Pages

6 comments

Rindu Haramain (i)

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Tiada kata yang dapat dituturkan betapa bersyukurnya kerna sudah selesai segala ibadah umrah.
Alhamdulillah. ('=

Nikmat dan peluang yang Allah hadiahkan tahun 2012 ni cukup bermakna.
Satu pengalaman dan satu perjalanan yang manis dan moga suatu saat nanti dapat merasainya lagi. InsyaAllah, dengan izinNya. ('=

Rindu Madinah, Rindu Mekah.

Apakah itu dinamakan cinta, bila belum berpisah sudah mula terasa rindu?
Apakah itu dikatakan kasih, bila sudah bertemu tidak mahu berpisah lagi?
Allah.

Benar kata orang,
bila sudah jejakkan kaki ke sana, terasa mahu kembali ke sana lagi.
Bila sudah sampai sana, terasa bagaikan tidak mahu kembali ke tanah air lagi.
Allahu Allah. ('=

Subhanallah, hebat penangan kota suci Madinah dan Mekah. Belum sampai ke bumi Mesir, hati sudah menarik-narik untuk kembali ke sana. Siapa yang pernah sampai ke sana, tentu ada perasaan begini, kan?
Moga Allah jemput kita semua ke sana lagi dan lagi. Biiznillah. 


Rindu nak ziarah sini lagi. -.-


Travelog Haramaian (Part i : Madinah)


Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarahi baginda Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu di kota suci Madinah sebelum berangkat ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah.


Pertama kali tiba di Masjid Nabawi, "subhanallah". Kalau selama ni, hanya menatap gambar dan mendengar cerita dari teman atau keluarga yang ke sana, tapi alhamdulillah akhirnya dapat tengok dan jejak sendiri. Alhamdulillah. 

Berada di bumi Madinah, tempat adanya makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW membuatkan jiwa terasa kerdilnya berada di situ. Tambah-tambah bila 'berjaya' masuk ke Raudhah (taman syurga) yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.

Bukan mudah untuk masuk ke Raudhah, kerna terpaksa menanti berjam-jam dengan ribuan muslimah dari seluruh dunia mahu masuk dan pabila masuk hanya seketika saja boleh ada dalam Raudhah sebelum bakal disuruh keluar. T.T
(Muslimah hanya dibenarkan masuk ke dalam Raudhah selepas 3 solat fardu sahaja).

Aktiviti harian yang dibuat hanyalah ibadah semata-mata. Seronok melihat suasana aman damai sebegitu. Azan belum berkumandang, semua orang sudah berduyun-duyun ke masjid, mahu dapatkan saf yang paling hadapan. Tidak kira solat mana sekalipun, hatta subuh! 
Allahu akbar. 

Berada dalam masjid, masing-masing dengan Al-Quran atau dengan berzikir. Allahurabbi. Masing-masing berlumba-lumba mahukan pahala yang banyak. Alhamdulillah. ('=

Antara detik yang indah, bila dapat berkenalan dengan semua orang dari pelbagai bangsa. Bak kata teman baik,

"Percakapan macam cakap ayam itik kat sini, org melayu, turki, pakistan, siam." =P

Tapi alhamdulillah dengan kelebihan belajar bahasa arab dan hidup di bumi Mesir banyak membantu nak berkomunikasi. Bahasa arab itu best! Kadang-kadang bila disapa,

"Kamu dari Mesir ke? Kamu bercakap Mesir."
=P


Dan dicium, dipeluk, diusap-usap kepala oleh mak cik-mak cik yang jumpa tu perkara biasa. Mereka sangat peramah! Subhanallah.
Dan mereka-mereka dari Malaysia, lagilah awesome! =D

Alhamdulillah berada di Madinah, berkesempatan untuk ziarah dan solat di Masjid Quba, Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat), Bukit Uhud dan Bukit Pemanah, Ladang Unta, Kilang Al-Quran, dan muzium Madinah.

(kena tunggu ada orang upload gambar ramai-ramai baru boleh buh sini) =D

Muhasabah.

Dalam gembira berada di sana, kami dikejutkan dengan berita bahawa sabahat-sahabat kami yang ada dalam pakej lain tidak dapat ke Haramain atas sebab tertentu. Allahu Rabbi. Terpana seketika.

Kami yang mendengar merasakan sedih apatah lagi mereka yang melaluinya. Tak tahu nak cakap apa melainkan hanya kembali mengingati takdir aturanNya.

Saya bukanlah yang terbaik untuk mengatakannya tapi insyaAllah saya yakin Allah pasti tengah aturkan yang terbaik buat kalian. InsyaAllah Allah akan jemput kalian ke sana lagi, insyaAllah. Doa!

Sungguh, Allah sebaik-baik perancang. Dalam kita merancang, perancangan Allah mengatasi segalaNya dan itu yang terbaik! Yakinlah!
('=

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah berikan.
Nikmat untuk menjejakkan kaki ke sana.
Nikmat diberi kesihatan yang baik walau suhu yang agak tinggi.
Nikmat semangat yang Allah beri untuk rajin melangkah ke masjid dengan meredah suhu panas dan tinggalkan bilik yang berhawa dingin.
Nikmat kesabaran menghadapi pelbagai ragam manusia yang punyai pelbagai latar belakang.
Dan sudah tentu nikmat kesabaran untuk melakukan ibadah yang berterusan.
Allah.



"Maka nikmatTuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (surah Ar-Rahman)










nota : Alfu shukran buat semua yang terlibat, yang sama-sama satu trip pakej 1. Terutama buat TvAzhar, ustaz-ustaz, sahabat-sahabat ikhwah, dan para sahabat akhawat. Moga segala amal yang dilakukan hatta sekecil-kecil zarah sekalipun memberatkan mizan kita semua. Amin. (=

nota 1 : Awal ramadhan di bumi Mekah, pertengahan ramadhan di Mesir dan insyaAllah akhir ramadhan di bumi Malaysia. Subhanallah wa alhamdulillah.
(=

Hadiah 22 tahun yang sungguh awesome! Alhamdulillah. (=

7 comments

Bila terasa bosan

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

InsyaAllah esok exam tahun 3 bakal berakhir. InsyaAllah.
Walau sudah terasa merdeka sejak pukul 12.30 tengah hari kelmarin. 

Kelmarin dah habis written exam untuk semua subjek. Alhamdulillah.

Moga natijahnya nanti yang terbaik Allah berikan. InsyaAllah. (=




Jom pergi sini! Ajak siapa entah. -.-

Sindrom habis exam

Bosannya mengadap laptop!
Bosannya buka facebook!

Bosannya tengok gambar dekat tumbrl!
Bosannya.



Padahal sebelum exam bukan main nak habis exam.
Oh, semua orang rasa begitu? Atau hanya saya yang perasan bosan? -.-

Nikmat VS Ujian.


Sungguhlah, bila namanya pelajar, hidup dan study itu memang tak boleh dipisahkan. Kan?

Buktinya, bila habis saja exam. Bila tutup saja buku.
Tiba-tiba terasa bosan entah apa-apa.

Mesti bosan kan baca entri ni? Penuh dengan perkataan bosan!

Hehehe. (=

Bila rasa bosan.
Cuba check balik diri. Muhasabah.

Waktu sekarang, waktu yang lapang kan?

Waktu yang tak sibuk. 
Waktu untuk bersenang lenang.
Waktu untuk tidak peningkan kepala dengan study.

Waktu untuk bercuti.

Antara nikmat yang Allah berikan adalah nikmat masa lapang.
Saat terasa diri berkejaran dengan masa dan waktu, terasa diuji.
Rasa tak cukup masa. Nak study lagi, nak buat kerja lagi dan lain-lain.

Ni baru hidup seorang diri. Nanti dah berdua, bertiga? Eh.

Dan sekarang.
Allah uji pula dengan nikmat masa lapang yang sungguh lapang.
Ia satu nikmat.
Tapi ia juga satu ujian.
Sedarkan kita? (=

Bila lapang, apa yang kita lakukan? Muhasabah.
Bila terasa bosan, apa yang suka kita buat?
Benda apa yang akan kita buat untuk penuhi nafsu kita?

"Apa plan awak start habis exam esok?



Nak habiskan baca buku-buku di rak. Nanti bila balik Malaysia, tak terpegang. Nanti masuk tahun baru, lagi tak terpegang. Dengan tanggungjawab yang lain lagi.
Awak?

Eym, siapkan diri mental fizikan untuk musafir nanti. InsyaAllah."



InsyaAllah.

Merancang.

Ya, perkataan itu. Orang yang gagal merancang, orang yang merancang untuk gagal. 

Ini satu kata-kata yang selalu dibaca dan diguna pakai.

Hidup, kena tahu merancang.
Bukan ke kita hidup dalam perancangan Allah?
Bukan ke kita buat perancangan dalam perancangan Allah?
Dan sungguh, perancangan Allah itu maha hebat. Sangat.



Saya yakin ramai di antara kita,
lepas saja habis exam mega, masing-masing ada plan tersendiri.
Mestilah kan? ^^


Keluar makan.
Jalan-jalan.
Habiskan baca buku.

Habiskan masa dengan teman-teman.
Kembali ke Malaysia.
Pergi melancong.

Kita semua akan plan sebaiknya untuk habiskan masa dengan baik. Alhamdulillah.
Kerna suatu ketika nanti, kita semua akan ditanya.
Kita semua akan disoal.
Apa yang sudah kita lakukan ketika masa lapang?
Apa yang kita buat selama kita hidup?



Muhasabah diri.

Bila terasa bosan.
Ambil masa seketika, renungilah diri kembali.

Saat terasa bosan, jiwa kita di mana sebenarnya.
Dan kemana kita pandu jiwa kita itu.



Tidakkah terasa waktu lapang begini,
waktu yang sesuai nak terus mengenal dan mendekati Dia yang Maha Satu?
Waktu yang sesuai nak belek dan baca kitab suci itu?
Waktu yang sesuai nak habiskan kerja-kerja yang bertangguh sebab exam
.

Nah.
Bercuti dalam keberkatan, bukan itu yang dicari?
Buat segalanya dengan mengharapkan redha Ilahi.
Jadi, kalau buat apa saja. Niatkan hanya padaNya. 


Rancanglah sebaiknya.
Moga perancangan kita dalam redhaNya.
Moga rasa bosan yang melekat di jiwa, satu petanda buat hati kecil itu. Moga.

(=


gambar : google


p.s : Mula terasa jealous pabila tengok seorang demi seorang buat status dah nak balik Malaysia. Tsk.
Tuhan, berikanku kekuatan. ('=

Malaysia, moga kita jumpa di awal Ogos. InsyaAllah. (=