bila nak fasih ni?
Bila nak fasih ni?
fasih dengan bahasa :D
erk~
takkan bahasa melayu kot...
dialek kelate?
lagi la bukan hohoho...
English?
erk~
tak sehebat org yg fasih sgt dlm BI tu...
tapi sy rajin baca novel BI (oh ke'sengal'an terasa hohoho)
Apa lagi kalau bukan bahasa arab :(
huhuhu...
bilakah saatnya nak fasih bertutur dlm bahasa arab ammi ( bahasa arab pasar mesir)...ni?
dah masuk tahun ke 3 berada di bumi mesir ni, tapi masih tak fasih2 lagi.
Malunya!
Oh. Selalu kena tegur ngan seorang senior ni bila terpaksa berhubung atas urusan kerja.
Ayat sadis dia buat tersipu-sipu, xtau nak letak muka kat mana,
"ni tahun berapa? muka mcm dah senior"
maksud dia, bukan baru dtg la. Malulah! hee...
Kat universiti pun bergaul dengan kawan2 melayu. Sebab pelajar2 Malaysia, kitaorg diletakkan dlm satu kelas, kelas MoU. Kelas ni khas utk pelajar malaysia sahaja. Ada kelas yg bercampur dengan budak2 arab, kelas G2G. Ada yg masuk kelas ni. Tapi memandangkan kami adalah anak2 JPA, jadi masuklah kelas MoU :D
Duduk kat rumah pun ngan kawan2 melayu. Itu semestinya! =p Takkan nak duduk ngan org arab kan??
Jadi penggunaan bahasa arab tu hanya bila ke pasar atau ke kedai2, ke kelas al-Quran, dan bila nak buat urusan. Hanya itu! Yang lain, pergi kelas, balik rumah. Habis.
Dan jujurnya, kawan2 yg berbangsa arab pun dua tiga org je. Tu pun kalau berckp ngan diaorg, diaorg lbh suka 'speaking'. Diaorg la plak nak belajar BI ngan kita. huhuhu... Lagipun susah nak cari kawan arab yg sabar dlm 'mengajar' bahasa arab. Last2 diaorg ckp BI. hahaha... tak paham punya pasal =p
Ustazah Amira selalu tanya, "bilalah korg ni nak pandai BA?" hee... senyum je lah kan? hehehe...
Ustazah sentiasa pesan, "ambil peluang ketika berada di sini, belajar bahasa Quran tu. Belajar nahu, balaghah, pe semua"... baik2, angguk2, senyum2. insyaAllah je yg terkeluar :D
Kenangan 5 tahun belajar bahasa arab di SMKA Naim Lilbanat memg best. Nak belajar lagi bahasa arab fushah! Sekarang ni peluang belajar bahasa arab memg terbuka luas. Itu tak dinafikan. Cuma masa yg membataskan.
Namun, terselit di hati yg bila habis belajar di sini, balik malaysia insyaAllah mampu atau fasih bertutur dlm bahasa arab fushah. InsyaAllah. Bak kata ustazah Hachinah ( jadi PK Hem sekolah Naim lagi ke?), mana tau nanti pelajar2 yg belajar di mesir ni blh ajar adik2 kat sekolah plak :D.
Balik nanti jd doktor la ustazah hehehe... kerja part time kot... sempat ke? =p
Mungkin maksud ustazah, ilmu kena amalkan. Kalau ada ilmu tapi x amalkan pun xguna juga kan. Lagipun, bahasa ni kita kena praktis, bukan setakat tulis & hafal je... kena praktis selalu.
Jadi... jom belajar bahasa arab ammi & fushah sekali :D
beramah mesra la dengan jiran tetangga, dengan pak cik mak cik arab tu hehehe...
ni lebih kepada pesanan utk diri sendiri ^^!
maaf yer pak cik, asyik sy je yg tepon pak cik ho3... dah la xpandai ckp kan. ayat sama je dari tahun 1 smpi skrg hehehe...
nota 1 : polis Mesir dah pakai baju hitam! oh yeay~ musim sejuk sudah tiba :D
nota 2 : hati berbunga-bunga je hari ni, nape yer? hee... senyum memanjang je lah hari ni =p
Labels: egpyt
Jejak Cita
Tak dihargai?
Seringkali terdengar ayat seumpama ini,
"hargailah org yg ada di sekelilingmu, sayangilah mereka selagi mereka ada di sisi,
selalunya bila dah xde baru terasa kehilangan"
tapi bagaimana pula kita yg berada di situasi kita yg tak dihargai?
mcm klise sgt bunyinya kan hahaha =p
mungkin ada yg akan berkata, "ada aku kisah?"...
ye ke x kisah, entah2 hati tu punya la rasa sedih kan =p
terpulang pada diri sendiri la, tepuk dada tanya hati (=
dan bagi saya sendiri,
biarlah tak dihargai oleh orang tapi jgn tak dihargai oleh Allah ^^!
p/s lagi : mulut mungkin blh menipu namun kadangkala perbuatan tidak seiring dgn kata-kata :(
Labels: life
R.I.N.D.U
rindu nak makan nasi kapit @ nasi himpit yg arwah nenek buat T.T
dulu, ketika arwah masih ada
setiap kali raya, menu yg wajib ada adalah nasi kapit.
tak kira la raya aidiladha atau aidilfitri,
wajib ada~
oh. sy merindukan saat2 itu T.T
sebab arwah tau, cucu dia yg seorang ni memg suka sgt nasi kapit :(
sama je mkn nasi kapit yg org lain buat pun, tapi sejak kecil dah terbiasa tiap kali raya,
nasi kapit yg arwah buat mesti ada. Bila dah xde, terasa lain...
yg tu juga yg teristimewa T.T
teringat raya aidilfitri lepas,
time tu arwah dah xde,
lepas masuk rumah, salam ngan semua org
terus ke dapur
terjenguk-jenguk bawah saji... huhuhu
mak saudara dtg tanya,
"ni cari apa ni"...
dgn tersengih-sengih jawab,
"cari nasi kapit"... hee
"nasi kapit ada kat luar tu, tapi tempah la bukan yg buat dah la"
huhuhu...
esoknya, mummy buat! hohoho...
terima kasih :D
p/s : terlupa yg hari ni, 18/11/2010 hari perkahwinan kak ngah & abg amir, sepupuku... hee
patutla mummy & abah tak jwb tepon ho3...
Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke syurga nan abadi~
staring. praying. hoping
erti syukur...
ukhwah itu terlalu indah...
alhamdulillah...
berdikari mengajar erti kehidupan
Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun sebulan hidup di bumi mesir ni. Sudah 2 kali balik malaysia ketika cuti musim panas, dan sudah bergelar 'senior' rupanya (=
Kalau dulu, ketika mula-mula sampai di sini, 7/10/2008 terasa canggung dengan semua benda. Tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan. Kena masak sendiri. Sebelum ni di rumah, semuanya mama yg sediakan. ish3... Hidup di tempat org, kena lah berdikari! Semua benda kena buat sendiri. Ada masalah kena selesai sendiri. Oh. Saya sudah besar rupanya =p
Tambah2 kena hidup di dalam sebuah masyarakat yang memang berbeza dari bahasanya, budayanya. Namun bersyukur sebab masih di negara Islam. Jadi, persoalan tentang makanan halal ke tidak menjadi masalah ^^!
Pengalaman yg mungkin tak blh dilupakan bila berurusan tentang pembaharui visa ketika tahun satu. Terpaksa berulang alik dua tiga kali ke universiti gara-gara mak cik kat kaunter tidak puas hati dengan syahadah (sijil pengakuan universiti). Oh. Kat sini bukan 'customer is always right', kat sini terbalik hohoho... Berhadapan dengan org arab yang seringkali menguji kesabaran memg memenatkan :( Tapi, di sinilah terselit pengajaran tentang SABAR ^^!
Tinggal berjauhan dengan keluarga, yang jauh beribu batu, terpisah antara benua, memang satu pengorbanan yg sgt tinggi. Cuma adanya kemudahan internet jadi xde lah terasa sgt jauh. Boleh telefon bila2 masa sahaja, dgn syarat ada internet (=
Dan berjauhan ni lah mengajar utk membuat keputusan sendiri. Kena fikir sendiri mana baik buruknya. Oh. dan seringkali terhimpit oleh dua persimpangan :( Choose the road not taken ^^! Hidup seringkali diuji dengan pilihan.
Pergi universiti dengan berjalan 20 minit dari rumah. Kalau malas naik teksi, bus atau tremco (mcm van)... Kalau zaman sekolah dulu, abah lah yg hari-hari hantar ambil kat sekolah, terima kasih abah (=
hanya itu, yg lain abah dah ajar utk buat sendiri. Mula2 rasa 'memberontak' juga, sebab semua kerja kena buat sendiri. Tapi sekarang ni baru nampak hikmatnya (=
Abah latih utk berdikari sendiri, dan bila berada jauh dgn keluarga ni, sekurang-kurangnya dah pernah lalui semua itu ^^!
Hikmat itu pasti ada di sebalik apa yg berlaku!
Labels: life