Pages

0 comments

to the rescue

by ar-rumaisa

OnCall di Accident & Emergency (A&E) Department semasa berlangsungnya Piala Dunia – entah mengapa saya berani menyimpan sekelumit impian sebelum memulakan OnCall… berharap kalau-kalau A&E Letterkenny General Hospital ini akan senyap sedikit disebabkan World Cup, manalah tahu semua orang-orang putih ni akan duduk diam-diam di rumah. Apapun, harapan saya tinggal harapan. A&E was still roaring, busy as ever, with anything and everything imaginable that walked in.

Sekitar jam 3 petang, sebuah ambulan sampai di pintu kecemasan, membawa seorang lelaki berusia 65 tahun, kelihatan sangat lemah, memegang dada dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap. ECG dibuat, nyata dia sudah mengalami serangan jantung – Posterior Inferior Myocardial Infarction. Kami segera memulakan rawatan kecemasan: Oxygen, Morphine, Aspirin, Clopidogrel, bloods, Isosorbide dinitrate, Tirofiban etc. Masalah apabila bekerja di hospital daerah yang kecil seperti ini ialah, kami tidak ada cukup kemudahan dan alatan untuk merawat, walaupun ada doktor yang mempunyai kepakaran yang diperlukan. Maka panggilan kecemasan terpaksa dibuat ke hospital besar di Dublin, requesting urgent transfer for Rescue Coronary Angioplasty. Permohonan dibuat untuk memindahkan pesakit ke sana sekarang juga. Rawatan segera di sana inshaAllah berpotensi menyelamatkan nyawanya.

Dublin terletak sejauh 4 jam perjalanan dari Letterkenny. Dengan keadaan pesakit yang tidak begitu stabil, seorang jururawat dan 2 anggota paramedik sahaja tidak cukup. Seorang doktor diperlukan untuk turut sama naik ambulan untuk menjaga pesakit tersebut di sepanjang-panjang perjalanan ke Dublin. Dan doktor bertuah yang terpilih ketika itu ialah… saya!

(erk.. Aku?! )

Me : But.. but.. Dr Miranda, i have never done any patient transfer before! And i have never work in Cardiology!
Consultant : Good. There’s always a first time for everything. And uh… if you need to, just start CPR. Now go!

MasyaAllah besarnyaaa tanggungjawab. Menjadi satu-satunya doktor dalam ambulan untuk menjaga pesakit yang tenat selama 4 jam perjalanan. Saya biasa merawat pesakit jantung di hospital, tetapi bukanlah secara berseorangan, bukan juga dalam ambulan yang sedang berjalan, dan bukanlah pesakit tenat yang perlu dikejarkan untuk prosedur. Jujurnya, saya jadi takut juga kerana kurang pengalaman.

Untuk berfikir, berdiri dan merawat dalam ambulan yang sedang menjerit bunyi siren dan bergerak selaju 120 km/jam rupanya tidak mudah. Tiada siapa pun memberi amaran kepada saya tentang betapa loyanya tekak jika berdiri dalam ambulan. (I should have taken the anti-emetic tablet prior to the journey). Saya juga perlu kelihatan yakin dan tenang di hadapan pesakit yang asyik merenung wajah saya penuh percaya. Saya senyum kepadanya. Dan dalam pucat lesi di sebalik topeng oksigen itu, dia mampu tersenyum semula.

Baru separuh jalan, tekanan darahnya mulai jatuh. Peluh memercik ke dahinya, dan pakcik itu memegang dadanya semula, mengerutkan muka. This is not good.
Bismillahi tawakkaltu ‘alalAllah! Dan saya menukar strategi, menghentikan ubat itu dan memulakan ubat ini, memeriksa tekanan darahnya setiap beberapa minit. Mesin tekanan darah itu pula tiba-tiba tidak berfungsi dalam ambulan. Rosak ke apa ke, entahlah. Maka terpaksalah saya membaca tekanan darah cara tradisional, pam tangan dan dengar sendiri dengan staethoscope, yang terbukti susah dalam kebisingan bergerak di atas jalanraya dan bunyi siren.

Apa yang terlintas ketika itu dalam fikiran saya, Allah sajalah yang tahu. Mesti tenang.. mesti bersedia dengan apa saja kemungkinan.. mesti usaha sehabis baik untuk memastikan pakcik ini hidup sampai ke destinasi. Saya sedar tidak ada tempat pergantungan lain kecuali Allah. Tidak ada sumber pertolongan lain kecuali pertolongan Allah. Dialah yang Maha Berkuasa. Akhirnya atas kehendak Allah, pesakit saya kembali stabil, sakitnya berkurangan dan tekanan darahnya terkawal semula setelah beberapa lama mencuba dan bermacam jenis ubat saya masukkan dan naikkan. Saya lega.

Saya rasa anggota pasukan paramedik yang memandu ambulan ini dilatih di gelanggang kereta lumba agaknya. Cekap betul dia mencelah, pusing, mengelak dengan laju. Laluan bas? Lampu isyarat? Jalan sehala? Semua dia langgar. Memandu macam tidak ada undang-undang. Sudah tentu, tidak ada orang marah. Ambulan kan. Saya rasa pelumba-pelumba haram yang asyik kacau polis trafik di luar sana tu, kalau sangat suka cabaran memandu laju di tengah-tengah bandaraya (racing track bosan pulakkan), ayuh jadi pemandu ambulan.

Dengan ambulan, perjalanan Dublin-Letterkenny yang biasanya 4 jam jadi 2 jam lebih sahaja. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan pesakit saya akhirnya selamat dikejarkan ke St James’s Hospital, Dublin dan prosedur rescue Coronary Angioplasty dilaksanakan dengan jayanya. Beberapa hari kemudian, beliau dipindahkan semula ke Letterkenny General Hospital tempat saya bekerja dalam keadaan sihat, dan saya melepaskannya pulang ke rumah petang tadi. Ketika bertemu dengan saya, dia memekik memberitahu semua orang di sekelilingnya dalam wad itu,
“This young doctor saved my life!”

Oh betapa dia tidak faham..
Maka saya menjawab padanya,
” Mr X, God saved your life. Thank HIM.”

Ia satu tarbiyyah yang mantap dari Allah. Konsep tawakal ini.. hanya orang Islam yang memahami. Ia tidak wujud dalam mana-mana agama lain. Selepas kita berusaha sekuat tenaga dan sehabis daya, kita menyerahkan urusan ini bulat-bulat kepada Allah, dengan sepenuh harapan dan keyakinan bahawa Allah akan memberikan apa YANG TERBAIK untuk kita. Kemudian kita tidak bimbang lagi.

“..Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. Jika Allah menolongmu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu. Tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa lagi yang dapat menolongmu sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali-Imran : ayat 159-160)

sumber : ar-rumaisa, Medical officer

***********

membaca post ni membuat daku terus bersemangat utk terus mengejar impian bergelar doktor (=
mungkin sekarang sebelah kaki dah berada dlm kehidupan sebagai doktor,
tp tak lagi...

kehidupan pelajar perubatan dgn seorang doktor yg dah bekerja lain, kesibukan itu masih tak terasa ^^
~enjoy the students life~ (=

masih banyak lagi, masih jauh lagi perjalanannya... insyaAllah 4 tahun setengah lagi baru habis~ haish... masih jauh...

kan kukejar impian itu,
walau badai yg melanda,
kan kugagahkan diri mengharunginya,
demi sebuah perjuangan (=

0 comments

friends (=

you are a ray sunshine,
in a world that's sometimes grey,
the magic of your company,
will brighten up the day...

you've guided me through bad times,
wiped away my tears,
and brough me so much joy,
as we have travelled through the years...

It warms my heart to know,
you choose me as your friend,
a loyal, loving person,
on whom can i depend...

if i could have one wish,
i'd make if for you,
i'd ask Allah for his blessing,
in everything you do...

p/s : this post is for all my friends,
by the way, this is not mine ^^

love u friends, love so much (=

source : lupa =='