Pages

11 comments

Ikhlas.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih bertemu dengan  Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang penuh barakah. Alhamdulillah.
Hujan lebat mencurah-curah di pagi hari, terasa kedamaian bermukim.
Mesir tiada hujan, dan merasa hujan di Malaysia adalah satu rahmat! Allahu Allah ('=




Hati tu Allah yang pegang, kan?
Hati tu Allah yang jaga, kan?
Hati tu senang sahaja berubah, kan?
Hatta dalam sekelip mata, ia mampu untuk berubah.

Ya Rabbi, Kau tetapkanlah hati-hati kami di atas jalanMu yang lurus ini.
Tuntunlah hati kami, peliharalah hati kami...

....

Saya kembali 'menelaah' buku Penyucian Hati, oleh Amru Khalid. Buku ni yang mulanya dipinjam dari LD, dan saya pernah baca ketika sedang 'sakit' nak exam baru-baru ni. Semangat nak habiskan semuanya, tapi tidak kesampaian.
Saya nekad nak kembali mencarinya bila tiba di Malaysia. Dan alhamdulillah dapat juga memilikinya. (=

One chapter just for one day. Enough. 

Baca semua, tapi tidak diamalkan itu tidak memberi apa-apa makna pun kan? 

Baca, faham, hadam dan amalkan. Itu yang sebetulnya! InsyaAllah, biiznillah (=

Ikhlas.

Pabila berbicara soal ikhlas, tiada siapa yang boleh menentukan orang itu, baik saya sendiri ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu perkara.

Ikhlas ni, ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas batu di malam kelam. Tak nampak kan? Jauh tersembunyi di sudut hati dan hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Ikhlaskah aku bertudung hanya keranaNya? Atau ia sekadar fesyen semata-mata?
Ikhlaskah aku mencari ilmu hanya kerana Dia? Atau untuk menunjuk-nunjuk yang aku ini orang berilmu?
Ikhlaskah aku mengerjakan amal ibadat padaNya? Atau untuk dikatakan aku adalah sang alim?
Ikhlaskah aku berpuasa hari ini? Atau kerana ini bulan puasa dan semua orang puasa?

Ikhlas, andai kita betul-betul lakukannya kerana Allah, hanya kerana mengharapkan redha Allah pasti kita bahagia melakukannya. Pasti tiada keluh kesah yang muncul dibibir. Pasti.

Bagaimana untuk ikhlas?

"Sesungguhnya semua amal itu dengan niat..."(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Niat adalah sebuah pintu gerbang keikhlasan. 
Tinggi bunyinya, tapi itulah hakikatnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah bermula dari nawaitu kita. Bermula dari niat kita. Jadi, niatkanlah semuanya hanya kerana mengharapkan redha Allah.

Dan cukuplah Allah sebagai saksi... (Al-Fath:28)

Apa yang kita lakukan, niatkanlah semata-mata kerana Allah sahaja. Kerana untuk meraih redha Allah. Cukuplah hanya mengharapkan kerana Dia. 

Dalam buku ni ada sebut, "Ikhlas satu jam merupakan keselamatan seumur hidup"- Tabiin.
Dan saya mula memahami kenapa ada teman-teman seringkali mengingatkan saya, "tajdid niat, tajdid niat". (Perbaharui niat, perbaharui niat).
Moga-moga bila kita semua selalu memperbaharui niat, niat kita ikhlas keranaNya tidak akan lari dari landasan. 
Bimbang jika wujud anasir riak, bimbang andai rasa nak menunjuk itu datang di pertengahannya.

Pesanan itu.

Saya teringat kalam kak Wardina Safiyyah ketika malam Bicara Selebriti di Balai Islam baru-baru ini. Kalam yang membuatkan saya merenung kembali...

"Kalian bertudung, dan kalian tahu kenapa kalian bertudung? Untuk apa kalian bertudung? Kalau saya tanya di manakah ayat di dalam Quran yang menunjukkan kena bertudung, kalian boleh jawab?"=='

Pandangan saya, bukan sahaja isu dalil atau hujah yang perlu kita ada. Bukan setakat ilmu bahkan niat yang ada. Kenapa dan kenapa. Kenapa aku bertudung? Atas sebab apa? Sebab fesyen semata-mata? Sebab nak tunjuk aku baik? Atau apa...?

Koreksi diri, cari jawapan sendiri wahai muslimah!

Muhasabah diri.

"Ingatlah Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih. Apakah kita akan memberinya amal yang bercampur?"

Saat kita melakukan sesuatu, saat kita melakarkan sesuatu, selalukan kita meletakkan niat di tangga yang pertama? Niat semata-mata mencari keredhaanNya?

Di saat kita melakukan amar maaruf nahi mungkar, apakah kita mengharapkan kata pujian dari manusia-manusia yang melihat kita?

Apakah bila kita membuat kebaikan kepada orang lain, kita mengharapkan penghargaan yang setimpal dan ucapan terima kasih darinya?

Kita manusia, kita hanyalah di tahap hamba yang hina. Penuh dengan khilaf dan dosa. Soal ikhlas ini terlalu berat untuk kita jaga, dan amalkan tapi tidak mustahil kan?

Allah tidak memandang pada natijahnya tapi Allah lihat pada usaha! Jadi, ayuh berusaha!
Berusaha mencari keikhlasan di sebalik timbunan amalan yang pernah kita lakukan, apakah ada?!



nota : A.I was here. =D

Hati perempuan itu terlalu lembut, kalau tidak pernah berniat untuk menjaganya walau sedetik pun, jangan pernah berani untuk mengusiknya! (=

6 comments

Dari B ke H.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Tautan ukhuwwah itu itu indah andai disandarkan padaNya. Hati-hati kecil itu bisa bertaut erat jika ikhlas keranaNya. ('=

Sama-sama melangkah ke syurga abadi, biiznillah.


Dia, tidak pernah mengenali mereka. 
Tidak pernah bertentang mata apatah lagi bersua muka berhadapan.Tidak pernah ada bicara yang terungkap.
Tapi terasa ada 'ikatan hati' di situ...

Pertemuan secara tidak langsung itu wujudkah? 

Perkenalan di alam maya itu nyatakah?

Permulaanya mungkin di sini...

"Salam ziarah."
"Datang menjenguk di sini."
"Salam perkenalan dari daerah itu ke daerah ini."

Mungkin.

Blogwalking, itu salah satu rutin bagi semua blogger kan?
Menjengah ke blog siapa-siapa, meninggalkan jejak. Dengan harapan dikunjungi kembali. Kan? (=

Tapi, bukan mudah untuk satu-satu blog itu terus menapak di hati kecil.
Dan bukannya mustahil jika kalau dulu menjadi SR kini adalah pengunjung setia untuk mana-mana blog.

Jejak tertinggal, ukhuwwah terjalin, terhubung satu ikatan tali persaudaraan.
Semuanya di alam maya.
Mula-mula di blog, mungkin kemudiannya di FB dan seterusnya... ke hati itu.

Kadangkala, dia rasa rindu.
Rindu untuk menatap wajah mereka. Rindu untuk bersua di alam nyata.
Rindu untuk mendengar bicara mereka. Rindu untuk mendengar mereka mengirimkan kata-kata buat jiwa.

Aneh bukan?
Jumpa tidak, bercakap tidak. Tetapi ada rasa rindu itu!

Hebatnya, bila hati yang berbicara.
Indahnya, bila lafaz "aku berkawan dengan dia hanya keranaMu."
Indah... cukup indah.

Jika benar kerana DIA yang Maha Satu, pasti saat pertemuan itu dinantikan, pasti bila ada perpisahan tidak pernah gelisah. 

Yang pasti, tentu akan ada doa untuk mereka di setiap doa yang dipanjatkan.
InsyaAllah.

Dari dia untuk mereka.

Mereka, yang mungkin tidak pernah bersua di alam realiti,
dia harapkan moga-moga akan ada peluang untuk bertemu,
bertentang mata walau sedetik,
untuk mengubat rindu yang mekar di sudut hati.
Hadirnya mereka dalam hidup dia,
membuka kisah baru,
kisah persahabatan yang cukup unik.
Dia tak pernah bertemu mereka,
tapi dia merindukan mereka. ('=
Aneh kan?

Dia sayang mereka, insyaAllah ikhlas hanya keranaNya. (=


nota : Siapa mereka? Cukuplah untuk saya katakan, yang terus memberi erti ukhuwwah buat diri. ('=
Izzati Hashim rindukan mereka. ('=









post ini,
untuk teman-teman blogger yang pasti. =D

9 comments

Pelangi indah.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Allahu Allah,
pelangi itu cukup indah ('=

Bila disebut tentang pelangi, semua tahu yang pelangi itu cukup indah. Hadirnya selepas bumi dibasahi hujan dan pabila sinar mentari kembali memancar, dan ketika itulah hadirnya sang pelangi yang cukup indah.


Indah kan, menatap pelangi itu di saat langit masih lagi mendung, ketika masih lagi ada titisan hujan yang menitis. Subhanallah, ciptaan Allah memang cukup indah. ('=



Dan ia bertambah indah, bila terus sabar untuk menantikan kehadirannya. 

Kerana sesungguhnya, penantian itu suatu proses untuk mendidik jiwa agar lebih cekal berusaha, lebih sabar untuk menanti. Bila ada semuanya, pasti akan menemui kemanisan di penghujungnya. Pasti. ('=


Bukannya mudah untuk memujuk hati menerima segala ujian Ilahi dengan redha, tidak mudah. Memerlukan masa sehinggalah hati benar-benar menerima seadanya. Kita adalah manusia, kita adalah hambaNya yang cukup kerdil, yang sentiasa layak untuk diuji dan terus diuji.

Bagaimana nak redha?

Pernah soalan begini diajukan pada diri. Bagaimana untuk redha dengan segala ketentuan dari Allah?

Just believe. Trust Him. Keep faith in Allah.

Hanya itu.
Kena yakin, yakin dengan segala ketentuan Allah, yakin apa yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik buat diri.

"Cakap senanglah, kena pada batang hidung sendiri, baru tahu tinggi ke langit tu."

Ya, yang tidak merasa takkan pernah rasa perasaan yang sama. Never. Hinggalah dia sendiri merasai pahit, duka itu. Tapi, kita tetap hambaNya kan?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut, 2)



Hadirnya ia satu kekuatan.

Pernah diri mempersoalkan tika hadirnya satu ujian buat diri, kenapa dan kenapa?! Jenuh berfikir, puas bertanya, akhirnya pilih untuk menerima seadanya.
Hidup ini satu ujian kan? Jadi, tentu akan ada ujian-ujian dalam sebuah kehidupan itu.

Just believe, and insyaAllah everything will be ok. (=

Hentilah dari bertanya kenapa dan kenapa. Terima ia seadanya. Jangan kita letak tanda soal bila Allah sudah menoktahkan segalanya. Kelak diri juga yang tidak akan bertemu dengan jawapan, dan ia hanya menyakitkan hati.

Cerita saya.
Cerita itu cerita biasa, tapi cerita yang membuka lembaran baru dalam kehidupan yang sederhana ini. Yang mungkin akan membentuk langkah di masa hadapan nanti, insyaAllah.

Berkali-kali teruji dengan 'benda yang sama', buat jiwa rasa 'sakit' melihat yang lain tak perlu merasai benda yang sama. Di mana kurangnya, di mana silapnya lagi? Bukan tidak berusaha yang terbaik, bukan tidak berusaha sesungguhnya, tapi tetap kena juga!

Hati mengeluh, jiwa gelisah dengan setiap perkhabaran yang diterima. Memikirkan untuk diri sendiri mungkin ok lagi, tapi bila memikirkan keluarga juga yang turut resah sekali, itu mengundang rasa pedih di jiwa. Kan bagus kalau perasaan itu hanya buat diri sendiri sahaja? )'=

Sehinggalah mendapat 'cuti rehat yang berpanjangan'. Allahuakbar!
Best apa cuti? Cuti itu best hanya bila semua orang turut bercuti, bukannya sendirian sahaja.
(Ini cuti istimewa punya, lain dari cuti lain) =D

Dalam tempoh bercuti itu, cuba menyingkap hikmat di sebalik mehnah yang ada. Cuba melatih hati dan jiwa menerima segalanya adalah ketentuan dari Ilahi, pasti ada hikmatnya. Pasti!
Alhamdulillah, ada hikmat yang tersingkap di sebalik semua ini. Bagaikan satu-satu tabir terbuka di depan mata. Dan masih lagi menantikan hikmat yang ada. Allahu Allah ('=

Akhirnya tiba masa yang dinantikan, pertempuran yang cuba saya letakkan sebagai terakhir kalinya untuk tamatkan semuanya. Saya pesan pada diri sendiri,

"walau apa pun, buat yang terbaik. Ini yang terakhir kalinya, kena tamatkan segala 'sakit' yang ada ini. Jangan risaukan hati mama abah lagi, jangan gundah gulanakan hati mereka lagi!"
Cuba, cuba dan cuba!
Di akhirnya, saya menangis. Menangis membayangkan apa natijahnya. Risau bermukim di sudut hati.

Tapi ada di suatu hari, kekuatan yang datangnya dari Dia juga,
"walau apa pun natijahnya, itu adalah yang terbaik. Terbaik buat diri. Kalau bukan seperti yang diharapkan, itu adalah yang terbaik! Allah sebaik-baik pengatur, sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat diri!"

Kata-kata ini meresap ke seluruh jiwa raga, menghilangkan segala kepedihan yang ada, melenyapkan segala keresahan yang bermain-main. Alhamdulillah, saya terima, akan menerima segalanya, baik atau pun buruk.

.........

Malam itu (25 Julai 2011), kalau diimbau kembali saatnya sama bagaikan bulan Julai 2009. Dua-dua malam itu malam bbq bersama keluarga. Buatkan saya resah sendirian. Apa yang Allah cuba tunjukkan ni? )'=

Membakar ayam sambil mengira bintang di langit, sudah pasti tak terkira. Kejap-kejap dongak ke atas, pandang langit. Seolah berbicara dengan sang pencipta. Apakah semuanya bakal berakhir? )=

Akhirnya, persoalan itu terjawab bila membaca satu mesej di FB,
"Tahniah! Kalian berdua berjaya!"

Allahu Allah ('=
Subhanallah, segala pujian hanya buat diriNya.

Cukuplah untuk saya katakan, alhamdulillah pelangi yang dinantikan selama ini muncul jua di akhirnya setelah hujan yang berpanjangan selama dua tahun ini. Allahu Allah, segala pujian buat Allah yang Maha Memiliki segalanya. ('=

Untuk kita.

Masing-masing akan diuji dengan situasi berbeza. Mungkin kadang-kadang situasi sama tapi cara penerimaan kita terhadap sesuatu itu yang membezakan kita. Allah datangkan 'hujan' bukannya berpanjangan, akan ada masanya ia akan berhenti dan ia akan tamat.

Lain orang lain pengalamannya, kadang-kadang kita rasa ujian kita adalah yang maha hebat. Kenapa diuji dengan perkara sedemikian? Orang lain tidak?! Sebab orang lain ada ujian yang lain, yang tidak kita ketahui. Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Bila diuji, maknanya Allah tahu kita kuat untuk hadapinya, kan? ('=

Hadirnya sesuatu ujian untuk tarbiah jiwa kita supaya terus kental, terus tabah meniti hari-hari mendatang. Kuatkan semangat!

Lagipun, apa yang penting, kita semua ada tempat bergantung yang hebat dan mantap, iaitu Allah. Keep faith in Allah, for He loves those who are patient in everything. (=

Ya Rabbi,
Kau damaikanlah jiwa-jiwa yang dilanda keresahan,
Kau tenangkanlah hati-hati yang terusik,
Kau kuatkanlah semangat mereka yang memerlukan,
Kau hilangkanlah resah yang berbuku di sudut hati,
Kau gantikanlah yang hilang dengan yang lagi baik,

Kau campakkanlah rasa rindu, kasih dan cinta
hanya pada yang hak,
Kau buangkanlah kesedihan yang bermukim
dan Kau gantikanlah dengan kegembiraan.
Limpahkan kami dengan kasih sayangMu,

tautkanlah hati-hati kami ikhlas hanya keranaMu,
peliharalah kami di bawah payung rahmat dan kasih sayangMu.
Ameen~!



selamat ulangtahun kelahiran Nur Izzati Mohd Hashim,
30 Julai.
Pelangi indah itu adalah hadiah yang terbaik buat diri kan? ('=
Allah hilangkan kesedihan itu dengan sebuah kegembiraan yang selama ini dinantikan.
Dan pelangi itu jua menjawab persoalan hati itu. Alhamdulillah (=




nota : Alhamdulillah, kali ini Allah bagi saya pelangi tu. Nanti giliran orang lain pula. Untuk kamu yang lain, pelangi-pelangi itu bakal menyusul. Bersabar ey! InsyaAllah, ia akan hadir bila tiba saatnya!
Doa saya, insyaAllah sentiasa ada untuk kalian. InsyaAllah. ('=

nota 1 : Izzati Hashim memang tak pandai tulis pendek-pendek. Haih. =='
Tulis pendek boleh, tapi dalam tumbrl la. Bukan di sini =P

11 comments

Ramadan di sana, Ramadan di sini.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Subhanallah, segala pujian buat Allah yang Maha Esa atas segala nikmat yang diberikan. Allahu Allah. :')

Dah masuk dua hari puasa, alhamdulillah.

Kelmarin saat buka FB, tika menatap status-status yang ada, terpandang dua tiga status dari sahabat-sahabat satu universiti. 



"Al-Fatihah buat Fatin Fasihah, pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah."

Allahu Allah, beliau meninggal pada malam pertama Ramadan. Di saat kita semua semangat ingin menyambut Ramadan, beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Moga Allah tempatkan beliau di kalangan yang beriman, amin.

Jelas bukan, kita tidak tahu apakah kita bisa menyambut Ramadan atau mungkin ini Ramadan kita yang terakhir.

Rindu

Alhamdulillah tahun ini Allah beri peluang untuk menunaikan ibadat puasa di bumi Malaysia bersama keluarga tersayang. Kalau tahun lepas, mungkin hanya sempat beberapa hari saja berpuasa di sini.

Namun, hakikatnya hati mula merindui untuk berpuasa di bumi Mesir. Ironi sungguh. Berada di Mesir, ingat Malaysia. Ada di Malaysia, teringat Mesir. Manusia.

Teringat kembali saat-saat berpuasa di sana tahun lepas, saat berpuasa dalam suhu yang kadangkala mencecah 40 darjah. Saat berpuasa dengan study bagai nak rak. (Eh?)
Bangun sahur dan berbuka hanya bertemankan sahabat-sahabat. Rindu.

Terasa asyik berpuasa di Mesir. Sungguh. Mana-mana tempat sama sahaja kan? Puasa tetap puasa. Tapi, berpuasa di bumi Mesir, ada lainnya. Istimewa.

Berpuasa di Mesir, terasa 'roh' Ramadan. Terasa berada di satu bulan yang lain dari 11 bulan yang lain. Hakikatnya kehangatan untuk menyambut Ramadan sudah mula dirasai sejak bulan Rejab lagi.

Nampak keghairahan warga tempatan mula menggantungkan lampu-lampu di persekitaran rumah, masjid-masjid mula diterangi lampu-lampu berhias. Allahuakbar. Sudah terasa 'roh' Ramadan dari awal lagi. Inilah Mesir. :)

Makin indah suasana pabila menatap di mana-mana sahaja akan ada yang memegang dan membaca Quran. Di mana-mana sahaja. Tidak kira tua ataupun muda. 

Itu sebelum Ramadan, ketika Ramadan? Allahu Allah, lagi terasa. Sungguh. Sangat berbeza dengan keadaan di tanah air sendiri. :'(

Bukan niat ingin membezakan mana-mana tempat, tapi itulah hakikat. Pahit, tapi itu yang harus ditelan.

Di sini, saat melangkah ke masjid untuk berterawih, ramai yang lagi laju ke pasar-pasar borong, supermarket yang ada. Kalau di pasaraya, lagu raya sudah mula kedengaran. Padahal bulan Ramadan baru sahaja tiba.

Di televisyen, lebih banyak bicara tentang raya. Tentang merdeka. Iklan-iklan dipenuhi dengan iklan raya. Wah. Semua orang tak sabar nak raya sedangkan kita baru sahaja mula berpuasa.

Sana sini sudah riuh berbicara soal raya.

"Baju raya berapa pasang?"

"Nak buat biskut raya apa tahun ni, berapa jenis?"


"Nak balik raya mana ni?"

Tidak salah. Tidak salah. Tidak salah.
Tapi mengapa tidak kita sama-sama berusaha untuk merasai kehangatan bulan puasa? Setahun sekali saja kan? Tahun depan entah ada entah tidak untuk kita.

Allah bagi kita semua peluang, satu bulan. Satu bulan dengan ganjaran yang melimpah ruah. Kejarlah peluang yang ada, jangan bagi terlepas. Sayang.

Jom Berterawih

Kalau dulu, waktu kecil selalu ingat yang solat terawih ni wajib. Mungkin dah terbiasa dari kecil di bawa oleh abah dan mama solat terawih. Kiranya, kalau tengok orang tak ke masjid untuk berterawih, pasti ada persoalan yang saya lontarkan pada mama abah. Tak pasal-pasal 'orang-orang' itu dapat title berdosa. 

Hakikatnya, ia adalah sunat muakkad bukannya wajib. Sunat yang sangat dituntut.
Tapi kerana sudah dibiasakan, benda itu menjadi satu rutin tahunan. Bila tak dibuat terasa lain. Best apa? Lagipun, bak kata abah,

"Allah bagi solat terawih ni hanya setahun sekali, itupun hanya 30 hari. Kalau buat paling-paling cepat, 8 rakaat, tak terasa pun. Apa susahnya?"

Kan? Rugilah kalau tak rebut peluang yang ada. Rugi.

Di Mesir, kehangatan berterawih ini bermula dari awal hingga ke akhir Ramadan. Di penghujungnya, makin ramai yang memenuhi masjid. Sesak hingga ke luar masjid. Ya Rabb, indah. Sangat indah pemandangan sebegini. Allahu Allah. :')

Tapi  di sini, dalam pengamatan saya, makin hari makin susut orang di masjid dan makin ramai di pusat beli belah.

Kalau di awal Ramadan, masjid-masjid dipenuhi hingga ke belakang, tapi di penghujungnya semakin berkurangan. Bukan menuduh, tapi itu realiti yang dipandang selama bertahun-tahun. Sampai bila harus begitu?

Muhasabah Diri

Moga diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berada dalam Madrasah Ramadan, sama-sama berusaha menghayati erti Ramadan. Mengharapkan yang terbaik, moga Ramadan kali ini lagi baik dari sebelumnya, insyaAllah.

Namun, jangan kita hanya menjadi hambaNya di bulan Ramadan, tapi jadikanlah bulan Ramadan adalah satu pemangkin untuk kita terus menjadi hambaNya yang bertaqwa, baik sekarang, dan selepas ini. Biiznillah.


Salam Ramadan al-Mubarak buat semua sahabat. :)







nota : Maaf kerana lama tidak update post baru. Ada menulis, tapi banyak yang tersimpan dalam draft sahaja. Berada di rumah, berjaya buat saya jauh dari benda-benda maya ni. =D

Bulan puasa ni satu latihan untuk kurangkan yang mana patut dikurangkan. Kan? :)