Pages

0 comments

::Suatu peringatan::

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR, berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an bagi orang yang tidak melakukan solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan dalam kehidupan seharian kita... Kal ho na ho? Mungkinkah hari esok masih ada utk kita...

0 comments

Ku malu sendiri...

Hari yg baru kini bermula… Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini, masih dapat meneruskan langkah yg masih jauh~

Macam biasa, rutih harian ku bermula dari bangun utk kerjakan solat subuh lagi… dan biasanya malam pulak la baru dapat berehat atau dalam erti kata lain tidur… satu exercise yg cukup ku gemari… hehehe…

Sebenarnya, bukan pasal rutin harianku yg ingin kuceritakan… Tapi kehidupan org2 arab kat mesir nih. Macam biasa, pagi2 saya dengan nadia dan najwa akan tunggu teksi di hadapan masjid sayeda zainab, seberang jalan dari rumah kami~ Kisah bermula…

Teksi demi teksi kami tahan, tapi agak susah nak dapat teksi yg murah untuk ke universiti… Selalunya, pak cik teksi ni akan minta 5 geneh untuk ke Kasr El-Ainy ( nama tempat terletaknya universitiku), bukannya jauh pun. Dalam 5-10 minit dah sampai kalau tak sesak… Tapi tu la, pak cik- pak cik ni demand sgt. Tapi kalau bernasib baik, insyaAllah dapat je 3 geneh. Kalau tidak, pagi-pagi lagi dah kena bertekak dengan pak cik-pak cik teksi ni… Bukan boleh bagi muka sangat dekat diaorang nanti diaorang ‘cop’ budak2 malaysia kaya, susah juga nanti…

Hurm… Tahan punya tahan, pak cik teksi nak 5 geneh juga, jadi nak tak nak kami naik juga. Almaklumla, kitaorang dah lewat sebenarnya… hehehe… Biasalah, naik teksi jadi tak payah nak cepat-cepat…

Naik-naik je, kami ditegur oleh si pak cik ni… Kenapa tak bagi salam? Bukan ke kamu semua ni muslim? ( di’translate’ kan ke dalam bahasa melayu dah). Berpandangan kami sesama sendiri… Malu sebenarnya, huhuhu… Jadi kami pun, bagi la salam… Wah! Terasa kagum dengan pak cik ni… Pak cik tu sambung lagi, kita sebagai muslim sepatutnya bagi la salam kalau jumpa dengan saudara seagama kita… Kitaorg hanya mampu kata ‘aiwah’, yg bermaksud baiklah… Terselit perasaan kagum, malu… semua bercampur aduk…

Tapi sebenarnya, ni bukan kali pertama saya ditegur macam tu… Hari ni kali ke 3 dah sebenarnya dalam dua tiga hari ni… huhuhu. Mungkin kerana sifat pelupa yg ada menyebabkan tak ingat untuk bagi salam, ditambah lagi dengan kelam kabut nak naik teksi… Almaklumla, kat mesir ni, kadangkala pak cik teksi ni memberhentikan teksi di tengah-tengah jalan. Macam mana tak kelam kabut nak naik teksi~ bukan alasan tapi satu kenyataan… Pelajar-pelajar kat sini dah sedia maklum dengan keadaan trafik kat mesir ni…

Begitulah budaya orang arab… Kalimah-kalimah subhanallah, alhamdulillah, masyaAllah, insyaAllah, sentiasa meniti di bibir mereka… Terasa dekat diri dengan Allah…

Kalau di sekolah dulu di SMKA Naim Lilbanat, para guru dah memang cuba terapkan budaya memberi salam kepda guru-guru, senior-senior, tapi hanya sebilangan yang mengamalkannya… Sedihnya pabila dikenang kembali… Tapi di sini, terasa beruntungnya… Di universiti, kadangkala, yg tua dulu mendahului memberi salam. Malunya terasa… Mungkin penghayatan itu masih lagi baru… Namun, insyaAllah akan kucuba budayakan memberi salam. Bukankah memberi salam itu sunat muakad dalam islam? Amalan yg dituntut dalam agama… Senangnya nak dapat pahala sebenarnya~

Mungkin ada yg berfikiran, xpelah mereka( org arab) memang gunakan bahasa arab dah dalam kehidupan mereka~ adakah yg berfikiran begitu? Hurm… kalau ada tu, cubalah utk sama2 muhasabah diri bersama-sama… Dalam kehidupan seharian, bukankah kita digalakkan utk berzikir pada Allah? Untuk sentiasa mengingati Tuhan, Allah yg telah mencipta kita semua… Kalau kita renung balik, pabila kalimah-kalimah ni sering kita tuturkan bukankah kita dah berzikir pada DIA? Yakni… Kita mengingati padaNYA~ insyaAllah…

Dan sekiranya ada yang melatah, apa kata kalau yg melatah itu cuba melafazkan kalimah-kalimah zikir daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yg bukan2… Sekurangnya dapat pahala daripada dapat dosa free~

0 comments

cinta bersulam noda~

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu...

*lagu kumpulan DeHearty~

lagu ni kalau betul2 dihayati mampu buat kita menangis...
kerdilnya kita di sisi Allah

0 comments

::setahun jagung::

Assalamualaikum...

Entah kenapa hatiku tergerak utk buat blog ni...
apakah sebab tgk kawan2 pun ada, teringin jugak utk ada?
sebenarnya saya ni xlah pandai utk menulis apatah lagi utk menggunakan ayat yg berbunga-bunga utk merungkaikan kata-kata hati...
hanya sekadar utk meluahkan rasa hati,
utk berkongsi cerita, berkongsi ilmu~
rasanya blog boleh dijadikan tempat utk berkongsi ilmu khususnya...

agpun, my cousin da pesan...
nak buat blog ni
biarlah ia berguna, berilmiah...
insyaAllah saya cuba~
walaupun diri ini sedar diri ini bukanlah seorang penulis yg pandai utk bercerita...

::kubiar kalam berbicara, menghurai maksudnya di hati::