Pages

Sujudlah!

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Nak solat kat mana ni?"
Tanya along tika kami tengah makan di sebuah restoran. Masa tu jam 4 petang. Maghrib pukul 5.30 petang. Ada lebih kurang sejam setengah lagi.

Ada di antara kami dah selesai makan, tapi kami masih lagi menanti beberapa orang yang dalam perjalanan. Tunggu balik, macam dah lambat sangat.

Saya pandang Anje, "Kita p solat kat masjid sebelah metro (komuter) lepas tu patah balik sini nak?"

"Tak jauh ke nak pergi dan patah balik? Nanti dah gelap."

"Cuba tanya waiter kat sini, kot-kot ada tempat solat." Along mengusulkan.

Bila ditanya, tiada ruang yang disediakan untuk solat. Nak tak nak kami kena keluar juga.

"Mehlah solat kat masjid tu. Tak tenang hati tak solat-solat lagi nih."

Keluar dari restoran, mata melilau mencari 'ruang'. Ni kan Mesir, solat mana-mana tak pelik pun. Hati berdesis. Saat tu lah juga, ternampak seorang brother tengah solat di taman. 
Alhamdulillah Allah mudahkan.

"Solat situ nak? Kita tunggu dia habis solat."



{Bumi ini tempat sujud padaNya - Hadiqah Azhar 2011}

"Salam alaik. Nak tumpang solat sini boleh?"

"Tafaddal." (Silakan)

Hati terasa lain. Err. Mungkin sebab tempat tu bukannya masjid. Boleh dilihat orang walaupun tempatnya agak tersorok.

Nah. Bumi ni tempat sujud kita. Sujudlah mengadap Yang Maha Esa, walau di mana kamu berada.

Sujudlah!

:)

Kenangan di King's Cross, London.


{London - 2010}

Puas kami mencari tempat solat untuk fardu subuh di stesen kereta api London. Ruang stesen yang ada dipenuhi dengan manusia. Bertali arus. Bumi London memang bumi yang sibuk. Laju dan pantas bergerak. Seolah-olah masa sudah sampai ke penghujungnya.

Produktif, mungkin itu perkataan yang terbaik buat mereka. :)

"Solat kat atas ni nak?" Tangan terhala ke penjuru dinding bahagian atas tandas. Turun beberapa anak tangga, tandas.

"Ish. Mana boleh. Sebelah tandas kot!" Walau tandasnya memang terlalu cantik dan super duper bersih. Tak boleh. Titik.

Sambil berjalan, sambil mengintai ruang. Biarlah sekangkang kera cuma, asalkan boleh berdiri, rukuk dan sujud. Bass!


"Haa, kat sana ada ruang!" Ruang bawah eskalator, tepi mesin ATM, di sudut dinding tergantung board yang tertampal peta stesen King's Cross. 

Tanpa melengahkan masa yang terus berdetik, kami hamparkan sejadah.
"Allahuakbar."

Usai salam, pandang belakang, berderet orang beratur di mesin ATM. 'Khusyuk' mereka memandang kami, pelik mungkin. Kami hanya tersenyum, "Morning!"

:)

Mesir dan seisinya.

Alhamdulillah berada di Mesir, banyak yang boleh dipelajari.

Solat jangan dilengahkan. Masuk waktu solat, semua berpusu-pusu untuk solat. Rugilah kita kalau tak cuba belajar dari mereka.

Quran dibaca walau di mana-mana. Menunggu pelanggan masuk kedai, menunggu sampai ke destinasi, atas bas, di mana-mana. Subhanallah.
Mereka boleh, kenapa kita tidak. Tak nak bawa Quran, iPad, iPod, smartphone ada kan? :)

Zikrullah makanan harian. Salam tak kira pada sesiapa. Kadang malu sendiri bila yang berusia lagi laju memberikan salam. Malu sendiri bila lidah mereka sering menuturkan kalam membesarkan Tuhan yang Maha Agung. Allahu Allah.

Sungguh apa yang diperkatakan Al-Fadhil Ustaz Razi,
"Carilah mutiara-mutiara yang berharga di sebalik debu yang ada."


nota : Subhanallah indahnya punyai sahabat yang bila terbabas sikit waktu solat, dia ada mengajak untuk sentiasa solat di awal waktu. ('=

nota 1 : Saya ada 10 'adik-beradik' di sini, sejak zaman INTEC beberapa tahun yang lepas. Moga ukhuwwah hingga ke syurga. Amiin!

btemplates

6 comments:

Muzze said...

salam Dr! =)

Emmm, seriously, i wish i have a chance to travel abroad.... T.T

Wanna see the beautiful scenery, wanna meet new friends out there,
gain knowledge n experience....
May Allah make it easy.... =')

aku-bukan-robot said...

subhanallah ! amat best!

Izzati Hashim said...

Muzze :
Wslm wbt! :)
Muzzamil dah macam org Arab, suka panggil doktor. Doa tu. :)

InsyaAllah moga Allah mudahkan. Rancang baik-baik, ajak kawan2 yg satu kepala, insyaAllah blh dengan izinnya. Dengan syarat kena start plan dulu la. :)

Izzati Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Hashim said...

@aku bukan robot :

Segalanya dari Dia.
Nak like tapi xde button like kat komen hehehe.

Like! :)

Muzze said...

Dr Zati

ya, wish to be an arabian mix..haha
all my friends yg amek medic, sy akan panggil Dr..its a dua' n support for all of you. A future Muslim doctor for the ummah.
Not just treating physical but spiritual also. May Allah make it easy for ur journey. Amin!

I'm planing nak travel sorang2 or just a few closed friends...backpack..hehe

amin2, working hard to save money...but first n foremost, Al- Haramain would be my top priority, above everything else!!...=)