Pages

2 comments

Winter Break'14

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Habis exam, perkara pertama yang difikir; minggu depan ada program. -.-
Program yang perlu dikendalikan, rasa tak tenang nak bercuti selagimana program tak berlalu pergi.

Dan alhamdulillah dua hari lepas, dah tamat program Road to Orabi and Rafaheya 
(ROAR '14). Boleh sambung cuti! Yeay! :)

Terima kasih Tima ;)
Winter Break

"Mama, nak minta izin nak keluar jalan-jalan boleh tak?"

"Nak kemana?"

Maka bermulalah cerita tentang perancangan yang diatur bersama kawan-kawan.
Banyak yang mama tanya. Nah, namanya lagi seorang ibu. :)

"La... kenapa tak beli tiket balik Malaysia je?"

Saya tergelak mendengar soalan tulus mama.

"Sebab mama tak suruh balik lepas exam." Selalunya cuti musim sejuk hanya dua minggu. Namun tahun ni rezeki kami semua nak merasai winter break selama sebulan. Ada yang balik ke Malaysia, ada yang pergi bercuti dan ramai yang setia di Mesir.

"Mak mana yang tak suka kalau anak dia nak balik. Lagi suka adalah."  

T___T

Usai bercakap dengan mama dan adik-adik, bercakap dengan abah pula.

"Dengar kata nak pergi bercuti?" Mesti mama dah beritahu abah tika tengah bercakap dengan adik-adik tadi.

"Itulah, perancangan tiba-tiba ni abah. Ada rezeki nak pergi, itu yang nak pergi. Boleh tak?"
Sekali lagi memohon izin dari abah.

"Pergi je lah kalau nak pergi. Duduk kat oversea ni lah masanya nak jalan-jalan. Kalau dah balik Malaysia, belum tentu lagi boleh keluar pergi jauh-jauh. Kalau balik pun, bukan ada apa pun."

"Ada abah, ada mama, ada adik-adik." Laju menjawab. Dengar abah gelak. 

...

Dua jiwa berbeza, pemikiran yang berbeza. Mama dengan pendapatnya, abah dengan pendapatnya pula. :)

Kadang tak perlu nak baca buku tentang sifat lelaki dan perempuan, tengok dan kenal sifat mama dan abah, boleh belajar bagaimana nak kenal jiwa seorang perempuan dan lelaki.
Kan?

Di akhirnya...

"Pergilah, mama tak kisah pun. Apa yang penting, along jaga diri baik-baik."

Alhamdulillah. :)

Kemanakah? 

Kembara di muka bumiNya,
sebuah kembara untuk meneguhkan cinta dan kasih buatNya.
Moga, biiznillah.
:)

0 comments

Dr. Iman Sharaf

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke-8 round Pediatrics. Fuhhh, cepat sungguh masa berlalu. Mula-mula melangkah masuk ke round ni, terasa macam lamaaaa sangat nak berlalu seminggu tu. Alih-alih dah nak sampai penghujung pun. Allah.
Lagi 12 hari, end round exam dan winter break. Yeay! 
:)


sumber : inche Google 


Dr. Iman Sharaf

Minggu pertama kelas adalah minggu untuk mula kenal dengan para doktor. Memandangkan setiap hari doktor berbeza yang akan masuk mengajar dalam kelas.
Hari pertama, kedua, ketiga doktor okey lagi. Bila jumpa hari Rabu...

"Penuhkan seat depan!"

Masuk-masuk terus kena tegur. Kami dalam 20 orang satu kelas dan kelas kami adalah dewan auditorium, duduk celah mana pun masih tak penuh kelas yang besar tu.

First impression; doktor hari Rabu garang. =P

Doktor bila mengajar, beliau sangat tegas dan sistematik. Ambil history pesakit dan bentang tak ikut gaya doktor, satu kelas kena. Kesian. -.-

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Makin lama kenal doktor, makin kenal sifat sebenar beliau.

"Siapa ada duit kecil? Saya nak tukar." Dr. Iman.

Dan rupanya duit yang mahu ditukar sebab mahu belikan stokin buat pesakit yang masuk dalam kelas hari ni. Subhanallah. :')

Tiap kali pesakit masuk, ada sesuatu yang doktor bawa. Kadang gula-gula untuk si anak kecil. Kalau tiada apa-apa, di akhirnya pasti akan nampak doktor selitkan duit dan menitipkan doa buat emak dan si anak.

:')

"Kalian nanti akan jadi doktor. Jadi doktor yang betul-betul nak merawat pesakit. Bukan sekadar jumpa pesakit, bagi ubat, habis."

Berkali-kali beliau pesan. 

"Jadi doktor yang sentiasa berfikir, sentiasa mahukan yang terbaik buat pesakit, sentiasa berikan yang terbaik."

Umpama pesanan seorang ibu kepada anak-anaknya.
:')

...

"Nampaknya lepas ni kita akan rindukan doktor." Classmate bersuara usai kelas bersama doktor Iman.

Terangguk mengiyakan. 
Garang tapi rupanya penuh keibuan.
Tegas tapi bertempat, kerana ketegasannya hanya mahu mendidik.

Muhasabah diri

Berada di Mesir, belajar di sini; satu benda yang perlu disyukuri adalah doktor-doktor yang mengajar semuanya sangat awesome. Mereka mengajar bersungguh-sungguh.

Tak faham, tanya. Tak pernah dicemuh walau kadang persoalan yang dilontarkan nampak biasa. Tak faham lagi, mereka terangkan sampai faham. Bila-bila masa nak jumpa, nak tanya soalan boleh cari. Allah...

Mungkin setengah orang rasakan bagai spoon-fed, tapi itulah kelebihan di sini. Doktor bersemangat mengajar, kadang level postgraduate pun masuk sekali!  :)

Kalau kita masih tak tahu nak hargai, tak tahu nak cakap apa. Sila lempang diri sendiri. Tolong.


sumber : SINI 


3 comments

Nombor hanya angka

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Belek-belek FB, terjumpa satu status seorang sahabat yang secara rasminya bergelar final year student.

"Allah, cemburunya tengok dia. Berjaya 'ala tul. Sedang aku?" Hati terdetik.

"Xpe, ada hikmah yang terselit kat mana-mana yang Allah nak bagi tuh." 

Pujuk hati sendiri. Usah dilayan hati yang banyak berkata-kata, tak kemana pun. 
Be positive!
:')

sumber : HERE
Teruskan kehidupan.
Teruskan melangkah.
Perjalanan masih panjang dan jauh.

Kalau hati asyik fikir benda yang kadang tak terjangkau dek akal dan fikiran, kita tak mampu nak teruskan.
Berlapang dada, terima dengan hati terbuka. InsyaAllah Allah mudahkan. :)

Kalau bukan diri sendiri yang pujuk hati sendiri, siapa lagi kan?
Kalau bukan diri sendiri yang psycho jiwa dan hati sendiri untuk jadi lagi positif, 
siapa lagi kan?

:)

Selamat Tahun Baru 2014

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2014. Masa berlalu dengan pantasnya, kadang tanpa kita sedari. 

Sepanjang 2013, agaknya apa yang sudah kita lakukan dan buat terutamanya untuk agama? Muhasabah diri sendiri. :)

Apa azam tahun baru?
Ada dan yang paling penting;

Moga hari esok jauh lagi baik dari hari semalam. Biiznillah.

Itu yang dipanjatkan dalam doa seharian. Menjadi orang yang jauh lagi baik, lagi bersemangat, lagi positif, dan seumpamanya. :)

...
Walau dah lambat nak ucapkan (dan mungkin tiada yang baca pun), 
SELAMAT TAHUN BARU 2014.

Nombor hanya angka. Namun, moga bertambahnya usia kita seiring dengan amalan seharian. Biiznillah.
:)
sumber : HERE


nota : 'ala tul : terus

0 comments

Kun Fayakun...

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Main hujan?
Main hujan dalam suhu yang biasa seperti di Malaysia, itu normal.
Tapi kalau main hujan dalam suhu 5 degree, itu sebaliknya.
Kan? :)

[131213 - Pagi Jumaat yang hening, Sayyeda Zainab dibasahi hujan. Subhanallah]

Hujan di Mesir bukanlah satu kebiasaan. Hujan hanya akan turun bila ada pertukaran musim; summer, winter, spring & autumn! Dan tahun ni dengan kuasa Allah, hujan berhari-hari dengan suhu yang sangat sejuk. 

Mungkin bagi sesetengah orang yang merasa salji dan suhu yang bawah takat beku, kalau suhu begini tentulah bagi mereka apa sahaja kan? Cuma bagi kami yang di sini, tak pernah-pernah suhu terlampau sejuk dan ada salji, itu luar biasalah kan? :)

Ultimate Family Outing (UFO)

Alhamdulillah semalam adalah hari kemuncak untuk family day PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) setelah sudah seminggu dijalankan. 

Pagi-pagi bersiap di rumah, tengok hujan tak henti-henti di luar.

"Jadi ke tak hari ni?" Saya bertanya kepada ahli beit.

"Jap, aku telefon AJK." Ujar si ahli beit.
"Dia kata dah ada yang pergi dan insyaAllah setakat ni masih ada."

Maka kami bergegas bersiap dan berdoa hujan akan berhenti. Alhamdulillah masa keluar dari rumah, hujan sudah berhenti. Tapi memandang gumpalan awan mendung di dada langit, kami yakin hujan akan tetap turun lagi dan lagi. Pasrah.

Kami memulakan aktiviti dalam kesejukan dan kedinginan. Tapi alhamdulillah ketika itu hujan sudah berhenti. Namun kusangkakan mentari yang menyinar akan berpanjangan, tapi rupanya hujan lebat akan berterusan.

Kami main dalam hujan! Ya, hujan dalam musim sejuk. :)

"Kalian nak berhenti atau nak teruskan?" Tanya AJK.

"Alang-alang dah basah, main je lah." Dan permainan diteruskan hingga ke akhirnya. Subhanallah hebat semangat akhawat PCK. Tahniah buat semua. :)

Alhamdulillah dalam kesejukan dan kedinginan, ukhuwwah terus terjalin.
Basah sama-sama, sejuk sama-sama, bersorak sama-sama. Allah Allah.
Agaknya orang Arab pelik tengok kami boleh bermain dalam hujan begitu? =D



[Ketulan ais - hujan ais (terima kak Dira untuk gambar)]

Ada yang tanya, "Tak sejuk ke main dalam basah macam tu?"

Bukan setakat sejuk saja, dah tahap tak rasa pape. Tak boleh rasa tangan, kebas, kaki kebas, lengkap satu pakej. Kenangan, alhamdulillah. :)

Balik kena bersihkan diri!
Kalau tak, mahunya demam dan seumpama dengannya.
Mari jaga diri baik-baik.
Kesihatan itu juga satu nikmat yang wajib disyukuri dan dihargai.

Kun Fayakun

Dahulu kala bila sebut Mesir ada 4 musim, kebanyakan akan terkejut. Mungkin ramai yang bayangkan Mesir tanah tandus berpasir dan panas sahaja. Ada 4 musim tapi yang lama hanya musim sejuk dan musim panas sahaja. :)

Mesir bukanlah negara bersalji, kecuali pada tempat yang tinggi seperti Gunung Sinai. Hanya itu. 

Tapi semalam, kami semua 'digemparkan' Mesir bersalji! Subhanallah. Salji turun pada sesetengah tempat. Kawasan perumahan yang saya dan kawan-kawan tinggal, hanya dihujani ais. Hujan ais pun dah rasa macam apa. Huhuhu.

Jadinya, tak usahlah kita cakap dengan yakinnya tentang sesuatu yang kita tak tahu. Kadang bila sebut Mesir bersalji, macam mustahil. Tapi kalau dengan kuasa Allah, semuanya bisa terjadi. Kan? :)

Bak kata Mama kan Allah dah kata, "Kun Fayakun, kalau Allah kata nak jadi, jadilah." 
Subhanallah. Senyum dengan nikmat yang Tuhan berikan. :)


"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu." 
[surah Yasin, ayat 82]


0 comments

Cerita kita berbeza

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah musim sejuk sudah tiba!
:)

Pejam celik, pejam celik, alhamdulillah sudah sebulan rupanya kembali berada di bumi Mesir.
3 bulan di Malaysia terasa sebentar. Ikut perancangan asal, balik hanya sebulan. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, cuti dipanjangkan kerana keadaan Mesir yang tidak stabil ketika itu.

Dan alhamdulillah dah sebulan belajar, dah habis satu subjek rupanya. Allahu Allah.
Terasa waktu berlalu perlahan namun sebenarnya sudah banyak waktu yang berlalu pergi.
:)

[sumber : HERE]

01082013 - Kisah kita berbeza

Soalan pertama yang saya tanya tika tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan apabila bertemu keluarga,

"Mama, mana angah?"

Sebab saya tahu yang dia akan datang jemput saya juga. Sebelum bertolak balik ke Malaysia, kami ada berhubung dan dia pun dah start cuti raya sebenarnya. Pelik bila dia tiada bersama.
Adik-adik yang lain hanya senyum. Pelik.

Mama hanya tersenyum dan beritahu nanti kita jumpa angah. 

Kami tak terus pulang, tapi menuju ke hospital, Angah dimasukkan ke hospital. Accident.
Berbuku perasaan ketika itu. Antara terkejut dan penat yang tak hilang lagi semuanya bercampur baur. 

Sampai di hospital, angah dalam bilik bedah. Hampir dua jam menanti dia, akhirnya dapat bertentang mata tapi dalam situasi yang sungguh saya tak pernah bayangkan. Allahu Allah. 

...

Alhamdulillah dia makin okey walaupun belum sembuh sepenuhnya. Bak kata doktor, "Awak patah kaki bukan terkoyak kulit." Namun esok dia akan mula menyambung kembali study di UiTM setelah bercuti dan menangguh satu semester.

Angah budak bijak, setiap kali exam, dia antara yang termasuk dalam Dean List. Namun perancangan Allah itu maha hebat, dia teruji. Terpaksa menangguhkan pengajian kerana faktor kesihatan, bukannya faktor lain.

Situasinya berbeza dengan saya yang sebelum ini (extend setahun). Tapi apa yang Allah mahu bagi, saya yakin sama. :)

Sabar.
Redha.
Pasrah.
Tawakkal.

Untuk adikku sayang, Angah.

Be strong girl!
Allah uji untuk kuatkan kita, bukan melemahkan.
Mungkin pada dasarnya di mata manusia, kita 'ketinggalan'.

Tapi ada sesuatu yang Allah nak bagi 
dan Allah pilih kita untuk laluinya! :)

The Road Not Taken - Robert Frost



Terngiang-ngiang sajak The Road Not Taken tika hati dan jiwa teruji dengan pilihan yang bisa mengubah kehidupan. Allahu Allah.

Kesan dari keadaan Mesir yang tidak stabil sejak 3 Julai dan berlarutan hingga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat tawaran credit transfer untuk pelajar di Mesir buat pilihan sambung di Malaysia atau kembali ke Mesir semula. 

Ada yang tekad.
Ada yang dilema.
Ada yang pasrah saja.
Ada yang tak rasa apa-apa.
:)

Saat nak buat keputusan bukannya mudah. Apa-apa keputusan mahupun pilihan. Cuba tanya diri sendiri, tahap pergantungan kita pada Tuhan tinggi mana sebenarnya? :)

Nah. Isu itu sudah berlalu. Ada yang menerima tawaran untuk berada di Malaysia dan alhamdulillah masih ramai yang terus setia berada di Mesir. 'Ala kulli hal, Mesir aman damai. Kami semua baik-baik saja. Hari ni genap sebulan berada di Mesir, membuatkan saya tersenyum panjang, alhamdulillah.

Enjoy the moments! :)