Pages

di sebalik ujian yg menimpa....

Bila kita memikirkan ujian, cubaan ataupun dugaan, yang membawa maksud sama, pasti kita akan memikirkan kesusahan, kesedihan dan kekecewaan..Namun bukan semua kepahitan itu adalah ujian dan dugaan, malah bahagia, kesenangan dan kemewahan itu dikatakan satu bentuk ujian..

Bagi kita, dengan musibah dan dugaan yang melanda, kita pasti terasa terbeban dengan semua itu..malah, ramai yg hilang akal fikiran dan sakit mental akibat daripada dugaan yang melanda..Tapi pernahkah kita mendengar firman Allah SWT yg berbunyi...:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ... ila akhir ayat"..
Al-Baqarah ayat 286

Itu adalah janji Allah dan janjiNya pastinya terlalu benar.. Namun, kenapa orang sampai hilang kawalan fikiran disebabkan dugaan yg melanda terhadapnya? Itulah fungsinya iman dalam jiwa, tingkat iman yang mampu memberi kesan kepada jiwa seseorang..

Kita seringkali merasakan derita dgn kekurangan yg ada pada diri kita dan tanggapan bahagia yang dijalani oleh orang lain..Namun yakinlah bahawa disebalik hati itu, hanya Allah yang mengetahuinya..Kadangkala kita lihat insan lain bahagia, tapi mungkin sebalik..Begitulah juga, kita lihat seseorang itu susah dan derita, namun mungkin berlaku sebaliknya.

Kita sesekali perlu merasai derita dan kecewa..Dengan hal ini, barulah kita mengerti erti bahagia dan berjaya.. Orang yang mendapat kesenangan setelah melalui kesusahan, sudah pasti dia akan sangat merasai kesenangan itu berbanding orang yang telah hidup senang dan semakin senang. Sesekali kita perlu juga menangis dan terhiris akibat daripada musibah kerana di situlah kita akan rasa kesyukuran yang diberiNya serta kita pasti akan lebih mengenali diri sendiri. Kebiasaannya, apabila seseorang itu tidak pernah merasai kesusahan, risaunya apabila Allah uji dengan sekecil-kecil ujian, dia merasakan terlalu besarnya ujian itu hingga mungkin aqidah tergadai.

Syurga itu terlalu manis dan indah..Dan mahar untuk ke sana pastinya bukan calang-calang mahar.. Andai ujian yang Allah timpakan kepada kita, dan kita sudah merungut, siapakah kita untuk layak untuk merasai manisnya syurga.. ibarat inginkan barangan yang bernilai, sudah pasti nilainya tinggi untuk dibayar..dengan nilai yang tinggi itu, perlulah usaha dan ikhtiar yang besar untuk dapatkan duit sebanyak nilai itu.

Ujian yang datang itu adalah kayu pengukur keimanan kita..Daripada itu, kita boleh lihat iman kita bagaimana..adakah kita berpuas hati dengannya?Tepuk dada, tanyalah diri berlandaskan aqidah..

Orang benar-benar cekal dan tabah pasti akan menemui syurga itu.. Kerana itulah, Allah s.w.t. berfirman:

"Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Ma'arij:19-21)..

Malah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani).

Cuba kita renungkan hadis tersebut, pasti ia bertentangan daripada fikiran kita.. Kita sering menganggap kemewahan itu adalah nikmat dan bala itu adalah musibah yang kita ingin jauhkan.

Satu pesanan daripada kata sahabat, usah berdoa untuk diringankan 'musibah/ujian', tapi berdoalah dikuat dan ditambahkan iman dihati..tatkala ujian itu berlalu, kita pasti sangat gembira kerana mampu menempuhi ujian yang berat berkat dengan iman yang mantap..malah kita pasti bergembira dengan tahap iman kita. Oleh itu, berdoalah agar ditingkatkan iman...~

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

* terima kasih pada saudara Ahmad Fairuz bg keizinan utk copy artikel ni ^_^

***********************

kadangkala Allah hilangkan mentari, kemudian Dia datangkan guruh, puas kita menangis mencari mana hilangnya mentari itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan sebuah pelangi yg indah ^_^

mulut senang melafazkan kata sabar... namun hakikatnya bila diri sendiri diuji, terujilah kesabaran itu.

"Wahai org-org yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama org2 yg sabar"
surah al-baqarah : 153

hakikatnya, Allah xkan menguji hambaNYA melebihi batas kemampuan kita sendiri.
Itu tandanya Allah sygkan kita ^_^









every successful person has a painful story,
every painful story has successful ending,
accept the pain and get ready for success ^_^

btemplates

3 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Dirawikan daripada Rasulullah SAW bersabda; Allah telah berfirman;
" Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit baginya."

blackcardomompods said...

salam

Oh!saya sangat suka penulisan ini kerana ia membawa seribu makna buat saya

~wnhaws~ said...

salam..
nice entry mcti!thanx 4 sharing~

~Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya air mata..~

moga iman kita makin bertambah, tidak berkurang..moga kita makin tabah, tidak lemah..insya Allah =)