Kembara~~
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pd Allah atas nikmat2 yg masih diberi. Kita masih diberi nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat melihat, nikmat makan & lain2. Utk menyenaraikan kesemuanya memg xkan xhabis, nikmat Allah terlalu terlalu luas, namun sedikit je yg kita syukuri… mahukah kita tergolong dalam kalangan org2 yg tidak pandai bersyukur? Dan kemudiannya Allah tarik nikmat2 itu? Nauzubillah~
Sama-samalah kita muhasabah diri kita sejenak~~~
******
Alhamdulillah… winter break tahun ni, da rezeki keluar dari mesir ^_^
Destinasinya ialah ke Scotland, tempat yg xpernah terlintas nak p pun sebenarnya.
Tapi kebetulan sepupu kwnku da di sana & kebetulan dia akan balik pertengahan tahun ni, kami ambil peluang utk ke sana.
Jimat sikit kos penginapan & mkn. Kuar duit tiket ngan belanja kat sana je ^_^
Hanya ber4 je, saya, suhailah, azfa & aishah je. Perancangan yg mula2 nak xnak akhirnya menjadi gak, Alhamdulillah. Lebih kurang sebulan sebelum exam dah mula cari tiket, xnak ganggu time study nanti :D
Akhirnya…
Masanya yg ditunggu-tunggu tiba, winter break bermula ^_^ hooray! Cuti!!!
Makin dekat nak pergi, makin malas lak nak packing barang,adehh. Hari nak pergi tu lah baru kalut, ish3. Kami sempat wat bekal agi, sebab akan transit di London Heathrow airport selama 12 jam!!! Adehh, lamanya =='.
Dan, kami terlupa sesuatu.
Dari cairo airport, semuanya ok, alhamdulillah. Cuma karenah arab memg kadang2 ‘menyakitkan’ hati, tapi apa nak buat, sabar saja lah. (=
Ingat lagi pesanan ustaz Razi 2 tahun lepas masa kat INTEC, “kamu semua bila dah sampai mesir, buang separuh sikap kemelayuan kamu tuh, dan terapkan sikap arab sikit”.
Mula2 memg xfaham, tp bila dah hampir setahun lebih kat sini, barulah mengerti apa yg ustaz maksudkan. (=
Maksudnya, jgnla jd lembik sgt, negara mesir ni, negara yg agak ‘tough’, ditambah plak dgn perangai arab2 yg agak kasar & org melayu memg terkenal dgn sikap lemah lembutnya. Jadi xhairanlah kalau ada arab2 yg berkenan ngan pelajar2 melayu =p
Pelajar Malaysia kat mesir nih, terkenal ngan gelaran ‘ahsanul nas’ @ manusia2 yg bgs.
Back to the journey (=
Flight dari mesir ke London, ambil masa 5 jam, penat naik flight bmi ==' xbest huk3. Nasib baik kejap je. Flight yg antara termurah utk kemana-mana, jimat kos hehehe. Nak melancong kena pandai budget ok! (=
Masa nak sampai tu, pilot announce something, “food that is derived from meat, milk are not allowed to enter the London airport”… alamak! Barulah kami terfikir, makanan2 yg kami bawak tuh da daging, tenusu. Kami terlupa yg kami akan ke UK, negara yg agak ketat security, especially bab2 makan, brg2 pirate. Alahai =='
Macam mana ni? xkan nak buang semua roti2 td? 3 bungkus roti kot kitaorg bawak, itu pun dah siap alter dah. Buh nugget, buh sosej, buh sardine, yummy2 :D
Bajet nak mkn time transit nanti. Tapi sekarang, macam dah xblh dah huhuhu -.-
turun2 dari flight, kitaorg ber4 je yg nampak gaya akan transit lama. First security, alhamdulillah lepas. Pasni immigration lak… erk… tidak! xkan nak buang kot makanan2 tuh, masing2 resah huhuhu. Nak buang membazir, nak mkn kesemuanya sekali gus, xmampu kot nak habiskan waktu tu. 3 bungkus roti! huhuhu.
Last-last kitaorg tawakal je, doa byk2 biar lepas semuanya. Sebelum kitaorg masuk tuh, kitaorg mkn dulu sikit, takut kena buang baik mkn sikit dulu. Nak gelak je ingat time tu. Duk atas kerusi, makan, makan dan makan! Bila check in, alhamdulillah, lepas! Ya Allah, leganya (=
Yg xbestnya, semua kedai2 dah ditutup! Lol! Awal sgt! kitaorg smpi kul 8 mlm waktu London. Mula2 ok lagi, pahtuh start mencari air dah. Nak air huhuhu. Manusia boleh bertahan tanpa makanan tapi tidak air.
Bape jam xminum air huk3. Takde kedai dibuka, kalau ada pun xde duit dlm UK nak beli huk3. Kehausan yg amat sgt, sampailah kami buat sesuatu, hee. =p
Bersabar & bertahan smpi la kul 4 pg nanti baru semuanya akan dibuka =='
Nampaknya mlm ni tidur berbumbungkan syiling airport & atas kerusi je, nasib2 huhuhu. Tu pun kena bergilir-gilir sebab nak jg beg.
Tak sabar nak tggu sampai ke Edinburgh, Scotland & memulakan kembara kami! (=
p/ s : take note utk sesiapa yg nak ke oversea.
· sebelum kemana-mana, ambillah maklumat2 tentang tempat tu dulu… nanti pape hal senang.
· lagi senang, kalau ada invitation letter or supporting letter dari mana2 pihak, contohnya, mcm kitaorg, sepupu suhailah yg bagi invitation letter tu. Ini utk memudahkan kita, time first security tu… kalau x, byk je soalan nak kena tanya. Ish3.
· jgn bawa brg2 pirate ye. So kalau bagi sesiapa nak bawa laptop, make sure your laptop is not pirate! Kalau x, ade je kena buang software kat situ~ so… jgn la guna barang cetak rompak yer
· rasanya kalau bawa kompas utk tentukan arah kiblat pun ok~ sebab incase la, kat mana2 xde tempat solat, susah gaks nak tentukan kiblat. Ni bagi yg nak ke negara non- muslim terutamanya~
kat London airport, Alhamdulillah da multi-faith prayer yg disediakan. mula2 terpingga-pingga gak nak cari tempat solat. time tuh la baru terpk nak ada kompas… ish3
2 comments:
waa..bestnye...
nnti uplod gmbar eh mct ;)
insyaAllah ^_^
Post a Comment