Pages

0 comments

Kun Fayakun...

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Main hujan?
Main hujan dalam suhu yang biasa seperti di Malaysia, itu normal.
Tapi kalau main hujan dalam suhu 5 degree, itu sebaliknya.
Kan? :)

[131213 - Pagi Jumaat yang hening, Sayyeda Zainab dibasahi hujan. Subhanallah]

Hujan di Mesir bukanlah satu kebiasaan. Hujan hanya akan turun bila ada pertukaran musim; summer, winter, spring & autumn! Dan tahun ni dengan kuasa Allah, hujan berhari-hari dengan suhu yang sangat sejuk. 

Mungkin bagi sesetengah orang yang merasa salji dan suhu yang bawah takat beku, kalau suhu begini tentulah bagi mereka apa sahaja kan? Cuma bagi kami yang di sini, tak pernah-pernah suhu terlampau sejuk dan ada salji, itu luar biasalah kan? :)

Ultimate Family Outing (UFO)

Alhamdulillah semalam adalah hari kemuncak untuk family day PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) setelah sudah seminggu dijalankan. 

Pagi-pagi bersiap di rumah, tengok hujan tak henti-henti di luar.

"Jadi ke tak hari ni?" Saya bertanya kepada ahli beit.

"Jap, aku telefon AJK." Ujar si ahli beit.
"Dia kata dah ada yang pergi dan insyaAllah setakat ni masih ada."

Maka kami bergegas bersiap dan berdoa hujan akan berhenti. Alhamdulillah masa keluar dari rumah, hujan sudah berhenti. Tapi memandang gumpalan awan mendung di dada langit, kami yakin hujan akan tetap turun lagi dan lagi. Pasrah.

Kami memulakan aktiviti dalam kesejukan dan kedinginan. Tapi alhamdulillah ketika itu hujan sudah berhenti. Namun kusangkakan mentari yang menyinar akan berpanjangan, tapi rupanya hujan lebat akan berterusan.

Kami main dalam hujan! Ya, hujan dalam musim sejuk. :)

"Kalian nak berhenti atau nak teruskan?" Tanya AJK.

"Alang-alang dah basah, main je lah." Dan permainan diteruskan hingga ke akhirnya. Subhanallah hebat semangat akhawat PCK. Tahniah buat semua. :)

Alhamdulillah dalam kesejukan dan kedinginan, ukhuwwah terus terjalin.
Basah sama-sama, sejuk sama-sama, bersorak sama-sama. Allah Allah.
Agaknya orang Arab pelik tengok kami boleh bermain dalam hujan begitu? =D



[Ketulan ais - hujan ais (terima kak Dira untuk gambar)]

Ada yang tanya, "Tak sejuk ke main dalam basah macam tu?"

Bukan setakat sejuk saja, dah tahap tak rasa pape. Tak boleh rasa tangan, kebas, kaki kebas, lengkap satu pakej. Kenangan, alhamdulillah. :)

Balik kena bersihkan diri!
Kalau tak, mahunya demam dan seumpama dengannya.
Mari jaga diri baik-baik.
Kesihatan itu juga satu nikmat yang wajib disyukuri dan dihargai.

Kun Fayakun

Dahulu kala bila sebut Mesir ada 4 musim, kebanyakan akan terkejut. Mungkin ramai yang bayangkan Mesir tanah tandus berpasir dan panas sahaja. Ada 4 musim tapi yang lama hanya musim sejuk dan musim panas sahaja. :)

Mesir bukanlah negara bersalji, kecuali pada tempat yang tinggi seperti Gunung Sinai. Hanya itu. 

Tapi semalam, kami semua 'digemparkan' Mesir bersalji! Subhanallah. Salji turun pada sesetengah tempat. Kawasan perumahan yang saya dan kawan-kawan tinggal, hanya dihujani ais. Hujan ais pun dah rasa macam apa. Huhuhu.

Jadinya, tak usahlah kita cakap dengan yakinnya tentang sesuatu yang kita tak tahu. Kadang bila sebut Mesir bersalji, macam mustahil. Tapi kalau dengan kuasa Allah, semuanya bisa terjadi. Kan? :)

Bak kata Mama kan Allah dah kata, "Kun Fayakun, kalau Allah kata nak jadi, jadilah." 
Subhanallah. Senyum dengan nikmat yang Tuhan berikan. :)


"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." 
[surah Yasin, ayat 82]