Pages

Jangan!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Tahun baru untuk semester ni, hari Isnin yang paling 'hectic'.
Oh, kelas bermula awal pagi dan habis kadangkala hampir penghujung asar. Ya Rabb, berlari-lari anak pulang ke rumah. =='

Dalam berjalan pulang, sempat kami berceloteh di sepanjang jalan. Memang perempuan suka cakap kan? Hehehe.

"Macam mana kalau kita tak sempat nak sampai rumah, mati di tengah jalan dan tak sempat nak tunaikan solat?

Erk... Kita tengah 'berlari' ni nak kejar waktu solat kan? Allah pandang ni.

Tapi kita tak cuba untuk berhenti di mana-mana pun. Boleh saja kita berhenti, solat dulu baru jalan balik rumah."


*Senyap* masing-masing terdiam. Dan rasanya kaki makin laju melangkah.

Jauh fikiran menerawang usai solat tu...
Bagaimana agaknya tak sempat nak buat kebaikan kerana asyik bertangguh dan ajal itu datang menjemput?
Bagaimana sekiranya tak sempat nak langsaikan hutang segala bagai?
Bagaimana tak sempat nak minta maaf, tak itu tak ini, agak-agak macam mana yer?

Dan paling penting, bagaimana jika tidak sempat untuk bertaubat padaNya?
Oh... Nauzubillahiminzalik. 



Jadi,
jangan pernah bertangguh untuk lakukan kebaikan.
Jangan berhenti untuk sentiasa melakukan amar maaruf.
Jangan pernah untuk berkata 'tidak' untuk sebuah kemaafan.
Jangan pernah untuk kata 'tunggu dulu' untuk sebuah taubat.

Sebab kita ialah manusia, sebab kita adalah hamba yang tidak akan tahu apa akan terjadi 'next'.

Jika disedarkan di tengah pekat malam untuk merasai indahnya sujud padaNya, bangunlah.

Jika punyai waktu walau seketika untuk sujud padaNya, sujudlah.

Jika diberi peluang untuk memegang mushaf Quran, bacalah.
Jika ada peluang untuk melakukan kebaikan, lakukanlah.
Jika diberi peluang untuk membantu mereka yang susah, ringankanlah beban.

Gunakanlah peluang yang ada. Gunakanlah waktu yang ada!
Jangan pernah untuk bertangguh pada benda yang memberi manfaat pada kita. Jangan.

credit to MuslimBuzz.



btemplates

10 comments:

Muhammad Iqbal said...

Allah..

Memang sibuk kan. Kakak ain shams jugak kan?

Insya-Allah, kalau pemikiran kita berdimensikan akhirat, semakin mudah la kita dekatkan diri dengan Allah :)

hairul azizi said...

as salam.salam ziarah dri blog warna-warna kehidupan.btw post yg menarik.keep it up

Salsabila said...

assalaualaikum akak!

:) :)

terpukul dengan

"boleh je solat mana mana"

husna suka post ni! ^_^

Faaein Talip Roy said...

err.. terasa jugak.. suka tangguh2.. akhirnya memang merana jugaklah.. itulah... Allah dah bagi masa secukupnya.. tapi diri ini asyik membazirkannya.. =(

Izzati Hashim said...

@muhammad iqbal : Kan? Tahun pra-klinikan sibuk dengan kelas saja. Nanti masuk tahun klinikal dah relax sikit, tapi akan sibuk ke hospital pulak =D

InsyaAllah moga-moga kita sentiasa tahu apa yg kita buat itu hanya kerana Allah.


p/s : akak Cairo Uni (=

Izzati Hashim said...

@hairul Azizi : Terima kasih berkunjung ke sini Inche pemilik WWK (=

moga ada manfaatnya, insyaAllah (=

Izzati Hashim said...

@Salsabila : Wslm wbt.
Husna!

thanks dear, segalanya dari Dia (=

Izzati Hashim said...

@Faaein : samalah. Peringatan buat diri juga, khususnya ('=


p/s : Nusrah panggil ada 'akak' kat depan.... Jadi maknanya, lagi tua dari Nusrah kan? Jadi... lagi tua dari saya la kan?
Hehehe.

Yeay. Saya yang adik =P

Faaein Talip Roy said...

hahaha.. izzati.. kamu memang adik..

sejak akak masuk belajar.. cam dah tak kisah kawan dengan adik-adik.. kena sesuaikan.. kalau tak sesuai nanti janggal pulak.. huhuhu.. nusrah sebaya dengan izzati ker?

Izzati Hashim said...

x pun =D
tapi saya dah mulakan dengan panggil nama saja, so lekat lah smpi skrg panggil nama saja =D