Pages

6 comments

SPM dan kisah dia.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


"Sis, SPM is not everything right?"

Satu soalan yang diajukan di dinding FB selepas keluarnya result SPM dua tiga hari lepas.
Dan saya hanya tersenyum. (=
Tambah-tambah mengenangkan kisah perkenalan dengan junior-junior SMKA Naim Lilbanat hanya dengan satu post INI.




 

Kisah dia.

Jika diimbau kembali kenangan sejak kecil. Bermula zaman UPSR, kemudiannya PMR dan akhirnya SPM. Dia mesti dapat result kurang satu dari markah penuh.

Jika diingat kembali, zaman persekolahannya bukanlah seperti yang kakak dia rasa.
Masih ingat lagi kata-katanya,

"Nak cepat-cepat habiskan zaman sekolah. Tak best."
Eh dia seorang ini.

Tahu tak, bila sudah habis zaman sekolah baru tahu betapa rindunya nak kembali ke zaman sekolah. Zaman yang tak perlu fikir banyak, zaman yang selesa, zaman yang seronok!
Tapi bagi dia tak. Sampai sekarang pun tak pernah dengar dia cakap rindu zaman sekolah. Belum lagi kot?

Dia bukanlah seorang yang pemalas, dia sangat rajin. Sangat.
Dia bukan seorang yang tak pandai, dia pandai.
Dia bukan seorang yang main-main, tidak.
Tapi mungkin nasib dia di zaman sekolah bukanlah yang terbaik untuk dikenang. Mungkin.

Masa PMR, dia dapat 7A dari 8 subjek. Hebat lah tu kan?
Tapi sayangnya, sekolah menetapkan tidak boleh masuk ke kelas sains. Hanya layak berada di kelas akaun. Jadi akauntan kaya apa? -.-

Eh? Macam tu ey?
Tapi tiada pula terfikir untuk tukarkan dia ke sekolah lain.
Katanya, mungkin rezeki dia di situ.

Dan di situlah bermulanya kisah duka pahit masam manis dia di sekolah.
Apa yang boleh dikata, sepanjang dua tahun untuk habiskan zaman sekolah, banyak benda yang dia alami.
Bermula dengan kelas yang 'cikgu tidak berapa nak mesra', dengan hanya cikgu akaun seorang yang ambil berat.

Setiap kali telefon, itulah yang dia cakap.
"nak habis sekolah cepat-cepat."
-.-


Banyak ujian yang Allah berikan. Banyak benda yang Allah nak didik dia. Allahu Rabbi.

Dan dipenghujungnya, SPM yang diletakkan harapan tinggi, hanya tinggal kenangan. Allah beri yang terbaik kan?
('=

Bila dapat result, dia cool saja. Macam biasa. Allah beri yang terbaik kan, kenapa perlu sedih-sedih? Result dia tak teruk pun, separuh. Tapi mungkin sebab impian nak dapat tinggi, itu yang sedihnya.

Segala permohonan dia mohon, mencuba nasib. Ada rezeki mana-mana dapatlah.
Matrik, tak dapat.
UPU, pending.

Dalam lama menanti, akhirnya dapat tawaran di UiTM. Bidang akauntan. Bidang yang cuba untuk 'dibuang'.
Memang jodoh dia dengan akaun agaknya kan?



Hendak dikatakan dia 'gagal', masih ramai lagi yang kurang bernasib baik darinya.
Dia kecewa katanya, kerana tak dapat bagi yang lagi tinggi untuk mama abah.
Tak sehebat result kakak dia katanya.

Pernah dia tersebut satu ayat dulu,
"kenapa dia tak pernah dapat apa yang dia impikan?"

Saya hanya diam. Hanya pujukan mampu diberikan. Sabar yer?


Itulah permulaannya.


Bila masuk universiti, dia masih sama. Dia tetap dengan cool dia.
Cuma satu yang perasan. Dia makin rajin. Super rajin.

Dia kata, "cukuplah perasaan yang ada di zaman sekolah. Tak nak rasa benda yang sama lagi."

Detik berlalu masa pantas bergerak, sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung sem. Dia di rumah menantikan result final. Risau katanya. Exam macam susah.

Suatu hari dia mesej, "Along, tolong check result. Xde internet kat rumah."
Jauhnya suruh along yang di Mesir. -.-

Alhamdulillah. ('=

Telefon rumah di Malaysia, dia tak nak bercakap. Cuak. Bak kata mama, hari ni tak makan lagi bila pagi-pagi kawan telefon kata result dah dapat.
Haih dia seorang ni. -.-

"Macam mana nak gtau result ni?
Cuba baca satu persatu subjek tu."


Tiba-tiba dengar dia menangis. Eh?

Mama yang sambung, suara mama pun dah serak-serak basah.
"Angah dapat anugerah dekan. Pointer dia tinggi. Subjek akaun yang kata susah tu pun dapat highest score."

Allah Allah.
Subhanallah, indahnya bila dengar suara ibu yang gembira dengan kejayaan anaknya. Dengar abah gelak di belakang. Allah.

Kejayaan yang angah kata tak pernah dapat tu, Allah simpan untuk beri pada hari lain kan? Lagi indah kan? Tahniah. ('=

Refleksi.

Saya bercerita kisah dia, adik kedua saya. Kagum dengan semangat dia yang cool.
Dalam diuji, dia senang ambil sikap tak kisah, taknak sedih-sedih.
Dalam susah, dia masih lagi ketawa.
Saya hanya nampak dia cool dari luar, di hatinya hanya Allah yang tahu. ('=

Apa yang nak saya kongsikan, SPM bukanlah segalanya. Ia hanya satu permulaan. Dan kisah seterusnya masih panjang lagi. Bagi yang kurang bernasib baik, ingatlah yang Allah sudah berikan yang terbaik. Kalian sudah usaha, natijahnya Allah yang tentukan.
Mungkin sekarang bukan rezeki kalian untuk dapat yang hebat-hebat, tapi suatu hari nanti?

Cukuplah kisah dia yang boleh dijadikan contoh.  

Apa yang kita dapat hari ini bukan jaminan untuk masa depan yang gemilang.
Tapi apa yang kita ada sekarang, mampu untuk mencerahkan masa depan yang masih panjang lagi. Terus berusaha! Yosh! (=




nota : Terbayang senyuman mama abah zaman-zaman ambil result di sekolah dulu. 
Allah Allah. ('=

5 comments

Tegur VS Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Bila saya menasihati kamu, 
bukanlah bermakna saya yang terbaik.
Bukan bermakna saya yang alim.
Bukan bermakna saya yang tidak pernah membuat kesalahan. Tidak.

Bila saya menegur kamu,
kerana saya tidak mahu kamu terus jauh dariNya.
Kerana saya ada hak dengan kamu sebagai saudara seagama.
Kerana saya sayangkan kamu.
('=

source : Tumbrl

Terkesima seketika bila melihat dia menangis.
Lagi terpaku pabila melihat dia makin teresak-esak.

"Eh, janganlah nangis. Awak dah buat saya nak nangis sama ni."  -.-

Puncanya hanya satu.
Dari hanya sebuah kata-kata.
Dari hanya satu teguran.
Berbisa mungkin. Mungkin.
Mungkin juga kerana ditegur dihadapan teman yang lain. Mungkin.



*sigh*

Saya pernah bercerita(?) sebelum ini dalam post Bicara Kata.
Jaga kata-kata, jaga tutur bicara kita!

Mungkin dalam tak sedar, kita mampu menyakitkan hati seseorang.
Mungkin dalam asyik berkata-kata, kita sudah membuatkan seseorang menangis.
Bukankah lidah itu ibarat sebilah pedang.
Tajam. Mampu untuk melukakan. Mampu untuk memotong.

Atau...

Mungkin kita sudah lupa, bahawa dalam bersahabat tetap ada adab-adabnya.
Tetap ada hak-hak yang perlu ditunaikan.
Tetap ada batas-batasnya.
Kan?

Walau rapat mana sekalipun, 
kita tetap kena hormati dia. 
Tetap kena jaga tingkah laku, tutur kata, perbuatan kita dengan dia.
Jangan sebab title 'bestfriend till jannah', kita ambil enteng saja adab kita dengan dia.
Kata nak masuk syurga sama-sama, tapi kalau kita selalu menyakitkan hati dia, macam mana tu? =='



Tegur VS Nasihat.

Kadangkala, dalam kita ingin menegur seseorang kita terlepas pandang satu perkara. 

Menegur di khalayak ramai.
Perkara yang mungkin nampak biasa, nampak tiada apa-apa.
Tapi mungkin itu yang menyebabkan hati orang yang ditegur tersinggung.
Mungkin saja benda-benda yang simple, tapi bila ditegur direct di depan orang ramai, bukankah kita sudah mengaibkan dia?

"Kenapa tak bangun solat subuh tadi?

Kenapa tak pergi kelas tadi, ponteng eh?

Ko nak masuk program tu, layak ke?"


Cuba bayangkan contoh soalan-soalan ni ditanya di depan kawan-kawan yang lain.
Agak-agaknya yang ditanya tu macam mana reaksinya?

Apa salahnya, kalau tanya belakang-belakang.
Apa salanya, kalau tanya dia bila dia berseorangan.
Tapi itulah kita, terlepas pandang.
Terlupa yang dia pun ada perasaan. Terlupa dia pun ada malu dalam diri. 


Muhasabah.

Untuk menegur seseorang ada adabnya.
Apatah lagi dengan insan yang baru dikenali dan sudah tentu dengan insan yang terlalu rapat dengan kita. Ada adab-adabnya.


Kadangkala, rapatnya kita dengan dia, kita tak berani nak menegur kesalahannya.
Kadangkala, sebab terlalu rapat, kita menegur dengan cara yang tidak berhikmat.

Kan bagus, sebelum berkata-kata kita letakkan kita di posisi orang itu.
Kita bayangkan andai kita yang berada dalam keadaan itu.
Kita yang ditegur di depan orang ramai, malukan?

Kita yang ditegur dengan bahasa yang kasar, sakitkan?
Kita yang dimarah, sakit hati kan?

Kita yang dimalukan, sedihkan?

Kita tak suka benda-benda macam tu, tapi kenapa kita buat pada orang lain?








nota : Update WWK sebulan sekali, aci tak? =D
Banyak benda nak dikongsikan tapi masa membataskan. Allahu Allah.