Pages

4 comments

Jangan pergi!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Wah. *perkataan pertama yang kena tulis bila buka blogspot.*
Terkejut(?) sebab dah lama rupanya tak berkongsi di sini. Ish ish, ke mana NIMH menghilang? Hilang dalam ramai.



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji hanya buat DIA yang Maha Agung. Alhamdulillah dengan nikmat iman yang berpanjangan, nikmat hidup, nikmat makan, dan segalanya. Andai disuruh tulis semuanya, pasti takkan tertulis. Jadi, bersyukurlah selalu. Allah tak pernah tak bagi nikmat untuk kita kan? Allahu Allah. ('=


Nikmat masa pun salah satu dari nikmat-nikmat yang sering kita terlepas pandang. Padahal, kita hidup dengan masa. Kita menjalankan tanggungjawab kita semua dengan masa yang ada. Tapi kita sering lupa yang masa tu sangat berharga.


Jam ini sangat macho! Kat mana nak cari yer?
Terima kasih Kakak (klik) bagi guna gambar yang macho ini. (=


"Wey, aku xleh nak fokus 4 subjek sekaligus. Tak cukup masa nak study segala bagai nih."

"Sibuk sangat lah hari ni, keluar pagi nak dekat maghrib baru balik. Itu kalau sempat sebelum maghrib. Busy-busy. Balik-balik dah penat, tidur."

"
24 jam tu pun rasa macam tak cukup. Banyak sangat benda nak kena buat! Bila nak study ni?"


Penat. Sibuk. Tak cukup masa. Berkejaran dengan waktu.



Ey?
Betul tak cukup masa? Ambil masa fikir dulu.


....
...
..
.

Sungguh? Memang 24 jam yang Allah bagi tu memang tak cukup?

Sekarang senaraikan aktiviti yang kita lakukan seharian. Bermula bangun pagi, ke kelas, tambah dengan main FB, buka internet, makan, solat dan sebagainya. Cuba senaraikan hinggalah waktu tidur balik.


....
...
..
.


Dah?
Agak-agak, ayat "
24 jam tu pun rasa macam tak cukup" boleh guna tak?

Diri sendiri lagi tahu tentang dirinya kan? (=

Masa itu umpama emas.

Cukup berharga. Sangat-sangat berharga.

Setiap orang ada 24 jam. Allah beri semua orang waktu yang sama, tak kurang dan tiada yang lebih. Cukup-cukup. 
Tapi kenapa ada yang cakap 24 jam tu macam tak cukup?

Kenapa dia boleh cukup, dia boleh buat segala benda dalam 24 jam tapi kita tak boleh? Dia mampu nak study semua subjek dalam sehari, sibuk lagi. Dia boleh, kenapa tidak kita?


Sebagai contoh, saya ada ramai sahabat yang bukan saja hebat dalam akademik bahkan mereka jugalah yang berada di kalangan top dalam persatuan. Walau sibuk macam mana pun dengan aktiviti persatuan, dengan perjuangan, study tetap maintain dan result pun gempak! Ya Rabb, hebatkan? ('=

Pernah tak kita fikirkan kenapa?



Sebab mereka tahu yang mana utama dan perkara yang utama perlu didahulukan. Dan yang penting, tahu seimbangkan masa. Time study, kena study! Time kena buat kerja, buat kerja! Time main, mainlah. 


Dan saya yakin, bilamana kita buat kerja agama iaitu berkerja ikhlas kerana Allah, nak bantu agama Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (surah Muhammad, ayat 7)

Allah ni sayang sangat dekat kita, kita saja yang terlepas pandang semua tu. ('=

Andai kata tak cukup-cukup juga masa tu, renung-renung kembali, koreksi diri kembali. Duduk depan laptop mengadap benda yang bukan kerja tu berapa lama. Tengok cerita, tengok movie, main FB, main games dan lain-lain. Berapa lama kita peruntukkan masa kita untuk itu?

Apatah lagi kalau tengok cerita korea, cerita jepun, yang pasti cerita itu bersiri memang confirm berjam-jam.
Berhibur, nak tengok cerita tu tiada masalah tapi tetap ada batasnya. Yang menjadi masalah hanya bila study diletakkan di tepi, kerja dibiarkan bertangguh sebab semata-mata nak tengok cerita. 
Tak ke buang masa begitu saja? )=



Rasanya, bilamana dah buka laptop, connect internet then kalau nak kata sekejap tu adalah juga setengah jam, kemudiannya sejam dan berjam-jam. Tak ke? Saya saja kot. Unless memang kerja kita kena mengadap laptop!

Dan di situlah, kita sendiri kena tegas dengan diri sendiri, kan? 
Bila kita relax, bila memang tiada kerja dan tak busy kita rasakan benda tu macam biasa. Tapi bila sampai satu tahap di mana kita rasa masa ni tak cukup, time tu lah rasa menyesal datang. Seriously.



Tanggungjawab VS Masa.

Saya cukup suka bila ada orang yang ingatkan tentang masa. Sebab masa ni kadangkala kita tak nampak ia berlalu. Sedetik demi sedetik. Sesaat, seminit, sejam... Jangan pergi! Tapi masa takkan pernah tunggu kita. Kita yang kena kejar masa.



Bak kata seorang senior, "Saya suka orang yang tepati masa. Tanggungjawab yang ada lebih dari masa yang kita ada. Kalau kita tak jaga masa kita, macam mana kita nak handle pelbagai tanggungjawab yang ada."

Totally agree.

Tanggungjawab kita sebagai pelajar, sebagai hamba Allah, sebagai dai'e, sememangnya sangat banyak. Nak study lagi, nak buat kerja lagi, nak berpersatuan lagi, ya Rabb, sangat banyak ok? So, jangan buang masa. Hormati masa anda. Kalaulah masa boleh bercakap, mungkin selalu saja kita kena tegur. )=



  


Haarithun 'ala waqtihi.
Salah satu dari 10 muwassafat tarbiah (sifat-sifat yang perlu ada pada seorang dai'e) ialah haarithun 'ala waqtihi iaitu pandai menjaga masa. 

Imam Hassan al-Banna letakkan salah satu ciri yang perlu ada untuk seorang dai'e adalah pandai menjaga masa. Nak tak nak memang manusia itu perlu pandai untuk menjada waktunya, tahu untuk menguruskan masanya dengan baik.


Allah ada berfirman, 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (surah al-Asr)

Kalau zaman kanak-kanak sekolah dulu, buat jadual dan tampal dekat dinding. Memang kena ikut. Kalau tidak main saja kerjanya =P. Dan sekarang bila sudah meningkat dewasa ni perlu lagi ke nak buat jadual dan tampal di dinding?



Terpulang pada diri masing-masing, kalau rasa diri tak mampu nak menguruskan masa dengan baik, buat je lah kan. Bukan nak tunjuk kat orang pun, untuk sendiri-sendiri. Sekurang-kurangnya bila ada timetable macam tu, dengan sendirinya masa kita akan lebih tersusun, lebih terjaga. Nak buat sangat senang, nak ikut dan istiqamah tu yang susah kan?

Tapi, Allah suka sangat benda yang sikit tapi berterusan. Apa itu? Istiqamah. (=


Muhasabah bersama.

Kita selalu merungut bila orang yang berjanji dengan kita tak tepati masa.
Lambatlah, tak on time lah, dan macam-macam lagi.
Tapi pernah kita muhasabah diri kita bila kita yang lambat?
Pernah kita sedar yang kita juga pernah lambat dan buat orang tertunggu?

Sama juga dengan masa. Kita kata kita tak cukup masa, kita cakap tak sempat nak buat, tapi pernah kita salahkan diri kita sendiri?
Kita biarkan kerja bertangguh, kita buang masa dengan perkara yang tak sepatutnya. 

Jadi apakah layak untuk kita kata masa tu tak cukup?

Hari ini dah 29 Disember 2011, lagi dua hari bakal ke tahun baru 2012. Masa cepat sangat berlalu pergi, dan benda yang paling jauh yang takkan kita dapat gapai kembali adalah masa yang berlalu. Allahu Allah.

Sama-samalah kita gunakan masa kita dengan baik, dengan penuh hikmah.
Moga bila dibangkitkan kelak di padang mahsyar di depan Allah, bila ditanya tentang masa, kita mampu untuk menjawabnya. Biiznillah, insyaAllah. ('=


nota : Post panjang dan terakhir untuk tahun 2011. Selamat tinggal 2011, tahun yang penuh dengan suka duka. Moga Allah berkati masa-masa yang kita ada, insyaAllah. (=

2 comments

Taman syurga.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hari ni kami bercerita lagi, di taman syurga(?).

"Jom lepak di taman syurga."

Hah?

"Lepak kat tengah-tengah universiti tu haa. Kat situ best. Tempat lain rasa panas semacam, pergi kat situ rasa sejuk semacam. =D
Dahlah pokok-pokok menghijau, nyaman. Macam syurga. Tapi syurga hebat lagi. Tak terbayang di kaca mata."

Ish3. Banyak main betul. =D

Ustaz kata, syurga tu sesuatu yang kita takkan terbayang betapa indahnya ia. Yang tak pernah kita lihat dengan mata, tak pernah terhidu dengan hidung, tak pernah terasa dengan pancaindera. Jadi, hakikatnya kita takkan pernah tahu bagaimana indahnya syurga itu.

Nak rasa syurga? Nak tinggal di syurga?
Kejarlah pahala banyak-banyak.
Top up amalan selalu.
Tinggalkan maksiat dan larangan Allah, lakukan perintah Allah.
Sungguh senang. Tapi berapa kerat sahaja yang bersungguh-sungguh nakkan ia kan?

Heh. Saya saja kot begitu?
Suka main-main.

Bila ditimpa ujian, hati mudah mengeluh resah. Kata beriman? Teruji sikit terus melatah.
Bila terasa perjalanan sebagai dai'e terhalang, mula lemah semangat, mula futur.
Kata mujahid, kata mujahidah?

Mahar ke syurga itu mahal harganya. Nak dapat syurga kena jadi yang hebat!

Kita bayangkan begini saja,

seorang lelaki yang mahu kahwin dengan seorang perempuan tentu kena berusaha untuk mendapatkannya. Dan perempuan itu bukan calang-calang orang. Berilmu, berakhlak mulia, berbudi bahasa, dan dalam bahasa mudahnya dialah wanita solehah.
Bukan calang-calang orang juga yang akan menjadi sayap kanan perjuangannya bukan?

Mula-mula kena jumpa walinya terlebih dahulu. Lepas tu kena ada ilmu di dada, kalau tak bagaimana nak didik isteri dan anak-anak nanti. Dan bila nak kahwin pula kena ada duit serba sedikit. Ringkasnya kena usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak. USAHA.

Dan tentulah kalau disebut tentang syurga, tentang inginkan syurga sebagai rumah di alam sana nanti, tentu-tentulah usaha untuk dapatkannya kena super duper hebat lagi. Kan? (=

Oleh itu,

kalau terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah kisah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda dihina, diherdik, malah ingin dibunuh, tetap tabah dan kuat dalam langkah ini. Baginda lagi hebat diduga, lagi dasyat diuji. Nak dibandingkan dengan kita takkan pernah terbanding. )=

Kalau terasa putus asa dalam langkah, ingatlah kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Ingatlah kisah tauladan dari mujahadah-mujahadah Islam. Jangan mudah futur, jangan! Sekali tersadung, bangkitlah, bangkit dengan semangat yang baru! 

Anak kecil yang baru bertatih tahu untuk kembali bangun, apatah lagi kita yang sudah pandai untuk berlari.

Kita mahu syurga yang hebat, kita mahu kejayaan yang mantap-mantap, tapi tanya pada diri sendiri, apa cukup usaha yang kita lakukan?
Muhasabah. 


Dating kat situ jom! Sambil tadabbur alam, subhanallah (=

"Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah." 
(Surah Al-Kahfi, 31)

nota : Dunia bukan tempat rehat. Bila kaki dah melangkah masuk syurga, itulah saat bermula rehat yang berpanjangan. Allahuakbar. ('=

5 comments

"Saya minta maaf."

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Saya minta maaf."

Sungguhlah, ayat ini sangat power!
Acu cuba try test =D
Tambah-tambah sekiranya ayat power tu diungkapkan terus dari lubuk hati nan satu tu, insyaAllah terasa bagaikan luka yang berdarah macam apa tu akan sembuh. ('=

Alkisahnya begini...

Seperti biasa, hari Isnin hari yang paling hectic. Mungkin sebab setiap minggu, sampai-sampai rumah, azan maghrib dah berkumandang. =='

Dan yang tak berapa nak seronoknya benda seumpama itu boleh dielakkan jika kelas start dari awal.
Selalunya kelas adalah dalam 3 jam untuk satu subjek dan bila petang menjelma, boleh dikatakan setiap minggu tu jugalah, doktor akan masuk kelas lambat. Paling-paling awal, sejam lewat. Kalau yang sadisnya, sejam lebih nak ke dua jam. Tak ke sadis tu? T.T

Muka masing-masing dah bosan semacam. Dah rasa macam apa.
"doktor selalu macam ni."
"doktor dah buat kami tertunggu-tunggu macam ni."
Bla, bla, bla...

Dan nak dijadikan cerita...
Hari Isnin kelmarin dulu ada kuiz dan kelas seperti biasa.
Dan memandangkan bila tengok jam waktu asar dah nak dekat, so kami (bukan saya seorang =P) decide nak pergi ambil wuduk dan solat dulu. Xdelah terkejar-kejar balik nanti. Sambil-sambil tu siap pesan kat partner sebelah, "doktor masuk misscall tau."

Masa on the way ke masjid, kawan buat misscall. Oh, ok doktor dah sampai. Kaki tinggal berapa langkah saja lagi dari masjid. Patah balik ke tidak?
"Kuiz lepas  lecture kot? Macam yang hari tu."
So, dengan selambanya kami ke masjid. =D
Dan rupanya, bila masuk kelas doktor dah buat kuiz. Oh, tidak! T.T

Lepas kelas kami terus jumpa doktor. Dengan takut-takutnya. Err, boleh ke nak ambil kuiz lagi? Tadi macam dah bincang soalan-soalannya.
Alhamdulillah, doktor ok saja. (=

Dan ayat yang memberi kesan yang mendalam pada saya sendiri;
"saya minta maaf. Saya lambat ke kelas. Sepatutnya saya datang awal..."

Cukuplah satu perkataan untuk digambarkan, terkesima. Allahu Allah ('=
Terasa bagaikan perasaan tak puas hati dengan doktor sebab setiap minggu datang lambat tu terbang melayang. Hilang. Allahu Akbar.

Kalau fikir, doktor seorang yang lagi tua, yang lagi berusia. Tapi tetap merendahkan diri untuk meminta maaf kepada yang lagi muda. Tak salah kan seandainya yang lagi berusia meminta maaf dari mempertahankan ego sendiri? (=
*segan*

Saya minta maaf.

Ungkapan MAAF mampu menyejukkan hati yang tengah panas, 
mampu mendamaikan jiwa yang tengah resah gelisah,
mampu menghilangkan segala rasa tak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu. 
Pasti akan hilang, insyaAllah.

Jadilah insan yang pemaaf bagaikan baginda Rasulullah SAW,
belajarlah untuk menjadi orang yang terlebih dahulu memohon maaf walau bukan diri yang bersalah,
belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa merendahkan diri.
Biiznillah, insyaAllah. (=


credit : HERE 


 nota : Saya minta maaf! Untuk mereka-mereka yang pernah saya terguriskan hati, terkasar bicara, tak tertunai hak-hak sebagai saudara seagama. Maafkan saya yang hina ini. ('=
Dan insyaAllah, segala bagai kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya maafkan. NIL.

Saya manusia biasa, yang sentiasa melakukan salah dan silap. Dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasa kan? Tapi saya cuba, cuba menjadi insan yang lagi baik dari hari sebelumnya, biiznillah. (=

nota 1 : Jangan lupa yang kita kena selalu minta maaf dengan Allah! =D