Taman syurga.
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"Jom lepak di taman syurga."
Hah?
"Lepak kat tengah-tengah universiti tu haa. Kat situ best. Tempat lain rasa panas semacam, pergi kat situ rasa sejuk semacam. =D
Dahlah pokok-pokok menghijau, nyaman. Macam syurga. Tapi syurga hebat lagi. Tak terbayang di kaca mata."
Ustaz kata, syurga tu sesuatu yang kita takkan terbayang betapa indahnya ia. Yang tak pernah kita lihat dengan mata, tak pernah terhidu dengan hidung, tak pernah terasa dengan pancaindera. Jadi, hakikatnya kita takkan pernah tahu bagaimana indahnya syurga itu.
Nak rasa syurga? Nak tinggal di syurga?
Kejarlah pahala banyak-banyak.
Top up amalan selalu.
Tinggalkan maksiat dan larangan Allah, lakukan perintah Allah.
Sungguh senang. Tapi berapa kerat sahaja yang bersungguh-sungguh nakkan ia kan?
Heh. Saya saja kot begitu?
Suka main-main.
Bila ditimpa ujian, hati mudah mengeluh resah. Kata beriman? Teruji sikit terus melatah.
Bila terasa perjalanan sebagai dai'e terhalang, mula lemah semangat, mula futur.
Kata mujahid, kata mujahidah?
Mahar ke syurga itu mahal harganya. Nak dapat syurga kena jadi yang hebat!
Kita bayangkan begini saja,
seorang lelaki yang mahu kahwin dengan seorang perempuan tentu kena berusaha untuk mendapatkannya. Dan perempuan itu bukan calang-calang orang. Berilmu, berakhlak mulia, berbudi bahasa, dan dalam bahasa mudahnya dialah wanita solehah.
Bukan calang-calang orang juga yang akan menjadi sayap kanan perjuangannya bukan?
Mula-mula kena jumpa walinya terlebih dahulu. Lepas tu kena ada ilmu di dada, kalau tak bagaimana nak didik isteri dan anak-anak nanti. Dan bila nak kahwin pula kena ada duit serba sedikit. Ringkasnya kena usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak. USAHA.
Dan tentulah kalau disebut tentang syurga, tentang inginkan syurga sebagai rumah di alam sana nanti, tentu-tentulah usaha untuk dapatkannya kena super duper hebat lagi. Kan? (=
Oleh itu,
kalau terasa lemah dalam perjuangan, ingatlah kisah perjuangan Rasulullah S.A.W. Baginda dihina, diherdik, malah ingin dibunuh, tetap tabah dan kuat dalam langkah ini. Baginda lagi hebat diduga, lagi dasyat diuji. Nak dibandingkan dengan kita takkan pernah terbanding. )=
Kalau terasa putus asa dalam langkah, ingatlah kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah. Ingatlah kisah tauladan dari mujahadah-mujahadah Islam. Jangan mudah futur, jangan! Sekali tersadung, bangkitlah, bangkit dengan semangat yang baru!
Anak kecil yang baru bertatih tahu untuk kembali bangun, apatah lagi kita yang sudah pandai untuk berlari.
Kita mahu syurga yang hebat, kita mahu kejayaan yang mantap-mantap, tapi tanya pada diri sendiri, apa cukup usaha yang kita lakukan?
Muhasabah.
Dating kat situ jom! Sambil tadabbur alam, subhanallah (=
"Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah."
"Mereka itulah yang memperoleh syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi hiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah."
(Surah Al-Kahfi, 31)
nota : Dunia bukan tempat rehat. Bila kaki dah melangkah masuk syurga, itulah saat bermula rehat yang berpanjangan. Allahuakbar. ('=
2 comments:
Entri ni mengusik perasaan...=')
Dlm kembara seorang hamba, madu dan hempedu terpaksa ditelan. silih berganti...
Namun, tetap jgn futur! kan, kak? =')
Sebab Dia sentiasa adalah, kita tetap mesti kuat! Sebab Dia sentiasa bersamalah, kita x perlu gentar!
=') bukan mudah jalan ini...mahar menggapai taman abadi..
Entri ni mengusik perasaan...=')
Dlm kembara seorang hamba, madu dan hempedu terpaksa ditelan. silih berganti...
Namun, tetap jgn futur! kan, kak? =')
Sebab Dia sentiasa adalah, kita tetap mesti kuat! Sebab Dia sentiasa bersamalah, kita x perlu gentar!
=') bukan mudah jalan ini...mahar menggapai taman abadi..
Post a Comment