Pages

Jangan risau

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Jangan risau."

"Jangan risau."


"Jangan risau."

Berkali dipesan oleh Abah. Masih terngiang-ngiang pesanan Abah sewaktu menelefon keluarga petang semalam.

"Apa yang penting sekarang, along belajar sungguh-sungguh dan habiskan belajar yang tak sampai setahun lagi. Benda lain usah difikirkan."

"Baik." Hanya itu yang mampu terucap.

Dan mengalir juga air mata walau pada awalnya nak cuba berlagak macho. Heh.



Dah kenapa pula ni? 

Hahaha.

Ujian Silih Berganti



Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana hal orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, dan digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya; "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya, pertolongan Allah itu amat dekat. (Surah al-Baqarah: 214)

Bertahun hidup sebagai anak perantauan - hampir 7 tahun, banyak pengalaman yang Allah kurniakan. Baik senang, susah, ketawa dan menangis, semua ada. Pelbagai perisa.

Itupun kadangkala terleka dengan nikmat yang diberikan. :(

Tapi sesungguhnya, setiap apa yang datang itu, setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiaanya. Pasti. Cuma antara lambat atau cepat.

"Sesungguhnya sesudah kesusahan ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5&6)

Dua kali ayat ini diulang oleh Allah. Dua kali. Nak cakapnya, tiap ujian yang diberikan pasti ada jalan keluarnya. Dan sudah pasti akan ada hikmatnya.
:)

Maka, kita sebagai hamba. Belajarlah untuk sabar dan redha bila ditimpa musibah.
Sebabnya, nanti senang nak hadam dan fikirkan jalan penyelesaiannya.
;)

Keluarga, kekuatan yang dipinjamkan Tuhan 


Saya bersyukur Allah kurniakan saya keluarga yang sangat penyayang dan sangat memahami.
Ayat yang sentiasa mereka pesan terutamanya kalau ada apa-apa,

"Ingat Allah. Sentiasa zikir sebut nama Allah. Jangan risau lebih-lebih, sebab akan jalan penyelesaiannya."

Kalau stress nak exam lagi best, Abah siap cakap,

"Nak risau buat apa, bukan tak pernah nak exam pun. Bukan selalu exam ke?"
 Tergelak dengar jawapan bersahaja abah. Hahaha. Orang lelaki memang selalu tenang macam tu eh? Haha.

Sesungguhnya ketenangan mereka, kekuatan mereka, memberi satu inspirasi buat diri. Menjadi pemangkin untuk leih berusaha dengan gigihnya, menjadi sumber untuk terus melangkah dengan gagahnya.

Dan yang paling penting, Allah itu sentiasa ada. Tidak pernah tinggal walau sedetik pun.
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

:)

nota : Homesick agaknya. Tak sampai 2 bulan lagi hoi! ;)

btemplates

4 comments:

fikrahuddin said...

wah masih menulis. rajinnya~~

maaf lama tak singgah

Izzati Hashim said...

Kalau ditengok jarak antara satu post tu sebenarnya sangatlah lama.
Itu tandanya malas. Haha.

Nur Anis said...

hahaha homesick ke akak =P
jangan risau ;)

Unknown said...

sronoknya awk ade pengalaman berada di negara org.. bl berjauhan dgn keluarga sbnrnya itula yg lagi mnguatkan kasih syg...