.......
Kadangkala Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh,
puas kita menangis,
mencari mana mentari kita,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi
yang cukup indah~
Coretan sebuah sketsa kehidupan di pentas dunia yang fana.
Alhamdulillah 3x~ syukur pada Allah. Akhirnya dua hari lepas (27/6/09) habis gak final exam. Alhamdulillah, lega sgt!!! Hampir 3 bulan exam. Fuh! Letihnya exam... Walaupun exam hanya sekali seminggu tapi penantian itu suatu penyeksaan~
Menanti utk menghabiskan satu2 subjek memg menyeksakan. Alhamdulillah~ semua telah berakhir utk tahun ni. InsyaAllah najah semuanya~
Bayangkan exam bermula dari bulan 4 lagi dan baru je berakhir~ kalau ada kawan2 yg tanya berapa lama exam, boleh dikatakan semua terkejut. "Lamanya... Sabar ek...", ayat popular~ ho3...
Exam ambil masa yg lama pun sebab ada 3 peringkat exam. Bulan 4, praktikal exam. Bulan 5, bertulis. Dan bulan 6 adalah oral~ 3 kali exam subjek yg sama dan hampir 3 kali la jugak kena baca buku yg sama. Anatomy la yg paling byk kena baca buku, 5 buah buku~ hu3
Pape pun, ada kebaikannya... 3 kali kena baca moga melekat dalam kepala dan moga makin faham~ Kalau hafal tanpa faham tiada guna jugak~
*moga najah dan mumtaz semuanya~ insyaAllah...
Fuh! Lega~ Kelmarin baru je habis written exam histology... Lega la sgt hu3... Lagi 2 paper yg menanti huk3... tu baru written, x masuk ag oral nanti. Adoi~
Mama,
terima kasih utk segala-galanya...
terima kasih kerna telah bertarung nyawa melahirkan along...
terima kasih kerna telah menjaga along,
membesarkan along,
mendidik along hingga sekarang ...
Mama,
'perpisahan' sementara ini,
mengajar along erti sebuah kerinduan yg sebenar...
erti hidup berdikari,
erti ketabahan,
dan erti sebuah kehidupan...
Mama,
xcukup hanya dengan ucapan terima kasih,
terlalu besar pengorbanan dan jasa yg telah mama curahkan...
terima kasih ma~
hanya secebis doa yg mampu along kirimkan... insyaAllah
Along sayang mama sgt2,
mama kekuatan along,
mama pemangkin semangat along
terima kasih mama...
Moga Allah membalas semua jasa2 mama,
moga syurga nan abadi menjadi tempat istirehat mama nanti~
aminn...
*Selamat Hari Ibu buat mama tersayang, Adibah binti Mat said~
i love u so much!
Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…
Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan
Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih
Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu
Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara
Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!
Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!
*sumber asal dari... http://ati-rahma.blogspot.com
.:aku bukan seorang penyajak yg pandai melontarkan kata2 hati :):.
Waa… panasnya! Berpeluh-peluh
~ nak duk kat rumah je… rasa macam xnak keluar dari rumah je… Ni lah antara rungutan yg kudengar, xpun yg kurungutkan sendiri hehehe…
Musim sejuk dah hampir nak melabuhkan tirai. Dan musim panas bakal menjelma xlama lagi. Ops! Tertinggal musim bunga dan musim luruh la plak hehehe… Almaklumla, kat Mesir ni yg betul2 dapat dirasai hanyalah musim sejuk dan musim panas je…Ramai yg menyangkakan kat mesir ni ada 2 musim je…
Lagi pun, kalau musim bunga tiba pun bukan nampak bunga pun huhuhu... Tapi xbermakna memang tiada bunga lak kat sini. Ada je tapi tiadalah sebanyak kat Malaysia… Maksudnya kalau musim bunga tiba pun macam x terasa je. Habis je musim sejuk terus rasa kepanasan… Dan memang sekarang ni pun adalah musim bunga… Tapi macam musim panas dah pun~
Cuaca kat sini, panas dan kering sepanjang tahun. Bayangkanlah, PANAS dan KERING! Waa… X termasuk ngan debu2 yg sentiasa bertebaran ag… memang kena kuat semangat tol duk kat mesir ni.
Kalau musim sejuk, selalunya bermula dalam bulan 9 dan berakhir dalam bulan 4… Ni menurut senior2 la. Masa sampai ai tuh (7/10) memang dah masuk musim sejuk… Sejuk biasa2 je lagi. Seingatnya kemuncak musim sejuk dalam bulan 1… Memg sejukkkkk~ Yang sedihnya, kat mesir ni TIADA salji huhuhu… Ala… frustnya hehehe… Kalau kat Jordan ada la jugak… Tapi xpelah, tgk gmbr org main salji cukupla kot. Xpun kalau da rezeki lebih, jom pergi melancong hohoho… Ada apa dengan salji sebenarnya? Hurm...
Suhu time musim sejuk yg pernah mencecah adalah 9 degree… Macam x sejuk je kam hohoho… Dah sejuk sgt tuh… Ada hati la kononnya nak main salji. Tapi duk kat sini mcm dah x tertahan kesejukan tu hehehe… Pergi kelas ke atau keluar dari rumah pakai baju berlapis-lapis, tu pun kadangkala masih x tertahan kesejukan tu~
Tu kalau musim sejuk. Kalau musim panas lak, macam sekarang ni, mcm2 je rungutan~ Merungut ek? Huhuhu... Manusia memg xpandai nak menghargai… Kalau dah tiada baru rasa nak hargai… Janganlah kita jadi org2 yg x bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah, nauzubillah~
Kalau merungut panas sgt, mesti aku teringat kat kata2 mama… Ni baru panas kat dunia, bukan lagi di akhirat. Kalau di dunia ni, kita masih boleh cari tempat berlindung dari panas tapi kalau kat akhirat kelak, kat padang makhsyar, kat mana lagi kita nak berlindung ? Huhuhu… takutnya~
Kalau time musim sejuk, semua org sibuk nak cari ‘difayah’ atau pemanas. Tapi sekarang ni pulak, semua org sibuk nak cari kipas . Satu bilik satu kipas, nasib baik bukan satu org satu kipas hohoho…
Tapi pape pun, musim sejuk lagi best hehehe… Kenapa ye? Sebab… time musim sejuk, walaupun matahari memancar terik tapi x terasa sgt kepanasan tu.
Terdapat dua golongan orang-orang yang memakai tudung. Satu seperti sebuah akuarium, dan yang kedua, seperti sebuah sungai.
Hah? apa maksud sebuah akuarium? Cuba kita perhatikan…
'Akuarium' menurut kamus bermaksud sebuah tangki untuk menyimpan ikan hidup. Biasanya, akuarium ni tertutup. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang paling utama adalah untuk mengelakkan habuk atau cicak masuk ke dalam akuarium lalu merosakkan kecantikkan akuarium itu.
Kalau kita perhatikan, akuarium ni tak boleh ditutup penuh, kena ada lubang-lubang udara untuk membolehkan pertukaran gas yang amat penting buat kehidupan ikan. Akuarium juga tujuannya untuk mempamerkan ikan-ikan dan pemandangan dalam air yang indah. Setiap orang yang memandang sebuah akuarium yang cukup jagaannya akan terpersona dengan keindahannya.
Seseorang boleh tahu berapa banyak ikan yang ada, apa jenis ikan yang ada, cantik ke tidak malah pelbagai lagi, apatah lagi kalau ada sinaran lampu yang menyinari. Air dalam akuarium pula berbeza. Kalau cukup jagaannya, nampak bersihlah air akuarium itu. Kalau tak pernah bertukar, MasyaAllah, kita pun geli nak tengok. Itulah cerita akuarium…
Bagaimana pula cerita sungai?
Percaya kah anda setiap sungai yang ada di dunia ini sebenarnya 'bertutup'? Kalau tak percaya, carilah sungai di atas muka bumi ini yang apabila kita mendongak memandang ke atas tiada langit atau awan yang melindungi. Itulah 'tutup' sebuah sungai. Penutup ini bukan sahaja menutup, malah berinteraksi dengan sungai dengan melengkapkan kitaran air. Itulah antara tujuan 'tutup' sungai ini.
Kalau dibandingkan dengan akuarium, bolehkah seseorang mengagak berapa banyak ikan atau hidupan yang ada dalam sebuah sungai? Kita mungkin boleh mengagak apakah jenis-jenis yang ada tetapi mustahil untuk kita mendapat jawapan yang tepat. Sebab apa?
Salah satu sebabnya, sungai tidak bertujuan untuk mempamerkan segala isi hidupannya. Air sungai pula macam mana? Air sungai termasuk dalam air-air yang bersih, maksudnya kita boleh bersuci dengan air sungai. Tapi mungkin ada yang kata, banyak juga sungai yang tampak
kotor.
Hah? apa hujahnya pula? Kita renung kembali, kebanyakan sungai yang kotor adalah disebabkan kesalahan manusia yang suka membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Jadi, mana bisa kita nak salahkan sungai.
So.. macam mana? Boleh buat nilaian sendiri?
Seorang perempuan yang memakai tudung sekadar untuk menunjuk-nunjuk adalah
seperti sebuah akuarium. Tujuan penutupannya adalah supaya orang menganggapnya cantik, alim bertudung. Nampak bertutup, tapi masih ada bahagian-bahagian badan yang terbuka. Segala perhiasan dirinya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Air di dalam akuarium diibaratkan
seperti hati si pemakai. Pernahkah dia mencermin hatinya; iaitu membersihkan pemikirannya sebab orang boleh nampak kejernihan atau kekeruhannya. Renung kembali, sejernih-jernih air akuarium, mahukah atau bolehkah kita bersuci dengannya? Tepuk dada tanya iman…
Sungai pula dikiaskan sebagai seorang perempuan yang mahu dilindungi. Oleh itu, akan sentiasa ada interaksi di antara tudungnya dengan personaliti dirinya. Bila ada interaksi ini, dia akan sentiasa ingin membawa imej yang baik. Segala perhiasan yang ada di dalam dirinya tidak akan dipamerkan,kerana dia tahu setiap yang memandangnya pasti akan terpersona dengan perhiasan-perhiasan nya itu.
Air sungai yang bersih mengalir melambangkan hati si pemakai yang mahu sentiasa bersih dengan secara berterusan mencerminkan dirinya. Sebagai manusia biasa kadangkala dia tidak dapat menahan diri dari perkara-perkara yang boleh mngeruhkan hatinya, namun dia tidak pernah lupa untuk menjernihkannya kembali, umpama air sungai yang keruh menjadi
jernih semula setelah habis musim hujan…
*dipetik dari bicara muslim~
:: Kita dilahirkan sebagai pejuang... Walaupun medan dan cara kita berbeza... Mahkotakan mutiara kesabaran dan panduan iman kerana perjuangan ini bukan satu destinasi tapi satu perjalanan yg panjang::
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR, berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an bagi orang yang tidak melakukan solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan dalam kehidupan seharian kita... Kal ho na ho? Mungkinkah hari esok masih ada utk kita...
Labels: peringatan
Hari yg baru kini bermula… Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini, masih dapat meneruskan langkah yg masih jauh~
Macam biasa, rutih harian ku bermula dari bangun utk kerjakan solat subuh lagi… dan biasanya malam pulak la baru dapat berehat atau dalam erti kata lain tidur… satu exercise yg cukup ku gemari… hehehe…
Sebenarnya, bukan pasal rutin harianku yg ingin kuceritakan… Tapi kehidupan org2 arab kat mesir nih. Macam biasa, pagi2 saya dengan nadia dan najwa akan tunggu teksi di hadapan masjid sayeda zainab, seberang jalan dari rumah kami~ Kisah bermula…
Teksi demi teksi kami tahan, tapi agak susah nak dapat teksi yg murah untuk ke universiti… Selalunya, pak cik teksi ni akan minta 5 geneh untuk ke Kasr El-Ainy ( nama tempat terletaknya universitiku), bukannya jauh pun. Dalam 5-10 minit dah sampai kalau tak sesak… Tapi tu la, pak cik- pak cik ni demand sgt. Tapi kalau bernasib baik, insyaAllah dapat je 3 geneh. Kalau tidak, pagi-pagi lagi dah kena bertekak dengan pak cik-pak cik teksi ni… Bukan boleh bagi muka sangat dekat diaorang nanti diaorang ‘cop’ budak2 malaysia kaya, susah juga nanti…
Hurm… Tahan punya tahan, pak cik teksi nak 5 geneh juga, jadi nak tak nak kami naik juga. Almaklumla, kitaorang dah lewat sebenarnya… hehehe… Biasalah, naik teksi jadi tak payah nak cepat-cepat…
Naik-naik je, kami ditegur oleh si pak cik ni… Kenapa tak bagi salam? Bukan ke kamu semua ni muslim? ( di’translate’ kan ke dalam bahasa melayu dah). Berpandangan kami sesama sendiri… Malu sebenarnya, huhuhu… Jadi kami pun, bagi la salam… Wah! Terasa kagum dengan pak cik ni… Pak cik tu sambung lagi, kita sebagai muslim sepatutnya bagi la salam kalau jumpa dengan saudara seagama kita… Kitaorg hanya mampu kata ‘aiwah’, yg bermaksud baiklah… Terselit perasaan kagum, malu… semua bercampur aduk…
Tapi sebenarnya, ni bukan kali pertama saya ditegur macam tu… Hari ni kali ke 3 dah sebenarnya dalam dua tiga hari ni… huhuhu. Mungkin kerana sifat pelupa yg ada menyebabkan tak ingat untuk bagi salam, ditambah lagi dengan kelam kabut nak naik teksi… Almaklumla, kat mesir ni, kadangkala pak cik teksi ni memberhentikan teksi di tengah-tengah jalan. Macam mana tak kelam kabut nak naik teksi~ bukan alasan tapi satu kenyataan… Pelajar-pelajar kat sini dah sedia maklum dengan keadaan trafik kat mesir ni…
Begitulah budaya orang arab… Kalimah-kalimah subhanallah, alhamdulillah, masyaAllah, insyaAllah, sentiasa meniti di bibir mereka… Terasa dekat diri dengan Allah…
Kalau di sekolah dulu di SMKA Naim Lilbanat, para guru dah memang cuba terapkan budaya memberi salam kepda guru-guru, senior-senior, tapi hanya sebilangan yang mengamalkannya… Sedihnya pabila dikenang kembali… Tapi di sini, terasa beruntungnya… Di universiti, kadangkala, yg tua dulu mendahului memberi salam. Malunya terasa… Mungkin penghayatan itu masih lagi baru… Namun, insyaAllah akan kucuba budayakan memberi salam. Bukankah memberi salam itu sunat muakad dalam islam? Amalan yg dituntut dalam agama… Senangnya nak dapat pahala sebenarnya~
Mungkin ada yg berfikiran, xpelah mereka( org arab) memang gunakan bahasa arab dah dalam kehidupan mereka~ adakah yg berfikiran begitu? Hurm… kalau ada tu, cubalah utk sama2 muhasabah diri bersama-sama… Dalam kehidupan seharian, bukankah kita digalakkan utk berzikir pada Allah? Untuk sentiasa mengingati Tuhan, Allah yg telah mencipta kita semua… Kalau kita renung balik, pabila kalimah-kalimah ni sering kita tuturkan bukankah kita dah berzikir pada DIA? Yakni… Kita mengingati padaNYA~ insyaAllah…
Dan sekiranya ada yang melatah, apa kata kalau yg melatah itu cuba melafazkan kalimah-kalimah zikir daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yg bukan2… Sekurangnya dapat pahala daripada dapat dosa free~
Labels: egpyt
Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan
Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah
Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati
Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu...
*lagu kumpulan DeHearty~
lagu ni kalau betul2 dihayati mampu buat kita menangis...
kerdilnya kita di sisi Allah
Labels: song
Assalamualaikum...
Entah kenapa hatiku tergerak utk buat blog ni...
apakah sebab tgk kawan2 pun ada, teringin jugak utk ada?
sebenarnya saya ni xlah pandai utk menulis apatah lagi utk menggunakan ayat yg berbunga-bunga utk merungkaikan kata-kata hati...
hanya sekadar utk meluahkan rasa hati,
utk berkongsi cerita, berkongsi ilmu~
rasanya blog boleh dijadikan tempat utk berkongsi ilmu khususnya...
agpun, my cousin da pesan...
nak buat blog ni
biarlah ia berguna, berilmiah...
insyaAllah saya cuba~
walaupun diri ini sedar diri ini bukanlah seorang penulis yg pandai utk bercerita...
::kubiar kalam berbicara, menghurai maksudnya di hati::
Labels: maCam2 (=