagi tak terpegang. Dengan tanggungjawab yang lain lagi.
Awak?

Eym, siapkan diri mental fizikan untuk musafir nanti. InsyaAllah."



InsyaAllah.

Merancang.

Ya, perkataan itu. Orang yang gagal merancang, orang yang merancang untuk gagal. 

Ini satu kata-kata yang selalu dibaca dan diguna pakai.

Hidup, kena tahu merancang.
Bukan ke kita hidup dalam perancangan Allah?
Bukan ke kita buat perancangan dalam perancangan Allah?
Dan sungguh, perancangan Allah itu maha hebat. Sangat.



Saya yakin ramai di antara kita,
lepas saja habis exam mega, masing-masing ada plan tersendiri.
Mestilah kan? ^^


Keluar makan.
Jalan-jalan.
Habiskan baca buku.

Habiskan masa dengan teman-teman.
Kembali ke Malaysia.
Pergi melancong.

Kita semua akan plan sebaiknya untuk habiskan masa dengan baik. Alhamdulillah.
Kerna suatu ketika nanti, kita semua akan ditanya.
Kita semua akan disoal.
Apa yang sudah kita lakukan ketika masa lapang?
Apa yang kita buat selama kita hidup?



Muhasabah diri.

Bila terasa bosan.
Ambil masa seketika, renungilah diri kembali.

Saat terasa bosan, jiwa kita di mana sebenarnya.
Dan kemana kita pandu jiwa kita itu.



Tidakkah terasa waktu lapang begini,
waktu yang sesuai nak terus mengenal dan mendekati Dia yang Maha Satu?
Waktu yang sesuai nak belek dan baca kitab suci itu?
Waktu yang sesuai nak habiskan kerja-kerja yang bertangguh sebab exam
.

Nah.
Bercuti dalam keberkatan, bukan itu yang dicari?
Buat segalanya dengan mengharapkan redha Ilahi.
Jadi, kalau buat apa saja. Niatkan hanya padaNya. 


Rancanglah sebaiknya.
Moga perancangan kita dalam redhaNya.
Moga rasa bosan yang melekat di jiwa, satu petanda buat hati kecil itu. Moga.

(=


gambar : google


p.s : Mula terasa jealous pabila tengok seorang demi seorang buat status dah nak balik Malaysia. Tsk.
Tuhan, berikanku kekuatan. ('=

Malaysia, moga kita jumpa di awal Ogos. InsyaAllah. (=

3 comments

Akhirnya sendiri.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Setiap hari Jumaat, sejak Oktober 2008 lagi, adalah hari untuk telefon family.
Seminggu sekali bertanya khabar semua orang.
Tapi selalunya, tiap minggu ada dua tiga kali.
Tambah-tambah bila homesick.

Benua yang memisahkan, 

tapi alhamdulillah dengan segala kecanggihan zaman sekarang.
Terasa sentiasa dekat. Alhamdulillah. ('=

Tuhan,

pelihara mereka yang kusayang.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penjaga.

('=






Pesanan atuk.

Kadangkala bila telefon dan family ada di rumah atuk.  Sempat bercakap dengan  atuk. 
Atuk a.k.a Tok Chek.

"Along nak exam ni, doakan along deh?

Ya, doa sokmo-sokmo. InsyaAllah doa, solat hajat dan semuanya.
Ingat satu benda saja, segalanya dari Allah. 


Nak exam pun dariNya juga. Nak dapat buat baik-baik pun dariNya juga. Minta semuanya dengan Dia.Semuanya milik Dia. Kita sebagai hamba kena usaha dan doa."


('=

Terima kasih Tok Chek untuk doa dan kata-kata yang memang awesome! ('=

Akhirnya sendirian.

Tok Chek dah hidup berpuluh tahun (lupa tahun kelahiran), tapi yang pasti 70 ++.
Dan sejak kelahiran mak saudara yang bongsu dan arwah nenek meninggal ketika itu
Tok Chek tak pernah kahwin lagi. 

Pernah ditanya mengapa, dan dijawabnya,

"Anak-anak dan cucu-cucu dah ada ramai. Cukup yang Allah beri."
Subhanallah. Setia!

Lebih suka hidup di rumahnya sendirian. 
Walau sentiasa di ajak berkali-kali ke rumah anak-anak.
Tak betah katanya.

"Tok Chek tak takut duk sorang-sorang?

Nak takut apa?
Nanti mati pun akan sendiri-sendiri."


Pang!*
Terasa tertampar.

Allahu Allah.







Refleksi diri.

Mati itu pasti.
Kerna setiap yang hidup akan merasai mati.
Cuma bila, di mana, segalanya terletak di tangan Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Di dunia yang fana ini, 
kita bersama-sama dengan yang tersayang.
Tapi di penghujung waktunya, 
kita akan sendirian ke sana.

Merasai kesakitan sakaratul maut sendirian,
menghadapi soalan-soalan dari malaikat sendirian,
merasai kegelapan di alam sana sendirian.
Hakikatnya kita akan bersendirian.

Kecuali...

Kita punyai amalan yang baik,
yang akan menemani dan menerangi kita kelak.

Hari-hari kita dengar kisah kematian,
tapi cuba tanya hati dan iman kita.
"Apa perasaan kita bila terbaca atau terdengar soal kematian?"

Sekadar mengucap 'Innalillahiwainna ilaihirajiun'?
Sekadar membacakan Al-Fatihah?
Atau apa? 

('=





nota : Menghitung hari detik demi detik. 

9 comments

Tuding satu jari.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Manusia suka menghukum."

Terasa tertampar dengar ayat dia. Hanya mampu tersenyum dan mengiyakan.
('=

Walau hati diajar untuk bersangka baik. Kadang-kadang tetap tak mampu untuk lari dari menilai orang lain. Oh hati. -.-

Manusia hanya mampu untuk 'menghukum' dari segi zahirnya, dari apa yang dilihat. Tapi kita takkan pernah tahu apa yang dilalui dan dirasai selagi kita tidak berada di tempatnya.

*sigh*

"Don't judge a book by its cover."

Relevan lagikah pepatah ini? Kalau kita sentiasa menilai sebelum mengetahui apa yang berlaku sebenarnya? 




"Dia gagal sebab selalu main-main dalam study."
"Dia gagal sebab hubungan dengan Allah kuranglah tuh."

Allahu Allah.
Siapa kita untuk menilai?
Siapa kita untuk menghukum pada orang yang teruji?
Adakah dia ingin merasa kegagalan itu?
Apakah dia tahu dia akan diuji?

Allah uji dia.
Mungkin untuk kifarah dosanya.
Mungkin Allah mahu naikkan tahap keimanan dia.
Mungkin itu tandanya Allah sayangkan dia lebih dari kita!
Dan mungkin Allah uji dia dan dalam masa yang sama Allah uji kita, 
adakah kita mengambil pengajaran dari kisahnya.
Mungkin.

Siapa kita untuk menilai?

You know my name, not my story.

"Tahu tak, dia tak lepas exam hari tu sebab dia sakit. Allah uji dia dengan sakit dan kemudiannya tak lepas exam. Tapi dia still cool. Hebatkan?

Oh, patutlah. Tak tahu pun dia sakit." 

Dan saya hanya mampu tersenyum. (=

Kadang-kadang bila melihat orang yang 'rendah' dari kita,
kita rasakan kita lagi baik darinya.
Kita rasakan Allah uji dia sebab ada yang tak kena dengannya.

Allah.
Teruknya hati kecil itu. -.-

Mungkin belum tiba masanya untuk kita rasai apa yang dia sudah lalui.
Bukankah Allah uji manusia mengikut kemampuan hambaNya?
Lain manusia, lain ujiannya.

Kejayaan yang kita ada sekarang, hanya satu ujian.
Sama ada kita bersyukur atau tidak.
Bila diberikan kegagalan, kita akan terus nampak ia satu ujian.
Kalau diberikan kejayaan, tapi kita tidak bersyukur, bukankah ia satu ujian juga? (=

Muhasabah diri.

Bila terima berita, selidiklah dulu.
Bila terdengar sesuatu cerita, bertanyalah dulu.
Bila terlihat sesuatu, usah cepat menghukum.
Tapi didiklah hati untuk sentiasa bersangka baik.

Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dengan apa yang kita lihat.
Latih hati untuk bersangka baik dengan apa yang kita dengari.
Ajar hati untuk selalu bersangka baik dengan semua orang.
Bahkan didik hati kecil itu bersangka baik dengan Allah.

Sungguh beruntung orang yang selalu bersangka baik.
Kerana jiwanya sentiasa damai,

kerana hatinya sentiasa tenang,
kerana fikirannya sentiasa lapang,
dari prasangka yang bukan-bukan.


Manusia suka menghukum, tanpa sempat untuk mengetahui.
Manusia suka menilai, walau hanya dengan satu pandangan kasar.

Kita tak suka orang menilai kita kan?
Jadi, jangan menilai orang!
Siapa kita untuk menilai manusia yang lain?
Sesungguhnya, 

yang hanya berhak untuk menilai adalah DIA yang Maha Mengetahui.

(=

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? 
Tentu kamu merasa jijik. 
Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang." 
(Surah Al-Hujurat, 49:12)




nota : Bercerita soal exam dan ujian. Sebab mungkin sekarang tengah exam.
Dan mungkin sebab ada yang mengingatkan tentang kisah lalu. ('=

2 comments

Dia tengah sujud!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Hari ini bermula proses pengundian rakyat Mesir.
Proses mengundi calon Presiden Mesir.
Rentetan kisah 25 Januari 2011 setahun yang lepas.
Doakan Mesir. Doakan kejayaan Mesir.
Moga pemimpin yang membawa Islam akan menang. InsyaAllah.
('=



Teringat zaman sekolah dulu, saat berada dalam masjid sekolah.
Bila buat bising, pasti ada yang marah.
Mesti akan ada bunyi 'hisss', 'syuhhhh' dan macam-macam bunyi lagi.
Diam seketika.

Sungguh tak faham. Itu masjid kan?
Rumah Allah. Tempat umat Islam menunaikan solat dan seumpama dengannya.
Kenapa masih nak bercakap-cakap lagi?

Ironinya, benda sebegitu sentiasa ada. *sigh*
Adakah kita sebagai seorang manusia sudah tiada 'common sense'?

Dia tengah bersujud.

Bila kita solat, kita mahu menemui pencipta agung kita, Allah swt. 
Bila kita solat, kita mahu ada tautan hati kita dengan Tuhan kita.
Bila kita solat, kita mahu solat kita sampai pada yang Maha Esa.
Bagaimana nak dapat semua tu kalau ada anasir-anasir lain yang mengganggu fokus kita?

Apa salahnya jika kita tengok ada orang yang solat, kita perlahankan suara.
Hormati dia.
Dia mahu bertemu dengan Penciptanya, 
biarlah dia bertemu dengan penuh khusyuk dan tenang.

Samalah jua bila kita yang solat kan?
Tentu kita mahu solat dengan penuh khusyuk dan penuh dengan ketenangan kan?

Mungkin ada yang cakap. Mungkin.
"Nak buat macam mana, suara memang volume tahap tu. Tak boleh nak perlahan dah. Memang suara dia begitu."

Nah, kenapa tempat solat juga kamu mahu berbual?
Kenapa time solat juga kamu nak bercakap-cakap.
Tiada waktu lainkah?
Tiada tempat lainkah? (=


Muhasabah.

Kadang-kadang kita terlepas pandang semua ini.
Terasa benda ini biasa saja kan?
Tapi...
Jangan sebab kita yang duduk bercakap-cakap, seronok ketawa, kita yang sebabkan teman kita tak dapat khusyuk.
Kita yang menyebabkan solat dia terganggu.

Benda simple begini, mungkin ada yang menganggap hanya picisan.
Tapi, benda beginilah yang buatkan ramai orang bagaikan tiada 'common sense'.
Sedihkan? ('=



nota : Ini tamparan buat sendiri khususnya. Dan insyaAllah mana-mana yang tertulis dalam blog WWK ini, memang peringatan khusus buat diri.

Tangan yang menulis lagi dekat dengan hati itu. Eh?
Kira ke jarak tangan atau mata dengan hati? -.-