Pages

2 comments

Mahalkah air mata itu

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Masa nak tidur semalam, tiba-tiba air mata mengalir dengan lajunya. Syahdu.
Ni kes penangan tengok cerita yang mengusik kalbu sebelum tu. Ceritanya cerita happy ending tapi di awalnya penuh dugaan dan cabaran kehidupan. 

Bangun dan bersila atas katil. Tengok roommate dah lena dibuai mimpi. Haihhh, malam-malam rasa syahdu macam ni.

Jauh merenung kembali...

Hati itu cukup lembut sebenarnya. Mudah tersentuh dengan cerita yang mengusik jiwa. Mudah menangis melihat kesengsaraan orang lain. Mudah sebak bila terbaca kisah-kisah sedih. Mudah.

Alangkah bagusnya kalau hati yang lembut begitu dibajai dengan sebaiknya.
Menangis bila membaca surat cinta dari Allah.
Menangis bila sujud memohon keampunan dariNya.
Menangis bila menadah tangan merayu keampunan dariNya.
Menangis mengenangkan kesilapan masa lalu. 
Menangis bila terbaca kisah saudara seagama seakidah di bumi lain disiksa.

Tapi... Air mata itu terlalu mahalkan untuk benda seumpama ini? Allah...

Tanya diri sendiri, 
bila agaknya kali terakhir kita menangis kerana takutkan azab siksaanNya?
Bila agaknya kita menangis kerana terlalu rindukanNya?
Bila agaknya kita menangis memohon keampunan dariNya?
Bila agaknya kita rasa secebis sebak rindukan baginda Rasulullah SAW?

...

Ummuammar | Tumblr


Hati itu sebenarnya cukup lembut.
Bajailah ia dengan benih cinta dan sayang.
Siramilah ia dengan air yang sentiasa menyejukkan.
Moga nanti ia akan subur dan mekar dalam keindahan.
:')

Ada hadis berbunyi,
"Andai baik seketul daging itu, maka baiklah seluruh jasad. Andai buruk seketul daging itu, maka buruklah seluruhnya. Dan ia adalah hati."

Jaga hati baik-baik, kerana hati yang baik mampu mendekatkan diri kita pada Tuhan yang Maha Esa. Biiznillah.


nota : Oh Dong Yi. 

nota 1 : Selasa ini exam lagi. Mohon doa dari semua. :)

3 comments

Susah dan menyusahkan

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah musim panas sudah tiba. Panas yang mencecah 45 darjah. 
Subhanallah. :)

Rindu nak merasai musim sejuk yang mendamaikan. Tapi kena lalui musim panas yang mendugakan dengan kesyukuran. 
Sekurangnya, kita ada tempat berteduh. Ada kipas untuk dibuka. Ada duit lebih nak beli cooler. Sedang ada manusia yang diluar sana tak punyai apa-apa, bahkan sebuah rumah tempat berteduh. Mari bersyukur. :')



Pagi-pagi dikejutkan dengan SMS dari cik Angah.

"Along, tiket balik Kelate 1 haribulan tu dah habis."

Haa?!
Kelmarin baru tengok, masih available dan hari ini sudah habis. Nangis.

Terus telefon mak saudara di Malaysia. Selalunya bila nak booking tiket balik Kelate minta tolong cik Ngoh. Sekali lagi menyusahkan. -.-

Bila duduk sini teringat balik nanti activate internet banking, tapi bila dah ada kat Malaysia lupa segala benda. T_____T

Cuba booking, booking dan booking lagi. Tapi sadisnya tak dapat nak booking.
Sebak sudah mula menular. Takkan nak suruh abah pergi beli kat airport kot?

Di akhirnya memang kena suruh abah belikan. Time ni rasa nak hantuk kepala kat dinding.
Tak suka susahkan orang walau keluarga sendiri. Kalau boleh nak buat sendiri.
Tapi bila dah terdesak begini? Terpaksa dengan hati nan walang.

Sorry abah. Nangis.

...

Ingat lagi zaman sekolah dulu. Hari-hari berulang alik dari rumah ke sekolah. Hari-harilah juga, abah yang hantar dan ambil. Rasa bersalah Tuhan saja tahu. Tapi abah tak pernah kisah. Terima kasih Abah. :')

Abah cakap,

"Abah tak kisah. Abah nak tengok anak-anak berjaya. Habis duit, habis masa, abah langsung tak kisah."

Allah...
Rasa nak terbang balik peluk abah kuat-kuat sekarang juga.

...

Mama dan abah selalu pesan,

"
Hargai orang yang buat baik pada kita. Ingat jasa dia tolong kita. Kalau kita tak mampu nak tolong atau balas jasa dia, sekurangnya ingat dan sebut nama dia dalam doa kita."

InsyaAllah, biiznillah.

Terlalu ramai orang baik yang Allah hadirkan di sekeliling kita, untuk kita juga jadi baik macam mereka. Nikmat manakah yang kita dustakan lagi? 
Allahu Allah.



Moga Allah mudahkan urusan orang-orang yang selalu mudahkan urusan orang lain.
Amiin! :')




p.s : Final exam mula 6/6 ni. Mohon doa. :)