Pages

0 comments

Husnu Dzon

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah doa-doa di bulan Ramadan hari tu ada yang Allah makbulkan. Salah satunya, dapat kerja. Yeay! Alhamdulillah. :)

Doa-doa lain yang belum dimakbulkan, insyaAllah Allah akan makbulkan tika waktu yang sesuai dan terbaik. InsyaAllah. :)


Cerita bab nak kerja ni, drama sungguh. Haha. Dipendekkan cerita, lepas lulus temuduga (alhamdulillah), semua orang pakat berdoa dapat masuk kerja bulan 8. Maka semua orang get ready nak telefon SPA lepas raya. Ada seorang hamba Allah berjaya telefon dan satu batch dapat perkhabaran duka; semua budak Cairo University tak berjaya dapat atas faktor kami tiada sijil asliah/ijazah/scroll

Ujian apakah ini? Sedangkan ikut tahun-tahun sebelum ni, tiada masalah pun memandangkan kami sudah dibekalkan dengan Provisional Certificate yang menggantikan sijil sementara sijil yang sebenar siap. Allahu Rabbi.

Kelam kabut semua orang. Ye lah, hampir 5 bulan duk rumah. Kalau tahu nak sijil, boleh diusahakan dari awal. Kalau ini, kalau itu. Sebut buah 'kalau' ni memang nampak mudah semua benda. :(

Makanya, sijil diusahakan untuk dibuat dalam kadar segera. Terima kasih JPA, Encik Khairi khususnya yang membantu, team Gen 9 dan adik-adik Cairo University

Semua orang tika itu dah move on. Okeylah. Bukan rezeki kita lagi nak kerja. Kita tunggu intake bulan 10. :)

'Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.'(?)

Peribahasa tak kena dengan cerita. Hahaha.

Dalam penghujung bulan 7, tiba-tiba (ceh, kononnya suspense la), ada hamba Allah beritahu; "Cuba call SPA, pegawai SPA kata, ada budak Cairo University yang nama dia memang dah ada untuk bulan 8 ni."

Seriuslahhhhhh?

Masa tu memang subhanallah, cuak sangat-sangat. Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba nama ada balik?

And the rest was history. Alhamdulillah. :)


Husnu Dzon

Husnu dzon. Sangka baik. It was easier said than done.

Bila mana satu ujian menimpa, bukan mudah sebenarnya nak didik hati bersangka baik. Selalunya timbul seribu satu persoalan dahulu, bila dah bertenang, baru boleh fikir dengan rasionalnya. Teruknya hati kecil itu. Mine of course. :(

Sepatutnya hati kecil itu perlu dididik dengan sifat mahmudah yang membolehkan kita sabar bila ujian datang melanda.

Saya pernah dengar satu kalam dari seseorang;

"Sabar itu bukan selepas kita hamburkan segala amarah dan kata-kata yang tidak menyenangkan dan kemudiannya kita bertenang mengatakan; aku sabar. Tidak. Sabar itu adalah mula-mula kita teruji, kita terus mengungkapkan alhamdulillah atas nikmat ujian dan pasrah dengan ujian tersebut."  

Itu. Again, it was easier said than done. It's not easy. Kecuali tingginya tingkat iman dan takwa kita. Dan kita seharusnya sentiasa berusaha membaiki hati kecil itu. Biiznillah. :)

"Aku sesuai dengan persangkaan hamba padaKu." 

Allah ada bersama sangkaan hambaNya. Sebab itu kita sentiasa kena bersangka baik pada Allah, moga dengan sangkaan kita itu, yang baik-baik sahaja yang datang.

Kita selalunya dikaburi dengan perasaan dan emosi bila satu-satu benda terjadi pada kita. Kita lebih untuk persoalkan;

"Kenapa aku?"

"Kenapa benda macam ni berlaku?"

"Kenapa aku tak dapat benda yang aku nak?"

Dan seterusnya.

Padahal apa yang berlaku, tiap apa yang berlaku, ada sejuta hikmahnya yang tidak kita ketahui. Pengetahuan kita terbatas. Kita hanya nampak apa yang mahu kita lihat, kita hanya dengar apa yang kita nak dengar.

Sedangkan, Allah tidak akan membebani tiap hambaNya melebihi batas kemampuan diri sendiri.
Sedangkan, Allah Maha Mengetahui dari kita yang tidak tahu apa-apa.
Sedangkan, Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.

Kita hanya hamba. Hamba yang kena belajar erti redha, sabar dan pasrah. :)


Makanya, wahai Nur Izzati binti Mohd Hashim, bertabahlah mulakan hidup baru di negeri Pahang. Hahaha. ;)


Nota: Lama duk rumah, rasa tak nak pergi mana-mana. Nak terus jadi anak mama abah yang manja. Lol. 

0 comments

Dunia baru

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hampir 7 tahun menulis di blog ini, di bawah nama 'Warna-Warni Kehidupan' dan akhirnya pada hari ini namanya sudah diubah, 'Travelog Kehidupan'. :)

Susah bila diri sendiri jenis yang setia (sayang) pada satu benda/barang/orang, susah nak move on. Susah nak mulakan benda baru. Susah. Nak kena ada turning point yang 'mewajibkan' diri untuk mulakan hidup baru, guna barang baru, ganti orang baru(?), baru boleh move on. Kesian pada diri sendiri. Heh.

Apa pun, keep moving forward. Kalau kau tak teruskan kehidupan ini, kau kena tinggal oleh kehidupan. So, enjoy and cherish the moments. :)


Ramadan Kian Pergi 

Sungguh pantas masa berlalu. Hari ni dah 29 Ramadan. MasyaAllah! Malam ni malam terakhir untuk solat terawih bagi Ramadan 1437H.

Hari tu ada sebut pada mama; "Along rasa macam baru saja puasa sebulan di Mesir tahun lepas, baru saja rasa habiskan puasa terakhir kat sana, tup-tup dah nak puasa pula dah kita." Mama mengiyakan sahaja. :)

Dan puasa tahun ini dah bakal melabuhkan tirainya. Sungguhlah, hari demi hari, masa kian pantas berlalu pergi. 

Alhamdulillah tahun ni, Allah beri peluang untuk puasa sebulan di rumah tercinta. Kalau tahun lepas, berpuasa nun jauh di perantauan, tahun ni Allah ganti balik puasa penuh di Malaysia. Rasanya sepanjang 7 tahun bergelar anak perantau, jarang boleh puasa penuh di Malaysia. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

"Nikmat mana lagi yang mampu kamu dustakan?"

Berkumpul ramai-ramai di rumah, adik-adik semua ada. Full house! Malamnya lepas berbuka, pakat pergi masjid beramai-ramai untuk tunaikan terawih. Masjid hopping(?). Seronok! Alhamdulillah Allah berikan nikmat ini. :)

Moga dengan berlalunya Ramadan tahun ini, bakal menjadikan kita hamba yang lebih bertakwa dari hari semalam. Moga Madrasah Ramadan pada kali ini benar-benar mendidik kita. Biiznillah. :)


nota: Selamat hari raya, maaf zahir dan batin! :)

4 comments

Diari kehidupan(?)

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Fuhhhhh.
Tiup habuk di papan kekunci laptop. Sapu sarang-sarang labah yang dah penuh di dinding blog. Haha. Hiperbola. :)

Subhanallah lamanya tak menulis. Rindu. Banyak benda yang mahu ditaip dan ditampalkan di sini tapi ada-ada sahaja yang menghalang, malas terutamanya. Haha.


Lagipun blog ini hanya tempat suka-suka sekadar melepaskan gian menulis. Nak tulis secara rasmi (buku), masih belum nampak lagi jalannya. Maka, tulis sahaja di sini. Buat tatapan diri sendiri di masa hadapan. :)


Ocean 11 - Officially graduated :)


20 Februari 2016

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

One fine day, I want to honestly say, I Made It.

I MADE IT!

Alhamdulillah
. Antara nikmat yang terbesar, Allah makbulkan doa untuk grad dari sekolah perubatan. Alhamdulillah. :)

Satu tarikh keramat yang tidak akan dilupakan, insyaAllah. Segala usaha dan penat lelah selama ini alhamdulillah Allah izinkan untuk lulus. Berkat doa mama abah, adik-adik, keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru yang tak putus-putus, alhamdulillah. :')

Nikmat manakah yang mampu kamu dustakan lagi?

Terima kasih Allah!

Tamat sudah kisah ceritera di sekolah perubatan, maka satu episod baru akan bermula, zaman berkerjaya pula. Moga Allah mudahkan segala langkah dan urusan. Biiznillah, insyaAllah. :)

23 Februari 2016

Habis majlis graduasi, balik-balik mengemas mana yang patut, akhirnya tiba juga detik di mana Mesir bakal kutinggalkan. :(

Masih ingat lagi saat pertama menjejakkan kaki di bumi Mesir, 7 Oktober 2008, saat tak tahu apa-apa lagi, lepasan SPM, memulakan kehidupan di tanah asing yang jauh beribu batu dari keluarga tercinta.

Alhamdulillah 7 tahun setengah mampu dilalui walaupun pelbagai onak dan duri yang kena hadapi sepanjang tempoh itu. Apa ertinya hidup tanpa ujian dan dugaan kan? Ujian mematangkan dan ujian makin mendekatkan diri kita pada Tuhan. Alhamdulillah.

Kalau nak kisahkan semua suka-duka di Mesir, tak cukup satu post, kena buat post banyak kali. Hahaha.

Mesir, rumah kedua setelah Malaysia, pasti akan dirindui selalu, pasti akan dikenang sentiasa.

Till then, goodbye Misr! InsyaAllah, with Allah will, we'll meet again. :)

Tempat wajib dirindui - Sungai Nil 

30 April 2016

Lama dah Mama beritahu yang Abah nak penuhi niat Abah (nazar maybe) nak buat makan sempena along dah selamat balik Malaysia dan selamat konvo dah. Si anak tak kisah mana-mana pun. Si anak menurut perintah sahaja. ;)

Rancang punya rancang alhamdulillah menjadi juga, itupun buat simple sahaja; kaum kerabat dan jiran tetangga. Bak kata Mama, nak buat yang besar, jemput semua orang, tunggu majlis Along. Uhuk. Batuk.

Bukan kisah buat makan yang nak disebut di sini. Tapi ada satu kisah yang buat air mata ditahan-jangan-menangis-depan-orang.

"Buat makan sempena apa ni? Along tunang ke?"

Hahaha. Soalan cepu tawar yang paling famous.

Kalau ditanya pada diri sendiri, sudah tentu jawapannya, sama ada kena lepuk (reflex-spontan) atau bukannnn. Hahaha.

Tapi ada satu jawapan dari Mama;

"Kenduri kesyukuran, sempena along dah selamat balik, dah selamat tamatkan pengajian. Masa dia kat sana, macam-macam benda berlaku, macam-macam berita kita dengar, rusuhan sana-sini, masa tu segala rasa bimbang, tak sedap hati, kita tak pernah cite pada orang lain, Tuhan saja tempat mengadu moga dia selamat duk negara orang, ni dah selamat balik, alhamdulillah."

Terkedu seketika terdengar mama memberi jawapan pada tetamu yang datang. Allahuakbar. 

Selama ni tak pernah dengar Mama merungut, meluahkan rasa bimbang di hati. Cuma teringat yang Abah pernah kata Mama tak makan seminggu bila tak dapat berhubung dengan anaknya masa revolusi 2011 dulu. Itu sahaja.

Kasih seorang ibu, kasih seorang ayah.

Mama, Abah, along sayang kalian berdua. :')

Tanam Anggur

2 bulan duk rumah, banyak benda yang kena uruskan, turun naik KL untuk selesaikan benda-benda yang berkaitan dengan urusan kerja. Dan sekarang habiskan masa di rumah, penuhi masa dengan family tercinta, baca buku. Nerd sungguh. Hahaha.

Bak kata kawan-kawan yang dah kerja, enjoy waktu lapang yang ada sekarang. Penuhi masa dengan keluarga, sebab lepas ni bila dah start kerja, peluang tu makin kurang, kadang dah tak sempat.

Makanya, kita enjoy!

Apa pun, sambil tunggu dipanggil kerja, mungkin ada sesuatu yang boleh dibuat. Contohnya, tolong keluarga; bereskan kerja-kerja rumah. Cari kerja. Dan yang paling penting bak kata seniorstudy! Belek-belek buku medic. Hehehe. 

Travel pun best juga! ;) - sumber: google


Moga Allah mudahkan semua urusan saya dan kawan-kawan. Moga semua cepat-cepat boleh kerja. Biiznillah, insyaAllah.

Till then, enjoy the moments everybody! :)

nota: Tahniah batchmate, geng Gen 9 yang dah naik satu tangga lagi, baitul muslim. Moga cinta hingga syurga. :)

nota 1: Happy birthday Asmahani. Moga sentiasa bahagia dengan Muslim dan Ibrahim. Love you to the moon and back and go again lost in the space. ;)