berdikari mengajar erti kehidupan
Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun sebulan hidup di bumi mesir ni. Sudah 2 kali balik malaysia ketika cuti musim panas, dan sudah bergelar 'senior' rupanya (=
Kalau dulu, ketika mula-mula sampai di sini, 7/10/2008 terasa canggung dengan semua benda. Tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan. Kena masak sendiri. Sebelum ni di rumah, semuanya mama yg sediakan. ish3... Hidup di tempat org, kena lah berdikari! Semua benda kena buat sendiri. Ada masalah kena selesai sendiri. Oh. Saya sudah besar rupanya =p
Tambah2 kena hidup di dalam sebuah masyarakat yang memang berbeza dari bahasanya, budayanya. Namun bersyukur sebab masih di negara Islam. Jadi, persoalan tentang makanan halal ke tidak menjadi masalah ^^!
Pengalaman yg mungkin tak blh dilupakan bila berurusan tentang pembaharui visa ketika tahun satu. Terpaksa berulang alik dua tiga kali ke universiti gara-gara mak cik kat kaunter tidak puas hati dengan syahadah (sijil pengakuan universiti). Oh. Kat sini bukan 'customer is always right', kat sini terbalik hohoho... Berhadapan dengan org arab yang seringkali menguji kesabaran memg memenatkan :( Tapi, di sinilah terselit pengajaran tentang SABAR ^^!
Tinggal berjauhan dengan keluarga, yang jauh beribu batu, terpisah antara benua, memang satu pengorbanan yg sgt tinggi. Cuma adanya kemudahan internet jadi xde lah terasa sgt jauh. Boleh telefon bila2 masa sahaja, dgn syarat ada internet (=
Dan berjauhan ni lah mengajar utk membuat keputusan sendiri. Kena fikir sendiri mana baik buruknya. Oh. dan seringkali terhimpit oleh dua persimpangan :( Choose the road not taken ^^! Hidup seringkali diuji dengan pilihan.
Pergi universiti dengan berjalan 20 minit dari rumah. Kalau malas naik teksi, bus atau tremco (mcm van)... Kalau zaman sekolah dulu, abah lah yg hari-hari hantar ambil kat sekolah, terima kasih abah (=
hanya itu, yg lain abah dah ajar utk buat sendiri. Mula2 rasa 'memberontak' juga, sebab semua kerja kena buat sendiri. Tapi sekarang ni baru nampak hikmatnya (=
Abah latih utk berdikari sendiri, dan bila berada jauh dgn keluarga ni, sekurang-kurangnya dah pernah lalui semua itu ^^!
Hikmat itu pasti ada di sebalik apa yg berlaku!
0 comments:
Post a Comment