Pages

1 comments

Kompilasi hidup

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

{Amaran! Post ini kemungkinan besar sangat panjang. Mungkin.}



Sekadar hiasan. {Sumber}

Sungguh, saya segan.

Ada satu hari saya buka FB dan membaca notifications yang ada. Tertulis satu noti,
"akak kenal akak ni." (Akak ni merujuk pada Izzati Hashim)

Laju saya membukanya.

Link blog ini dan...
"buat diri yang dahagakan kasih sayang Allah."

.......

Allah.
Tergamam seketika. Lebih pada segan sebenarnya.
Kerna saya tahu, blog picisan ini bukan ada apa-apa. -.-

Terketuk seketika kerana saya tidak istiqamah dalam menulis di sini.
Bila dirasakan ada waktu dan ada rasa hendak menulis, baru saya menaip.
*tembak diri banyak-banyak kali*

Travelog Kehidupan.


Saya suka membaca kisah hidup seseorang.
Kisah perjalanan hidupnya, 
bagaimana dia menghadapi kehidupan, 
bagaimana dia 'cope' dengan situasi, 
bagaimana dia teruskan kehidupan dan sebagainya.

Contoh terdekat yang mampu saya bagi,
buku-buku Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, blog Yasmen Mogahed dan lain-lain.

Baca bukan sekadar baca, tapi mengambil ibrah atau pengajaran yang ada.
Mereka menulis bukan hanya sekadar tulis, tapi menulis dengan makna sekali.Andai teruji, mereka selitkan sekali kisah antara hubungan hamba dan Tuhannya.
Mereka selitkan sekali semangat yang ada.
Mereka menulis mengajak kita untuk sama merasai apa yang dirasa.
Mereka menulis untuk hati-hati yang membaca.

Subhanallah. ('=

Kadangkala, Allah berikan pengajaran pada kita bukan secara direct. Indirect.
Allah bagi ujian pada orang yang hampir dengan kita, 
dan kita kena ambil iktibar atau hikmat dari kisahnya.

Tak guna kita baca kisah sedih penuh inspirasi, tapi tidak mengetuk pintu hati.
Tak guna kita berkongsi rasa si penulis, tapi kita tidak menjadikan pengajaran dalam hidup kita.

Kisah interview.

Alhamdulillah hari ni, 29/12/12 saya ada interview untuk PERUBATAN Medical Team (PMT). Alhamdulillah dalam debar untuk di interview, akhirnya ia berlalu dengan cool nya. :)

Last saya interview, tahun 2008 lepas. Penuh dengan debaran dan semangat yang tinggi nak dapatkan tajaan JPA. Saya tak ingat sangat apa perasaan ketika itu, tapi saya pasti saya memang betul-betul mengharapkan tajaan ada dalam genggaman. Dan, Alhamdulillah.

Apa yang cuba saya nak kongsikan, interview pada hari ini mungkin nampak biasa sahaja.

"Alah, nak masuk medical team je pun. Bukan interview apa-apa pun."

Tapi kalau Allah memang tentukan saya berjaya, itu satu taklifan dari Allah. Bukan hanya manusia semata.

Apa yang saya cakap masa dalam interview, saya kena praktikkan.
Apa yang cuba saya nak bagi komitmen, saya kena amanah.

Dan andai saya tidak diterima, saya tetap kena terus bergerak dalam posisi saya sendiri. Nah, bukan biasa-biasa saja kan? (=

Apa alasan kita?

Saya terbaca satu post di FB,

Ada seorang pemuda bertemu dengan almarhum Ustaz Fadhil Noor memberi alasan utk tidak komitmen pada gerak kerja dakwah. Ustaz Fadhil Noor menjawab,

"Terserahlah atas kamu. Ciptalah apa pun alasan dan jika kamu yakin alasan kamu Allah terima maka barulah kamu boleh untuk tidak berdakwah."

Rasa tertembak terus ke dasar hati. Allah.
Satu muhasabah untuk kita semua.

Apa alasan kita untuk tidak melakukan dakwah?
Apa alasan kita untuk tidak melakukan amar maaruf dan nahi mungkar?

Kerana kita diuji dengan kegagalan?
Kerana kita diuji dengan kehilangan sesuatu?
Kerana kita terlalu sibuk dengan kerjaya, study dan seumpamanya?
Kerana kita merasakan kita tidak punya apa-apa untuk disumbangkan?
Kerana kita insan yang serba serbi kekurangan?
Kerana kita tidak cukup ilmu pengetahuan dan ilmu agama?

Mungkin setengah orang, Allah uji mereka dengan study, kerjaya, keluarga, dan lain-lain.
Sehinggakan, kerja dakwah ini terasa berat, nauzubillah.

Ya, selagi kita tak rasa bagaimana ujian itu, kita takkan tahu bagaimana peritnya.
Kita tak tahu bagaimana untuk hadapinya. Kita takkan tahu.
Tapi itu bukan noktahnya.
Tapi itu bukan alasannya.

Ingat sirah Rasulullah?
Allah uji baginda dengan bermacam-macam dugaan. 


Bukan dugaan yang biasa-biasa, tapi dugaan yang hebat. 
Kematian ahli keluarga dalam jarak yang terdekat.
Dihina dan difitnah sebagai tukang sihir.
Dicaci, cubaan untuk dibunuh dan sebagainya.
Tapi baginda terus menyebarkan dakwah Islam bukan? Baginda tetap berusaha!

"Oh. Kita mana boleh bandingkan dengan Rasulullah." - Monolog sesetengah orang.
Memang tidak akan terbanding. Tidak akan.
Tapi adakah itu bermakna kita patut give up tanpa sedikit usaha?

Cuba kita lihat pula kisah Imam Hassan Al-Banna. Zaman yang tak berapa jauh dari kita.
Kisah yang sama, berakhir dengan pembunuhan Imam.
Dalam liku-liku kehidupan Imam, Imam tetap teguh berdakwah.

Jauh lagi?
Kita tengok sendiri apa yang ada hari ini. Cuba kita renungi dan buka mata hati, lihat pejuang agama yang nak bawa Islam. Susah kan?
Tapi kenapa mereka masih teguh?

Dan untuk saya sendiri.
Apa alasan saya, sedangkan ada orang yang seringkali diuji dengan 'gagal dalam study' tapi masih bertahan bergerak dalam kerja persatuan dan dakwah.

Apa alasan saya, orang lain mampu seimbangkan antara study/kerjaya dengan dakwah dengan baik.

Apa alasan saya, orang lain mampu korbankan tenaga, jiwa, perasaan, harta untuk sumbangkan pada agama, tapi saya tidak.

Apa alasannya? T____T



Tahun baru, jiwa baru.

Dua tiga hari lagi, insyaAllah kita semua akan melangkah pada tahun 2013. Subhanallah cepat masa berlalu.


Ikut tahun Islam, saya sudah berusia 23 tahun. Alhamdulillah.
Usia meningkat, dan cuba untuk meningkatkan amalan jua.
Peningkatan usia, biarlah seiring dengan bertambahnya amalan kita semua.

Bukankah sia-sia hari yang berlalu, andai tiada satu amalan di dalamnya mampu memberatkan timbangan kita nanti? T_T

Hari baru, patutnya punyai semangat yang baru. Semangat untuk teruskan kehidupan.Semangat untuk teruskan perjuangan.

Dan sinonim dengan tahun baru adalah azam baru.
Dah tertunai belum azam yang lepas-lepas?
Apa azam tahun baru?
.....

Sekadar satu peringatan buat diri dan semua.

Tak guna kita punya berbukit-bukit azam, tapi satu pun kita tak cuba usaha dengan sebaiknya untuk kita amalkan dan istiqamah dengannya. Kan? (=

Selamat melangkah ke tahun 2013!
Biiznilillah.





nota : Menanti 2016. Biiznillah. (=

nota 1 : Terasa nak tukar nama blog, patutkah? -.-

4 comments

Al-Ghuraba

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Pakai tudung macam kain langsir."

Err. Besar sangat sampai nampak buruk ke? Hati bermonolog.

"Hai ustazah, baru balik dari usrah ke?"

Err. 


"Nak join sekali ke? Marilah."
 Membalas dengan nada yang lembut tapi berbaur sarkastik sambil tersenyum tawar.
Padahal baru sampai dari rumah keluarga sana ke rumah keluarga sini sahaja. -.-

Sedih, sebak, berbaur perasaan bila ditegur sebegitu rupa.
Apatah lagi yang menegur dikalangan 'keluarga' sendiri.

Pakai tudung bidang 60 dikatakan kain langsir bergerak.
Pakai jubah, tudung labuh sikit, dikatakan keluar sebab nak pergi usrah.
Pakai pelik(?) sikit dari kebiasaan orang pakai, mula ada yang memandang kehairanan.

Allah. Allah.

Apa yang pelik, kalau yang memakai tudung itu mengikut syariat Allah?
Apa yang pelik, kalau dia cuba untuk mengikuti arahan Allah SWT?

Apa yang pelik, kalau dia memakai baju labuh, longgar, besar dan sewaktu dengannya.
Dia yang pelik atau kamu yang berfikiran pelik sebenarnya? 


=D

Adik dan Kakak.

Situasi 1 : 


"Kakak, kenapa dalam rumah atuk ni kakak pakai tudung? Ada je yang tak pakai tudung?"
Si adik yang innocent mula bertanya.


Err.

Sebab ada lelaki yang bukan mahram kita. Lelaki yang kita boleh nikahi dan wajib ke atas kita untuk menutup aurat.

Tapi kenapa ada yang tak tutup pun?

Dia tak tahu kot. -.-


Situasi 2 :

"Kakak, tak panas ke pakai semua ni?"
Tangan dihalakan kepada tangan yang bersarung tangan dan kaki yang bersarung kaki.

"Mana ada panas, dah biasa."

Tapi ada yang tak pakai sarung kaki pun?
Sebab dia panas eh?

Err. -.-

Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang 'role model' dalam kalangan yang bukan sama-sama memahaminya.
Dan bukan mudah untuk melaksanakan amar makruf di saat ada yang mengetahuinya tapi tidak melaksanakannya.
Allah. Allah.

Dalam berbicara, teringat kalam seorang teman yang pernah bercita-cita nak besarkan anak-anak di luar negara seperti Eropah. Katanya,
"Sekurangnya jika ada anak bertanya tentang aurat seumpamanya, dia mampu nak tunjukkan dengan yang hak dan batil terus."

Tapi, sampai bila harus begitu? Kerna pada akhirnya, kita akan kembali semula ke medan sebenar, negara tercinta sendiri. Kan? (=

Sampai bila nak berada zon selesa. Kalau bukan kita yang merubahnya, siapa lagi yang nak tunjukkan kebenarannya?


Al-Ghuraba'.





"Islam mula tersebar dalam keadaan asing 
dan ia akan kembali asing. 
Maka beruntunglah orang yang asing." 

(Hadis Riwayat Muslim)

Lihat saja bagaimana pemimpin Islam yang mahu bawa Islam di saat dunia akhir zaman ini, susah.
Bagai menggengam bara api.

Dihina, dicaci, difitnah. 
Padahal dia cuba membawa ajaran agama yang benar, Islam.

Lihat saja para dai'e yang cuba mengajak manusia kepada Islam,
dia dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. 


Lihat saja pada perempuan muslimah yang menutup aurat dengan sempurna,
dikatakan dia ketinggalan zaman. Tidak mengikut fesyen zaman sekarang.
Disindir, diperli itu perkara biasa.

Lihat saja penulis-penulis buku keagamaan,
dia menulis dan menulis, cuba menggerakkan jiwa-jiwa yang membaca,
tapi sayangnya buku-buku yang ditulis susah untuk didapati.
Jarang kelihatan di mana-mana kedai buku biasa.

Lihat, bukalah mata.
Celiklah mata hati.
Pandang sekeliling.
Islam mula kembali asing.

Dan adakah kita berada di kalangan orang yang asing yang Nabi ungkapkan betapa beruntungnya menjadi yang terasing?
('=





nota : Terjumpa satu post menarik tentang Al-Ghuraba, jemput usha. =D