::Dua Golongan Pemakai Tudung::
Terdapat dua golongan orang-orang yang memakai tudung. Satu seperti sebuah akuarium, dan yang kedua, seperti sebuah sungai.
Hah? apa maksud sebuah akuarium? Cuba kita perhatikan…
'Akuarium' menurut kamus bermaksud sebuah tangki untuk menyimpan ikan hidup. Biasanya, akuarium ni tertutup. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang paling utama adalah untuk mengelakkan habuk atau cicak masuk ke dalam akuarium lalu merosakkan kecantikkan akuarium itu.
Kalau kita perhatikan, akuarium ni tak boleh ditutup penuh, kena ada lubang-lubang udara untuk membolehkan pertukaran gas yang amat penting buat kehidupan ikan. Akuarium juga tujuannya untuk mempamerkan ikan-ikan dan pemandangan dalam air yang indah. Setiap orang yang memandang sebuah akuarium yang cukup jagaannya akan terpersona dengan keindahannya.
Seseorang boleh tahu berapa banyak ikan yang ada, apa jenis ikan yang ada, cantik ke tidak malah pelbagai lagi, apatah lagi kalau ada sinaran lampu yang menyinari. Air dalam akuarium pula berbeza. Kalau cukup jagaannya, nampak bersihlah air akuarium itu. Kalau tak pernah bertukar, MasyaAllah, kita pun geli nak tengok. Itulah cerita akuarium…
Bagaimana pula cerita sungai?
Percaya kah anda setiap sungai yang ada di dunia ini sebenarnya 'bertutup'? Kalau tak percaya, carilah sungai di atas muka bumi ini yang apabila kita mendongak memandang ke atas tiada langit atau awan yang melindungi. Itulah 'tutup' sebuah sungai. Penutup ini bukan sahaja menutup, malah berinteraksi dengan sungai dengan melengkapkan kitaran air. Itulah antara tujuan 'tutup' sungai ini.
Kalau dibandingkan dengan akuarium, bolehkah seseorang mengagak berapa banyak ikan atau hidupan yang ada dalam sebuah sungai? Kita mungkin boleh mengagak apakah jenis-jenis yang ada tetapi mustahil untuk kita mendapat jawapan yang tepat. Sebab apa?
Salah satu sebabnya, sungai tidak bertujuan untuk mempamerkan segala isi hidupannya. Air sungai pula macam mana? Air sungai termasuk dalam air-air yang bersih, maksudnya kita boleh bersuci dengan air sungai. Tapi mungkin ada yang kata, banyak juga sungai yang tampak
kotor.
Hah? apa hujahnya pula? Kita renung kembali, kebanyakan sungai yang kotor adalah disebabkan kesalahan manusia yang suka membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Jadi, mana bisa kita nak salahkan sungai.
So.. macam mana? Boleh buat nilaian sendiri?
Seorang perempuan yang memakai tudung sekadar untuk menunjuk-nunjuk adalah
seperti sebuah akuarium. Tujuan penutupannya adalah supaya orang menganggapnya cantik, alim bertudung. Nampak bertutup, tapi masih ada bahagian-bahagian badan yang terbuka. Segala perhiasan dirinya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Air di dalam akuarium diibaratkan
seperti hati si pemakai. Pernahkah dia mencermin hatinya; iaitu membersihkan pemikirannya sebab orang boleh nampak kejernihan atau kekeruhannya. Renung kembali, sejernih-jernih air akuarium, mahukah atau bolehkah kita bersuci dengannya? Tepuk dada tanya iman…
Sungai pula dikiaskan sebagai seorang perempuan yang mahu dilindungi. Oleh itu, akan sentiasa ada interaksi di antara tudungnya dengan personaliti dirinya. Bila ada interaksi ini, dia akan sentiasa ingin membawa imej yang baik. Segala perhiasan yang ada di dalam dirinya tidak akan dipamerkan,kerana dia tahu setiap yang memandangnya pasti akan terpersona dengan perhiasan-perhiasan nya itu.
Air sungai yang bersih mengalir melambangkan hati si pemakai yang mahu sentiasa bersih dengan secara berterusan mencerminkan dirinya. Sebagai manusia biasa kadangkala dia tidak dapat menahan diri dari perkara-perkara yang boleh mngeruhkan hatinya, namun dia tidak pernah lupa untuk menjernihkannya kembali, umpama air sungai yang keruh menjadi
jernih semula setelah habis musim hujan…
*dipetik dari bicara muslim~
:: Kita dilahirkan sebagai pejuang... Walaupun medan dan cara kita berbeza... Mahkotakan mutiara kesabaran dan panduan iman kerana perjuangan ini bukan satu destinasi tapi satu perjalanan yg panjang::
1 comments:
like this..
salam kenal
Post a Comment