Pages

0 comments

Husnu Dzon

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah doa-doa di bulan Ramadan hari tu ada yang Allah makbulkan. Salah satunya, dapat kerja. Yeay! Alhamdulillah. :)

Doa-doa lain yang belum dimakbulkan, insyaAllah Allah akan makbulkan tika waktu yang sesuai dan terbaik. InsyaAllah. :)


Cerita bab nak kerja ni, drama sungguh. Haha. Dipendekkan cerita, lepas lulus temuduga (alhamdulillah), semua orang pakat berdoa dapat masuk kerja bulan 8. Maka semua orang get ready nak telefon SPA lepas raya. Ada seorang hamba Allah berjaya telefon dan satu batch dapat perkhabaran duka; semua budak Cairo University tak berjaya dapat atas faktor kami tiada sijil asliah/ijazah/scroll

Ujian apakah ini? Sedangkan ikut tahun-tahun sebelum ni, tiada masalah pun memandangkan kami sudah dibekalkan dengan Provisional Certificate yang menggantikan sijil sementara sijil yang sebenar siap. Allahu Rabbi.

Kelam kabut semua orang. Ye lah, hampir 5 bulan duk rumah. Kalau tahu nak sijil, boleh diusahakan dari awal. Kalau ini, kalau itu. Sebut buah 'kalau' ni memang nampak mudah semua benda. :(

Makanya, sijil diusahakan untuk dibuat dalam kadar segera. Terima kasih JPA, Encik Khairi khususnya yang membantu, team Gen 9 dan adik-adik Cairo University

Semua orang tika itu dah move on. Okeylah. Bukan rezeki kita lagi nak kerja. Kita tunggu intake bulan 10. :)

'Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.'(?)

Peribahasa tak kena dengan cerita. Hahaha.

Dalam penghujung bulan 7, tiba-tiba (ceh, kononnya suspense la), ada hamba Allah beritahu; "Cuba call SPA, pegawai SPA kata, ada budak Cairo University yang nama dia memang dah ada untuk bulan 8 ni."

Seriuslahhhhhh?

Masa tu memang subhanallah, cuak sangat-sangat. Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba nama ada balik?

And the rest was history. Alhamdulillah. :)


Husnu Dzon

Husnu dzon. Sangka baik. It was easier said than done.

Bila mana satu ujian menimpa, bukan mudah sebenarnya nak didik hati bersangka baik. Selalunya timbul seribu satu persoalan dahulu, bila dah bertenang, baru boleh fikir dengan rasionalnya. Teruknya hati kecil itu. Mine of course. :(

Sepatutnya hati kecil itu perlu dididik dengan sifat mahmudah yang membolehkan kita sabar bila ujian datang melanda.

Saya pernah dengar satu kalam dari seseorang;

"Sabar itu bukan selepas kita hamburkan segala amarah dan kata-kata yang tidak menyenangkan dan kemudiannya kita bertenang mengatakan; aku sabar. Tidak. Sabar itu adalah mula-mula kita teruji, kita terus mengungkapkan alhamdulillah atas nikmat ujian dan pasrah dengan ujian tersebut."  

Itu. Again, it was easier said than done. It's not easy. Kecuali tingginya tingkat iman dan takwa kita. Dan kita seharusnya sentiasa berusaha membaiki hati kecil itu. Biiznillah. :)

"Aku sesuai dengan persangkaan hamba padaKu." 

Allah ada bersama sangkaan hambaNya. Sebab itu kita sentiasa kena bersangka baik pada Allah, moga dengan sangkaan kita itu, yang baik-baik sahaja yang datang.

Kita selalunya dikaburi dengan perasaan dan emosi bila satu-satu benda terjadi pada kita. Kita lebih untuk persoalkan;

"Kenapa aku?"

"Kenapa benda macam ni berlaku?"

"Kenapa aku tak dapat benda yang aku nak?"

Dan seterusnya.

Padahal apa yang berlaku, tiap apa yang berlaku, ada sejuta hikmahnya yang tidak kita ketahui. Pengetahuan kita terbatas. Kita hanya nampak apa yang mahu kita lihat, kita hanya dengar apa yang kita nak dengar.

Sedangkan, Allah tidak akan membebani tiap hambaNya melebihi batas kemampuan diri sendiri.
Sedangkan, Allah Maha Mengetahui dari kita yang tidak tahu apa-apa.
Sedangkan, Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.

Kita hanya hamba. Hamba yang kena belajar erti redha, sabar dan pasrah. :)


Makanya, wahai Nur Izzati binti Mohd Hashim, bertabahlah mulakan hidup baru di negeri Pahang. Hahaha. ;)


Nota: Lama duk rumah, rasa tak nak pergi mana-mana. Nak terus jadi anak mama abah yang manja. Lol.