Pages

0 comments

Ramadan Kareem

Bismilllahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Ramadan Kareem!

Allahu akram. 

:) 


Fanus - Pelita gantung

Alhamdulillah Allah beri rezeki nak rasa Ramadan lagi pada tahun ni. Bahkan Allah beri rezeki lagi nak rasa dan nikmati Ramadan sebulan cukup di bumi Mesir.

"Nikmat manakah yang kau nak dustakan lagi?" 

Kalau tahun sebelum-sebelum ni, tak cukup sebulan puasa kat sini. Kadang 2 minggu, lepas tu sambung puasa di Malaysia. Tapi tahun ni, Allah nak bagi betul-betul nikmati Ramadan terakhir di Mesir agaknya. Huhuhu.

Ada hikmat rupanya kelas habis penghujung 28/7 nanti. Kalau tak, dah lama agaknya balik puasa kat tanah air tercinta. Haila, kalau dah namanya cinta. :)

Ramadan dan Mesir

Tahun-tahun sebelum ni, bila tiba bulan Ramadan, semua orang dah berhibernasi kat rumah. Study leave. Dan hanya keluar ke universiti untuk hadapi exam. Tapi bila dah masuk tahun akhir ni, dah masuk bulan Ramadan sekalipun, kelas masih ada. =D

Kelas masih ada, musim panas pula tu, dan tambah bulan Ramadan, subhanallah. Moga Allah kuatkan kita semua di jalan ini dan moga Allah terima semua amalan kita. Biiznillah. :)

Lagipun, kelas dah nak habis. Maka, mari kita enjoy! Nikmati pergi kelas dalam musim panas yang membahang, dan kena sabar, tabah dan redha dalam mengharungi Ramadan terakhir di Mesir ni.
:)

Orang selalu cakap, bulan Ramadan di Mesir sangat meriah. Dan kerana saya pun hampir setiap tahun dalam masa 7 tahun berada di sini melalui bulan Ramadan, memang mengakuinya, Ramadan di Mesir sangattttt meriah. Meriah dengan pesta ibadat. Subhanallah. :)

Time ni lah, semua orang pakat-pakat berlumba-lumba menambah pahala.

Kalau di mana-mana masjid, jemaah sangat ramai. Semua orang memenuhi masjid untuk berterawih. Selalunya jumlah yang ada kekal hingga penghujung Ramadan sekalipun. Kalau 10 malam terakhir, siap ada yang beriktikaf di masjid. Bawa anak-anak kecil sekali. Pemandangan yang subhanallah bagi saya amat membahagiakan. :)


Maidah al-Rahman (Terima kasih Hani chan untuk gambarnya)

Kalau petang hari pula, ada orang yang buka tempat - letak meja, kerusi - untuk bagi orang ramai berbuka puasa. 'Maidah al-Rahman'. Sesiapa sahaja boleh singgah buka puasa. Tak kisah apa status; kaya, miskin, sederhana, semua boleh pergi makan. Mungkin ada budak Melayu yang pergi. Tapi kalau saya, kebersihan diragui sedikit. Hahaha.

Jelajah Masjid 

Masjid ar-Rahman ar-Rahim

Mesir terkenal dengan nama, Negara Seribu Menara. Dan banyakkkk sangat masjid yang boleh dilawati. :) Sekeliling rumah ni saja ada dua tiga masjid yang sederhana besar yang ada. 

Dan yang paling seronok bila masuk bulan Ramadan ni, semua orang nak kejar pahala berterawih di masjid. Boleh saja dibuat di rumah. Tapi lagi seronok kalau dapat buat di masjid. Boleh berkenalan dengan orang arab, boleh tengok budaya orang Arab di masjid dan seumpamanya.

Saya sendiri, jelajah masjid tu sangat menyeronokkan. Tapi bagi akhawat, nak keluar malam tu sila gunakan musyrif (peneman lelaki). ;)
Seronok, bila ada orang yang sudi pergi sama dan ada orang yang sanggup jadi musyrif. Yeay! Jasamu dikenang.

Selalunya, kami singgah di masjid yang besar. Masjid yang famous di Mesir.
Rasanya, Masjid Sayeda Zainab tetap di hati sebabnya paling dekat dan paling cepat habis terawihnya. Haha.

Saya sangat bersyukur sebenarnya sebab Abah dah didik kami sekeluarga bila masuk bulan Ramadan, malamnya kami 'wajib' berterawih. Sejak kecil lagi Abah selalu bawa kami jelajah masjid. Jadi bila lama-lama benda tu jadi habit
Walaupun hukum solat terawih ini sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut), tapi mungkin nak tambah lagi pahala puasa, Abah didik kami begitu. Terima kasih Abah. Sayang Abah. :)

Ramadan Terakhir di Mesir

Sebut terakhir, terasa sayu mengenangkan. Tapi nak buat macam mana, itulah aturan kehidupan. Yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. :)

Sebagai seorang yang masih bujang, tidak berkerja dan tidak mempunyai komitmen yang besar, gunakanlah waktu yang ada sebaiknya. Gunakan nikmat masa lapang ini sebaiknya.

Bila dah kahwin dan ada anak, bila dah kerja dan sangat sibuk, bila ada komitmen yang besar, mungkin peluang sudah tidak sama dengan masa bujang, tak kerja sekarang. Kan?

Bak kata kawan, "Enjoy being a single. Enjoy being a student."

Yeah. Nikmati selagi masih ada. Bersyukur dengan apa yang ada. ;)

Kuih-muih Mesir pengganti onde-onde, akok :')

Upload gambar sekali. Sekali ni je. Haha.


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-7 berpuasa. Tinggal 23 hari lagi. Mari kita gunakan kesempatan yang ada untuk terus menambahkan pahala.

:)

Salam Ramadan,
Izzati Hashim,
Anak perantauan.
7 Ramadan 1436 H



nota : AN, nah untuk kamu. =P

nota 1 : Post RAMADAN [Sila klik] yang lama. :)

4 comments

Jangan risau

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Jangan risau."

"Jangan risau."


"Jangan risau."

Berkali dipesan oleh Abah. Masih terngiang-ngiang pesanan Abah sewaktu menelefon keluarga petang semalam.

"Apa yang penting sekarang, along belajar sungguh-sungguh dan habiskan belajar yang tak sampai setahun lagi. Benda lain usah difikirkan."

"Baik." Hanya itu yang mampu terucap.

Dan mengalir juga air mata walau pada awalnya nak cuba berlagak macho. Heh.



Dah kenapa pula ni? 

Hahaha.

Ujian Silih Berganti



Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana hal orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, dan digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya; "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya, pertolongan Allah itu amat dekat. (Surah al-Baqarah: 214)

Bertahun hidup sebagai anak perantauan - hampir 7 tahun, banyak pengalaman yang Allah kurniakan. Baik senang, susah, ketawa dan menangis, semua ada. Pelbagai perisa.

Itupun kadangkala terleka dengan nikmat yang diberikan. :(

Tapi sesungguhnya, setiap apa yang datang itu, setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiaanya. Pasti. Cuma antara lambat atau cepat.

"Sesungguhnya sesudah kesusahan ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5&6)

Dua kali ayat ini diulang oleh Allah. Dua kali. Nak cakapnya, tiap ujian yang diberikan pasti ada jalan keluarnya. Dan sudah pasti akan ada hikmatnya.
:)

Maka, kita sebagai hamba. Belajarlah untuk sabar dan redha bila ditimpa musibah.
Sebabnya, nanti senang nak hadam dan fikirkan jalan penyelesaiannya.
;)

Keluarga, kekuatan yang dipinjamkan Tuhan 


Saya bersyukur Allah kurniakan saya keluarga yang sangat penyayang dan sangat memahami.
Ayat yang sentiasa mereka pesan terutamanya kalau ada apa-apa,

"Ingat Allah. Sentiasa zikir sebut nama Allah. Jangan risau lebih-lebih, sebab akan jalan penyelesaiannya."

Kalau stress nak exam lagi best, Abah siap cakap,

"Nak risau buat apa, bukan tak pernah nak exam pun. Bukan selalu exam ke?"
 Tergelak dengar jawapan bersahaja abah. Hahaha. Orang lelaki memang selalu tenang macam tu eh? Haha.

Sesungguhnya ketenangan mereka, kekuatan mereka, memberi satu inspirasi buat diri. Menjadi pemangkin untuk leih berusaha dengan gigihnya, menjadi sumber untuk terus melangkah dengan gagahnya.

Dan yang paling penting, Allah itu sentiasa ada. Tidak pernah tinggal walau sedetik pun.
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

:)

nota : Homesick agaknya. Tak sampai 2 bulan lagi hoi! ;)

6 comments

Hargai

Bismillahirrahmanirrahim,

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Fuhhhh.*
Tiup habuk-habuk yang memenuhi di dinding blog. Bak kata AN, "Nape lama dah tak menulis?" 


Sengeh. :)

Terharunya ada orang sudi singgah dan baca benda apa yang tertulis di sini.
Moga Allah rahmati kalian yang sudi menghabiskan masa barang seminit dua di sini.
:)

Menuju kejayaan. Biiznillah. :)

2 Bulan

Rasanya, kalau diberi tempoh dua bulan, apa agaknya yang boleh dilakukan?
Macam-macam kan? Bahkan banyak yang boleh dibuat. :)

Namun bila difikirkan, direnung kembali, tempoh dua bulan itu sangatlah sekejap.
Pejam celik, pejam celik habis dua bulan. Kalau 7 tahun pun terasa sekejap, apatah lagi dua bulan kan. :(

Dan sesungguhnya, detik untuk berulang-alik ke universiti, d
etik nak habiskan masa dengan kawan-kawan sekelas, detik nak jadi pelajar tu sebenarnya tinggal tak sampai dua bulan saja lagi. Bersediakah? Tak sanggup nak fikir.

Lepas ni study leave akan bermula, musim berhibernasi di rumah akan tiba. Masing-masing bawa haluan sendiri. Balik Malaysia, stay Mesir. Hinggalah akhirnya, biiznillah akan jumpa di final MBBCh bulan November nanti. Allahu musta'an.

Masih tak cukup rasanya lagi. Tapi masa yang berlalu tak bisa untuk dihentikan.
Makanya, jom gunakan waktu yang berbaki sebaiknya. Guna peluang yang ada, nak menuntut puas-puas dengan doktor, silalah gunakan sekarang. 

[Pesanan khas untuk diri sendiri - kelak jangan nak menyesal]

Biiznillah.
:)

2 comments

Rumah Baru

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Alhamdulillah sedar tak sedar sudah seminggu hidup di rumah baru. :)
Penat berpindah masih terasa. Barang-barang yang terkumpul dari tahun satu rupanya sangatlah banyak. Haha. 

'Ala kulli hal, everything is fine. Alhamdulillah.

Bukan mudah nak buat keputusan untuk berpindah keluar bila memikirkan hanya setahun sahaja lagi yang tinggal. Namun kerana dah tiada siapa di Imarah 11 (apartment 11 tingkat), tinggal saya dan tiga orang sahabat lagi, maka satu keputusan yang besar perlu diputuskan.

Pindah.

Rumah baru dengan Imarah 11 hanya 5 minit berjalan kaki. Dekat sahaja. Masih di Kampung Sayeda Zainab. Cuma apa yang bezanya, tiada lagi pemandangan indah Masjid Sayeda Zainab, tiada lagi bunyi azan yang kuat dari belakang dan depan rumah, tiada lagi masak di dapur ber'view' kan langit yang biru. 

Rumah Baru, Kehidupan Baru

Kebetulan dengan pindah rumah ni, kami baru habis round Internal Medicine. 5 bulan sudah berlalu rupanya!

Dan minggu lepas adalah minggu pertama round Surgery. Maka bermulalah round Surgery dari 7 pagi sampai petang. Allahu Allah. Moga Allah kuatkan langkah kami semua. Biiznillah. :)

Terasa semuanya baru. Moga-moga dengan suasana baru terus mampu menguatkan langkah untuk teruskan hidup di bumi Mesir yang penuh dengan tarbiah.
:)

...

Terima kasih buat sahabat-sahabat Gen 9 baik akhawat mahupun ikhwah yang sudi lapangkan masa untuk tolong kami. Ada yang masak, ada yang datang punggah barang dari Imarah 11 ke rumah baru, ada yang datang kemas bilik, pasang katil dan semuanya. Jazakallahukhairan jaza! Terima kasih adik-adik semua. :')


Dalam kenangan. :')




nota : Imarah 11 sentiasa di hati. :)

1 comments

Rasa

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


[06022015]

Gembira melihat mereka berjaya menghabiskan 6 tahun setengah
di sekolah perubatan.

Namun, usai melihat mereka mengemas barang - back for good.
Ada rasa yang melingkar di benak jiwa.

Mereka akan balik. Soon.

...

Tuhan, kurniakan mereka kejayaan.
Dan pada masa yang sama, kuatkanlah diriku.

I know this is the best for me.
And i know, You know what is the best for me.



nota : Esok kembali ke sekolah! Sambung separuh lagi sesi pengajian - study leave - final MBBCh exam - graduate! Biiznillah.