Pages

8 comments

Aku ingin berubah.

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

picture of deviantART.

Tersenyum sendirian memandang langit dari bumbung apartment. Satu hobi sejak mula tinggal di Mesir apabila terasa ingin bersendirian, laju kaki menaiki tangga ke tingkat atas sekali. Bumbung apartment bukanlah macam di Malaysia, ganasnya kalau macam tu nak panjat bumbung!

Tapi kat sini, kebanyakan apartment, kat atas tu macam ada ruang yang tak berbumbung. Lebih dikenali sebagai 'sutuh'.

Subhanallah cantiknya langit biru. Bertambah cantik dengan tompokan awan memutih, burung-burung yang riang berterbangan. Terada damai bermukim di lubuk hati. Allah, begitu indah ciptaanMu.

Dalam terleka merenung langit Ilahi, tiba-tiba teringat satu persoalan yang pernah diajukan oleh seorang kawan lama. Persoalan tentang berubah.


Berubah.

Tersenyum tatkala di soal oleh beliau,"adakah kita perlu berubah? Nape?"

Rasanya soalan ini hanya sekadar persoalan biasa, yang selalu didengari. Berubah? Mengapa? Dan saya memilih untuk menjawab,

"Berubahlah kalau itu ke arah yang lagi baik. Kenapa perlu mengambil masa untuk berubah ke arah yang kita sedia maklum adalah baik."

Kenapa? Takut dikeji orang? Atau teragak-agak tiada yang menyokong? Nah, kalau itu yang difikirkan, saya tak tahu nak kata apa. Dan saya rasa itu satu fikiran yang merosakkan. Bagi saya kalau begitu pemikirannya, itu jelas terbukti, anda berubah kerana siapa, kerana manusia.

Kenapa kita selalu letakkan pandangan manusia lebih daripada pandangan Allah?

"Agak-agaknya kita kena berubah secara drastik atau one by one?" Persoalan seterusnya yang disoalkan kepada saya.

Kalau saya diberi pilihan untuk berubah, saya jelas akan memilih secara one by one. Kerana bagi saya, bila kita memilih untuk berubah secara berperingkat, itu lagi bermakna.

Sudah tentu kita akan meletakkan matlamat dahulu mengapa kita ingin berubah. Lepas tu, tentu kita akan cuba mencari dan mencari akan hakikat kenapa kita perlu berubah. Dan insyaAllah, ia lebih bertahan lama.

Tapi, saya tidak menolak terus untuk perubahan secara drastik. Mungkin itu lagi baik dan dituntut. Contohnya, mungkin dari segi menutup aurat. Mana boleh kita menahan diri untuk menutup aurat sehingga 'tiba waktunya' sedangkan kita tahu menutup aurat adalah wajib!

"Erk, tak mahu hipokrit. Tunggulah bila dapat hidayah." Wah. Hipokrit.

Benar, ikhlas perlu ada. Tapi apakah tahap hipokrit itu lagi tinggi tahapnya berbanding tuntutan yang jelas kita ketahui itu adalah wajib? Agak-agaknya la kan, kalau esok lusa ajal datang, apakah hipokrit tu mampu untuk menahan ajal itu?

Aku ingin berubah.

Saya salah seorang hamba Allah yang tercipta di muka bumi ini. Saya bukan siapa-siapa, i'm nobody. But i want to be somebody in front of HIM. Saya ingin jadi seseorang yang sentiasa dalam jagaan Dia, seseorang yang sentiasa dicintai olehNya.

Tapi saya sedar, diri masih jauh lagi untuk layak dicintai Dia. Teringin untuk terus berubah. Berubah ke arah yang lagi baik, berubah ke arah yang jelas diredhai Allah.

Kadang-kadang melihat mereka yang jauh lagi baik, terasa kerdilnya diri. Subhanallah, qudwah mereka mampu membuatkan saya tertunduk malu. Dari tutur bicaranya, dari segi perlakuannya, pemakaiannya, dengan akhlaknya, jelas menggambarkan akhlak islamiah. Dan saya? Masih di situ.

"Sampai bila harus aku berada di takuk lama?"
"Sampai bila aku dengan perangai lama yang bukan-bukan?"
"Sampai bila?!"
 
Bukannya diri tahu bilakah tiba saatnya. Dan andai diri pergi dalam keadaan di tahap masih biasa-biasa, alangkah ruginya.
=='




nota : Kebetulan. Bukan kebetulan, that's fate. Penyertaan last hari ni, sekadar mencuba nasib. Second time join contest di alam maya (=

nota satu : Saya ingin berubah. Dan insyaAllah dimaknakan. Berubah ke arah kebaikan jom, sama-sama mengejar redha Ilahi. (=

12 comments

cinta gambar passport.

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Musim panas sahara tiba. Sebenar-benarnya tiba. Sejuk dah berlalu, dan mula merindukan musim sejuk itu. Haih, cuba bersyukur dengan apa yang ada Izzati Hashim! =D 


picture of deviantART.

Mama kata, sekarang cuti sekolah. Kat Kelantan, sebut saja musim cuti sekolah, terbayang majlis kahwin. Mama kata dah bersusun kad undangan yang dapat. Dan boleh dikatakan hari-hari ada majlis kahwin. Cuti kat Kelantan memang sentiasa meriah terutama dengan kenduri kendara.

Dan saya tahu, abah sudah siap tulis tarikh, lekatkan kat dinding. Tanda hari dan rumah siapa. Yang lagi best, kalau yang dekat-dekat wakilkan pada mama. Kalau jauh-jauh sikit, pergi bersama. Oh, rutin mama abah bila cuti sekolah tiba. Bila la kat rumah sendiri pula kan? Sudah. =P

Selamat pengantin baru!

Belum terlambat, dan memang ini dah kali berapa nak ucap sebenarnya. Tapi nak ucap juga. (=

Selamat pengantin baru buat kakak tersayang, Nor Azlinie dan suami, Abg Zulkarnain. Oh, bila saya ada kakak? Saya kan anak sulung. Kak Linie, yang saya panggil sejak kecil ni sepupu saya but then kami membesar bersama-sama dari kecil lagi. So, dah macam adik beradik sendiri. Tu yang macam terasa sedih bila tak dapat nak attend hari istimewa dia ni. Doa dari jauh, insyaAllah. (=

Tahniah! Mabruk! Congratulation! 
Barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khair.

Pernah mempersoalkan kepada Kak Linie, nak hadiah apa. Dan dijawabnya, "Kak linie nak along ada majlis kahwin Kak Linie nanti." 
Oh, sedih. Hadiah yang tak mungkin saya dapat bagi.
Mungkin ada yang berkata, mungkin. "La, tu hanya sepupu bukan adik beradik." Memang. Tapi dia sepupu yang lebih dari seorang kakak.

Titisan air mata dia kerana saya, kerisauan dia untuk saya, pengorbanan dia untuk saya membuatkan saya sangat menghargai dia. Terutama ketika revolusi tempoh hari, segalanya jelas tergambar. Really love her.

Untuk Kak Linie & Abg Zul, moga cinta yang tersulam dipenuhi mawaddah, sakinah dan rahmat. Moga tautan cinta dua hati dua jiwa kini berkekalan hingga ke syurga nan abadi. (=

 Mereka. Moga cinta hingga ke syurga. (=

Cinta gambar passport.

Rajin saya nak menulis tentang kisah cinta ini. Satu, kerana Kak Linie pernah mengusulkan kepada saya membuat novel. Dia kata boleh juga kisah hidup dia dijadikan cerita, tapi saya tiada masa (malas yang lebih) dan rasanya hasrat itu kemungkinan tingginya tak ada kot. Jadi, sempena wedding dia, terasa nak menulis sesuatu. Sebab ada kisah yang mungkin boleh diambil pengajarannya. InsyaAllah. (=

Kisah bermula...

Segalanya bermula hanya dengan sekeping gambar passport yang terlekat di borang temuduga kerja. Menarik, sangat menarik. Dan ia tambah menarik, kerana ia bermula dengan perjumpaan wali masing-masing tanpa pengetahuan anak-anak.

Sebenarnya, ibu Abang Zul adalah penemu duga Kak Linie dan kebetulan borang temuduga tersebut disimpan di bilik ibu Abang Zul dan tanpa dijangka hanya dengan melihat sekeping gambar passport tu ayah Abang Zul berkenan dan terus berjumpa dengan abi Kak Linie di Kelantan.

Banyak la juga kisah-kisah yang kalau kenangkan balik, terasa lucu. Macam-macam berlaku di sebalik pertemuan antara ayah-ayah dan keluarga. Mana saya tahu? Walau duk jauh, saya tetap tahu dari A-Z, selalu up to date orang kata. =D


Pertemuan antara wali yang kemudiannya barulah diperkenalkan kepada anak masing-masing. Bayangkan. Tak yah bayang. Masing-masing akan ada kisah masing-masing yang sememangnya unik. =D

Kisah itu tentu tak semudah yang disangkakan. Pasti ada duri di sepanjang laluan itu. Tapi, sudah termaktub di Luh MahFuz, mereka ditakdirkan untuk bersama.
Barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khair. (=

Apa yang menjadi pengajarannya?

Sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut Allah sudah ditetapkan oleh Allah. Bila tiba saatnya, bila tiba masanya segalanya akan terungkai. Seperti kisah hidup Kak Linie. Boleh dikatakan saya membesar dengan perjalanan hidupnya dan dari situ saya belajar. Dan apa boleh saya katakan, memang perancangan kita tiada yang hebat. Perancangan DIA maha hebat. Benar.

Percaturan keluarga, tapi segalanya nampak mudah dengan izin Allah. Pilihan keluarga, tapi mungkin ada keberkatannya di situ. Subhanallah.

Kadang-kadang ada yang leka untuk terus mencari, ada yang risau mana jodoh, bila nak bertemu jodohnya. Takkan pernah terfikir, kadangkala, sebenarnya hanya di depan mata. Bahkan sepanjang hidup kita tak pernah kenal tapi dengan perancangan Allah, yang tak pernah kenal pun tiba-tiba boleh jadi kenal. That's life. That's fate. Dia maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Dan kita hanya akan tahu, bila semuanya sudah berlaku.

Masa tu, kita akan... "A'a la kan.", "ooo, patutlah macam tu, begitu rupanya.", "nasib baik aku pergi situ kan, kalau tak pergi tak dapat lah."

Macam yang pernah diberitahu oleh Kak Linie, dulu dia pernah bercita-cita nak bergelar doktor juga. But at the end, she is an engineer now. Mungkin ada terselit rasa kecewa di situ mula-mulanya. Tapi dia ada kata, rupanya memang Abang Zul taknak isteri yang bergelar doktor. Oh, kalau difikir balik. Jika sebaliknya, tiadalah majlis hari ini kan? Subhanallah. Saya tersenyum dengar kisah itu. (=

Get my point? Kita takkan nampak hikmatnya sesuatu selagi kita tak lalui semua tu. Dan hikmatnya takkan kita nampak terus. Kadangkala bertahun baru nampak apa hikmatnya. Dan masa itu, kita akan rasa, "wah, hebatnya percaturan Allah."

Kenapa tidak kita set kan minda kita dari sekarang, apa yang berlaku ada hikmatnya. Segala ketetapan Allah adalah yang terbaik! Bukan hanya sekadar kebetulan, bukan. Itu adalah ketentuan dari Allah. (=

Saya pernah ditanya seseorang, LD kah?
Rasanya ketika itu kami berada di dalam sekelompok masyarakat, ada program kot. Lupa =='.

"Pernah tak ko terfikir, dalam ramai-ramai orang ni mungkin salah seorangnya adalah jodoh kau? Tak pun, selama ni kau hanya pernah selisih saja dengan dia tapi tak pernah kenal, dan tup tup dia adalah dia?"

Menarik soalan itu. Apa yang saya jawab ey ketika itu, lupa dah. =='

Cuma sekarang yang boleh saya jawab, "Possible saja. Pengalaman di sekeliling mendidik saya untuk semua itu. Lagipun sekarang ni, mana saya tahu kisah itu lagi. Nanti sudah ada, nanti saya ceritakan balik kisah itu." =P

Menarik kan? Subhannallah. Perancangan Allah Maha Hebat. Terlalu hebat. So, just keep your faith in Allah! He loves those who are patient in everything. (=






nota : Dalam hati ada taman. =D

nota 1 : LD, saya sayang awak. Sangat. Kehadiran awak dalam hidup ini memberi seribu satu makna. Awak bukan hanya sekadar teman dikala sedih dan gembira tapi awak yang sentiasa mengajak saya berfikir tentang kehidupan ini, mengajak saya untuk selalu ingat DIA. Sayang sokmo. (=

Itulah yang baru dipanggil sahabat kan? (=

10 comments

Monolog?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Monolog satu.

Dari dulu lagi duk membenci dalam hati, "Takpelah aku tak mampu nak ubah guna tangan atau lisan, guna hati pun jadilah kan?"

"Start bila belajar hadis ni?"
Erk. Form 4 kot, ke form 5.

"Sekarang umur berapa?"
Erk. Dah lebih 20 tahun.

"Kiranya dari dulu sampai sekarang, iman duk tahap tu la yer? Tahap selemah-lemah iman, sampai sekarang tak naik-naik?"

Dush. Dush. Dush.
Tembakan padu yang mengena. =='

Monolog dua. 

"Along : Adik, pakai apa ke majlis kahwin Kak Linie?"
Adik : Pakai gown.

Along : Oh, lawa-lawa. Pakai tudung tak?" 
Adik : Pakailah. Mestilah kena pakai. Mana boleh tak pakai."

(=

Bertudung bukan hanya satu fesyen, tapi itu adalah tuntutan agama! Perintah yang WAJIB dilaksanakan!

"Erk, tunggulah. Tak mahu hipokrit."
Oh, kalau ajal datang. Hipokrit boleh menahan ajal itu?"
=='

Monolog tiga. 

"Bila kita mati?"
Tak tahu.

"Tettt. Jawapan anda salah."
haa? Betullah tak tahu.

"Jawapannya, bila-bila masa saja."
Bila-bila masa tu bukan ke tak tahu?

"Kalau kita jawab tak tahu, mungkin kita akan rasa lambat lagi, ia akan tiba tapi tak pasti bila. Tapi cuba kalau kita kata, 'bila-bila masa', tentu kita akan lebih bersedia kan? Bersedia untuk menghadapi kematian."

Monolog empat.

"Orang kata, dapat masuk syurga hanya sebab rahmat Allah, bukannya amalan kita."
Jadi?

"Kalau macam tu tak payahlah sibuk buat amalan, nanti akhirnya tetap dengan rahmat Allah bukan sebab kita tambah amalan. Kita doa je lah banyak-banyak."

Oooo. *angguk-angguk kepala*
 Agak-agak kamu la kan, kalau kamu jadi bos. Ada seorang datang nak minta kerja dengan kamu. Dia pemalas, tapi dia sangat manis mulutnya. Senang cerita selalu la ampu kamu. Kamu terima tak dia jadi pekerja?

"Eh, dah tahu pemalas. Tentulah tak boleh. Lingkuplah nanti."
Walau dia suka puji kamu? Walau dia suka bodek kamu?

"Kalau setakat puji tapi takde benda yang berhasil, buat apa. Takde guna juga."

(=
Nah, begitulah Allah. Allah itu maha adil. Allah pemilik segalanya. DIA berhak memasukkan siapa saja untuk ke syurganya dengan rahmatNya. Tapi Allah juga tentu pandang siapa yang berusaha siapa yang tidak bukan? Doa saja tak cukup.

Samalah dengan pekerja tadi. Pujian sahaja tapi pemalas, tentu tak dapat kerjanya, kan? Faham?

=='

"A'a. Faham-faham."
Nak mempersoalkan lagi tentang kekuasaan Allah?

"Taknak dah. Insaf."

(=



nota : monolog dua, memang perbualan sebenar antara saya, along dan adik saya, Nadhirah. (=

nota 1 : kadang-kadang monolog begini, lagi cepat yang terkesan. Kot? (= 


Kalbu berbicara, jari jemari yang melakarkan bait kata-kata. 

10 comments

Segan.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Segan.
Segan bila tangan lagi laju membuka laptop
dari membuka kitab Allah, dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita
dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu 
yang menyeronokkan jiwa
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.

Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian,
mulut laju merungut, bukannya 
cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Bila dititipkan harapan, 
lebih mengikut kata hati,
lebih menyebelahi kata nafsu,
hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
Oh, terasa segan.

Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
dari mencari Ilahi.
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu. 

Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
segan dengan Dia yang Maha Memahami.
segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,
terasa bersalah dengan Dia. 
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hambaNya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
hamba yang sering leka dengan dunia,
memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah Baginda Rasulullah pernah bersabda,

"Mukmin yang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali."

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu. 
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Erk. Erm.
Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang dibawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.

Jadi,
kalau terasa segan, bersyukurlah. 
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?


Tidak mahu dikenali. Segan. =)



nota : meletakkan 'segan' berada di tempatnya. Itu lagi bermakna. 
(=

nota 1 : terima kasih kepada adik Azam Husni utk matan hadis, JZKK. (=

nota 2 : Alhamdulillah artikel ini pernah disiarkan di laman iluvislam.com. Segan.

13 comments

Perasaan.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Perasaan. 
Kadang-kadang berperang dengan kertas exam
lagi senang dari berperang dengan perasaan.
Masuk dewan exam, buka kertas soalan, jawab.
Tapi kalau perasaan, makin dibuka,
makin difikir, makin bercelaru.


Sama juga dengan hati,
hati yang satu itu
yang sering berbolak-balik.
Tak pernah nak tetap,
tak pernah nak duduk diam.


Tapi kalau menangkan kata hati,
kadang-kadang itu emosi.
Kalau menangkan perasaan, itu lagi lah, 

Terlebih emosi.


Semua orang ada perasaan,
tipulah kalau kata, 'no feeling'
itu hanya sebab ketika itu, saat itu
anda tidak boleh nak 'describe' apa perasaan anda.
Heh, manusia yang hidup semuanya ada perasaan.
Binatang pun ada perasaan tau!
Kalau yang keras hati tu?
Itu bukan tiada perasaan, tapi ego!
Heh, bukan ego kot?
tapi bijak menyembunyikan perasaan.
Macam orang lelaki selalu buat. 


Takkanlah tiba-tiba lelaki nak menangis kan?
Mahunya perempuan yang melihat,
"manjanya budak ni.", "tak gentleman."
haru biru.
Kalau lelaki, "hilanglah macho aku."


Perasaan itu semulajadi,
mengikut apa yang kita rasa waktu dan saat itu.
Mungkin ketika itu tengah marah,
haru birulah perasaan.
Kalau tengah sedih, menangislah.
Kalau tengah gembira, terpancar sinar kebahagiaan di wajah.


Orang kata, 'jangan terlalu mengikut perasaan'
kerana mungkin mengundang sengsara di jiwa.
Benar, itu hakikat.
Kita empunya badan yang merasa,
seimbangkanlah ia.
Jangan diturutkan perasaan yang

boleh porak perandakan hidup kita,
itu hanya menyusahkan.
Perasaan yang tak perlu, buang jauh-jauh. 
Perasaan yang rasa boleh menyerabutkan fikiran,
tolak tepi-tepi.
Perasaan yang menyakitkan hati, 
terima dengan hati yang lapang.
Sukar? Tak mustahil boleh kan?


Perasaan, terlalu susah untuk diungkapkan.
Terlalu banyak untuk di 'describe',
tapi perasaan satu benda yang
tak ternilai yang Allah anugerahkan pada kita.


Bayangkan,
melihat orang dalam kesusahan, tidak rasa ingin membantu.
Melihat yang sakit, tiada nilai empaty.
Melihat sahabat yang sedih, hati tidak tercuit sama.
Bahkan kalau melihat kematian, tak rasa apa-apa.
Susah bukan?
Susah hidup tanpa perasaan.
Ignorant?
Jangan jadi manusia angkuh,
Allah tak suka.


Bersyukurlah,
diberi kesusahan kita mengenal erti kesenangan,
diberi peringatan kematian, kita mengambil iktibar,
diberi kesakitan, kita tahu menghargai masa sihat.
Bersyukurlah, kita masih ada perasaan 
yang mampu untuk mendekatkan diri pada Allah.


Allah pemilik segala rasa,
Allah yang campakkan perasaan itu kepada kita.
Yang tinggal untuk kita,
bagaimana nak kawal perasaan itu.
Jadi, 
kalau terasa sedih, mintalah pada Dia.
kalau terasa gembira, bersyukurlah pada Dia.
kalau rasa gelisah, pohon kekuatan dari Dia.
Itu yang perlu kita lakukan.
Itu kuncinya!
Kembali pada pemilik segala rasa. 
Sebab, bila jiwa gelisah itu tandanya hati memanggil untuk 'pulang' pada pemilik asalnya.


(=






Pernah dulu sewaktu kanak-kanak ribena, ketika berada di kem motivasi. Satu slot yang semua orang menangis kecuali seorang kawan ni. Ketika itu, pandangan saya terhadapnya, "teruklah dia ni, takde perasaan betul, keras betul hati dia."


Dan sekarang dengan umur yang dah matang untuk berfikir, "dia bijak menyembunyikan emosinya."


Kadangkala kita tak perlu terlebih zahirkan perasaan di depan semua orang, tapi kadangkala yang terzahir di wajah itu yang bisa mengusik tangkai hati.


(=








nota : PERASAAN. Bukan perasan! Tertinggal satu 'a' dah bertukar makna ayat. :D


nota 1 : oh, saya baik-baik sahaja. (=

7 comments

Cinta Lagi.

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah pemilik sekalian alam ini. 

Cuaca di Mesir agak pelik sekarang ni. Sepatutnya bulan 5 begini memang sudah musim panas,panas sahara yang berbahang. Tapi sekarang ni bagaikan musim sejuk baru bermula! Bersyukur dengan apa yang Allah berikan, Allah pemilik alam ini jadi dah pasti segalanya bawah kuasaNya. Dan musim sejuk best! (=

....

Hari Sabtu lepas sempat ke Bandar Bintang di sini bersama sahabat tercinta, LD. Meluangkan masa bersamanya sebelum minggu exam bermula. Nanti bila dah exam, masing-masing dah sibuk. Berjalan punya berjalan, sebelum balik saya mengajaknya ke stall buku. Kemana-mana saya pergi mesti saya cari kedai buku. Sempatlah juga mencapai dua buah buku. pantang nampak buku =='. 

Haiya. Buku medic tak habis baca lagi, sempat lagi saya beli buku -.-. Bagi saya, dalam sibuk nak membaca untuk study dan exam, saya perlukan buku lain. Buku untuk jiwa saya, untuk santapan rohani saya. Dengan kelas agama yang berehat seketika untuk memberi laluan untuk exam jadi saya kena cari alternatif lain untuk mengisi jiwa. Yang santai-santai sudah, yang penting bila baca terkesan di jiwa untuk diamalkan.

Salah satu bukunya, Muhammad, As if You Can See Him by Dr. 'A'id al-Qarni dan Salah Ad-Din Al-Ayubi by 'Abdullah Nasih 'Ulwan, translated by Khalifa Ezzat Abu Zeid.


Muhammad, As if You Can See Him.

Menarik kan tajuknya? Saya beli buku ni sebab satu tajuknya dan ditulis oleh Dr. 'A'id Al-Qarni. Beliau merupakan penulis terkenal buku Don't Be Sad

Melihat tajuk yang menarik, saya dapat rasakan yang buku ni memang best. Tambah-tambah menceritakan tentang kekasih yang dicintai oleh Allah, yang dicintai oleh kita semua, Nabi Muhammad SAW. 

Membaca kata-kata aluan dari penulis sendiri sudah merasakan sebak bermukim. Penulis cuba mengajak pembaca membaca dengan mata hati, membayangkan seolah-olah pembaca mampu melihat dia kekasih Allah walau pada hakikatnya takkan.

Malu rasanya mengatakan cinta 
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa.

Benar. Malu. Malu terasa bila membaca sifat-sifat yang ada pada Rasulullah. Allah. Betapa hebatnya Rasulullah sehinggakan Allah sendiri menggelarkan baginda sebagai kekasihNya. Betapa kasihnya Allah kepada Rasulullah.

Hari ini dah selawat kepada Rasulullah? 10 kali sahaja sehari, tak banyak pun. Tapi terbuatkah kita semua? Terucapkah lafaz di bibir kalam selawat. Tak banyak tapi susah untuk kita buat. Benda yang simple, yang kadangkala kita lupakan. Allah.

Kupujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat.

dan tak boleh ke kalau kita basahkan lidah kita dengan berselawat pada baginda? Tak susah kan? Senang je kan? Kita boleh buat kan? Sama-sama mengamalkannya. Sama-sama.


Subhanallah, membaca kisah hidup baginda. Terasa kerdilnya diri. Terasa kecilnya diri. Malu. Malu dengan baginda. Kalau baginda ada di depan mata, mungkin tidak mampu untuk mengangkat muka ini untuk menatapnya kerana malu. Malu membayangkan diri yang terlalu banyak maksiat dilakukan, malu kerana masih gembira bersenang lenang hakikat tahu ajal bakal menjemput pergi, malu mengenangkan sifat yang buruk. Dan malu segalanya. As if i can see him now.


Selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya kuamalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

Mengenangkan betapa peritnya Rasulullah mengembangkan agama Islam suatu ketika dulu, semakin terasa kerdilnya diri. Betapa diri baginda dicaci, dihina, diejek, cubaan dibunuh, tapi masih lagi teguh berdiri, tetap meneruskan perjuangan. Allah. 

Kita? Saya? Nak menegur orang buat kesalahan kadangkala fikirkan segalanya sampaikan akhirnya tak terlafaz dan akhirnya hanya mampu membenci dalam hati. Nak menegur mereka yang freehair pun kadangkala terasa diri tak layak, masih ramai lagi yang bisa menegur. Begitulah selalu, dan mula berfikir, "sampai bila mahu membenci dalam hati? sejak belajar di sekolah sampai sekarang masih mahu membenci dalam hati? Tak bertambah-tambah iman itu? masih selemah-lemahnya?" Allahurabbi. Malu!

Kita susuri kisah hidup baginda. Allah pelihara baginda Rasulullah sejak kecil lagi, Allah jaga sifat dan kelakuan Rasulullah. Untuk memudahkan penerimaan kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah.


Kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rindu kupadanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga.

Siapa yang paling jujur? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling tabah? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling berani? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling pemurah? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling zuhud? Nabi Muhammad.
Siapa yang paling rendah diri? Nabi Muhammad.

Allah. Terlalu agung kekasih Allah. Dialah yang paling jujur dalam berkata-kata, bahkan dalam bergurau sekalipun. Dihina, diejek, dipulaukan, hanya kerana membawa kebenaran, tetap teguh berdiri. Tetap melangkah membawa perjuangan. 

Tak mungkin untuk saya mempunyai sifat sehebat itu. Terlalu hebat. Qudwah hasanah. Tapi kita masih berpeluang untuk menjadi seperti baginda Rasulullah kan? Menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan untuk segala-galanya. Mengamalkan segala sunnah yang Rasulullah tinggalkan untuk dicontohi kerana,

selagi kita berpegang pada dua benda iaitu, Al-Quran dan As-sunnah, kita tidak akan sesat buat selamanya.

Benar, kita bukan siapa-siapa untuk mempunyai sifat sehebat baginda Rasulullah. Rasulullah terjaga dan dijaga oleh Allah. Tapi selagi kita masih hidup dan mempunyai peluang untuk mengikuti sunnah Rasulullah, kita cuba amalkan. Kita cuba lakukan. 

Bukankah menyintai Rasulullah adalah maknanya kita menyintai Allah? Jadi, berusahalah. Berusaha untuk mengamalkan segala ajaran Rasulullah. Mungkin tak semua, tapi sikit demi sedikit insyaAllah lama-lama menjadi makin banyak. Yang penting kita buat. Itu tandanya kita kasihkan Rasulullah. (=

Memaknakan kata-kata yang kita kata kita rindu Rasulullah, kita sayangkan Rasulullah, kita cinta dia kekasih Allah, dengan mengamalkan sunnahnya. Sama lah seperti andainya kita mempunyai seseorang yang kita kasih, yang kita sayang, tentu kita tunjukkan sifat yang terbaik di hadapannya. Kita cuba buat sesuatu yang dia suka, untuk gembirakan hati dia.


Sama juga dengan tanda kasih kita pada Rasulullah bahkan yang lagi utama, kasih kita pada Allah. Memaknakan kata-kata cinta kita dengan melakukan apa yang Allah suruh, meninggalkan apa yang dilarang. 


Kalau sayang, buktikan sayang. Kalau cinta, tunjukkan cinta. Jangan hanya bermain di bibir, tapi tidak pada perlakuan. Kata-kata mampu mengungkapkan seribu kemanisan, dan selagi ia tidak dimaknakan dengan amal, itu hanya ilusi. (=



kisah kewafatan baginda Rasulullah SAW - sheikh Habib Ali Al-Jufri
hayati, renungi, terlalu bermakna. 

Bagaimana hati kita tidak bergetar merindui baginda?
Bagaimana roh kita tidak terkesan dengan Rasulullah?
Bagaimana kita lupa perintah agar menyintainya?
Bagaimana hati kita tidak terikat dalam merindui baginda?
Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila diperingat tentang baginda?
Kenapa?!
                                                    














nota : ada lirik lagu Dia Kekasih Allah, oleh Hijjaz yang saya selitkan dalam post. Lagu yang kalau dihayati, memang mengundang air mata. (=


7 comments

ADA?

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hati mendambakan kasih Ilahi, ingin dicintaiNya. Terdetik di hati, apakah cukup amalan yang kubawa hari ini andai seketika nanti adalah saatnya? Tentu tidak, tak cukup lagi. Terkenang satu kisah yang pernah saya dengar. (Kisah benar).

Saya ringkaskan ceritanya, 

Ada seorang hamba Allah ini yang bergelar ustaz. Dan di kampungnya dipanggil ustaz muda, mungkin kerana faktor usianya yang belum lagi menjengah ke angka 30 an. Beliau dihormati oleh orang-orang kampung kerana sifatnya yang terpuji. Beliau merupakan Imam di salah satu masjid di kampungnya dan disegani oleh orang kampung.

Suatu hari, ketika sedang ingin menyampaikan khutbah Jumaat di mimbar, beliau jatuh terduduk di atas kerusi di atas mimbar. Sesaat, dua saat masih begitu. Hadirin jemaah mula pelik, "apa yang terjadi?". Hadirin mula tertanya-tanya.

Lantas, naik dua tiga orang jemaah ke atas. Pabila digerak-gerakkan, rupanya Ustaz M sudah meninggal dunia! Innalillahiwainna ilaihirajiun, dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

.....

Sewaktu proses memandikan jenazah, menurut ustaz (ustaz A) yang mengendalikan jenazah tersebut. Jenazah berbau harum, dan bila hendak dikafankan jenazah seolah-olah sedang tidur. Tidak kelihatan sudah meninggal dunia. Allahurabbi.

Keadaan itu menyebabkan ustaz A terasa kagum dan dia ingin mengetahui apakah amalan yang allahyarham sudah lakukan semasa hidupnya. 

Ustaz A menemui balu allahyarham Ustaz M dan ditanya apakah amalan yang dibawa oleh allahyarham ustaz M.

dan dijawab oleh isterinya,

"Semenjak saya hidup bersama dengan allahyarham, saya tidak pernah melihat beliau meninggalkan solat sunat duha dan solat sunat witir sebelum beliau tidur."


Al-Fatihah.

....

Allahurabbi. Ya Rabb. Segala pujian hanya kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Esa. 
Kalau Dia nak tunjukkan sesuatu pasti mampu untuk Dia lakukan. Dan segalanya adalah peringatan buat kita semua. Allah memuliakan mereka yang beramal soleh di dunia lagi, di akhirat nanti? Subhanallah. 



Hati saya tertanya-tanya, fikiran saya jauh menerawang berfikir. Allah muliakan mereka yang beramal soleh. Dan saya? Agak-agaknya, apa yang yang saya akan bawa untuk dipersembahkan kepada Allah? Amalan apakah yang mungkin walau hanya sedikit tapi mampu untuk saya akui, ADA.


Allah. Allah. Allah.


....


Solat fardhu? Cukupkah? Bila azan berkumandang, jasad masih ralit di depan TV, masih setia di depan laptop. Ada masanya subuh menjadi subuh gajah, takpun subuh dinasour. Ya Rabb. Malunya! Solat sunat? Culas. Kalau berjemaah, bila tengok orang buat, rajin nak buat. Bila seorang-seorang, malas. 


Puasa? Puasa ramadhan, alhamdulillah penuh. Puasa sunat, Isnin atau Khamis? Erk. "Nantilah, minggu depan, minggu ni kelas penuh, tak larat." Minggu depan dan minggu depan, sampailah bertemu ramadhan kembali.  


Itu puasa, sedekah bagaimana? Rajin tangan menghulurkan sedekah walau hanya segeneh dua geneh (lebih kurang RM1 & 2)? Hati lebih banyak mengatakan, "tiap-tiap hari aku lalu jalan, tiap-tiap hari aku jumpa mak cik ni. Takkan setiap kali tu aku nak bagi?". "Ala, pak cik ni sihat walafiat lagi, masih bertenaga, jadi peminta sedekah kenapa? Malas?". Monolog hati yang kadangkala lebih dikuasai sang syaitan.


Suka baca apa? Novel? Komik? Majalah? Kalau baca novel, mampu berjam-jam. Kalau duk rumah, sanggup tak makan lagi sebab nak habiskan novel. Seronok. Tak sabar nak tahu ending cerita, bahagiakah? Tapi kalau disuruh tadabbur Quran, berapa lama sanggup nak pegang dan baca? Kadang-kadang tu, "baca dua tiga ayat pun dah cukup sehari, aku baca juga kan? Okey lah tu." 


Orang ajak ke kelas agama, mendengar kelas Tafsir, kelas Talaqi dan seumpama dengannya, menolak. Katanya, "cuti dah la sekejap, nak rehat ada pula kelas-kelas macam ni, malas. Nak study. Nak rehatkan diri hujung-hujung minggi ni."


....


Kalau itulah gayanya. Kalau itulah kita dalam sehari-hari hidup ini. Apa amalan yang rasanya mungkin ada nilainya untuk kita tunjuk pada Allah nanti? Apakah mungkin berani untuk kita katakan di hadapan DIA di hari perhitungan kelak, ADA sesuatu yang boleh menjadi pemberat mizan kita nanti? 


Orang kata, tepuk dada tanya hati dan saya kata, tepuk dada, tanya iman. Ada ke tidak? Muhasabah diri kembali. Sama-sama muhasabah diri. Kita masih diberi peluang, masih dibuka jalan untuk mengejar dan menambah amalan. 


Jangan kita sia-siakan waktu yang terus berlalu. Sebab kita tidak tahu di mana pengakhirnya. Andai kata semua orang tahu tarikh kematian masing-masing, rasanya semua orang asyik beribadat dan tiada buat apa-apa dah. Itu hikmatnya mengapa Allah rahsiakan tarikh besar itu, untuk menguji tahap keimanan diri manusia.