salah siapa???
Geram, sebak, sedih... semua bersatu bila baca surat khabar hari ni. Hari ni, satu lagi kisah pembuangan bayi kat malaysia. KLIK DI SINI!
Malangnya baby tu, kelahirannya xdipinta, bila lahir pula, dibuang di jalanan, ditinggalkan di masjid, di rumah2 kosong... dan yg paling menyedihkan dibuang dalam tong sampah! Dibuat bagaikan sampah!
Sedih melihat baby yg tak berdosa tu dibuang mcm tu saja, bukan sebarang tempat tp di dlm tong sampah!!! Begitu hinanya dia, dibuang dlm tong sampah... Apa dosa bayi tu? Apa salah dia sampaikan begitu sekali nasibnya... Tiada perasaankah org yg membuangnya tu~
9 bulan mengandungkan anak itu, melalui saat menyakitkan utk melahirkan, xkan tiada walau secebis perasaan sedih tatkala mahu membuang bayi itu... Apa dosa anak itu...
Hanya sebab nak tutup malu, malu pada masyarakat, pada jiran tetangga, sanggup buang anak yg tidak berdosa itu... Malu pada manusia, tapi tiadakah rasa malu pada Allah???
Geram pada manusia yg tidak ada perikemanusiaan tu!!! Allah menciptakan akal pada manusia, membezakan kita dgn binatang... Tapi berakalkah org sebegini, binatang pun tahu mengasihi anaknya, apatah lagi manusia yg tahu berfikir tahu menilai...
Siapalah daku utk menghukum siapa salah atau tidak... Sama-samalah kita berfikir... Dari pandangan mata kaca ku sendiri, keseronokan duniawi mampu melekakan kita, menghanyutkan kita andai kita tidak tahu menjaga diri.
"Sungguh beruntung bagi sesiapa yg meletakkan dunia di tangannya bukan di hatinya"...
Apa tanggungjawab kita sekarang ni? Menuding jari pada yg salah sahaja? Atau hanya jadi pemerhati dari jauh? Hmm....
2 comments:
secara umumnya semua pihak yang bersalah...diri sendiri,ibubapa, masyarakat,pemimpin negara,NGO dan lain-lain,,solusinya...semua pihak hendaklah bekerjasama..betul tak?
firdaus-salsabil.blogspot.com
firdaus : yup, masing2 ada bahagiannya...
diri tu terlalu leka dgn keseronokan dunia, tahu nak berseronok je...
bila jd mcm ni, mula nak gelabah pe semua...
yg jd mangsa, si anak kecil tu...
Post a Comment