Pages

4 comments

Alkisah kena tinggal dengan Air Asia :(

Alhamdulillah. Finally, the time has come! Balik kampung oh balik kampung. Lalala.
Alangkah bahagianya dapat jumpa dengan family tersayang. Tak sabar rasanya! (=

Bertolak ke ke Cairo airport lepas berbuka puasa. Kitaorang semua naik Egypt air. Sampai di airport terus check in apa semua. Alhamdulillah semuanya lepas. Kitaorg malam tu agak ramai, dalam 11 orang. Boleh dikatakan students je ramai malam tu. Semua nak balik raya hohoho.

Nak dijadikan cerita, flight yang dijadualkan berlepas pukul 12.15 pagi ditunda kepada 12.55 pagi (lebih kurang pukul 6.55 pagi Malaysia). Oh, ok. Tapi lepas tu, bila dah hampir sejam naik plane, tiba-tiba ada announcement, “to passengers, please take your cabin luggage then wait at waiting hall!" Ada yang sudah terlena pun. Terkejut dan kecoh sekejap. Hati berbisik, "adehh, nape lak ni?" Kitaorg dua tiga orang ni dah tak sedap nak duduk, sebab masing-masing ada flight domestic pula. Masing-masing doa moga sekejap saja :(

Tunggu punya tunggu. At last, baru boleh naik plane balik. Alhamdulillah. Tengok jam dah pukul 3 pagi! Haish, macam tak sempat je ni. Bajet dalam pukul 7 petang waktu Malaysia baru sampai, macam tak sempat je.  Nor dah memg tak sempat, flight domestic dia pukul 6.25 petang lagi. Saya pun time tu dah mesej abah, tolong tanyakan tiket & stand by. Stand by suruh ambil kat KLIA ke? Apa-apa sahaja =p

Then, after 10 hours and with doa, we arrived safely at KLIA around 7.05 pm. Alhamdulillah dah menjejakkan kaki ke bumi malaysia lagi (=

Tapi time tu debaran makin kuat! Saya tak lepas-lepas tengok jam, risau2! Flight ke KB pukul 8.35 malam, dari LCCT bukan KLIA! :(

Kitaorg berbuka time tu gak, makan apa yang ada. Kurma, roti, cukup syarat berbuka puasa. Lpeas tu kami bergerak ke bahagian tuntutan bagasi. Kat sini, saya dah nak menangis. Cool Izzati, cool! Beg kuar lambat! Allah. Hampir setengah jam menanti sebelum nampak beg-beg itu. Lambatnya! Time tu dah hampir kul 8! Dan flight saya pukul 8.35 mlm dan kena rush ke LCCT! 

Kak Na, dari tadi lagi menenangkan saya. "InsyaAllah sempat, LCCT dekat je." Selain saya yang akan naik air asia, kebetulan ada 3 orang senior lagi yang akan ke LCCT tapi berbeza jadual penerbangan. Mereka lagi lambat. Kiranya sekarang ni hanya saya yang lain. Huu. :(

Kitaorg ke LCCT dengan bapa saudara senior Uni, Zubir. Pak Su Radi dah pecut kot bawak kereta tu, dalam 15 minit lepas tu smpi LCCT! Dengan harapan yang cukup tinggi, masih sempat lagi. Masih.

Time masuk LCCT tu, mata saya menangkap jadual penerbangan di board, flight AK5292 to Kota Bharu = closed! Gulrp! Mata berair. Kak na kata, "sempat-sempat, jom-jom kita p kat kaunter." 


Kaunter dah tutup! :(

Kami ke kaunter khas pula, merayu kat situ tapi semua dah terlambat. Time tu sudah pukul 8.35 malam pun. Kakak kat kaunter tu cakap, “sorry dik, akak minta maaf, tapi akak tak boleh nak buat apa-apa. Plane dah ready nak depart". Luluh hati! :(
Dia kata, sepatutnya airline yang naik tu yang kena uruskan semua ni, sebab egypt air delay, kena tinggal dengan air asia! Nak nangis, tapi tiada air mata yang menitis. :(


Dua-dua telefon, baik maxis atau celcom sejak sampai tadi berbunyi. Mereka yang menanti di Pengkalan Chepa Airport tengah risau. I'm alone.

Mereka bertiga, Kak Na, Saufi dan Zubir selamat berangkat dengan penerbangan seterusnya. Alhamdulillah. Gembira untuk mereka. 

Kemudian, atas pertolongan pak su Radi, saya ke KLIA balik. Masih ada harapan, kot? InsyaAllah. Nak cuba beli tiket MAS pula! Telefon Nor yg masih di KLIA, dia kata insyaAllah tiket ada. Harapan kembali berbunga. yeah~ nak balik! :D

Sampai di KLIA, terus ke kaunter MAS.

Saya : “akak, flight ke KB yg kul 10.35 malam ada lagi?”

Akak kat kaunter : “jap yer, akak tolong check kan”…. Kejap pastu… “maaf dik, semua penuh!"

Hah? Lower jaw drop. Ya Rabb.
Sebak kembali bermukim! Nor kat sebelah, "sabar tie, sabar."

Saya : “akak, semua class ke xde, kalau ada bussiness class pun saya nak ambil ni. Asalkan ada tiket!” Bajet kaya. “yg esok pagi ke?”

Akak kat kaunter : “maaf dik, semua memang dah penuh! Tapi… open ticket ada!”. Dalam hati, "pebenda open ticket ni?"

Saya : “open ticket tu apa kak?” kalau saya ambil, ok ke? Possibility dapat tinggi ke?”

Hahaha, banyak je soalan saya tanya. :D

Akak kat kaunter : “ open ticket tu, dia utk stand by. Kiranya, kalau ada seat lebih, dia akan reserve. Dia valid utk setahun." Saya dengan Nor dah berbalas pandangan. Nak ambil ke tidak? Akak tu kata dalam RM374. Kaya? hahaha.

Akak tu sambung, “nanti akak tanya kaunter check in ramai tak org yang dah stand by ni." Dalam hati doa, moga-moga tak ramai. Hopefully. 

Then, akak tu cakap, “kaunter check in caakp, 18 org yang tengah stand by." Haa! 18 orang?! Lower jaw drop for the second time. Huhuhu. Ramainya nak balik Kelantan T.T


Last-last akak tu cakap, “Tak payah la dik, akak rasa maacm tak berbaloi je, entah bila baru dapat, lagi pun selalunya seat yang lebih hanya ada 2 atau 3 tempat mcm tu je." 


=='

Sabar-sabar. Balik punya!

Then, kami jumpa CTK. Dia tengah makan kat food court. Dia balik Pahang.

A’a la! saya tak berbuka dengan makanan berat pun lagi. Sempat jamah sebiji kurma je tadi. Tiket punya pasal, dah tak ingat nak makan. Sympathetic stimulation. 

Tiba-tiba abah telefon dan beritahu yang... 


"takpe-takpe, ayah su ada lagi kat KL!" Alhamdulillah, that’s great! Ayah su tak balik Kelate lagi, memang nasib baik. Tapi abah dah kata, kalau ayah su dah memang balik, abah yg akak datang ambil. Bajet KL-KB tu dekat, hohoho. Tu lah kasih seorg bapa! Love u daddy, so much! (=

Lepas hantar Nor, CTK, Shifa balik yang diaorang punya flight pukul 10.35 malam. Tinggal seorang diri di KLIA. Time tu, sedih kot! :D Orang lain dah selamat sampai rumah pun :( 
Tapi sebelum ni dah da pengalaman tidur di KLIA, so mungkin dah tak sedih. Hee. Projection! :D

Hurm, nak buat macam mana kan? Semua ni dalam perancangan Allah. Dia yang Maha Mengetahui.

Cuma, apa yg blh saya simpulkan kat sini. Mungkin lepas ni (MUNGKIN), AirAsia bukan lagi pilihan utama. Jangan marah orang-orang pro-AirAsia. =P 


Bukan apa, terasa leceh nak ke LCCT lagi. Ni kes terpencil macam ni lah. Then, kalau MAS, at least dia boleh tolong reserve kan in case flight delay macam saya ni. Nor still dapat tiket sebab MAS dah reserve kan utk dia. Vote for MAS! hahaha.

Lepas saya send mesej kata flight delay tu, abah dah p kaunter AirAsia, tanyakan apa yang patut dibuat. But nothing, NOTHING. =P

Then, kalau pilih EGYPT AIR, sila ambil flight domestic yang paling lewat! Macam Shifa & CTK. Diaorang tak perlu berkejaran maacm saya dengan yang lain! Penat. KLIA-LCCT-KLIA!

Sorry EGYPT AIR! =P
Not bad la naik Egypt air, even bukanlah 5 stars mcm Qatar airlines kan. Cuma dari segi services memang tak best. Egypt memang macam tu! Hee. =P

Benda macam ni berlaku, banyak buat saya berfikir. Kadang2 ada perancangan yg kita dah wat betul-betul teliti tapi tidak menjadi. Kerna apa? Sebab, perancangan Allah lagi maha teliti. (=

Akhirnya,


...


..


.

Balik kampung dengan ayah su~ lalala. Dan bakal bersesak di jalan raya! Kenapalah ramai sangat anak Kelate nih! Siapa kata rakyat kelate tak ramai? =p

Balik kampung… oooo… balik kampung!

Nasib baik ada 2 hari lagi sebelum raya. Kalau sampai malam raya, saya dah menangis, betul-betul menangis dah (mungkin). hohoho :D







p/s : special thanks to pak su Radi, saufi, zubir, kak na & yg lain~

p/s again : masih ada manisnya walaupun pahit kena tinggal dengan air asia (=

2 comments

Love Chooses You


If you find yourself in love with someone, and that someone does not love you... be gentle to yourself, there is nothing wrong with you, but love just did not choose to rest in that someone's heart...


If you find someone in love with you and you cannot answer that love... feel honoured that love has came by and called on your door... but gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart.

If you find yourself in love with someone and the love return... it still can happen that love chooses to leave.. do not try to claim it and do not asses any blame... let it go!
Despite the pain, there is a reason and meaning to this... you cannot choose love by yourself, LOVE CHOOSES YOU (=



0 comments

ramadhan pertama di bumi mesir

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 25 ramadhan (=

cepatnya masa berlalu!
dah nak sampai penghujung dah pun,
bakal berakhir ramadhan tahun 1431 H...
apakah masih ada ramadhan utkku pada tahun depan?

sebenarnya, tidak merancang utk berpuasa di mesir tahun ni,
namun atas sebab2 tertentu,
dan mungkin inilah jua takdir yg Allah nak bagi,
bagi peluang utk berpuasa kat sini, utk merasa kemeriahan berpuasa di sini.
kalau tak, ikut perancangan dalam tahun akhir pengajian kat sini baru nak berpuasa kat mesir hohoho....
perancangan Allah mana la kita tahu kan? cuma yg pasti, perancangan Allah itu sgt teliti (=

dan inilah jua kali pertama, berpuasa di perantauan dan jauh dari keluarga!
nak kata tak sedih tu, tipulah... awal2 ramadhan hari tu, tiap kali nak bgn sahur ke, nak berbuka, fikiran terus melayang ke kampung halaman. Nak balik! hee... manja juga daku ni ;p

normal la tu kan, asyik ingat nak balik rumah je... hohoho

berpuasa di mesir ni, tidaklah berbeza sgt dari m'sia. Cuma mungkin ada sikit yg berlainan, yg lebih membuatkan rasa best sgt puasa kat sini!

kalau dikutkan masa berpuasa, bermula dari pukul 4 pagi subuh, dan berbuka pukul 6 lbh. Lebih kurang waktu di m'sia saja (=
cuma, berpuasa di sini, tambah2 di musim panas ini, sgtlah mencabar! musim panas, buatkan rasa dahaga tu cepat je :D
seboleh-bolehnya, xnak keluar rumah, sebab panas sgt! inilah mesir di musim panas, kadangkala suhunya yang blh mencapai 45 darjah... sabar je lah :D
tu yg pengsan tu... ops! :P

kat sini juga, mana ada bazar ramadhan, nak berbuka, masak la sendiri. Bajet pandai masak je :P

petang2 nak dekat berbuka puasa tu, selalunya berhampiran masjid, mulalah kelihatan org buka meja2 dan letak makanan. Ni mcm berbuka secara percuma, ada org2 yg prihatin, yg baik hati yg sponsor. Sesiapa saja blh pergi berbuka :D tak pernah lagi pergi berbuka, malu kot! tepi jalan la... hik3... xpelah, berbuka di rumah lagi best hik3...

yg paling best, time pergi solat terawih di masjid. Ramai sgt org! hee...
kat m'sia pun, ramai je yg pergi solat terawih tp kat mesir ni, blh dikatakan setiap masjid penuh dgn org! smpikan ada yg buat jemaah kat luar2 masjid :D
tambah2 malam2 terakhir ramadhan ni :)

Sungguh, misryyrin (org2 mesir) ni sgt semangat menghidupkan malam2 terakhir ramadhan, berbeza dgn m'sia... entahlah, bagi daku, mereka sgt bersemangat! menghidupkan malam2 bermula dgn isya' smpi subuh dgn tahajud, dgn qiam :D
ber'iktikaf di masjid, tidur di masjid... wah~ satu pemandangan yang jarang2 blh dilihat di m'sia mungkin :(

semangat org2 tua yg sggp bersusah payah utk terus beriktikaf di masjid, buat daku malu sendirian... malu pada diri! daku masih muda, masih gagah utk wat ibadat, tp nafsu malas tu yg kuat.... ish3~ jom2, hapuskan sifat malas itu! (lbh pada pesan pada diri) ^^

sepatutnya mlm2 akhir ni lah, kena semangat pergi masjid. Realiti kat m'sia, makin hujung puasa makin surut org kat masjid. Org ramai kat supermarket, kat pasar borong. Terbalik plak :(

misryyrin ni juga, yg suka daku tgk, kebanyakan diaorg sentiasa bawa al-Quran kemana-mana pergi :D
duduk je berehat sekejap, walau kat mana2 pun, terus buka Quran. Wah~ sgt bgs!
kadang2 pekerja kat kedai2 pun, smbl duk tggu pelanggan, baca Quran. satu fenomena yg sgt buat daku kagum!
tambah2 bulan puasa ni, lagi la... berjalan-jalan, nampak je org pegang tasbih. tak kira tua atau muda. Wah~ kagum2! :D terasa jatuh cinta lak tgk :P
inilah mesir ^^

berbuka bersama sababat2 akhawat yg lain, sedikit sebanyak kurangkan kerinduan berbuka dgn family. Masing2 duk jauh ngan family, kumpul ramai2 time berbuka, memg best! :D

pengalaman berpuasa di mesir, satu pengalaman berharga. InsyaAllah dlm plan memg ada utk puasa penuh dan raya terus di Mesir :D
tahun akhir la kot :P

p/s : tahun ni, raya di m'sia bersama yg tersyg ok! (=

*************

juadah berbuka, yummy2 (=

biskut raya yg anah, pait & ima dah buat~ awal2 ag dah ciap!

spagetti yg menggantikan mee yg xde dijual di sini (=