Pages

Dari B ke H.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Tautan ukhuwwah itu itu indah andai disandarkan padaNya. Hati-hati kecil itu bisa bertaut erat jika ikhlas keranaNya. ('=

Sama-sama melangkah ke syurga abadi, biiznillah.


Dia, tidak pernah mengenali mereka. 
Tidak pernah bertentang mata apatah lagi bersua muka berhadapan.Tidak pernah ada bicara yang terungkap.
Tapi terasa ada 'ikatan hati' di situ...

Pertemuan secara tidak langsung itu wujudkah? 

Perkenalan di alam maya itu nyatakah?

Permulaanya mungkin di sini...

"Salam ziarah."
"Datang menjenguk di sini."
"Salam perkenalan dari daerah itu ke daerah ini."

Mungkin.

Blogwalking, itu salah satu rutin bagi semua blogger kan?
Menjengah ke blog siapa-siapa, meninggalkan jejak. Dengan harapan dikunjungi kembali. Kan? (=

Tapi, bukan mudah untuk satu-satu blog itu terus menapak di hati kecil.
Dan bukannya mustahil jika kalau dulu menjadi SR kini adalah pengunjung setia untuk mana-mana blog.

Jejak tertinggal, ukhuwwah terjalin, terhubung satu ikatan tali persaudaraan.
Semuanya di alam maya.
Mula-mula di blog, mungkin kemudiannya di FB dan seterusnya... ke hati itu.

Kadangkala, dia rasa rindu.
Rindu untuk menatap wajah mereka. Rindu untuk bersua di alam nyata.
Rindu untuk mendengar bicara mereka. Rindu untuk mendengar mereka mengirimkan kata-kata buat jiwa.

Aneh bukan?
Jumpa tidak, bercakap tidak. Tetapi ada rasa rindu itu!

Hebatnya, bila hati yang berbicara.
Indahnya, bila lafaz "aku berkawan dengan dia hanya keranaMu."
Indah... cukup indah.

Jika benar kerana DIA yang Maha Satu, pasti saat pertemuan itu dinantikan, pasti bila ada perpisahan tidak pernah gelisah. 

Yang pasti, tentu akan ada doa untuk mereka di setiap doa yang dipanjatkan.
InsyaAllah.

Dari dia untuk mereka.

Mereka, yang mungkin tidak pernah bersua di alam realiti,
dia harapkan moga-moga akan ada peluang untuk bertemu,
bertentang mata walau sedetik,
untuk mengubat rindu yang mekar di sudut hati.
Hadirnya mereka dalam hidup dia,
membuka kisah baru,
kisah persahabatan yang cukup unik.
Dia tak pernah bertemu mereka,
tapi dia merindukan mereka. ('=
Aneh kan?

Dia sayang mereka, insyaAllah ikhlas hanya keranaNya. (=


nota : Siapa mereka? Cukuplah untuk saya katakan, yang terus memberi erti ukhuwwah buat diri. ('=
Izzati Hashim rindukan mereka. ('=









post ini,
untuk teman-teman blogger yang pasti. =D

btemplates

6 comments:

zulaikha said...

salam ihya' Ramadhan, ukhti izzati ^^

Alhamdulillah, sama2 di sini merasai jugak andainya ada pertemuan suatu hari nanti, insyaALLAH.

blogwalking jugak salah satu medium tarbiyah kita, insyaALLAH...Alhamdulillah, perancangan Allah tu sangat hebat, kan!


p/s :insyaALLAH, bakal berangkat ke bali, indonesia, pas raya nih. bakal pelajar perubatan jugak di sana. doakan ye semoga Dia mudahkan segala urusan.amin.

nusrah said...

Assalamualaikum zati,
subhanaAllah....sweetnye.
rasa nak bagi bunga kat zati skrg.
weeeee ;) ;)

Izzati Hashim said...

@zulaikha : Wslm wbt. (=

Allah sebaik-baik perancang, jalan cerita yang sangat teratur dan sgt indah ('=


p/s : Subhanallah, tahniah ukhti. Gembira utk Zulaikha ('=
Get ready yer bakal doktor, bedah2 itu sama mayat =P
Moga Allah mudahkan segalanya. InsyaAllah (=

Izzati Hashim said...

@nusrah : Wslm wbt. Tiya~!

sweet mcm tuan dia la kan? hehehe.
nak lavender tulips! =D

Muhd Iqbal Samsudin said...

Betul apa yang dikatakan tu. Ana juga pernah merasainya. (^_^)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum kak Izzati cayang ^_^

untuk sayalah tu kan hee~~
soo sweet..^_^

nah!! sejambak lavender tulips! hehe

*slm syg*