Pages

4 comments

Tahu atau tidak?!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sebulan lalu.

Terasa hening menjejakkan kali ke wad Temenggung di Hospital Besar Kota Bharu.
Sunyi. Yang kedengaran mungkin hanya derapan kaki doktor yang ke sana sini.
Langkah demi langkah kususuri dan menghampiri ke sebuah katil di situ.

Wayar berselirat di sana sini, dua monitor di kanan kiri katil.
Matanya terpejam rapat.
Kupegang jari jemarinya, kurenung wajahnya yang semakin cengkung.

Mungkin menyedari adanya yang datang, dia membuka mata dan merenungku.
Setitis demi setitis air mata yang mengalir.
Dan cukuplah air mata itu saja sebagai bahasanya. )'=

"Cik Nah, Izzati dah nak berangkat ke Mesir esok. Cik Nah jaga diri baik-baik yer. Cik Nah kena kuat!"

Makin erat genggaman jari jemarinya. Tanda mengiyakan. Mungkin.
Dan kupandang monitor yang ada, menahan sebak di dada, menahan empangan air mata yang mungkin bila-bila masa akan pecah.

Tiada apa yang boleh dibicarakan, dengan mulutnya dipenuhi tiub. Hanya renungi mata saja berbicara.

"Cik Nah, izzati keluar dulu ya? Izzati sayang cik Nah."

Dia mengangguk. Pautan jemarinya makin kemas. Dan aku tunduk mencium tangannya.
Pertemuan syahdu itu rupanya pertemuan yang terakhir kalinya.

Hari ini.

Cukup 'seronok' dapat tengok cerita korea ramai-ramai ni. Ada yang tukang tambah, ada yang tukang gelak, ada yang tukang suspen. Macam-macam. Bukan selalu boleh bersama-sama duduk lepak sekali ni. Masa membataskan. Kan?

Seronok dengan keindahan duniawi.
Seronok kerana waktu keramat itu terhijab.
Seronok, sedangkan ada yang berduka lara.

Titt, titt, titt... Mesej.

"Along, dapat tak mesej angah di number maxis?"

Buka kotak mesej,

"Along, cik Nah dah xde, pagi tadi. Cubalah tepon kak Yana. Dia nangis-nangis peluk mama tadi. Mungkin boleh bagi semangat dekat dia?"

Innalillahiwainnailahirajiun. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Allahuakbar. )'=

Cukuplah, khabar kematian itu menjadi peringatan buat diri yang sentiasa lalai. Cukuplah kematian itu mampu menyentak tangkai hati untuk terus ingat akan hakikat sebuah kehidupan yang fana ini!

Tahu atau tidak?

Kita tahu ajal itu datang bila-bila masa saja kan?
Kita tahu di mana sekalipun kita tinggal, walau bila sekalipun, bila sampai masanya, kita tetap akan dijemput pulang.
Kita tahu dunia ini hanya sementara saja.
Kita tahu kita hidup tak lama.
Kita tahu tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat padaNya.
Kita tahu kita hidup bukan hanya makan, minum, pergi kelas, solat, puasa.
Kita tahu, tapi apa kita dah buat?!
Kita tahu, tapi hingga detik ini apa yang sudah kita laksanakan?
Sudahkah kita penuhi segala hak kita pada Allah?

Cukuplah.
Sama-sama muhasabah diri. 
Tanya iman, tanya hati, di mana tahapnya sekarang, 
apakah cukup untuk dijadikan mahar untuk ke syurga?
Allahu Allah. )'=




nota : Yana, kamu kuat! 

10 comments

Jangan!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Tahun baru untuk semester ni, hari Isnin yang paling 'hectic'.
Oh, kelas bermula awal pagi dan habis kadangkala hampir penghujung asar. Ya Rabb, berlari-lari anak pulang ke rumah. =='

Dalam berjalan pulang, sempat kami berceloteh di sepanjang jalan. Memang perempuan suka cakap kan? Hehehe.

"Macam mana kalau kita tak sempat nak sampai rumah, mati di tengah jalan dan tak sempat nak tunaikan solat?

Erk... Kita tengah 'berlari' ni nak kejar waktu solat kan? Allah pandang ni.

Tapi kita tak cuba untuk berhenti di mana-mana pun. Boleh saja kita berhenti, solat dulu baru jalan balik rumah."


*Senyap* masing-masing terdiam. Dan rasanya kaki makin laju melangkah.

Jauh fikiran menerawang usai solat tu...
Bagaimana agaknya tak sempat nak buat kebaikan kerana asyik bertangguh dan ajal itu datang menjemput?
Bagaimana sekiranya tak sempat nak langsaikan hutang segala bagai?
Bagaimana tak sempat nak minta maaf, tak itu tak ini, agak-agak macam mana yer?

Dan paling penting, bagaimana jika tidak sempat untuk bertaubat padaNya?
Oh... Nauzubillahiminzalik. 



Jadi,
jangan pernah bertangguh untuk lakukan kebaikan.
Jangan berhenti untuk sentiasa melakukan amar maaruf.
Jangan pernah untuk berkata 'tidak' untuk sebuah kemaafan.
Jangan pernah untuk kata 'tunggu dulu' untuk sebuah taubat.

Sebab kita ialah manusia, sebab kita adalah hamba yang tidak akan tahu apa akan terjadi 'next'.

Jika disedarkan di tengah pekat malam untuk merasai indahnya sujud padaNya, bangunlah.

Jika punyai waktu walau seketika untuk sujud padaNya, sujudlah.

Jika diberi peluang untuk memegang mushaf Quran, bacalah.
Jika ada peluang untuk melakukan kebaikan, lakukanlah.
Jika diberi peluang untuk membantu mereka yang susah, ringankanlah beban.

Gunakanlah peluang yang ada. Gunakanlah waktu yang ada!
Jangan pernah untuk bertangguh pada benda yang memberi manfaat pada kita. Jangan.

credit to MuslimBuzz.



10 comments

Semangat yang menjauh.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah minggu ni dah minggu ketiga masuk kelas. So far, alhamdulillah (=
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sering menanyakan khabar, jazakillah ('=

"macam mana study?"
"macam mana dengan tahun baru? persekitaran baru?"

Just one word, alhamdulillah. (=
Mula-mula melangkah, mula-mula untuk membiasakan diri di 'persekitaran' baru, hanya Tuhan yang tahu debaran di hati.
Tapi sekarang, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ('=




Semangat yang menjauh.
"Izzati, bagaimana nak ada semangat kembali?"
"Entahlah kakak, tak rasa ada semangat tu. Tak semangat nak buat semua benda. Tak tahulah kenapa."

Seretak mereka menanyakan soalan yang berkait rapat dengan semangat di waktu sama pada hari yang sama tapi berbeza keadaan.
Naa, saya bukanlah penasihat yang baik atau terbaik, masih bertatih ke arah itu. Cuma mungkin andai diberi pilihan, saya boleh atau lebih suka menjadi pendengar yang setia. (=

Cerita itu.

Berada di bumi Mesir ini banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Allah berikan saya peluang untuk merasai pengalaman yang pelbagai rasa. Ada ketikanya teruji dengan sesuatu yang mendukacitakan, adakalanya dengan yang pahit, dan macam-macam lagi.

Di sini saya mula belajar erti 'semangat' itu sendiri.
Bagaimana hilangnya semangat ketika mendapat khabar berita kehilangan insan tersayang di saat tengah exam. Bagaimana jatuhnya semangat tika mendapat keputusan yang hampir buat diri rasa putus asa. Bagaimana terbangnya semangat ketika 'diperlekehkan'.
Bagaimana rasa semangat itu menjauh tika jauh dari keluarga, tetap terasa asing walau berada dalam ramai.
Banyak...

Tapi... itu yang memberikan pengalaman. Dari situ tercarinya semangat-semangat yang hilang dan di situlah jua semangat itu ada. ('=

Jika ditanya pada saya bagaimana untuk kembali bersemangat semula, mungkin saya tiada jawapan yang pasti. Sebab, saya tidak berada di situasi yang sama. Saya tidak merasa apa yang anda rasa. Saya hanya akan jawab dari akal, bukannya hati bukannya perasaan yang sama sebagaimana yang anda rasa. )'=

Tapi takkanlah jika ada yang tanya soalan begitu pada kita, dan kita hanya jawab, "tak tahu, sebab saya tak alami apa yang kamu alami," kan? 
Sekurangnya, secebis kata-kata untuk naikkan semangat. Maybe? (=

Adakah bila semangat hilang, semangat makin merudum jatuh, tidakkah terfikir untuk naikkannya kembali? "Ok, cakap senanglah, tapi kamu tak rasa."

Ya, tapi kalau difikirkan, seandainya hanya mengikut perasaan yang lemah itu hanya membawa kita ke jurang, tunggu masa nak jatuh saja.

Sebagai contoh, tak mampu nak jawab exam dengan baik untuk subjek pertama dan rasa bagai nak 'fail'. Dan kalau bawa perasaan yang sama, asyik terfikirkan benda yang sama, tentu akan beri kesan pada subjek seterusnya, kan? Natijahnya mungkin lagi teruk. 

Jadi, biarkan yang lepas dan bangkit untuk yang seterusnya. Yang lepas biarkan, lepaskan sepenuhnya pada Allah. Sebagai hamba Allah, kita ada usaha, kita ada doa. Dan tawakkal itu kita gantungkan sepenuhnya pada Allah.

Kuatkan semangat dengan apa?
Dengan selalu mengingati Allah. ('=

Sebagai makhluk Allah yang punyai pelbagai rasa, pelbagai perasaan hakikatnya kita perlu balik kepadaNya. Back to Him. 
Kadang-kadang, rasa lemah semangat itu datangnya dari syaitan. Bermain-main di fikiran, menghasut fikiran untuk terus bersedih, terus memujuk hati untuk terus menyesali takdir. Itu permainan syaitan. 

"Allah lebih suka mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah."

Reflek diri.
Bukan mudah untuk mengatakan sesuatu yang bukan kita berada pada tempatnya. Sungguh. Selagi yang mendengar atau yang melihat atau yang merenung tidak mengalami perkara yang sama, selagi itu perasaan atau kata-kata itu tidak akan sepenuhnya 'sampai'. Sebab kita mungkin hanya mampu memberikan simpati 100% tapi tidak pada empathy

Sesungguhnya, s
emangat itu bukan hanya perlu dinanti dan kemudiannya datang, TIDAK. Tapi semangat itu perlu dicari, perlu digapai. Usahakan untuk mencarinya!

Ingat apa yang berlaku, Allah tak pernah jauh. Dia maha dekat. 
Ketika keluarga jauh di sisi, Dia tak pernah jauh.
Ketika ujian datang menimpa, Dia yang memberikan kita peluang untuk kembali padaNya.


Kuatkan semangat! Setiap apa yang berlaku ada hikmatnya, pasti.
Kuatkan semangat! Mengapa perlu dituruti hati yang rawan jika ia hanya membuatkan hidup terus kelam.
Kuatkan semangat! Allah tak uji dengan sesuatu yang melebihi tahap kemampuan hambaNya.
Kuatkan semangat! Tak guna untuk terus diam di situ sedangkan hidup ini terus berjalan. ('=


nota : Gelak sorang-sorang nak isi borang 'special' ni. Semua soalan luar silibus. =D

2 comments

Selamat berjuang!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

7 Oktober 2011.
Genap 3 tahun berada di bumi Mesir. Ikut tahun memang lah sudah genap, tapi kalau ditambah ditolak cuti segala bagai, tak cukup pun. =P

Apa-apa pun, alhamdulillah. Sudah berada di pertengahan jalan untuk hampir ke penghujung kisah sebagai pelajar perubatan. Lama lagi sebenarnya T.T
Alhamdulillah, segala pujian buat Tuhan yang sentiasa memandang hambaNya ini. 


Tahun baru bermula, kelas pun bermula! Yeay!

Mula-mula nak melangkah ke tahun baru terasa cuak seketika. Mungkin sebab akan bertemu dengan suasana yang berbeza dan muka-muka yang 'baru' nanti.
Bangun pagi 2/10 hari tu, dah berdebar-debar semacam. Macam nak masuk dewan exam je kan? 
Apa pun, alhamdulillah ala kulli hal. Letak tawakkal itu hanya pada Allah, insyaAllah pasti ada ketenangan yang bermukim. ('=

Dan, episod 'kesibukan' bermula! Hooray!
Happy semacam je kan? Mana tak happy, cuti dah super panjang. Jadi sekarang waktu untuk teruskan langkah yang dah terhenti seketika tu. Biiznillah (=

3 tahun itu sekejap.

Pejam celik pejam celik memang sekejap sangat 3 tahun tu. Sungguh. Masih terbayang-bayang saat satu keluarga menghantar ke KLIA. Berkumpul ramai-ramai semua anak JPA di situ, menanti untuk berlepas ke bumi Mesir. 

Teringat lagi, drama air mata kat situ. Oh syahdu sungguh. =P
Pertama kali berjauhan dengan keluarga, dan pertama kali itulah terus jauh berbeza benua. Pertama kali rasa homesick dan sekarang ni pun tak habis-habis lagi. =P

Bagaimana terpaksa tinggal di dewan Malaysia selama beberapa minggu sebelum masuk rumah sewa. Berulang alik dari dewan Malaysia ke universiti. Turun awal pagi lagi, balik time matahari dah nak tenggelam. Jauh punya pasal.

Kalau 3 tahun dulu masih lagi nak 'bermanja-manja' dengan kakak-kakak senior.
Minta tolong itu, minta tolong ini. Sekarang ni, kurang dah la kan. Sebab ada adik-adik junior dan kita pula yang kena tengokkan mereka. =D
Itulah adat berada di perantauan ni. Tolong menolong tengokkan antara satu sama lain. 

3 tahun, yang memberikan kematangan buat diri. Banyak sungguh pengalaman yang ada, yang dipelajari. Hidup ni, semakin meningkat dewasa kita, semakin banyak dugaannya, kan? Semakin kita melangkah mencari redha Ilahi, semakin banyak pula yang teruji. ('=

Selamat berjuang!

Tahniah diucapkan buat semua sahabat yang secara rasmi naik tahun baru. Tentu lega kan? Alhamdulillah. Tumpang gembira untuk kalian semua. Yang pasti, perasaan itu saya pun pernah lalui walaupun 'pending' seketika. Allahu Allah, Dia berikan yang terbaik. ('=

Selamat meneruskan perjuangan. Kita sudah di pertengahannya.Teruskan melangkah, moga Allah teguhkan kaki kita semua di jalanNya, insyaAllah.


Selamat hari lahir kak Atin. She's now in final year.
Tiba-tiba rasa sebak bila kak atin kata, "lepas kak atin habis ni, tie duk sini xde saudara mara yang nak tengok-tengokkan lagi la kan?"
T.T


nota : 4 tahun tu sekejap je kan nak berlalu? Sabar tu kan indah. Oh, tak sabar nak rasa saat itu. =D

6 comments

Time will heal.

Setahun berlalu, dan indahnya sudah tidak terasa kesakitan itu kan?

"Akak, tahun lepas tu bila tarikhnya?
Erk. Kejap. Tak ingat. Bila yer?"

Ironi. Sungguh.

Kalau setahun dulu, tarikh keramat itulah saatnya yang mungkin takkan pernah dilupakan tapi ajaib.
Time will heal. And totally true. Sembuh.
Alhamdulillah ('=

True!



nota : Kembali ke sekolah! Yeay! New season has just begun. Biiznillah (=

nota 1 : Sindrom malas nak update post baru masih menebal. Later, insyaAllah. (=
Ni bukan post ke? Bukan. Ni luahan hati. =P