Pages

Kasih ibu membawa ke syurga~

Siapa cakap hari ibu kena sambut setahun sekali je?

tiap hari adalah hari ibu...
mungkin utk lbh nampak istimewa,
setiap bulan 5, minggu kedua hari ahad di malaysia
dijadikan hari istimewa untuk para ibu, Hari Ibu~

Kat sana sini promosi hari ibu,
promosi brg2 murah khas utk ibu2,
kad2, dan mcm2 lah...
semuanya utk ibu~

namun...
ucapan terima kasih, hadiah yg kita bagi
xkan terbalas dgn jasa2 yg telah ibu kita lakukan...
tp...
seorang ibu, walaupun hanya ucapan terima kasih dah cukup memadai,
itulah seorang ibu,
kasihnya yang x terhingga buat si anak...

tatkala kita masih ada ibu,
hargailah mereka...
tunaikan tanggungjwb kita sebagai seorang anak.

apa salahnya kalau tika ada kat rumah,
tolong2 buat kerja rumah,
ringan sikit tugas ibu...

daku pernah tanya mama,
mama xpenat ke buat benda yg sama tiap2 hari,
memandangkan my mum adalah suri rumah tangga
so, dari bgn pg smpilah dia tidur balik
kerja sama je hari2,
mama ckp, itu dah jd tugas setiap ibu,
istilah penat, bosan memg tiada...
dpt tgk anak2 gembira, berjaya
hilang penat lelah yg ada...

mulianya seorang ibu,
kasih syg yg xterhingga...

kalau berada jauh,
hubungilah selalu,
masih kuat di ingatan, pesanan Ustaz Razi, pensyarah bahasa arab kat INTEC dulu,
jgn biarkan ibu kita yg merindui kita dulu,
selalulah telefon, bertanya khabar,
kalau sibuk pun, hantarlah sms beritahu khabar~

dari kita dalam rahim lagi, kita dibelai dimanja
sehinggalah kita dah dewasa,
dah kenal kehidupan...

pengorbanan seorang ibu terlalu byk,
xterkira sehinggakan Islam mengangkat darjat seorang ibu lebih dari seorang ayah.
Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW :

“عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ.”

Maksudnya: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


namun, masih ada yg tegar menderhakai ibu mahupun ayah,
tidak terfikir kah mereka,
tidak ada perasaankah mereka?
sanggup meninggalkan ibu di rumah org2 tua,
dibiarkan mereka tanpa kasih sayang...

sebab itulah ada pepatah menyatakan,
seorang ibu mampu menjaga 10 org anak
tp 10 org anak belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu~

moga2 & insyaAllah, kita bukanlah dari kalangan yg tidak tahu menghargai ibu...
hargai ibu kita selagi mereka masih ada,
bersyukurlah kita masih ada ibu,
masih ada peluang utk berkhidmat pada mereka,
masih ada masa utk balas balik jasa2 mereka
walaupun tahu tak terbalas jasa2 itu...

“اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ.”

Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu.”


*** khas buat bonda tersayang, Adibah binti Mat Said, selamat hari ibu along ucapkan,syg mama... hanya doa yg mampu along titipkan dari jauh.

selamat hari ibu buat semua para ibu dan bakal ibu ^_^


jom TENGOK

btemplates

2 comments:

blackcardomompods said...

hargai ibu ,dh khwin nanti byk kita tak sempat bermanja dgn ibu.sibuk dgn anak2 pula.kita pulak rasa mcm ibu.hihihi

izzati Hashim said...

memg kak nor dah jd ibu pe? hik3