Ku malu sendiri...
Hari yg baru kini bermula… Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini, masih dapat meneruskan langkah yg masih jauh~
Macam biasa, rutih harian ku bermula dari bangun utk kerjakan solat subuh lagi… dan biasanya malam pulak la baru dapat berehat atau dalam erti kata lain tidur… satu exercise yg cukup ku gemari… hehehe…
Sebenarnya, bukan pasal rutin harianku yg ingin kuceritakan… Tapi kehidupan org2 arab kat mesir nih. Macam biasa, pagi2 saya dengan nadia dan najwa akan tunggu teksi di hadapan masjid sayeda zainab, seberang jalan dari rumah kami~ Kisah bermula…
Teksi demi teksi kami tahan, tapi agak susah nak dapat teksi yg murah untuk ke universiti… Selalunya, pak cik teksi ni akan minta 5 geneh untuk ke Kasr El-Ainy ( nama tempat terletaknya universitiku), bukannya jauh pun. Dalam 5-10 minit dah sampai kalau tak sesak… Tapi tu la, pak cik- pak cik ni demand sgt. Tapi kalau bernasib baik, insyaAllah dapat je 3 geneh. Kalau tidak, pagi-pagi lagi dah kena bertekak dengan pak cik-pak cik teksi ni… Bukan boleh bagi muka sangat dekat diaorang nanti diaorang ‘cop’ budak2 malaysia kaya, susah juga nanti…
Hurm… Tahan punya tahan, pak cik teksi nak 5 geneh juga, jadi nak tak nak kami naik juga. Almaklumla, kitaorang dah lewat sebenarnya… hehehe… Biasalah, naik teksi jadi tak payah nak cepat-cepat…
Naik-naik je, kami ditegur oleh si pak cik ni… Kenapa tak bagi salam? Bukan ke kamu semua ni muslim? ( di’translate’ kan ke dalam bahasa melayu dah). Berpandangan kami sesama sendiri… Malu sebenarnya, huhuhu… Jadi kami pun, bagi la salam… Wah! Terasa kagum dengan pak cik ni… Pak cik tu sambung lagi, kita sebagai muslim sepatutnya bagi la salam kalau jumpa dengan saudara seagama kita… Kitaorg hanya mampu kata ‘aiwah’, yg bermaksud baiklah… Terselit perasaan kagum, malu… semua bercampur aduk…
Tapi sebenarnya, ni bukan kali pertama saya ditegur macam tu… Hari ni kali ke 3 dah sebenarnya dalam dua tiga hari ni… huhuhu. Mungkin kerana sifat pelupa yg ada menyebabkan tak ingat untuk bagi salam, ditambah lagi dengan kelam kabut nak naik teksi… Almaklumla, kat mesir ni, kadangkala pak cik teksi ni memberhentikan teksi di tengah-tengah jalan. Macam mana tak kelam kabut nak naik teksi~ bukan alasan tapi satu kenyataan… Pelajar-pelajar kat sini dah sedia maklum dengan keadaan trafik kat mesir ni…
Begitulah budaya orang arab… Kalimah-kalimah subhanallah, alhamdulillah, masyaAllah, insyaAllah, sentiasa meniti di bibir mereka… Terasa dekat diri dengan Allah…
Kalau di sekolah dulu di SMKA Naim Lilbanat, para guru dah memang cuba terapkan budaya memberi salam kepda guru-guru, senior-senior, tapi hanya sebilangan yang mengamalkannya… Sedihnya pabila dikenang kembali… Tapi di sini, terasa beruntungnya… Di universiti, kadangkala, yg tua dulu mendahului memberi salam. Malunya terasa… Mungkin penghayatan itu masih lagi baru… Namun, insyaAllah akan kucuba budayakan memberi salam. Bukankah memberi salam itu sunat muakad dalam islam? Amalan yg dituntut dalam agama… Senangnya nak dapat pahala sebenarnya~
Mungkin ada yg berfikiran, xpelah mereka( org arab) memang gunakan bahasa arab dah dalam kehidupan mereka~ adakah yg berfikiran begitu? Hurm… kalau ada tu, cubalah utk sama2 muhasabah diri bersama-sama… Dalam kehidupan seharian, bukankah kita digalakkan utk berzikir pada Allah? Untuk sentiasa mengingati Tuhan, Allah yg telah mencipta kita semua… Kalau kita renung balik, pabila kalimah-kalimah ni sering kita tuturkan bukankah kita dah berzikir pada DIA? Yakni… Kita mengingati padaNYA~ insyaAllah…
Dan sekiranya ada yang melatah, apa kata kalau yg melatah itu cuba melafazkan kalimah-kalimah zikir daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yg bukan2… Sekurangnya dapat pahala daripada dapat dosa free~
0 comments:
Post a Comment